Monday, October 8, 2012

New York Minutes


Friday tuh awal-awal lagi aku dah keluar walaupun aku tak ada plan apa pun. Kecuali untuk pergi Sembahyang Jumaat. Aku merayau aje lah di Chinatown tuh, cuaca pun mendung aje. Then aku lepak kat satu park nih tempat yang PakCik Arthur beritahu aku dulu tuh, kat tempat yang ramai orang Indo, Malaysians dan Singaporeans lepak-lepak. Sesambil tuh aku on kan laptop. Tapi, dalam dua jam aku lepak tuh, tak ada pun muka Malaysians yang aku nampak, muka Indon pun tak ada. PakCik Arthur pun tak nampak kelibat dia. 

Pukul 11 tuh baru lah aku ke tempat MakCik Jenny, tapi tempat dia belum bukak. Aku guna word "tempat" sebab kalau nak kata "office" pun macam tak sesuai aje. "Tempat" tuh macam kaunter jual ticket bas kat Puduraya tuh. 

Aku ke tempat MeiMei pulak. Macam tak ada kerja yang sesuai aje gayanya, MeiMei macam nak tak nak jer layan aku bila aku suruh dia check a few jobs yang ada tertulis kat board tuh. 

"That one's too far away la, sana Flushing", kata dia. "That one is taken", ada jugak dia kata gitu. "Number 10 aaa? Number 10, in Brooklyn. You want or not?", dia tanya aku. "You try lah", aku jawab lagi. "Nobody answer(s) the phone, you come back tomorrow", kata MeiMei. 

So aku ke tempat Tina pulak, a few doors away. Ramai sangat orang, yang lepak-lepak gitu, so aku tak dapat pun nak masuk. Iyalah, bilik tuh kecik sangat. Aku lepak kat luar aje lah sambil sembang-sembang dengan a few Indons yang sama cari kerja jugak. Bila tengok keadaan diaorang barulah aku rasa macam insaf, macam patut bersyukur. Diaorang tuh (bukanlah semua), lagilah daif nya. Lagilah parah dari keadaan aku. At least aku ada duit, aku ada bilik sewa kat New York City nih. Dan aku pun ada beg laptop kat bahu aku. 

Diaorang? Diaorang tuh siap bawak beg besar, ada yang usung, ada yang tarik, ada yang gendung lagi. Most of them baru sampai dari far away places, atau pun baru check out dari hotel kat Chinatown yang macam tempat pelarian tuh. So diaorang ke tempat ajen untuk cari kerja yang di luar kota New York. Kalau dapat, diaorang akan terus aje pergi. Itulah, bila tengok keadaan diaorang tuh, baru aku rasa macam aku patut bersyukur. Sebab aku tak lah di tahap macam diaorang tuh. 

Tak lama lepas tuh aku terus aje lah ke Jackson Height, kat kawasan ramai India tuh, aku Sembahyang Jumaat kat masjid kecik diaorang tuh. Then aku balik ke rumah, rasa macam down aje. Tah pasal apa aku pun tak pasti. Aku bukak aje pintu, aku ternampak bungkusan parcel DHL. Aku punya nih, kata aku dalam hati. Sebab sehari sebelum tuh, kawan aku ada beritahu aku yang akan ada parcel datang dari Malaysia. 

Apa lah isinya parcel nih, kata aku dalam hati, sambil tak sabar-sabar nak buka. Leper jer gayanya nih, tapi berat jugak, macam pakaian jer gayanya, kata aku lagi sambil terus koyak-koyakkan bungkusan tuh. "Oh shit! Oh shit!", aku kata gitu kuat-kuat bila aku tengok ada sepasang Baju Melayu kuning. "Oooooooooh shit!', aku kata lagi bila aku tengok ada kain samping sekali. Terketar-ketar kepala aku, mengalahkan budak kecik lagi gayanya. Aku tak expect langsung "diaorang" akan hantar aku Baju Melayu serpersalinan gitu. Kalau diaorang hantar serpersalinan songket lagi bagus kan? 

So kaedahnya aku berbaju Melayu itu lah sepanjang hari. Too bad orang kat Malaysia tengah nyenyak tidur masa tuh, kalau tak boleh diaorang tengok aku kat webcam, menggayakan Baju Melayu yang lawa tuh. Sampai tertidur berbaju Melayu aku, petang tuh. 





Weekend tuh aku tak ke mana-mana, melepak kat bilik aje. All I did sepanjang hari, aku layan dengar lagu-lagu kat internet, aku even tengok tv dan dengar radio Malaysia lagi. Mengada-ngada sangat kan? Masa sedih tuh patutnya aku jangan layan benda-benda gitu. Ini tak, aku dengar lagu Raya, aku dengar lagu-lagu sedih aku, aku dengar full blast lagi. Sampai aku dah tak tahan lagi, sampai aku kata, arghh, pergi mamposlah benda-benda nih semua. The more aku layan, the more aku rasa sedih. Baik aku buat macam dulu-dulu, aku tak ambik kisah pun pasal lagu-lagu Raya nih. Aku tak sedih pun masa dulu tuh. Aku ingat lagi, the first two Rayas kat Amerika nih, aku tak sedih sikit pun. Cuma aku ingat aje yang hari tuh Hari Raya. Cuma sekarang ni aje, dua tiga tahun kebelakangan nih, kerinduan dan kesedihan aku semakin menjadi-jadi. 

Isnin, aku pergi lagi ke tempat MakCik Jenny. Tetap tak ada kerja yang baru. Tetap MakCik Jenny suruh aku pergi ke Long Island aje, kerja laundry di sana. Dan ada satu lagi kerja yang gaji dia ok jugak, tapi jauh sana kat New Hampshire. Nak ke sana, kena ke Boston dulu. Hampir aku terambil offer tuh, out of desperation. Iyalah, minggu depan nih akan sunyi lah aku, kan. So might as well aku membusykan diri aku buat benda-benda lain, tak ada lah sangat rasa sunyi nanti tuh. Tapi nasib baik aku sempat fikir, yang lebih bagus kalau aku tunggu aje lepas Raya. Bukan aku tak ada duit untuk survive sampai akhir bulan kan? Raya setahun sekali aje. Sebelum aku blah, aku beritahu MakCik Jenny yang aku, kalau boleh, nak kerja lepas Raya. 

Petang tuh MakCik Jenny talipun aku, dia kata ada satu kerja nih, kat Thai restaurant kat Midtown Manhattan. Kerja mula 12 tengahari sampai 12 malam, 5 days a week. Ok dah kalau macam tuh, sempat aku pergi Sembahyang Raya nanti. So aku beritahu dia yang aku nak kerja tuh dan aku akan datang esok paginya untuk ambil details. 

Besoknya masa aku ke tempat MakCik Jenny, masa dia kasi details pasal kerja tuh, aku terperasan yang semalamnya MakCik Jenny offered the same job to this one Indonesian. Aku ingat tuh pasal nama tokay restoran tuh, Ameer. Direction yang dikasi pun exactly sama dengan direction yang dia kasi kat aku. Takkan Mamat Indo tuh tak jadi pergi, atau takkan dia berhenti? Or, memang restoran tuh nak kan ramai orang baru? Then masa MakCik Jenny talipun Ameer tuh untuk mengonfirmkan yang aku akan datang for interview, aku terperasan lagi yang pagi tuh MakCik Jenny ada hantar another guy, a Tibetan, untuk kerja di restoran tuh. Macam ada benda yang tak betul jer nih, kata aku dalam hati. Tapi aku diam kan aje lah, aku terus aje ke alamat yang MakCik Jenny tulis kat kertas tuh. 

Betul-betul kat Midtown, kat New York Uni punya area. Kawasan sibuk. Kawasan ramai Jews jugak aku tengok. Senang aje nak cari restoran tuh, so aku terus aje jumpa dengan Ameer.Ada lah a few staff yang berlainan bangsa kat situ. Then aku ternampak this one guy yang aku rasa macam familiar jer. Memang pun, rupanya dia lah Mamat Tibet yang MakCik Jenny hantar tuh. Mamat nih pernah kerja sama-sama aku dulu tuh, masa di Pittsburgh. Masa tuh aku dah nak blah dari Pittsburgh dah kan. Yang dia dengan adik perempuan dia tuh. [Entries masa aku nak lari dari Pittsburgh pasal takut kan polis dan immigration, sebab dua orang Spanish kat apartment kitaorang tuh, diaorang rogol one American girl. Awal September 2006 rasanya]

Muda lagi orangnya Ameer tuh, nak kata Arab bukan Arab. Silap-silap dia nih one of those Jews. Baik nampak gayanya Ameer tuh, dia terangkan apa yang aku kena buat, schedule kerja etc. Dia beritahu yang aku kena datang training for 2 days, lepas tuh aku decide samada nak kerja di situ atau tidak. Dan training dua hari tuh tak dibayar gaji, cuma dikasi makan aje. 

So besoknya, 11-45 am aku dah tercegat di luar restoran tuh.

Dekat setengah jam aku menunggu Ameer, masih dia belum datang. Aku tunggu kat luar ajelah sebab one of the guys yang kerja kat counter tuh suruh aku tunggu kat luar. Then aku talipun Ameer, nasib baik tak lama lepas tuh dia datang. 

Mamat Tibet yang aku jumpa semalamnya tuh,dia ada datang for training, tapi tak sempat lama dia blah. Dan budak Indo tuh, aku pun tak tahu cerita, tak ada pun nampak muka dia. Sah lah dia pun berhenti jugak. 

Ameer bawak aku turun ke basement, aku tengok ada satu basikal tersandar kat dinding. "Can you ride a bicycle?", dia tanya aku. Mamposlah kalau dia suruh aku buat delivery, kata aku dalam hati. Tak kan aku nak buat delivery naik basikal kat tengah-tengah Manhattan tuh? Gila! Aku buat tak dengar aje soalan dia tuh. 

Then selama sejam lebih aku jadi dishwasher, mencuci segala periuk belanga yang kotor. Lepas dari tuh aku diajar dan disuruh memotong sayur, untuk penyediaan salad. Restoran tuh khas jual salad dan sandwich aje. Thai salad kononnya. Tah apa-apalah namanya saladnya tapi aku tengok, macam sama jer dengan salad-salad kat tempat lain. 

Ya ampun punyalah banyak sayur dan buah-buahan yang aku kena potong dan kupas. Memanglah kerja aku slow mula-mulanya tapi lama kelamaan cepat jugak. Every 10 minutes Ameer akan datang ke basement menengok aku kerja. Tak ada sekali pun dia kata tak bagus, semuanya "brilliant, good job, beautiful", words yang menaikkan semangat aku untuk terus memotong berguni-guni, berkotak-kotak sayur dan buah-buahan tuh. 

Aku perasan, ada dua orang amigos yang baru masuk kerja, yang training macam aku jugak. Dan di sepanjang hari tuh, ada few times aku terdengar Ameer menjawab panggilan talipun, samada dari agent kerja atau dari orang yang call secara direct kat dia (sebab di restoran dia tuh ada dipasang iklan). Pelik sangat aku jadinya, restoran tuh kecik jer, dan dia dah ada ramai staff,apa yang nak cari ramai-ramai lagi? Tak tahulah kalau staff yang semalam aku jumpa tuh dah berhenti, atau staff yang ada sekarang nih nak berhenti. 

Dan aku terfikir yang gini kerjanya si Ameer nih. Dia panggil orang suruh datang training, then lepas training, dia kata dia tak nak orang tuh, dia nak cari orang lain. So dia dapat hasil kerja penat lelah selama dua hari untuk setiap orang sebab training dua hari tuh dia tak bayar gaji. Memang dasar Yahudi sangat kan? 

Aku tengah sibuk memotong sayur-sayuran di basement tuh bila aku terdengar suara Ameer tuh marah-marah, aku rasa tak sedap hati jadinya. Betul jangkaan aku, kedua-dua amigos yang mula training hari tuh sama aku tuh, diaorang blah gitu aje. So kaedahnya tinggallah aku sorang. Tapi aku tahu yang petang tuh akan ada dua lagi orang baru untuk training,dan besoknya ada lah 3 yang akan datang ke restoran tuh. 

"I know you can do this, that's why you are still here", kata Ameer bila aku kata yang kerja aku agak slow. Macam-macamlah dia kata, just untuk menyedapkan hati aku. Termakan jugak puji dia tuh so aku pun makin laju buat kerja. Kononnyalah. Sampai sakit-sakit tangan aku sebab memegang pisau sepanjang hari. 

Malam tuh sebab dah tinggal 3 orang aje yang kerja, keadaan jadi kelam kabut sikit. Aku masih tak siap-siap memotong sayur, kena potong ayam pulak tuh a few boxes. Marah agaknya Ameer tuh tapi dia tak lah macam obvious sangat yang dia marah. Aku semakin malas jadinya, letih dan lapar jugak sebab aku berbuka pun takat ratah daun sayur yang aku potong tuh. 

Sabar orangnya the only amigo yang kerja tuh sebab banyak kali aku dengar dia kena tengking dek Ameer. Kecut perut aku jadinya sebab aku tahu, kalau amigo yang dah beberapa bulan kerja di situ tuh pun boleh ditengking sesenangnya, sure aku akan kena jugak nanti. 

Terus aku terfikir yang aku rasa tak sesuailah aku kerja di restoran tuh, Ameer tuh Yahudi, mudah panas baran pulak tuh. Akan berendam airmatalah aku nanti kalau kena tengking dek Ameer tuh kan? 

So aku jadi macam serba salah samada nak teruskan training aku tuh for another day, atau terus tak datang aje dah esoknya. Bila Ameer puji aku, kasi semangat kat aku, aku rasa macam nak teruskan aje training tuh. Tapi tiap kali dia marah-marah, aku jadi macam kecut gitu. Sebab dia kalau marah, macam orang kena rasuk setan. 

Tak nak aku tulis panjang-panjanglah tapi akhirnya Ameer termarah kat aku. Masa tuh dah dua belas lebih dah, sepatutnya aku dah disuruh balik tapi dia tak kasi aku balik sebab dia nak aku tengok macamana diaorang tutup restoran tuh pukul 1 pagi nantinya. Dia nak aku perhatikan betul-betul sebab nanti aku yang akan buat semuanya tuh. 

Ameer tengah sibuk masa tuh, sesambil tuh dia mengajar aku buat sandwich, salad semuanya tuh. Adalah dia tersalah buat apa tah, terus dia termencarut, dia balingnya salad tuh ke dalam trash bin sambil merungut-rungut. 

"Excuse me.....", aku kata gitu bila dia tetap menyalahkan aku sedangkan aku tak buat salah apa pun, aku berdiri tegak aje tengok dia ajar aku buat sandwich tuh. Tiba-tiba dia naik angin, dia jerit kat aku, dia kata sebagai Boss dia berhak marah aku anytime dia suka, dan aku sebagai pekerja tak sepatutnya tanya dia apa pasal dia marah. 

Teruslah aku senyum aje, dan korang tau lah kan keputusan aku? Teruslah aku decide yang aku tak nak teruskan training aku kat situ. Maknanya aku tak nak lah kerja di restoran tuh. Aku terus ajelah mintak diri nak balik sebab dah 13 jam lebih aku di situ, mana dia bayar gaji kan? 

Tak tahu pasal apa tapi Ameer tak kasi aku balik, walaupun aku mencanak aje pergi ambil jacket aku, dia ikut aku, dia kata dia nak cakap dengan aku. Mana aku nak, aku tak layan aje dia. Ada dalam sejam agaknya dia pujuk aku suruh terus kerja di situ, tak payahlah aku detailkan apa yang kitaorang sembangkan, or rather debatkan. Aku suka jugak dia banyak kutuk aku, kata yang aku nih dah 30an, susah nak cari kerja. Yang aku nih banyak sangat fikir, yang aku nih sensitif sangat, yang aku nih cakap banyak. Sebab the more dia kutuk aku, makinlah aku jadi macam marah gitu walaupun ada betulnya jugak apa yang dia cakap tuh. Tapi aku nih lelaki yang berperinsip kan? Prinsip aku lah kan? Yang buat lawaknya, aku layan ajelah debatan dia tuh, sampaikan dia betul-betul ingat yang aku akan teruskan kerja di situ. Last-last aku kata aku tak nak kerja di situ. Rasa kan, jahat sangat dia tipu orang, aku tipu lah dia pulak kan? 

"Thanks for the drinks but I'm not coming here no more", itu ayat aku yang terakhir. So aku blah begitu aje, tak pandang belakang pun. Aku biarkan aje Ameer kat bench depan restoran tuh sorang-sorang. 

So aku balik ke rumah keletihan. Rasa bengang yang teramat sebab nampak gayanya macam susah jer nak hidup kat New York City nih.