28092007
Hari nih hari ke 38 aku kerja di kedai Lee Tua nih. Aku sebenarnya macam tak percaya jugak yang aku boleh tahan kerja setiap hari nih, 12 jam sehari. So far lah kan? Kerja malam pulak tu kan? So, kira cekal lah jugak orangnya aku nih rupanya.
Masa mula-mula kerja dulu, aku macam membilang hari gitu. Memang, setiap hari aku bilang. Guna jari. Sekarang nih, dah lebih sebulan, letih dah aku mengira hari. Kena berapa rounds jari aku bergerak-gerak. Itu yang buat aku macam dah lost count tuh. Kena pakai calculator pulak lah nampak gayanya. So, dah nak masuk 40 hari kerja nih, aku rasa macam dah habis pantang aje.
Aku selalu jugak tertanya-tanya diri aku, berapa lama lagi aku boleh bertahan gini. Berapa lama lagi aku nak buat tak tahu aje pasal aku kena kerja setiap hari nih? Jangan dikira, jangan dihitung, teruskan aje. Itu nasihat kawan aku.
Bila aku fikir-fikir balik, banyak jugak sebab yang membuatkan aku rasa setakat ini, ok lah kalau aku teruskan kerja walaupun begini keadaannya. Lainlah kalau ada hal-hal yang memang tak dapat aku elakkan nanti, itu lain cerita.
So, apa yang mengmotivatekan aku untuk terus bekerja di kedai Lee Tua nih, walaupun aku terpaksa kerja setiap malam, without a single day off? Apa yang membuatkan aku masih belum berfikir untuk mengorak langkah, mencari kerja lain yang lebih bertamaddun?
Apa sebabnya?
Sedangkan aku bengang yang gaji yang dijanjikan dulu tak sama (kurang) dengan gaji yang dibayar kat aku. Sedangkan aku bengang yang apa pasal gaji aku ditahan seminggu sedangkan gaji orang lain tak pulak dibuat gitu. Sedangkan aku tahu yang dua amigos yang kerja shift siang tuh (Orlando sama Rafael), diaorang tak suka aku. Bukan tak suka aku tapi aku tak suka diaorang. Diaorang selalu buat cerita, selalu salahkan aku kalau ada benda yang tak kena. Diaorang selalu kata yang sejak aku masuk kerja, banyak masalah kat kedai tuh.
Banyak sebab sebenarnya yang buatkan aku masih bertahan di sini, di kedai Lee Tua nih.
Pertamanya, aku masih baru lagi kat sini. Tak nak lah aku nak cepat sangat melatahnya macam dulu-dulu tuh, masa darah muda dulu tuh , aku nak tengok dulu keadaannya macamana. It takes time kan? So, kaedahnya, aku, kalau boleh, aku nak peratikan dulu, nak cuba dulu, selama mana yang mungkin. Sesambil tuh, kumpul duit sesikit, untuk buat modal. Just in case lah kan? Aku baru sebulan lebih kerja, dan walaupun aku dah boleh bernafas, tapi aku tak nak lah cepat sangat mengambil tindakan. Aku nak tahan kan aje dulu. Mana tahu aku boleh bertahan lama, kan?
Memanglah kalau diikutkan hati aku nak aje cari kerja yang tokaynya ada hati perut sikit, kerja 6 hari aje seminggu. Tapi, bila difikir balik, bagus jugak sebenarnya kerja tak henti-henti nih, especially sebab gaji aku dibayar per jam. Lebih lama aku kerja, lebih besar lah aku akan dapat, kan? Sekarang nih aku kerja 84 jam seminggu. Memang maksimum lah dah tuh. Tak boleh lebih dari tu dah. Kalau aku kerja 6 hari, bererti dalam sebulan aku akan kurang USD 360 daripada apa yang aku dapat kalau aku kerja setiap hari. Banyak tuh. Boleh 3 kali tengok shows kat Broadway.
So, baiklah aku kerja 7 hari. Aku dah congak-congak, yang dua bulan aku kerja di kedai Lee Tua nih, gaji yang aku dapat tuh sama dengan 3 bulan gaji aku kerja di kedai laundry Daniel dulu tuh. Aku rasa, ini aje peluang untuk aku cuba-cuba buat duit sesikit. Dan dengan tak ada cuti langsung walaupun sehari, aku tak akan ada peluang untuk membelanjakan duit aku, kan? Itu bagus sangat tuh sebab aku tahu, aku sedar, yang aku nih pantang ada duit sikit, mula lah fikir macam-macam. Tambah-tambah aku duduk kat New York pulak kan?
Tak ada cuti tuh pun, aku paksa-paksa jugak diri aku belanjakan duit gaji aku nih. Walaupun sikit, tapi aku make sure aku ada jugak buat-buat terbeli benda tak berfaedah. Tak nak lah aku nampak macam kaki kemut sangat, langsung tak belanjakan duit, kan? Itu jenis orang yang tak menghargakan titik peluh sendiri tuh kalau semua duit gaji nak disimpan.
Dan biasalah kan, aku ada buat kira-kira jugak sesikit, yang kalau aku terus bertahan untuk for a few more months contohnya, aku bolehlah kumpul duit jugak nanti. Bila aku dah comfortable dengan duit yang aku ada, masa tu lah aku secara otomatiknya akan berfikiran lain kan?
So, duit lah yang menjadi faktor utama mengapa aku masih "setia di sini", walaupun aku tahu yang aku nih tak akan selamanya setia. Dapat modal sesikit nanti, cabut lah kan? Apa guna duduk kat New York kalau tak dapat nak enjoy, kan? Baik aku duduk kat ceruk rantau US nih kan kalau gitu?
Harap-harapnya dapatlah aku mengumpul sesikit duit buat bekalan di hari susah sebab ini aje lah peluang aku. Selama aku bekerja secara haram di Amerika nih, kali ini lah aku dapat gaji yang, walaupun tak sebesar mana, tapi kira ok lah. Cukuplah untuk makan pakai kan, macam kata orang tua-tua tuh.
Sebab yang lainnya, tempat kerja aku nih tak jauh dari bilik sewa aku. Dalam less than setengah jam aku dah boleh sampai ke tempat kerja, kalaulah trains tak ada buat hal, kalaulah tak ada apa-apa kelewatan kat subway stations. Aku sempat lah jugak jalan-jalan di sekitaran tempat aku duduk tuh, jugak kat area kedai aku kerja tuh.Itu aje lah peluang aku untuk menengok dunia luar.
Dan walaupun aku tak ada masa untuk ke mana-mana, tapi, dalam sehari aku dapat tengok Statue Of Liberty sebanyak dua kali. Waktu pergi, dan waktu balik kerja. Itu mengatasi segalanya lah kan? Walaupun menengok dari kejauhan, dari dalam keretapi, tapi aku rasa macam gah aje sebab berpeluang menengok patung tuh yang berdiri megah. Semegah aku, yang walaupun Bangla aje, tapi bila menengoknya, semangat aku untuk terus berusaha, semakin naik.
Setiap kali aku tengok Statue Of Liberty tuh, aku rasa macam aku patut bersyukur, compared dengan orang-orang lain, yang hanya pernah dengar nama aje. Aku? Sampai cemuih dah menengoknya. Dan nak sampai macam tahap orang lain jugak yang kat dalam train tuh, yang langsung tak pandang pun kat patung tuh dah. Aku masih lagi pandang, masih lagi aku rasa excited dan bersemangat bila setiap kali lalu di kawasan yang dengan jelas boleh nampak patung tuh, walaupun dari kejauhan.
Dan aku fikir, kalaulah aku cari kerja di tempat lain, mungkin susah dah nak dapat kerja yang tempatnya berhampiran dengan kawasan aku menyewa. Dan mungkin route subway tuh nanti, route yang lain, yang menyebabkan aku dah tak dapat tengok Statue Of Liberty tuh.
Lagi satu, sebab apa aku rasa macam ok lah aku kerja di kedai Lee Tua nih untuk sementara waktu. Kerjanya tak ada lah susah mana pun. Kerjanya santai aje. Jaga cash register. Dan customers nya ok, tak ada lah yang banyak songeh. Ada lah sorang berdua yang buat hal kadang-kadang tuh tapi generally, semua customers di sini, diaorang bertamaddun belaka. Sesuai sangatlah dengan aku yang berhemah tinggi ni kan? Tak pening kepala nak melayannya.
[Macamana pun, nanti aku carita pasal a few incidents yang buat aku menggeletar, sampai nak terpancut kencing. Iyalah kan, New York City lah kata kan. Kan?)
Dan yang buat seronoknya kerja aku nih, sebab kerja malam, tak ada orang yang membossing me around. Sebab aku jadi Boss, kan? Wakakakakaka Aku pulak tuh yang ada peluang nak jadi macam Boss. "Carlos, get me this!. Carlos, get me that!", kalau masa aku sibuk tuh ada lah aku tersuruh Carlos gitu tuh.
Adalah dalam sesejam dua kadang tuh, Lee atau Lee Tua ada di kedai tapi diaorang di kedai yang di sebelah lagi tuh, kat pet store tuh. Diaorang cuma tengok aku melalui surveillance camera aje. Masa tu lah aku nak control ayu nya. Aku macam terdengar-dengar aje diaorang memuji aku, sambil kata, "Bagus budaknya, budak sekor nih. Tengok tuh, dia ramah dengan customers, dia siap sembang-sembang lagi tuh, sampai gelak-gelak lagi. Sure terrer dia buat lawak nih sebab bukan benda yang senang nak kasi Mat Salleh gelak-gelak".
Yang ada di kedai sepanjang malam, hanya lah aku, Carlos dan satu kucing nih namanya Nabee. Kucing nih punyalah jinak dan pemalasnya, kerja dia asyik lepak kat atas ATM machine, sepanjang malam.
Carlos sama aku tak adalah sembang sangat pun, sebab Carlos tuh tak faham sangat English, nak sembang dengan dia kena guna Spanish words. Aku punya Spanish takat beginner jer, itu masalahnya. Dan aku pun tak ada masa sangat nak sembang dengan Carlos nih. Sebab aku sibuk sembang kat tagboard/YM.
Itu lagi satu, yang buat aku suka kerja di sini. Sebab aku boleh online. Aku tak tahu samada Lee atau Lee Tua tahu yang aku bawak laptop (aku rasa diaorang tahu kot) Aku ada terfikir jugak yang katalah nanti Lee sound aku jangan beronline masa kerja, harus aku berhenti (ingat dak kes masa aku kerja di laundry Mr Yong dulu?) kerja kot. Sebab itu ajelah yang buat hidup aku nih ceria sikit. Internet. Harap-harap benda yang sama tak berulang lagi lah. Kalau nak berulang lagi pun tak apa lah, tapi tunggulah biar aku dapat kumpul duit sesikit
(Tengok tuh, sapa kata aku tak ada perancangan? Sapa kata aku tak fikir masa depan? Wakakakakak Aku dah siap buat plan tuh. Cuma masalahnya, boleh dan ker aku tunggu sampai plan aku tercapai? Inipun, walaupun duit baru ada sesikit, tapi ada dah plan sebenarnya tuh untuk cari kerja lain)
Dan aku rasa, Lee sama Lee Tua pun suka kat aku kot. Gaya-gayanya lah. Walaupun aku masih tak boleh terima hakikat yang apa pasal diaorang terang-terangan tipu aku, tahan gaji aku seminggu (sedangkan gaji orang lain terus aje dibayar), tapi aku buat macam tak tahu ajelah. Macamana pun, itu lah salah satu sebab utama kalau aku berhenti kerja, suatu masa nanti.
Yang buat diaorang suka aku tuh bukan apa, mungkin aku (selain boleh diharap nih) tak banyak songeh. Aku buat macam tak tahu aje, selamba aje. Dan aku nih mungkin nampak macam jujur di mata diaorang. Aku ada sound diaorang dulu yang aku tak suka kalau ada benda yang hanky-panky, aku tak suka kalau diaorang senyapkan aje benda-benda buruk pasal aku. Aku nak diaorang terus terang. Kalau tak suka aku, kasi tau aku, jangan nak cerita kat orang. Dan aku beritahu yang aku nak kerja dengan adanya peace of mind, dan aku tak suka kalau orang lain tuh jenis yang suka buat-buat cerita, jenis yang suka cocok-cocok.
Diaorang boleh baca agaknya yang aku nih telus orangnya.