"Jadi kamu gimana? Mahu ke mana?", Martin tanya aku.
"Aku pulang rumah Yanti ajalah, nanti tanggal 30 kamu telpon aku", aku jawab gitu.
"Udah, tidur rumah aku aja. Jangan ke sono lagi", kata Martin.
"Gakpapa lah martin, aku masih bayar sewa di sono, sampe bulan depan", aku jawab.
"Udah, ke rumah aku aja. Ayuh!"
Aku ikut ajelah Martin. So aku pun bersetuju untuk tinggal di rumah dia, yang dulunya rumah Yanti kongsi sewa sama keluarga Martin tuh. Aku rasa janggal jugak sebenarnya nak tinggal di situ sebab emak wati ada, adik Martin pun ada tinggal di situ. Kemudian ada 3 orang penyewa, orang Columbia pun ada. Dan sebab tak ada bilik lain, aku katalah yang aku tidur di sofa aje. Dan sebelum apa-apa, aku beritahu Martin yang aku akan bayar dia seratus dollars untuk selama aku tidur di rumah dia tuh, sehingga 30 hb nanti. Kira mahal jugak tuh sebab di Phila, rata-rata sewa sekepala dalam linkungan 150 ke 200 jer sebulan. Tapi tak apalah.
Aku boleh sebenarnya tinggal di rumah Yanti, barang aku pun masih ada di sana. Tapi bila dengar cerita Martin, cerita wati, aku jadi tawar hati dah nak berhubung dengan Yanti. Aku rasa macam aku tertipu aje selama ini dengan kemanisan mulut Yanti tuh. Dan, semalamnya pun aku dah dapat rasa yang Yanti macam tak suka dah aku duduk di situ kot. Masa aku nak keluar Sembahyang Jumaat semalamnya, aku ada terserempak dengan Yanti kat depan rumah dia. Tapi dia tak cakap apa-apa pun, takat tanya ke mana aku nak pergi.
Then tak lama tuh dia talipun aku, tak dapat, sebab I was on the train ke masjid. So dia tinggalkan mesej, biasanya kalau ada benda yang penting sangat baru dia talipun atau tinggalkan mesej. "Aku mahu bicara sama kamu", bunyi mesej dia. Panik aku mendengarnya, apa hal pulak nih, kata aku dalam hati. Bila aku talipun, dia tanya aku yang sampai bila aku nak duduk di rumah dia. Yang kalau aku live-in di tempat lain, bilik aku tuh akan disewakan kat awek Pak Yus. Dan kalau aku nak balik ke rumah dia masa day off aku for example, aku boleh tidur di basement. Dan aku boleh tumpang barang aku tuh di rumah dia. So aku katalah yang kalau dia nak sewakan bilik tuh, by all means. Aku boleh cari bilik sewa lain nanti. Tak pun aku menyewa di rumah Nani.
Kat rumah Martin, aku sembang-sembang ajelah dengan diaorang.Baik, ramah sangat emaknya Wati, bermacam-macam aku ditanya nya. Dia ajak aku kerja, sementara menunggu kerja di Atlantic City tuh. "Gakpapalah Bu, saya lagi mahu istirehat aja, Puasa pun udah mulei besok. Pengen Tarawikh segala", aku kata begitu. So malam tuh lepas Tarawikh aku online ajelah kerjanya, sebab kat rumah diaorang tuh ada cable modem.
"Oh my God, you are still online?", tanya Karina, awek Columbia tuh, bila dia tengok aku asyik mengadap laptop aje. Sebelum dia masuk tidur, I was still online, bila dia bangun tidur, aku masih di depan laptop. Dia tak tahu pun yang aku dah tidur lepas Sahur.
Lawa orangnya Karina nih, tinggi, rambut panjang. Memang orang Amerika Selatan lawa-lawa. Karina nih selamba aje, dia baru mandi, so pakai robe aje. Dia pelawa ajak aku makan, infact dia sediakan makanan, minuman, sambil hulur kat aku. Aku katalah yang aku puasa, then puas jugaklah nak explain kat dia pasal puasa. Nasib baik English dia ok, senanglah dia nak faham. Yang tak tahannya Karina nih, dia selamba aje duduk sebelah aku, sambil melunjurkan kaki dia. Pakai bathrobe lagih yang tak berbutang tuh kan? Yang singkat tuh. Sabar aje lah, aku puasa!
Dia selamba aje sembang tapi aku, sebagai lelaki normal dan walaupun aku berpuasa, di hari pertama puasa pulak tuh, aku tetap tak dapat untuk tidak melirikkan mata ke peha Karina. Ke betis dia yang bagaikan padi bunting itu. Bila aku ingat yang aku Puasa barulah aku pandang ke arah lain. Tapi tak lama. Lepas tuh terpandang lagi. Sambil aku fikir, jauh bezanya cara hidup aku sama cara hidup diaorang.
Tengah aku seronok-seronok online, Karina ajak aku tolong kemaskan barang-barang dia. Selamba aje dia ajak aku. Sampaikan Martin sama one of the penyewas yang kebetulan baru balik, pandang semacam jer kat aku. Like, "aik dua orang nih, tiba-tiba ngam aje". I'm so sure diaorang pandang aku lain aje. Entahlah, mungkin aku terlebih perasan.
"I want to go fix my shoes, you want to go with me?", Karina tanya aku. Aku anggukkan ajelah sebab aku pun tak ada plan lain. Lagipun aku rasa, bila lagi aku nak ada peluang gitu kan? Entah-entah Karina tuh nanti jadi Ratu Columbia, atau Miss Universe, suatu masa nanti kan? Terus aku terlupa yang aku berpuasa, yang aku pada hari Jumaat lepas masa khutbah, aku dah janji yang aku tak nak keluar ke mana-mana di minggu pertama Puasa (since aku tak kerja). Tapi itulah aku, insafnya sekejap aje. Aku cepat lupa.
Dah lah lawa, pakaiannya ya ampun, pakai singlet sama seluar ketat yang nipis. Pakaian yang menggegarkan. Bukan aje nampak panty-line, nampak panty-panty nya sekali. Walaupun mulanya aku rasa macam tak syok aje sebab dah lah Karina tinggi dari aku, dia pulak pakai kasut yang aku tengok, adalah dalam 4 inci tumitnya. Tapi semuanya tak jadi hal sebab the moment kitaorang keluar rumah, terus aku terasa macam bangga. Bangga sebab dapat jalan sama awek yang cun. Aku tak tahu apa yang orang lain fikir tapi sepanjang jalan tuh aku asyik dok jeling-jeling kat orang di sekeliling. Semua mata tertumpu kat Karina. "Dang!!!", itu ajelah gagak-gagak kata bila kitaorang melintas depan diaorang. Mamat-mamat Spanish jeling aje.
Aku rasa ada 3 kemungkinan, apa yang diaorang semua tuh fikir.
1. Lawa budaknya Karina tuh.
2. Buruknya balak dia.
3. Kesian balak dia, mentang-mentang dia lawa, dia suruh balak dia yang bawak barang.
Memang, aku yang sebagai seorang yang gentleman, aku yang bawakkan beg plastik yang di dalamnya ada 10 pasang kasut untuk direpair. Tapi aku tak kisah semuanya tuh, diaorang tuh jeles kot. Dan aku pun lupa yang aku berpuasa.
Tengahari tuh aku cadang nak ke library aje sebab lama sangat rasanya nak tunggu berbuka. Rupanya ada Puerto Rican Day Parade pulak kat Benjamin Franklin Parkway, betul-betul depan library. Ramainya orang, ramainya J Los, terralit aku sekejap. Rupanya library tak buka Sunday, bulan depan baru dibuka every Sunday. So aku blah ajelah, aku ke masjid yang letaknya tak berapa jauh dari kawasan yang ramai orang Indo. Aku jalan kaki aje pasal banyak masa. Aku lepak ajelah sampai Asar, then ke kedai orang Indo untuk beli nasik untuk berbuka. Lepas Maghrib baru aku pergi semula ke masjid. Tarawikh di sini dibuat 8 rakaat aje tapi lamanya bukan main lah. Sebab setiap dua rakaat, ada macam ceramah, macam khutbah gitu. Pukul 10 baru selesai, itupun aku buat witir sendiri aje. Takut jugak aku nak jalan balik ke rumah Martin malam-malam gitu sebab nak ke situ tuh kena melalui kawasan orang hitam. Itu yang aku terpaksa ikut jalan jauh sikit tuh.
"Ayuh kerja sama Ibu dong, temanin ibu", kata emak Wati sebaik saja aku sampai ke rumah. Aku memanglah malas nak kerja. Bukan apa, aku dah lama tak kerja kilang/warehouse so aku dah rasa macam tak sesuai jer aku kerja. Lagipun aku tak ada kawan, nak kerja kilang, kena ada kawan. Kalau tak tuh memang susah, kena buli dek orang lama aje biasanya. So aku setujulah untuk ikut sama kerja malam tuh. Dah kemas-kemas barang makanan untuk dibawak bekal, ada pulak panggilan talipun kata kerja tuh dikansel. Malam besoknya baru mula.
So aku lepak ajelah sambil sembang-sembang dengan mak Wati yang punyalah baik sampai melemaskan aku. Bosan aku kalau orang baik sangat dengan aku. wati gelak aje bila aku kata, kalau gitu lah emak dia, harus aku pindah balik ke rumah Yanti nanti, pasal bosan dia asyik dok nak melayan aku.
"Kamu jadi menantu ibu ajalah. Mau nggak?", dia tanya aku sambil gelak-gelak. "Tapi anak angkat ibu tu orangnya agak gemuk', kata dia lagi.
Monday morning tuh aku spent masa kat library aje lah. Sekarang aku dah tak payah berebut nak guna desktop dah pasal diaorang dah sediakan wi-fi access, punyalah cool nya. Kadang rasa nak offer orang guna laptop aku aje, iyalah kesian jugak diaorang tuh cuma dapat online sejam aje. Terpaksa tunggu giliran pulak tuh.
Aku buat tarawikh di rumah aje pasal jemputan untuk kerja tuh datangnya pukul 10-30 malam. Taklah jauh tempatnya, dalam setengah jam perjalanan. Mak Wati tuh ramah sangat orangnya, habis diceritakan kat orang dalam van tuh pasal aku. Berbakullah dia puji aku, aku takat sengeh ajelah.
"Koq Rumah Sakit Korban lelaki itu apa sih?", tanya one of the guys.
I knew that was coming.
Kebanyakan orang Indo, kalau tahu aku orang Malaysia, sure diaorang akan tanya aku apa maksudnya Rumah Sakit Korban Lelaki. I have no idea kat mana diaorang dapat term tuh tapi everytime aku cuba explain, diaorang tak percaya. Diaorang kata aku tipu. Menteri Belukar. Itu satu lagi term yang diaorang selalu tanya aku, kononnya Menteri Perhutanan.
Aku ingatkan mak wati betul-betullah nak aku kerja di sebelah dia tapi the moment dia masuk ke kilang tuh, terus dia ke satu machine yang dia biasa handle. Aku disuruh buat kerja lain, ikut yang lain-lainnya. Ada 8 orang Indo semuanya, sorang aje lelaki yang kiranya macam leader kumpulan kitaorang lah. Leader apanya, English pun tak reti, takat guna bahasa isyarat bila Supervisor tanya itu ini. Aku disuruh kerja dengan the rest of the ladies, yang aku tengok, semuanya ada unsur-unsur kelampiran memasing. Sabar ajelah, itu yang aku tak sukanya, di mana-mana sure ada Mak Lampir. Nasib baiklah aku nih pandai bermuka-muka, aku buat baik-baik aje dengan diaorang, apa yang diaorang suruh, aku buat aje. Diaorang semuanya kerja sambil duduk, buat kerja yang senang-senang, aku lah yang disuruh angkat itu ini. Penuhkan pallet, usung kotak yang besar-besar tuh. Tapi aku suka jugak sebenarnya kerja-kerja berat gitu sebab bolehlah keluar peluh. Kalau kerja yang sambil duduk tuh, tak tahan aku, mudah mengantuk dibuatnya. Lagipun, kerja yang berdiri selama 8 jam tak ada apa sangatlah bagi aku. Aku dah biasa kerja berdiri selama 12 jam.
Senang aje kerjanya di gudang tempat menyimpan frame gambar yang dibuat dari plastik tuh. Diaorang kerjanya membersihkan frame-frame itulah, lap kan guna tuala. Dah tuh dimasukkan semula ke dalam kotak. Aku akan punggah kotak-kotak yang dah penuh tuh, susun atas pallet, lepas tuh wrap, then ambil hand-jack untuk pindahkan pallet tuh ke dalam lori kontena. Dah lama tak kerja malam, aku rasa mengantuk sangat. Tapi aku pelik jugak, kalau aku online tuh, kalau aku berinternet, tak terasa mengantuk pun kalau online sampai pagi. Tapi bila kerja tuh, rasanya jam tuh macam tak bergerak. Dari pukul 12 ke pukul 3 tu lah yang paling lama rasanya.
Break pukul 3, aku terus sahur ajelah. Emak wati, sebab dia tak bawak nasi, aku kasi dialah makanan aku, nasi sama sambal petai udang dengan sayur daun singkong. Aku, sebab tak ada selera, makan kuih ajelah sekeping. Berat betul mata aku rasanya nak menghabiskan kerja. Orang lain pun gitu jugak aku tengok, tersengguk-sengguk. Break kedua pukul 6, sebab Subuh pun dah masuk, aku terus sembahyang ajelah. Aku sembahyang bawah pokok. Rasa bersemangat sikit aku Puasa kali ini nih. Mudah-mudahan aku akan terus kuatlah, especially masa kerja kat KFC nanti.
Habis kerja pukul 7-30 pagi, jalan jam pulak tuh masa nak balik so sampai rumah pun dah 9 pagi. Hilang terus ngamtuk aku bila sampai rumah, terus ajelah aku online. Pukul 11 baru aku tidur, terjaga semula pukul 2 lebih. lepas Zohor aku bantai tidur lagi sampai 5 lebih. Lepas Asar baru aku keluar untuk beli makanan berbuka/sahur. Mak Wati pesan suruh aku makan masakan dia aje tapi tak nak lah aku macam mengambil kesempatan gitu, itu yang aku beli makanan tuh.
Malam kedua aku kerja, aku dah rasa macam tak sedap badan aje. Asyik terbersin aje sepanjang malam. Nasib baiklah kerja tak ada sangat malam tuh sampai diaorang suruh aku sama this one guy, suruh bersih-bersihkan kawasan gudang tuh. Sapulah mana-mana yang patut. Aku terus ajelah ambil penyapu dan aku mulalah menyapu. Kat gudang, tahu ajelah kan. Bukan main banyak sampahnya. Walaupun kat situ ada satu orang tukang sapu tapi Mat Salleh, jenis yang sweep under the machines. So tak heranlah kalau aku berjaya melongokkan sampah dengan sekelip mata aje. Aku tengok tukang sapu tuh jeling aje kat aku. Sure dia bengang kat aku sebab nampak sangat yang dia tak menyapu sampah betul-betul.
"Tenang aja, kerjanya jangan buru-buru", kata mamat Indo tuh. Manalah aku sanggup nak pura-pura pegang penyapu selama 8 jam kan? Dah selesai menyapu, dah tak ada kerja lain, aku pergi kat mesin tempat mak Wati kerja. Aku tolong-tolonglah dia mana-mana yang patut. Tersengguk-sengguk aku kerja sebab kerjanya sambil duduk. Tapi tak apalah, bukannya lama. Dua hari kerja, dapatlah bayar duit sewa selama aku tinggal di rumah keluarga W.