Dalam ramai-ramai Managers kat situ, cuma sama Manu aje aku beritahu dia yang aku nak berhenti kerja. Iyalah, dia orang Indo, sure dia akan berpihak pada aku. Kalau dengan orang lain, sure diaorang akan kasi tahu nenek masa-masa tuh jugak. Tapi tanggapan aku salah sebenarnya. Without my knowledge, Manu beritahu nenek yang aku nak berhenti kerja. Rupanya Manu pun bergiat untuk mengollect points jugak dari nenek.
So malam tuh masa aku tengah mula nak membersihkan bilik air, Manu kata nenek nak cakap something dengan aku. Ish, apa lagi yang tak kena nya? Tapi tak apalah, aku dah nak berhenti, nenek nak suruh aku buat apa pun, aku iyakan aje lah, kata aku dalam hati.
"I hear you want to quit", nenek tanya aku. Terus aku pandang Manu, tak ada lah aku marah pasal dia beritahu nenek. Cuma aku rasa terkilan gitu aje sebab plan aku, nak blah then baru talipun nenek.
"Let's talk", kata nenek sambil dia sorong kerusi suruh aku duduk. Sebab aku tak jawab apa pun masa dia tanya tadinya tuh.
"Why do you want to quit?', nenek tanya aku. Aku masih tak jawab, aku asyik ber errr errr jer, sambil pandang Manu. Sambil pandang nenek.
"Just tell me honestly, get it off your chest", kata nenek lagi. "Do they bother you?", sambil tangan dia tunjuk ke arah dapur. Maksud dia, mungkin sebab budak-budak Indo tuh kacau aku. "Or you don't like your roomate (Heru)? Or you don't like your boss (Armi)?", nenek tanya sambil senyum-senyum. "Come on now, just tell us!", kata nenek lagi.
Aku jadi serba salah. I was not prepared sebenarnya nak jawab apa. Lagipun Manu ada di sebelah aku, seganlah aku nak menceritakan semuanya di depan dia. Sebab aku nak berhenti tuh, tak ada kena-mengena pun dengan orang lain. Aku tak suka nenek. Aku tak suka Ivan, itu aje alasannya. Pasal kerja yang membosankan, pasal kena kerja 7 days a week semua tuh, itu aku tolak ke tepi dulu. Kalau aku happy kat situ, aku boleh kerja 7 days a week. Tapi kalau dah tak suka kat situ, kerja sehari pun rasanya siksa sangat dah. So aku mintak Manu tinggalkan aku dengan nenek aje, biar aku comfortable sikit nak bercakap.
"Now, tell me why", kata nenek lagi. Puas jugaklah aku nak menyusun ayat tapi bila aku tengok nenek macam sincere aje nak tahu sebabnya, aku rasa aku dah tak nak sembunyi apa-apalah dengan dia. Aku nak terus terang ajelah. Apa aku nak takut, aku dah memang nak berhenti kerja. Itu ajelah peluang aku nak beritahu dia, kan? Lagipun, kalau dia akan marah dengan apa yang akan keluar dari mulut aku, emangnye gue pikirin? Gue tetep mahu kabur!
"I don't like you Mrs Hodgie", aku kata gitu sambil tunding telunjuk aku ke muka dia. "You are mean, nasty and sarcastic. As the owner, you are overdoing it", aku kata gitu. You asked for it, kata aku dalam hati. Then aku diam.
"What?", nenek tanya aku. "You don't like me?", dia tanya lagi. Sambil mulut dia ternganga, sambil dia senyum-senyum. Senyum dan ternganga terkejut. Terkejut tak percaya yang aku tak suka dia agaknya. "Sarcastic? Oh my Lord!", kata nenek. Kitaorang senyap aje lah, aku pandang keluar, nenek terkedu."Why did you say that? What made you say that? You don't like me, but why? I like you, we all like you, Ivan likes you", kata nenek lagi.
"That's not the point, I don't care if you guys like me but I just don't like you Mrs Hodige. I mean it!", aku kata gitu, then terus aku pandang keluar. Nenek terus tutup mulut dia yang ternganga tuh sambil kepala dia gerak kan perlahan-lahan ke kiri kanan. Terkejut sangatlah kononnya. Mulanya aku rasa kesian tapi makin lama aku sedar yang nenek nih sebenarnya tak tahu yang orang tak suka dia. Dia tak tahu yang selama ini dia tuh "jahat" (di pandangan mata kitaorang), jenis orang tua tak sedar diri. Aku boleh tahu orang cerewet, aku boleh bezakan orang cerewet dengan orang yang jahat mulutnya. Nenek nih, not only cerewet tapi mulutnya jahat sangat. Suka menusuk kalbu orang, suka memamah hati orang. Kalau takat cerewet itu aku tak kisah sangat, memang orang tua kebanyakannya berperangai gitu. Aku kalau panjang umur, kalau tua nanti, sure akan lebih cerewet dari nenek tuh rasanya.
Nenek masih macam tak percaya, so dia suruh aku ceritakan kat dia, apa yang buat aku tak suka dengan dia. Aku terus cakap pasal semalamnya tuh, masa dia panggil aku sambil bengkokkan jari telunjuk. Masa dia marah aku when I was cleaning the table. Masa dia tanya aku pasal rumah yang kotor. Aku siap tanya dia, samada dia perasan tak yang aku marah sebab tuh aku tak jawab soalan dia mula-mula tuh. Aku siap tanya dia guna sentences like, "Did you notice.......?" "You want to know why.......? "Do you ever think....?" Terus lah aku merebek-rebek gitu, tak henti-henti aku membebel. Sebijik macam tulis blog aje rasanya. Membebel tak keruan. Rupanya hidup aku nih sama aje kat dalam blog dengan luar blog tuh. Aku pendam dan aku tembak, aku pendam dan aku tembak. Pendam kasik menggelegak, lepas tuh tembak bertalu-talu.
Terus nenek tarik tangan aku, dia mintak maaf sebab buat aku terasa hati. Aku tarik tangan aku. "Cepat sangat tuh, I'm not done yet", kata aku dalam hati. Then aku cerita yang aku dah beberapa kali nak blah gitu aje bila nenek malu kan aku right infront of the customers. Aku kata aku ada harga diri, kalau nak marah aku jangan marah di depan-depan orang (sebab aku tak dapat terima tuh).
"You are wrong", kata nenek kat aku. "We all like you, everybody likes you...blah blah blah. Aku dah kata that's not the point. Dengan aku nih, kalau semua orang suka aku tapi aku tak suka diaorang, tak jadi apa nyer lah kan? Sampai sekarang aku masih tak boleh terima hakikat yang apa pasallah semua orang tak boleh jadi baik, sensible, macam aku?
Dan nenek ceritalah yang dia sakit sebenarnya tapi dia pretends macam sihat. Dia cerita yang dia masa muda dulu pun macam aku jugak, kalau tak suka kerja kat sesuatu tempat, dia akan berhenti aje. Macam-macamlah yang dia cerita. Semua cerita yang macam nak lari tajuk aje. So aku ingatkan dia balik yang aku tak suka dihina, dimarah guna bahasa-bahasa kasar. Sebab aku faham (bukan macam budak-budak Indo lain tuh yang tak faham apa), sebab aku ada perasaan, sebab aku was raised right. Tak adalah aku kata yang she was brought up bad, sebab tuh jadi macam tu tuh.
Sekali lagi dia tarik tangan aku. Bersalam dengan aku sambil mintak maaf sebab buat aku terasa, buat aku offended. "You are a sensitive guy", kata nenek. Aku tak berapa suka mendengarnya bila dia kata gitu tuh sebab aku nih sensitif sikit kalau orang kata aku sensitif. Not in that sense lah.
Memang lama kitaorang sembang-sembang tuh, ada sejam lebih, sambil gelak-gelak, kadang serious. Aku sebab kadang tuh rasa kesian dengan nenek, ada jugaklah aku selitkan ayat-ayat like, "Man, this is so embarassing....." "God, now I feel guilty....." Saja je lah guna ayat-ayat mengumpan. Ayat-ayat untuk meredakan suasana. Ayat-ayat yang boleh kasi nenek tahu yang aku nih beautiful inside. Walaupun kat luarnya aku macam hina dan buruk sangat. "Oh, don't think that way, don't feel that way......", kata nenek sambil pegang-pegang tangan aku. Sambil gelak-gelak. Aku pun gelak jugaklah.
Rasa lega kepala otak aku, rasa nak melompat aku masa tuh sebab sekarang nenek tahu yang apa yang aku fikir selama ini. Dan baru lah aku tahu yang nenek tuh is not all that bad.
"You are a very strong guy", nenek kata lagi.
"Nahhhhh....", aku kata gitu sambil geleng kepala.
"Yes you are, otherwise you won't be sitting here talking to me right now", kata nenek kat aku. Entahlah kalau dia perli aku sebab masa aku cakap tuh ada beberapa kali aku tunjukkan jari telunjuk kat muka dia. Nak ajar orang tua yang tak sedar diri kena gitu lah. Kena berani sikit, kena buat kurang ajar sikit. Sebab diaorang tuh, asamnya dah semakin kurang.
"Yes you are a very strong person, you just don't realize it", kata nenek. Terdiam aku sekejap, terbesetuju dengan pemerhatian nenek tuh. Rupanya dia tahu yang aku nih kuat orangnya, dan aku pun terbesetuju sesangat dengan statement tuh, yang aku nih strong orangnya. Tapi bila aku teringat yang aku terpaksa buat strong gituh, sedangkan my original plan nak blah gitu aje macam bapok, kan?, aku muka nak tergelak. Itulah, kat dalam aku macam bapok tapi kat luar aku nampak strong. Ekekekeke
Nenek tanyalah aku, kalau aku berhenti, apa aku nak buat. Aku kata yang aku nak ke Phila atau New York. Aku cakap jugak yang aku tak takut kerja di mana-mana sebab ke mana saja aku pergi, orang akan suka dengan aku. Dua kali aku ulang ayat tuh, ayat yang kata ke mana-mana aku pergi (kerja), orang akan suka kat aku. Cuma aku tak cakap yang ke mana-mana aku pergi, ada aje orang yang aku tak suka.
"Don't quit, you just keep working here. Like the rest of the guys", kata nenek. Terus aku teringat kata-kata Robi ituhari, "Mahu kamu kerja lama di sini, jadi binatang peliharaan nenek?".
"So, we are friends again", kata nenek sambil bersalam dengan aku. Aku kata aku tak ada masalah untuk kerja di situ now that nenek dah tahu yang aku nih no-nonsense kind of guy. Cuma aku kata yang from now on, buat macam biasa aje. Aku kata aku akan tengok, kalau dia buat macam baik sangat dengan aku, aku akan lari. Dan, jangan pulak langsung tak pedulikan aku dah, takut jugak aku entah-entah nenek merajuk, makan hati, langsung dia tak nak pedulikan kat aku.
Nenek tanya aku jugak, apa lagi yang aku tak suka kat situ, teruslah aku kata aku tak suka Ivan tuh, mean sangat orangnya. "Aaaah, don't worry about him, he's Hungarian, they are all like that", kata nenek. Tah apa-apa lagi lah kitaorang sembang tapi aku mintak diri sebab masa tuh dah pukul 9, aku kena siapkan kerja cuci tandas, sapu sampah, mengemop semuanya tuh dalam masa dua jam aje nanti. Tapi tak apalah, aku dah bersemangat nak kerja, semuanya akan jadi macam senang aje nanti tuh. It's all in my head, kata aku dalam hati. Hati dah senang, kerja pun akan jadi senang.
"Just keep this to yourself, don't tell anyone" kata nenek kat aku. Aku angukkan aje. Iyalah, takkan aku nak ceritakan kat orang yang aku marah kat nenek, yang aku basuh nenek. Takkan aku nak ceritakan kat orang yang aku nak tergelak tengok muka nenek yang terlopong sebab terkejut kena basuh dengan aku. Takkan aku nak ceritakan yang nenek mintak maaf dengan aku sampai 4 kali. Takkan lah aku nak ceritakan semuanya tuh. KAN?
So lepas tuh aku terus aje lah kerja, bersihkan tandas. Sampai ke telinga aku senyum. Puas betul hati aku rasanya. Nak kerja pun bersemangat jer aku jadinya. Rasa macam di awang-awangan aje, tak sangka aku jadi berani bersemuka dengan nenek. Tak sangka aku dapat meluahkan ketidakpuasan aku kat nenek. Tapi bila difikir-fikir balik, rasanya masa tuh tadinya tuh, aku macam dah kena rasuk. Selalu aku terfikir masa tuh, apa nak jadi, jadilah. This is my last and only chance, aku kena beritahu jugak kat nenek. Untuk kebaikan semua. Untuk menyedarkan dia. Biar nenek tahu langit tinggi rendah. Ingat aku nih koman sangat ker? Ingat aku nih macam bebudak Indo tu ker? Kiss my ass lah kan? *Sambil menonggekkan bontot, sambil tepuk-tepuk bontot lagih*