Semangat untuk bekerja yang membuak-buak tuh tak lama rupanya, dalam seseminggu dua aje lepas tuh, aku dah balik to square one semula. Bosan yang teramat. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, bekerja setiap hari sebulan penuh. Masa tuh dah nak masuk minggu keenam aku kerja. Dari Oct 1st sampailah pertengahan November, aku masuk kerja setiap hari. Muak rasanya.
Bila aku tanya Armi apa pasal aku kena kerja 7 hari seminggu, dia beritahu yang dulunya aku, masa mula-mula jumpa nenek, aku bersetuju untuk kerja setiap hari. Tapi seingat aku, tak ada pun aku bersetuju untuk kerja setiap hari. True, nenek ada tanya something like this, "Are you willing to work more than 5 days a week?". That was it. Little did I know yang kitaorang kena kerja setiap hari. Macamlah aku nih 7-Eleven gamaknya. Armi memanglah suka kitaorang kerja setiap hari sebab the more money we make, the more yang dia dapat.
Dan sejak Robi berhenti kerja, aku jadi semakin tak ada semangat. Sebab dia sorang ajelah yang selalu sembang dengan aku, dia pernah kerja restoran Cina and he knows quite well bezanya kerja di KFC dengan kalau bekerja di restoran Cina. Nasib baiklah seseminggu lepas Robi berhenti tuh, Armi ada datang (untuk bayar gaji) dan sampaikan berita yang dia, girlfriend dia, juragan gedek sama isteri, diaorang semua akan turut kerja di KFC tuh. Selepas Thanksgiving nanti, atau paling lewatnya awal December. Aku sama Heru tak percaya langsung yang diaorang akan turut serta kerja di KFC tuh, selagi diaorang tak betul-betul kerja, kitaorang memang tak percaya. Sebab selama ini Armi selalu cakap yang bukan-bukan, tapi semuanya macam tipu aje. Sekadar untuk menyenangkan hati kitaorang aje. So sibuklah diaorang pergi mencari rumah sewa sebab bila dah ramai nanti, kitaorang dah tak nak menyewa di rumah sewa nenek tuh.
Hari Ahad minggu lepas aku macam biasa, masuk kerja pukul 12 tengahari. Sebab hujan nak turun so aku pergi kerja awal sikit, sempat singgah di kedai donut tu lagi untuk berinternet. Biasanya Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad memang itulah routine aku setiap pagi. Isnin sampai Rabu aku masuk kerja lambat, pukul 4 petang, so aku tak ke kedai tuh. Aku berinternet dari rumah aje. Kitaorang dah jumpa satu spot kat bilik kitaorang yang dapat tangkap signal neighbor. Satu spot aje, setakat cukup untuk taruk 2 laptops, laptop aku sama laptop Heru. Itupun kena berdiri, kena taruk di atas beg peti Heru yang kat atas beg tuh ditaruk 2 bijik laci. Dengan buat gitu aje kitaorang dapat tangkap signal. Mulanya dulu aku, satu tangan pegang laptop, satu tangan lagi menaip. Tapi tak lama sebab lenguh, so itu yang kitaorang kena creative sikit tuh. Nak ke luar rumah macam biasa, dah semakin sejuk. So masalah internet dah selesai.
Sebab hujan the whole day, lebat pulak tuh, memang senyap sunyi lah KFC tuh hari tu. Punyalah bosannya aku dibuatnya so macam-macam kerja lah yang aku buat untuk penuhkan masa. Panjat sana panjat sini, sapu sawang, bersihkan lampu, lap gambar-gambar. Anak nenek ada datang so masing-masing semuanya buat-buat sibuk. Dia nih, sebijik macam nenek perangainya. Bahasa dia, kalau marah tuh, lebih kesat dari nenek. Tapi dengan aku tak ada hal sangat sebab dia tak ada lah macam nenek, check sana sini. Dia concentrate pasal kerja-kerja orang di bahagian dapur aje.
Tapi kebetulan hari tuh dia tertengok ada frame fitting yang kat depan tuh hampir tercabut. So dia dengan nenek sibuklah nak repair. Aku yang tengah panjat tangga untuk lap lampu, bila nenek tanya samada aku perasan atau tidk yang screw fitting tuh longgar, teruslah aku jawab aku ada nampak a few bebudak yang dok godek-godek benda tuh a few days before. Teruslah nenek tanya aku apa pasal aku tak beritahu dia. Memang dulu aku ada niat nak beritahu dia atau pun Ivan tapi terlupa pulak aku.
Yang aku gatal mulut kata aku perasan benda tuh rosak pun aku tak tahu kenapa. Nak kata nak collect points, sejak kejadian aku marah nenek dulu tuh, aku dah tak bergiat sangat dah dalam bidang collect-collect points tuh. Tak macam dulu. Aku sekarang cuma collect points yang besar-besar aje. Masa aku sama nenek (dan anak dia) duduk merepair benda tuh, aku perhatikan yang nenek sama anak dia tuh asyik bertikam lidah aje kerjanya. Like mother like daughter. Bahasa masing-masing punyalah kesat. Tapi apa yang aku perasan, anak nenek tuh selalu marah mak dia. Nenek gayanya macam tension aje. Dan aku boleh agak, itu yang buat nenek jadi cerewet, suka marah, berbahasa kasar tuh. Gamaknya lah.
Then aku balik semula buat kerja aku, aku biarkan diaorang berdua, bila anak nenek tuh kata, "Stop it Mom. Leave him alone", bila nenek asyik membebel apa pasal aku tak beritahu dia pasal ada benda rosak tuh. Tengah aku mula nak berangan (sambil buat kerja tuh), aku terdengar nenek kata, "That fucking idiot, he didn't say nothing! Tersentak aku. Then anak nenek tu kata kat nenek, "That's evil Mom. Only evil person talks behind......", aku dah tak dapat concentrate bila dia kata gitu..
Fucking idiot? Did she just call me fucking idiot? Was she referring to me? Fucking idiot? What a fucking slut! She called me fucking idiot! Dia ingat aku tak dengar! Shit! That mother of all cunts tuh kena diajar!
Terkejut ya amat aku bila aku realized yang memang nenek was referring to me masa dia kata fucking idiot tuh. But she just apologized kat aku a few weeks ago, kan? Makna nya dia tak sincere lah? Yang dia buat muka kesian, muka bersalah semua tuh, itu semua hanya lakunan aje ker? Kalau lakunan, memang real sangat lakunan dia ituhari, dan selama ini. Pundek punya nenek. Dia kata aku fucking idiot? Behind my back pulak tuh. Dia ingat aku tak dengar. Dia ingat aku pekak macam dia.
Terus aje aku pandang anak nenek tuh, masa tuh diaorang dah siap merepair benda yang rosak tuh. She caught me tengah jeling dia, so aku tahu yang dia tahu yang aku ada dengar perbualan dia dengan nenek. Saja jer nak kasik dia sedar, rasa bersalah. Nenek tak tahu apa pun, iyalah orang tua kan, dia jalan lurus aje, terbongkok-bongkok.
Terus aku berhenti buat kerja, aku ke depan di bahagian counter. Masa tuh aku dah tak ingat apa dah, rasa macam panas seluruh badan aje. Aku ke sana. Tak jadi. Aku ke sini. Tak jadi. So aku pusing-balik pusing balik gitu ajelah. Sambil gelak-gelak, sedangkan dalam hati punyalah marahnya. "She called me fucking idiot! Fucking idiot!", aku kata kat Anne. "Who?", Anne tanya aku. So aku ceritakanlah sama Anne yang aku ada terdengar nenek cakap gitu and I was very sure yang dia maksudkan aku. "I wanna ask her, I want to confront her", aku kata gitu. "If yes then I'm outta here. If not then I'll apologize", aku kata lagi. Tapi masa tuh aku tengok nenek sama anak dia sibuk aje di office so aku tak berani lah nak dekat. Diaorang nampak serious semacam.
So aku ke hulu ke hilir ajelah, aku beritahu semua orang yang that's it, aku nak berhenti kerja. Aku tak ada lah marah sangat cuma I was disappointed. Disappointed pasal nenek kata aku fucking idiot. Disappointed pasal aku macam tertipu dengan nenek. Yang dia mintak maaf ituhari hanyalah lakunan aje. Ataupun mungkin masa tuh she was sincere cuma yang kali ini tuh dia tak tahu yang aku ada dengar. Memang dasar orang tua tak sedar diri. "Eh kamu tahu nggak, suami ku bilang, nenek tu iblis. Kerna itu nggak mati-mati", kata Jenny.
"I'm disappointed, I thought she was sincere when she apologized to me a few weeks ago", aku kata sama Anne. "That woman is never sincere", kata Anne kuat-kuat. "That's it, I quit", aku kata gitu. Tak ada siapa yang percaya bila aku cakap gitu tapi aku dah buat decision yang aku akan berhenti kerja. Nak berhenti on the spot aku rasa tak seronok pulak. Lagipun hujan lebat kat luar so aku tak dapat nak balik ke rumah, tak dapat nak ke mana-mana jugak. Might as well tunggu aje sampai aku habis kerja malam tuh. Aku suruh Anne tolong tanya anak nenek, betul tak yang nenek maksudkan aku masa dia kata fucking idiot tuh tapi Anne tak nak. "I have to save my ass, man", dia kata sambil gelak-gelak.
Ivan pun tahu yang aku bengang tapi lepas aku cerita kat dia apa pasal aku jadi marah, tak ada lah pulak aku kata aku akan berhenti besoknya. Cuma aku kasi hints yang aku tak nak kerja di situ lagi. Lagipun masa tuh dia dah nak balik. Biar besoknya dia sama nenek akan terkejut sebab aku dah tak ada di situ.
"Can I have a minute or two with you?", aku tanya anak nenek bila kebetulan dia lalu depan aku. "Nope", sombong aje dia jawab, sambil mencebik mulut. What a fucking dyke! Terasa hati aku. Malu pun satu hal. So aku mengonfirmedkan yang aku, dengan ini, akan berhenti kerja esoknya.
Punyalah lama rasanya untuk tunggu habis kerja walaupun aku rasa macam bebas, macam happy aje. Mak sedara Debbie ada datang so aku ceritakan kat dia semuanya. "Good for you", dia kata gitu. "This place is not healthy for you", dia kata gitu sambil gelak-gelak. Lepas Debbie wish kan aku good luck, dia kata, "I can understand, and I don't blame you one bit, buddy".
Bersemangat aje aku kerja malam tuh. iyalah, malam terakhir kerja. Mulai besok aku dah tak payah nak cuci tandas lagih, tak payah nak mop lantai lagih. Dan dalam tengah-tengah happy, bersemangat nak berhenti kerja tuh, masa cuci toilet bowls di tandas perempuan, sebab aku tunduk sangat masa curahkan detergent itu, termerciklah air dari bowl tuh. Siap kena ke muka aku, ke mulut. Merasalah menjamah air taik. Iyalah, fucking idiot, kan?
[So research kat tandas perempuan yang aku buat tuh tak kesampaianlah rupanya. Ituhari aku ada cakap yang dari hasil pengamatan aku, taik perempuan lebih besar dari taik lelaki, kan? Aku rasa aku ada second proof yang boleh mengukuhkan lagi hujjah aku tuh. Aku selalu jugak terjumpa plaster luka. Dan plaster luka kat tandas perempuan, ya ampunnnn, besar teramat. So, betullah, taik besar, plaster luka pun besar, semuanya besar-besar belaka]
Sebelum balik kerja, siap bermaaf-maafan dengan diaorang, aku selamba aje cuma diaorang yang macam tak percaya aje yang aku akan berhenti kerja. Puas aku menalipun Armi nak beritahu yang aku nak berhenti kerja, last-last aku sms kat dia aje. Aku bimbang jugak Armi tak bayar gaji aku yang dah tertunggak dua minggu tuh. Nenek pasti bayar ke Armi tapi takut jugak Armi tak bayar kat aku. Selalu jugak dengar cerita gitu, dan aku pun bukannya tak pernah mengalami, kerja teruk-teruk tapi ajen tak bayar gaji. Macamana pun, aku bersedialah kalau dia tak nak bayar gaji aku. Yang pentingnya aku kena keluar dari situ, dan aku ada duit sesikit untuk buat belanja sementara aku cari kerja lain di Phila.