Tak tahulah apa pasal, tapi di musim-musim perayaan gini, aku selalunya jadi sedih. Jadi sayu. Memang Tuhan jadikan begitu agaknya, waktu-waktu AidilFitri, waktu untuk saling ingat-mengingati. Itu yang buat sedih tuh. Suasana sekeliling jugak yang buat aku tambah jadi hiba.
So bila dah sedih, akan bertimpa-timpalah perasaan sayu, stress, tak tenteram, tak aman. Segala macam perasaanlah yang selama ini hanya bermain di kepala aku. Yang selama ini aku macam buat endah tak endah aje. Tapi bila Raya menjelang, semua perasaan itu datang menerjah kepala aku sampaikan aku rasa lemah sangat. Aku rasa tak berdaya langsung. Dan selalunya bila keadaan-keadaan macam tuh aku akan just flat out, not even trying to stop the tears.
Dulu, masa aku di Pittsburgh, sesebulan sebelum Puasa, masa sembang-sembang dengan Suki, aku ada tanya dia yang apa pasal aku selalu sangat rasa tension aje. Orang lain aku tengok, selamba aje. Sedangkan diaorang lagi lah teruknya dari aku. Diaorang ada anak isteri di Indo, diaorang ada hutang juta-juta Rupiah agaknya, untuk buat belanja masa nak datang ke Amerika. Sepatutnya diaorang akan lebih nampak tak aman, tak tenteram daripada aku. Tapi diaorang, macam rileks aje. Aku selalu tertanya-tanya begitu. Itu yang buat aku tanya Pak Ed. Aku tanya Ari. Dan aku tanya Suki. Semuanya sama, diaorang pun stress jugak. Tension jugak. Tapi diaorang nak buat macamana selain buat selamba aje. Even diaorang pelik sebab diaorang ingatkan aku nih, kalau tengok gaya aku, selamba aje, sure orang yang tak ada masalah. Tak tension. Tak stress.
Tapi, bila sekali tuh aku tanya Suki, aku rasa jawapan yang dia kasi tuh agak bernas jugak. "Keluarga kamu kangen sama kamu, kerna itu kamu rasa stress aja. Udah bertahun kagak bertemu, pastinya mereka sering teringat kamu, pastinya mereka kangen mahu jumpa sama kamu. Ibubapa kamu, saudara-saudara kamu, keluarga kamu, tetangga kamu, temen-temen kamu, mereka semuanya tertanya-tanya pasal kamu. Justru, kamu rasa stress, kamu rasa nggak tenterem. Pasti mereka sering tertanya-tanya, gimana keadaannya kamu, sehat kagak, udah lama gak dengar berita", begitulah lebihkurang apa yang Suki cakap ituhari. That really hit home, sampai terdiam aku dibuatnya. Aku setuju sesangat apa yang dia cakap tuh.
Memang selama ini aku ada rasa benda yang sama, memang selama ini aku ada jugak fikir benda yang sama. Tapi aku tak layan sangat sebab kalau aku mula melayan perasaan aku, tak jadi kerjalah dibuatnya. Akan berendam airmata aje lah aku sepanjang hari. Di setiap waktu dan ketika. Selalu, bila aku teringat keluarga, terfikir pasal masalah aku, aku akan cepat-cepat cuba alih fikir benda lain. Sebab aku tak sanggup, aku tak ada daya nak fikir semuanya tuh. Keadaan aku di sini, aku sentiasa kena ada kekuatan, aku kena sentiasa berdaya. Kalau aku terus fikir masalah aku, layan perasaan aku, akan tidak berdayalah aku. Akan lemah lah aku.
Dan, sebab aku tak fikirkan sangat masalah aku tuh, semuanya bottle-up inside, sampaikan aku akhirnya jadi lemah jugak. Apa yang aku buat semuanya tak jadi. Semuanya tak kena. Fikiran aku tak tenteram. Kepala aku berkecamuk. Rambut aku gugur, dahi aku jadi luas. Yang menensionkan lagi, yang gugur tuh rambut hitam. Uban aku tak pernah gugur pun, malah semakin membiak. Sampai begitu sekali. Selama ini aku pendamkan aje masalah aku, selama ini aku tak layan sangat permainan perasaan aku. Selama ini aku cuba buat macam tak tahu aje yang aku sebenarnya banyak masalah. Dalaman dan luaran. Aku tetap kata yang I'm tougher than the rest. Aku tetap kata yang aku nih, walaupun Bangla di negara orang, tapi aku boleh hidup macam Bangla di negara sendiri. Aku tetap sematkan di hati yang aku nih, walaupun nampak macam degil dan bodoh tak bertempat, tapi aku sebenarnya tak mudah putus asa. Aku tetap fikir yang, tak ramai orang yang sanggup buat apa yang aku buat. Tak ramai orang yang ada telor macam telor aku.
Tapi, as years pass by, aku jadi rotten inside. Aku boleh maintain keselambaan aku tapi God knows what's eating me kat dalam tuh.
So bila aku kerja di tempat baru di KFC nih, ditambah pulak aku kerja di bulan Ramadhan, aku jadi kusut habis. Senak di sana sini. Rentung. Hancur luluh. Aku rasa semuanya against me. Aku rasa tersiksa ya amat. Dan masa itulah, perasaan rindu yang tersangat-sangat, selalu datang mengacau aku. Ditambah dengan keadaan kerja, ditambah dengan kecerewetan nenek dan Ivan (and a few others), ditambah dengan jadual kerja (yang aku terpaksa kerja setaip hari tanpa ada day off), ditambah dengan musim winter yang mendatang (aku memang trauma dengan winter. Dah lah sejuk, banyak pengalaman buruk yang aku experienced semuanya berlaku masa winter iyalah, masa summer aku happy-happy aje), semuanya buat jiwa aku jadi kacau.
"Tuhan, bukannya aku tak Sembahyang. Bukannya aku tak baca Yassin hari-hari?", aku selalu terfikir gitu. Aku selalu tertanya-taya gitu. Tapi apa pasal hati aku masih tak tenang? Mana silapnya? Orang lain tuh, tak sembahyang bang pun tapi rileks aje? Sebelum aku masuk kerja, atau sambil berjalan untuk pergi kerja, bukannya aku tak baca ayat-ayat? Biar nanti waktu kerja, aku tenang, biar aku tak dimarah dek nenek depan-depan Mat Salleh. Biar nenek tuh sedar yang aku nih ada harga diri dan kalau nak marah aku tuh berpada-padalah.
Memanglah itu pertanyaan bodoh, kan? Kalaulah aku, masa aku senang, ada orang tanya aku soalan-soalan yang sama pasal kenapa bila Sembahyang pun, bila baca Yassin pun, jiwa masih kacau, aku rasa nak lempang aje sipenanya (sebab soalan bodoh), tapi aku tak boleh lari dari terfikir dan mempersoalkan soalan yang sama. Soalan macam dari orang yang putus asa aje gayanya kan?
Dan dalam keadaan begini, aku ada jugak terfikir pasal that term, "rezeki, jodoh, ajal maut di tangan Tuhan". Aku tak berapa pasti sebenarnya, atau aku tahu jawapannya cuma aku nak kepastian
So, berbalik pada term yang aku tak faham tadi tuh, "rezeki, jodoh, ajal maut di tangan Tuhan". Bab rezeki aje lah. Setahu aku rezeki itu di tangan Tuhan. Memang aku tahu bab itu. Cuma apa yang aku tak berapa faham, ayat yang maksudnya lebihkurang gini, "rezeki seseorang tuh telah ditetapkan Allah sejak azali lagi". Kalau ditranslatekan ke bahasa orang jahil (macam aku nih), maksudnya, berusahalah macamana pun tapi Allah dah tetapkan rezeki seseorang sebanyak itu. Macam bertentang maksud pulakkan? So, kefahaman aku selama ini, memang betul rezeki seseorang tu telah Allah tetapkan, tapi kita digalakkan berdoa dan berusaha untuk dimurahkan rezeki sebab kita sebagai manusia, kita tak tahu sebanyak mana rezeki yang Tuhan telah tetapkan buat kita, kan? Betul ker tidak kefahaman aku nih?
Lately aku selalu terfikir pasal dua benda nih aje, and I'm sure ada orang yang berfikiran begini, "tak payah lah dikejar sangat, Tuhan dah tetapkan sebanyak mana rezeki ko". Aku rasa statement tuh macam tak betul aje, macam statement orang malas aje, kan? So gitu lah, dalam keadaan aku yang begini sekarang nih, aku sampai tak tahu, aku jadi blur yang bab-bab rezeki di tangan Tuhan tuh.
-----------------------------
Kalau pasal kerja pulak, sebenarnya tak adalah sangat aku nak komplen. Kerjanya senang aje, bersihkan KFC tuh, di bahagian lobby, termasuk tandas. Cuma keadaan kerja tuh yang buat aku hiba sikit tuh. Aku sorang-sorang aje kerja setiap hari, mengelap meja, menyapu sampah, mengemop lantai. Kadang tuh, seminggu sekali, aku sorang-sorang disuruh bersihkan cermin (luar dan dalam) bangunan KFC tuh. Kadang disuruh membersihkan trash area. Tak kesah, aku boleh buat semuanya tuh. Cuma masalahnya aku sorang-sorang, tak ada member buat bercakap. Yang lain tuh samada kerja di bahagian dapur atau di bahagian depan. Diaorang boleh bersembang, sambil makan-makan.
So, manalah aku tak rasa sedih buat kerja sorang-sorang. Mana aku tak selalu sayu aje. Mana aku, sambil mengelap meja tuh, sambil menyapu sampah, tak selalu fikir yang bukan-bukan. Aku selalu fikir yang "this can't be real", "this is just like what I saw on tv, in movies". Aku selalu teringat filem Good Will Hunting dan untuk menyedapkan hati aku, aku katalah aku nih macam Will Hunting tuh. Tapi dia tuh talented, gifted dan ada kepandaian. Aku? Apa yang aku ada? Tak ada apa!
Above all, yang buat aku menyampah sangat, tengah aku buat itu ini, sinenek, atau Ivan, atau Manager2 lain, diaorang suruh aku buat benda lain pulak. Kalau cara cakapnya baik, aku tak kisah sangat. Tapi, masing-masing tuh suka memerintah. Nenek sama Ivan lah yang paling aku tak suka kalau bab menyuruh aku buat kerja. Kalau ada secalit aje kotoran, akan dimaki-maki aku depan-depan orang. Aku, kalau nak dimaki depan bebudak Indo tuh, aku tak peduli sangat, diaorang faham. Kitaorang akan gelak-gelak aje. Tapi kalau marah aku depan Mat Salleh, aku rasa humiliate sangat, rasa hina sangat.
So tak heranlah kalau semakin hari semakin banyak aku memendam rasa, semakin banyak dendam aku sama nenek, sama Ivan. Ada satu masa nanti aku kena put all this shit to a stop. I have to end this misery, sooner or later. Cara aku.
Tapi, yang buat aku tak fahamnya, kadang tuh diaorang puji aku melambung, siap pegang-pegang, bahu aku, pat me on my shoulder lagi. Aku jadi confused jugak. With me, buat baik lah sebanyak mana, pujilah aku setinggi mana, kipaslah bontot aku sekuat mana. Tapi kalau hati aku dah terluka, kalau aku dah dimarahi, aku akan ingat semuanya tuh. So segala pujian dan point-point yang aku dapat collect tuh dah macam tak relevan lagi. Aku akan tetap ingat benda tak baik yang orang buat kat aku. With me, orang kena buat baik all the time, all the way .Jangan dicampuradukkan benda baik dengan benda tak baik. Because I'm easily confused.
Yang paling aku tak dayanya, bahasa nenek tuh kesat sangat, sarcastic sangat nenek tuh. Dia tak tahu yang aku nih faham, yang aku nih telinga gajah, boleh dengar apa yang diaorang burukkan pasal kitaorang. Diaorang ingat aku nih macam budak-budak Indo yang lain tuh yang tak faham sangat. On second thought, aku rasa bagus jugak jadi geng-geng Indo tuh, diaorang tak reti English so kalau nenek marah ker apa ker, diaorang buat dak aje, diaorang tak reti nak jawab. Dengan aku, aku akan jawab (walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah). Biasanya aku akan kena marah lagi sebab menjawab, so aku jawab bila ada kesempatan, bila diaorang dah habis cakap. Reasonings aku kadang tuh diterima. Too bad aku dah makan hati. Itulah masalah diaorang nih, kalau ada apa-apa, diaorang akan marah dulu tanpa usul periksa. Bila aku nak menjawab, kena marah. Bila turn aku jawab, barulah diaorang faham apa cerita sebenarnya. Tapi little do they know, aku dah makan hati sebab kena marah for no valid reason. Hampir setiap hari gitu, ada aje kes nya. Manalah aku tak tension. I was raised good, I was raised right so benda-benda gini aku tak suka. Aku nak semua orang baik macam aku. Payahlah kan, sebab aku nih permata di timbunan kaca.
----------------------------------------
Walaupun baru tiga minggu aku kerja, dan mungkin jugak sebab Puasa, aku dah kurus sangat jadinya. Kalau dulu seluar aku ketat, sekarang nih nak taruk cellphone kat dalam pocket pun dah tak comfortable rasanya. Takut seluar tuh melorot. Bukan aje seluar yang dah longgar, spenda aku pun sama. Kalau dulu aku rasa spenda tuh ketat, rasa padat gituh. Sekarang nih melorot aje, kadang tuh aku rasa macam ada benda hanging loose aje. Kadang tuh telor keluar sebijik. Memanglah tak comfortable rasanya.
Ini semua pasal aku jarang makan lah punya angkara. Kat rumah memang tak masak. True yang Armi ada hantar beras sekampit, sama dengan rice cooker. Tapi lauknya? Nak ke Acme malas rasanya sebab terpaksa berpatah balik. Malam masa aku habis kerja, Acme dah tutup. Lagipun, aku malas masak tuh sebab nenek cerewet, dia selalu datang rumah check kalau-kalau rumah tuh kotor, berbau. Dia akan datang sama Ivan, masa kitaorang kerja. Memang kurang asam sangat kan diaorang tuh? Yang aku geramnya, rumah yang lain tak dicheck pun, mentang-mentang aku sama Heru nih orang baru, itu yang apa kitaorang buat semuanya tak betul. Orang lain buat sampah (Manu sama Bital, diaorang kadang tuh masak), aku yang kena marah. So tak pernah masaklah aku. Dan selama 3 minggu tuh, rasanya sekali aje aku makan nasi, yang aku beli kat Chines restaurant on my way back from work satu malam tuh. Masa sahur pun takat makan roti, minum susu. Buka puasa makan salad sama mashed potato, kadang tuh makan donut yang aku beli kalau aku tersinggah untuk berinternet kat kedai tu. Sebab tu aku selalu lapar, berak pun macam berak kucing aje. Keluar sikit aje. Kadang tuh berak takat keluar angin aje.
Bila tak makan, tenaga pun tak adalah sangat nak kerja, kan? Kena marah pulak tuh. Elok sangatlah kan? Heru, dia tak masak jugak tapi pagi-pagi dia makan mee segera sampai 2 bungkus. Aku respect dia sebab aku tak boleh makan mee segera setiap hari. Takat seminggu dua kali tuh oklah. Lagipun masa kerja Heru boleh curi-curi makan. Dan aku perasan yang dia selalu curi cookies, bawak balik. Aku terserempak dia bungkus cookies, masukkan kat dalam jacket. Dan aku tahu kadang tuh dia ke bilik air makan cookies. Makan sambil buat pura-pura berak. Kalaulah aku repot kat nenek, sure berguni-guni points yang aku dapat pikul gamaknya.
-----------------------------------
So dengan semua masalah tuh, aku rasa down betul. Walaupun aku cuba sedapkan hati aku sendiri, aku cuba ingatkan yang sebenarnya nenek tuh baik, tapi aku tetap rasa tak seronok. Kalau nenek tuh tak baik orangnya, apa pasal dia selalu jugak puji aku? Aku kena terima hakikat yang nenek tuh orang tua, cara dia lain sikit. Memanglah dia cerewet orangnya tapi janganlah itu nak ambik hati sangat. Aku cuba sedapkan hati aku dengan kata yang kerja aku simple aje, tak payah susah-susah sangat. Tapi itulah manusia, tak pernah puas hati. Dulu, waktu kerja 12 jam sehari, berdiri aje kerjanya, aku mengeluh. Sekarang nih kerja yang kadang 7 jam, kadang 8 jam, kadang 10 jam pun aku nak mengeluh jugak? Manusia nih memang tak akan puas hati, ada aje benda yang buat jiwa kacau.
So dengan semua masalah tuh, fikiran aku jadi senak gila. Aku selalu terfikir, begini rupanya nasib aku. Dekat-dekat Raya aku kerja memedap tahi orang rupanya. Aku tak nak fikir pun yang kalaulah keluarga aku tahu begini nasibnya aku merempat di tempat orang. Terus aku fikir yang aku, MUNGKIN, sekarang ini, berada di tahap maksimum yang aku boleh terima. I just can't take it anymore. Sudahlah, aku kena berusaha cari cara nak balik Malaysialah. Sudahlah, aku kena dapatkan balik duit di bank dulu tuh, with that aku boleh buat belanja. Tak apalah aku balik as a loser, as a quitter. Aku nak buat macamana, aku nih bukannya kuat tahan dugaan.
"Lagipun, kalau dah Tuhan tetapkan rezeki aku segitu, apa aku nak buat, kan?", kata aku dalam hati.