Tuesday, October 2, 2012

Ferry 'Cross The Jersey ?

10112006


Malam tuh aku check voicemail aku, berlambak messages dari Armi, juragan gedek, girlfriend Armi. Semuanya tanya aku apa pasal. Armi minta maaf bebanyak sebab dia ingatkan aku nak berhenti pasal bengang dengan dia sebab minggu lepas tuh gaji lambat dibayar. Aku terpaksa talipun dia balik untuk menerangkan masalah aku. Aku kata yang keputusan aku buat tuh bukan langsung sebab gaji, dan aku jadi macam bengang jugak sebab dia tak percaya. Dia tetap mintak maaf pasal gaji lambat tuh. Dan aku salahkan Heru yang selalu suruh aku menalipun Armi minggu lepas tuh. 

Armi janji nak datang ke tempat kitaorang dalam sehari dua lagi. Malam tu jugak aku dapat panggilan talipun dari Ramon. Ingat dak sapa Ramon? Ala, mamat Indo yang aku kenal masa kat Pittsburgh dulu tuh. Yang aku tolong dia masa dia tak ada duit, yang masa dia nak lari dari Pittsburgh dulu tuh. Yang aku carikan dia kerja di York, PA. Dia dah balik ke Pittsburgh semula sebenarnya. Dan dia ada hal lagi, dan kali ini dia nak lari lagi. So dia tanya aku kalau-kalau ada kerja untuk dia di KFC nih. So aku suruh dia contact Armi. Ramon excited sebab nanti dapatlah dia kerja dengan aku, aku tak cerita pun yang aku dah nak berhenti. 

Raya hari Isnin. Serba salah jugak aku dibuatnya sebab masa Puasa, aku ikut puasa macam kat Malaysia, lambat sehari dari US. Tapi Raya pulak aku ikut Raya kat US. Macamana pun aku terpaksalah Raya jugak sebab dah confirmed yang Monday tuh Raya. Haram berpuasa on Syawal first kan? Aku memang cadang nak tidur awal sebab esoknya nak kena bangun pagi nak ke Atlantic City untuk Sembahyang Raya. 

Tapi mata aku tak dapat lelap, so dalam sejuk-sejuk tuh aku keluar rumah untuk berinternet, nak cari info pasal bas ke Philadelphia. Aku tak tahu macamana nak ke Atlantic City, schedule bas, semuanya lah. Dan aku terjumpa dengan satu website nih pasal ferry ke Lewes, Delaware. Melalui Cape May, dekat Atlantic City. Masalah aku, katalah aku berhenti kerja nanti, aku tak boleh nak tunggu bas kat bas stop yang lebihkurang 1 km dari rumah tuh. Pasal di situ laluan utama, takut nanti terserempak dengan sesiapa. Budak-budak Indo tuh rumah diaorang betul-betul belakang bus stop tuh, Ivan sama nenek pun selalu keluar masuk guna jalan tuh, Manu sama Bital pun selalu guna jalan tuh. That's the only jalan yang orang guna. Harus akan bertemu sesiapa nanti kalau aku ikut jalan tuh. Nak call taxi susah pasal aku tak pernah nampak pun ada taxi service kat kawasan nih. Cuma aku pernah ternampak ada bus service ke ferry terminal, yang melalui satu jalan lain. Elok lah tuh, sure orang tak suspect yang aku akan blah naik ferry, kan? Sure orang ingat aku akan ke Atlantic City dulu. Akan amanlah perjalanan aku nanti, pelarian aku. Memang aku tak boleh imagine, tengah tunggu bas tiba-tiba nenek datang ke bus stop tuh. Mintak aku jangan berhenti kerja. 

So aku cadang nak beritahu nenek yang aku akan berhenti the day aku dapat duit gaji dari Armi. Itupun aku nak talipun ajelah, masa aku dah atas ferry, atau dah di luar dari kawasan tuh. Aku jadi macam excited sikit, adventuruous jugak aku kali ini. Melarikan diri naik ferry. Tak pernah pun terfikir gitu. Dalam otak aku dah terfikir, entry aku nanti title nya, Ferry 'Cross The Jersey. Dapatlah aku tengok puas-puas Jersey Shores nih yang dengar ceritanya lawa-lawa. 

Aku ngantuk sangat, lepas Subuh aku tertidur semula. Sedar-sedar dah pukul 11 lebih. Dah nak Zohor dah. Termenung ajelah aku di pagi Raya tuh. Sedih tak boleh ceritalah. Rasanya Raya kali ini yang paling tak syok. Tahun lepas aku Sembahyang Raya kat Washington DC, kan? 

Tak lama lepas tuh aku dengar suara nenek sama Ivan. Diaorang masuk bilik air, tah apalah yang diaorang sembangkan. Aku dah agak yang diaorang akan masuk bilik kitaorang so aku kemas-kemas mana yang patut. 

"Is the window open?", nenek tanya aku. 

"Yeah, just a little bit", aku jawab gitu. Pagi tadinya Heru bukak tingkap tuh sebab kitaorang nak dapatkan signal untuk online, selama ini kitaorang memang selalu jugak buka tingkap tuh so that "wi-fi signal dapat masuk". Bertempeklah nenek marah sebab heater kat rumah tuh automatik, tingkap dan pintu kena selalu ditutup. 

"Where are you guys from, some thirld world countries?", mulalah nenek membebel. Macam-macamlah yang dia komplen, aku jadi kalut gitu sebab semuanya serba tak kena. Tak lama nenek di rumah, diaorang blah. 

"Lihat, kamu bisa tinggal kerja di sini kalo nenek gitu orangnya. Udahlah bawel, bahasnya sadis amat", aku kata kat Heru. 

"Habis kamu gimana, masih mahu berhenti?", tanya Heru kat aku. 

"Udah gajian aku kabur, nggak mahu aku di sini lagi. Bikin pusing aja", aku jawab gitu.

"Tunggu ajalah lagi dua tiga bulan, bisa nggak kamu', Heru tanya aku. 

"Nggak mahu lah, kalo bisa hari ini aku udah mahu pergi", aku kata gitu. 

"Kamu udah ada kerjaan lain nggak?, dia tanya lagi. 

"Aku cari lewat agen di New York aja, gampang. Pasti ada kerjaan", aku kata kat Heru. 

"Aku memang nggak senang sama nenek tapi aku harus cuekkin aja. Lagipun, kerja ku di bahagian dapur tuh enak, banyak temen, bisa ngobrol segala", kata Heru. Memanglah aku tengok yang Heru kerjanya agak seronok sebab di bahagian dapur semuanya orang Indo, kebanyakannya Jawa. Diaorang boleh sembang-sembang, boleh akan-makan lagi. Kalau aku kerja di bahagian dapur pun mungkin aku suka, nenek jarang sangat membebel di dapur tuh sebab di situ ramai orang. Unless diaorang buat salah, barulah nenek bersuara. Itupun diaorang boleh gelak-gelak, pekakkan telinga. Atau buat-buat sibuk sediakan makanan yang orang order. 

On the way kerja, aku check voicemail aku. Berlambak message dari Armi, juragan gedek, girlfriend Armi. Lantaklah, kata aku dalam hati. Mungkin harini hari terakhir aku kerja. Atau mungkin esoknya. Atau lusa. Tak sabar rasanya nak blah dari situ. Cepatlah gaji, aku dah tak tahan nih. Itu aje yang aku fikir seharian tuh. 

"My days here are numbered", aku kata gitu kat a few customers yang baik dengan aku, yang selalu makan di restoran tuh, yang selalu sembang dengan aku. Diaorang kenal sangat Mrs Hodgie tuh. 

"But why?", diaorang tanya aku. 

"I can't stand her", aku jawab gituh. 

"I've known her for more than 50 years, she's one difficult lady but she's nice inside", kata this one guy yang kalau datang makan sama wife dia tuh sampai berjam-jam. 

"She's such a pain in the ass", kata mak saudara Debbie (Debbie's one of the Managers kat KFC tuh). Aku dengan diaorang nih, kalau diaorang datang makan, aku jadi malu nak buat kerja kat dekat-dekat meja diaorang. Sebab diaorang selalu ajak aku sembang, diaorang selalu tengok aku dari jauh. Aku selalu terfikir, apalah yang diaorang fikir pasal aku. Entah-entah diaorang mengutuk aku. Entah-entah diaorang kesian dengan aku. 

Malam tuh aku ke rumah budak-budak Indo tuh pasal diaorang ada buat makan-makan sempena Hari Raya. Sedap masakannya, sayur lodeh, gulai telur puyuh. Aku makan sambal tomato sampai setengah pinggan. Siap betambah nasi lagih. Cuma yang aku tak sukanya, diaorang tuh kebanyakannya minum, Yanto yang tak pernah tinggal Puasa pun sama aje. Minum beer. Pelik aku diaorang nih. Macamana pun aku rasa happy jugak sebab rasa macam seronok dapat berkumpul dengan diaorang, di luar waktu kerja. Dan aku rasa sesuai sangatlah sebab mungkin besoknya aku dah tak ada di situ lagi. Kalau besoknya dapat gaji, aku dah tak akan kerja di KFC lagi. Aku nak berhenti.