Tuesday, October 2, 2012

Kalbu Yang Tertusuk


08112006

Menjelang Raya aku rasa semakin down. Dah lah kat internet tak ada orang, cuaca pun muram aje. Hujan setiap hari, then angin kuat. Sejuk pun satu hal jugak. 

Dan ada a few incidents kat tempat kerja yang buat aku betul-betul fed up, yang buat aku rasa nak berhenti kerja aje lah bila aku dapat gaji nanti. Cuma masalahnya, gaji dah semakin lambat. Dapatnya hari Jumaat, ataupun malam hari Khamis. Akan rugi empat lima hari lah aku kalau macam tuh. Plan aku nak balik ke Phila ajelah, with some duit kat pocket, aku nak bersabar ajelah cari kerja di Phila.

Satu hari tuh aku disuruh Ivan untuk mencuci tingkap, luar dan dalam. The whole bangunan KFC tuh. Yang lepas-lepas, tak bersih sangat sebab berus sabun yang buat mencuci cermin tuh ada gris. Nenek sempat mengomel sebab aku tak cuci dulu berus tuh tapi bila aku kata yang orang lain dok pakai berus tuh, barulah dia tak marah sangat. Tapi hati aku dah bengang dengan sindiran dia yang menusuk kalbu tuh. 

Aku rasa dah bersih dah aku cuci cermin-cermin tuh, cepat pun tak lah cepat sangat sebab aku terpaksa guna tangga, berus pengelap tuh tak bertangkai. Sebab nenek tuh tangkai jering, berus tuh tak dibeli tangkai nya. (Tangkai ker tangkal, nih?) "It took him half a day", aku terdengar Ivan kata gitu kat nenek masa nenek nak blah. Babi punya manusia, memang dia tuh jenis cari salah orang jer, kaki jilat. Tak sampai setengah hari pun, dalam 3 jam lebih jer aku selesaikan semuanya. 

Besoknya, nenek marah kat aku pasal ada a few spots yang nampak macam tak bersih aje. Ala, ada lah kesan di sana sikit, sini sikit, yang tak bersihnya. Lagi pulak, memang kat spots tuh selalunya orang tak perasan, lagipun, tak mencacat cela kan jualan KFC tuh langsung kalau ada cermin kaca yang tak bersih, walaupun sikit tuh. Tapi, di mata nenek, semuanya mencacat cela kan pandangan. Malu aku bila dia macam marah kat aku, kat depan-depan orang pulak tuh. Not so much pasal kerja, tapi bahasa yang dia guna tuh, macam aku cakap tadi tuh, menusuk jantung kalbu. 

So besoknya aku disuruh bersihkan mana-mana yang nampak tak elok. "Do it quick! fast!", kata Ivan yang siap check satu persatu cermin tuh. Dia tak tahu pun yang masa tuh aku dah plan, kalau dia cakap sekali lagi macam tuh, aku nak just kasi dia yang buat then aku nak tanggal uniform aku dan suruh dia cari orang lain aje pengganti aku. Tapi nasib baik dia tak ada cakap apa-apa dah lepas tuh. So terpaksalah aku meneruskan kerja aku. 

-----------------

"Hey, come'ere", kata nenek sambil jari telunjuk dia dibengkok-bengkokkan, panggil aku. "That's very rude", kata aku dalam hati. Ivan ada di sebelah nenek masa tuh, dia tengok tv. Nenek tengah baca paper kat dia punya favorite table. "It's sticky here", kata nenek sambil dia raba-raba di bawah meja tuh. "You know what sticky means?", dia tanya aku sambil gelak-gelak. "Go get a rag!", dia kata lagi. Aku bersihkanlah meja tuh sambil melutut, sambil membongkok bawah meja. Nenek buat selamba aje, terus dia sembang sama Ivan. 

"Hey, it's still sticky here!", kata nenek bila aku dah nak buat kerja lain. Masa aku bersihkan bawah meja tadinya tuh, aku takat kesat-kesat, gosok-gosok gitu aje sebab dia duduk di situ, kerusi dia rapat kat meja. Dada dia bersentuh dengan meja. Takkan aku nak gosok tepi-tepi meja tuh, buatnya kang terkena tetek dia? Lagipun masa tadinya tuh aku dah malu sangat, rasa hina sangat. Korang tak boleh imagine macamana caranya aku bersihkan bawah meja tuh. Sambil melutut, sambil membongkok-bongkokkan badan. Yang buat bengangnya, nenek sikit pun tak bergerak, dia asyik dok bersembang aje. Itu yang aku geram sangat tuh. Itu yang buat aku rasa hina sangat tuh. Patutnya, undurkanlah sikit kerusi tuh, kasi laluan aku nak bersihkan meja. On second thought mungkin nenek tuh saja nak suruh aku terraba tetek dia kot. On third thought, mungkin jugak nenek tuh fikir, alah, asset aku yang dah tak berharga, apalah sangat kalau disentuh sesikit kan? Kalau ada orang tengah dari luar, sah lah orang ingatkan aku dengan nenek tengah buat projek. Under the table punya projek. 

Belum habis cerita. Dah nak selesai aku bersihkan bawah meja tuh (tah apa aku bersihkan pun aku tak tahu, takat gosok sana sini jer), nenek tanya aku. "Hey, why's the house so smelly? The bathroom. You don't clean the bathroom? You don't like the house?", dia tanya gituh. Aku diam aje sebab aku tak faham apa maksud dia. "The house smells bad, and the bathroom....do you clean the bathroom?, nenek tanya lagi. 

"I do", aku jawab gitu. "But why it's so smelly, do you clean it like you do here?", dia tanya aku. "Well, not really but I do clean the bathroom", aku jawab gitu sedangkan aku rasa aku tak pernah pun bersihkan bilik air kat rumah. Takat bersih-bersih sesikit gitu adalah. "That's an expensive house", kata nenek. "You don't like the house?", dia tanya aku. Aku tak jawab. Aku marah dalam hati. Sebab aku fikir, rupanya nenek selalu datang ke rumah, nak check. Aku tak pernah masak pun, dia kata rumah tuh berbau. Apa lagi kalau aku masak? Itu yang buat aku rasa marah tuh. Manu, Bital, diaorang masak, tapi sebab diaorang Managers, tak ditanya pulak tuh. Heru pun nenek tak tanya, apa pasal dia tanya aku?

"Hey, answer me, you don't like the house?", dia tanya aku lagi. "I do", aku jawab. Tapi aku tak pandang muka dia. Aku rasa airmata aku nak keluar sesangat dah. Dah lah aku sedih pasal esoknya nak Raya. "Mati lah cepat ko", kata aku dalam hati.

"But why is it so smelly? If you don't like the house then go find your own accomodation..... we Americans, we are clean people.....we are not like third world countries.....blah blah blah.....", aku dah macam tak dengar dah apa yang dia cakap. Menusuk kalbu betul sindiran dia. Aku terus bangun aje sambil kata, "I'm not the only one living there, why don't you ask them?", aku tanya gitu. Ada aku rasa nak berhenti on the spot gitu tapi aku rasa macam tak sampai nak buat gitu. Mungkin nenek tak ada niat nak marah. Cuma aku tak suka penggunaan bahasa dia tuh. Sarcastic sangat. Aku blah gitu aje dari situ, aku dah tak peduli kalau nenek marah. Sebab ayat terakhir aku, "Go ask them".Agaknya nenek ada cakap something dengan Heru, besoknya nenek kata nak datang ke rumah, nak check. 

"This is it", kata aku dalam hati. I can't take this any longer, aku nak berhenti aje lah. Aku ada harga diri, aku rasa aku ada maruah. Kat tempat lain aku boleh cari makan, buat apa aku memeningkan kepala kerja di tempat yang buat aku rasa macam terhina sangat, kan? Aku tahu nenek tuh dah tua, dan orang tua memang cerewet. Tapi, bab bahasa lah yang aku tak tahan sangat tuh. Aku ni kan ker jenis yang read between the lines? Yang kadang tuh, orang puji aku tapi aku ingat orang kutuk aku. Yang kalau orang puji aku 100 kali tapi kutuk aku sekali, aku akan ingat sampai bila-bila kutukan yang sekali tuh. Aku tak kisah kalau terpaksa buat kerja berat (at least aku ada cerita nak whine pasal kerja aje) tapi kalau benda-benda yang menusuk kalbu, meruntun perasaan, aku memang lemah. 

Masa aku buang sampah kat belakang, sempatlah aku sms kat Armi. "Pak Armi, maaf tapi kayaknya aku nggak bekalan lama di sini. Aku mahu berhenti", aku tulis gitu. Dan aku off kan talipun. 

Punyalah lama nak menghabiskan kerja hari tuh, iyalah kan, bila kepala berkecamuk, masa tuh rasa slow sangat berjalannya. Apa yang aku fikir, macamana cara aku nak blah dari KFC tuh. Masalah gaji. Bila aku dapat gaji? Bila aku boleh blah?. Macamana aku nak blah? 

Malam tuh masa nenek suruh aku ke luar pungut sampah (siap kena marah lagi sebab aku pungut guna penyapu, nenek suruh pungut satu-satu guna tangan), aku terserempak dengan this couple, balak dia Spanish, minah dia orang bule (Minah Salleh). Diaorang tengah merokok kat tepi KFC tuh. Ada sign kata No Smoking/No Fumar pun diaorang merokok jugak. Bawak basikal lagi tuh. Nenek memang marah kalau orang bawak basikal kat pathway gitu tuh. Aku dah lah tengah berjiwa kacau. Nak makan orang aje lah kerjanya kan? So aku tegur lah couple tuh, suruh diaorang jangan merokok di situ, suruh diaorang taruk bike tuh kat tempat lain. Diaorang buat tak peduli aje. Aku cakap kali kedua baru diaorang pandang. Buat selamba aje. "You guys better leave now, I'm telling the owner", aku kata kat diaorang sambil masuk semula ke dalam restoran. Sebab aku dah selesai kerja pungut sampah. 

Kebetulan nenek ada di office dia, dan sementara dia tak ada hal tuh, lebih baiklah aku beritahu aje dia. "I know", kata nenek masa aku cakap kat dia tuh. Rupanya nenek tengok melalui kamera/cctv. Then nenek keluar, dimarahnya couple tuh, disuruh blah dari situ. "That was very good Joe, very brave of you. Thank You", kata nenek sambil tepuk-tepuk bahu aku. Aku tak pandang pun nenek, aku membelakangkan dia. Aku blah gitu aje. 

Dah lah nenek! Meh sinih! Meh jilat bontot akuh!



Illusion never changed into something real
I'm wide awake and I can see the perfect sky is torn
You're a little late, I'm already torn 

[Torn - Natalie Imbruglia]