Memanglah aku rasa teruja sangat nak balik ke New York, iyalah kan, tempat jatuh lagi dikenang, kan? Inikan pulak tempat aku homeless beberapa tahun lepas. Dan bila aku dah rasa macam aku dah boleh nak cuba bangkit balik nih, aku rasa keterujaan aku tuh semakin menjadi-jadi.
Aku rasa macam berdendam aje dengan New York nih *sambil membayangkan aku jadi Matt Damon dalam Bourne Ultimatum tuh*. This is it lah kot, my time is nearing, aku kena buat jugak nih, aku kena ambik kelas Forex/Options aku dulu tuh. So that bila aku dapat keluar dari US nih nanti, aku nak buat Forex/Options aje. Aku nak lepak depan laptop aje buat Forex/Options, sesambil usap-suap telor aku yang by that time sure dah semakin labuh.
Macamana pun, aku lupakan dulu lah saranan Syed tuh, walaupun dalam hati aku kata yang aku tak kisah dapat kawan macam dia tuh, asalkan aku ada kawan. Tapi, aku kena capai matlamat aku dulu, yang aku nak cuba-cuba kumpul duit sikit nih untuk buat modal. Nak duduk New York, nak cari kerja kat sana, aku kena ada duit sesikit, tak nak lah nanti aku merempat pulak. Nanti, tak sempat apa-apa aku dah tak ada duit, dah terpaksa membawak diri ke tempat lain pulak. So, Syed kena tunggu lah, kalau-kalau nak berkawan dengan aku. Ala, aku tahu yang aku akan balik semula ke New York nanti tuh, cuma masa aje yang akan menentukannya. Buat masa sekarang nih, aku kena sabar dulu.
---------------------------
Weekend tuh baru lah sibuk bebenar sibuk, sampaikan aku jadi terkejut tengok orang yang berpusu-pusu datang ke mall tuh. Aku perasan yang kebanyakan diaorang nih datangnya dari neighboring towns/cities, ramai yang pakai t-shirts Boston, Boston Red Sox, Patriots (New England punya team) Boston College, dan banyak lagi nama-nama uni dan colleges kat Massachusets dan New Hampshire nih. Baru lah aku tahu yang New Hampshire nih tax-free punya State, so itu yang ramai orang datang nak shopping tuh.
Bini Sonny tak kerja weekend tuh sebab jaga anak tapi ada this one Filipino lady yang kerja part-time, Theresa nama dia, yang ambik alih kerja di bahagian cash register. Mulanya aku meluat tengok Theresa tuh sebab korang taulah Minah Pinoy middle-aged gitu kan? Style gitu lah, manja-manja, peluk-peluk Boss, kesat-kesat peluh Boss kononnya. Harus kalau Sonny suruh kesat bontot dia, sure dibuatnya jugak dek Theresa tuh. Sundal sangat bagi aku. Cakap banyak pulak tuh, macamlah dia Boss. Mengalahkan Boss lagi.
Tapi aku tak bolehlah terus tak suka kat dia, itu janji aku pada diri aku. Aku cuba buat baik jugak dengan dia, aku cuba ikut rentak dia, aku melawak sama-sama, memang diaorang nih gitu jenisnya kan? Dan lama-kelamaan aku comfortable jugaklah kerja sama Theresa tuh walaupun mula-mula tuh ada a few times aku sentapz pasal dia selalu sangat komplen pasal aku kerja lambat. Aku nih beralus kalau buat kerja, bukan macam dia, makanan orang tuh dikuis guna jari jer kadang tuh. Aku tak, aku tak buat buat gitu, aku akan guna sudu, garpu bagai. Lain lah kalau orang tak perasan dan tak nampak, kan? Lepas korek hidung, dan kalau ada isi yang terkorek, aku selamba aje selek kat pinggan tuh, lepas tuh cepat-cepat aku kambus dengan nasi.
Cuma yang tak berapa seronoknya, aku sorang aje yang kerja di bahagian serve makanan tuh, Sonny kerja di bahagian sediakan teriyaki/tepanyakki. Itu yang aku terkejar sana sini tuh, terlari-lari lah sambil jerit-jerit, "next please M'am, Sir. You want it for here or to go? Thank You!" (Fuck!, kata aku dalam hati, atau perlahan-lahan, pas tuh aku senyum sorang-sorang)
Aku tak faham apa pasal Sonny tak cari orang lain untuk jaga food counter, kalau berdua tak lah senak sangat aku dibuatnya. Dan walaupun Sonny senyum-senyum kat aku, angguk-angguk kat aku sambil kata "Good, good", dan walaupun aku sikit pun tak rasa letih sebab aku tahu yang setiap larian aku ke hulu dan ke hilir tuh sama lah macam aku mengollect points yang berteraburan, aku buat selamba aje. Aku rasa puas hati sebab aku tak ada buat palat, semuanya smooth aje, walaupun dalam terlari-lari tuh, beberapa kali telor aku tersepit.
Dan yang buat aku suka nya, sebab sibuk sangat jadi aku tak ada masa langsung untuk melayan kepala otak aku dari merewang ke sana sini. Weekends bukanlah masa otak aku untuk merempit ke tempat lain rupanya. Tak ada masa langsung untuk aku termenung sambil fikir what ifs semuanya tuh. Pergi mamposlah what if aku ada duit dan ada passport yang masih valid so that aku boleh balik Malaysia. Pergi mamposlah what if aku kerja bagus macam diaorang tuh. Pergi mamposlah what if aku kaya raya macam diaorang tuh. Pergi mamposlah what if aku tak payah kerja sampai 12 jam sehari macam diaorang tuh. Pergi mamposlah what if aku kat rumah aje berpeleseran di internet. Pergi mamposlah semuanya tuh. Itu untuk bahan-bahan pemenungan aku di masa-masa tak sibuk aje, weekdays, Masa weekend, aku tak ada masa pun untuk itu semua. Yang secara tak langsung, fikiran aku tak jadi kusut, fikiran aku tenang, fikiran aku aman dan damai. Sedamai kat kampung tempat aku duduk nih. Fuck!
Lepas 7 hari kerja, aku pun dikasi satu day off. Isnin tuh. It was supposed to be besoknya tapi tah pasal apa, malam tuh sebelum aku tidur, Sonny tepuk-tepuk bahu aku sambil kata, "You must be tired, you take tomorrow off, ok?"Aku tak ke mana-mana lah on my day off tuh sebab aku sorang jer tinggal kat apartment nih. Aku suka tinggal sorang-sorang.
Keluar jugaklah pagi tuh beli kopi kat 7-Eleven, dan for the first time dalam masa seminggu, aku merokok. Wakakakkaka, hampir tumbang aku sebab dah lama tak merokok.
The rest of the day tuh aku online aje lah, ada aje member yang nak sembang kat YM, kat tag. Aku nih bukanlah orang yang boleh simpan rahsia, masalah, lama-lama kan? Especially dengan orang yang aku rasa rapat dengan aku, yang care about me. Aku selalu rasa macam aku menipu aje kalau aku tak ceritakan pasal aku kat diaorang. So kat YM, lepas sorang, sorang, aku tercerita kat diaorang pasal passport aku yang aku rasa aku terdibuang masa tengah kemas-kemas barang masa nak ke New Hampshire dulu tuh. Walaupun aku rasa malu nak cerita takut digelakkan dek orang (itu yang aku tak ceritakan kat sesiapa selama seminggu lebih tuh), tapi aku buat keputusan nak beritahu diaorang. Aku dah tak malu mengaku keclumsyan aku sampai passport pun boleh terdibuang. Diaorang nak gelak kat aku pun gelak lah, itu apa yang aku fikir. Lepas tuh aku rasa macam lega lah sikit sebab selama seminggu lebih tuh aku panik jugak, tapi nak buat macamana kan? Macam yang kawan aku kat Chad tuh cakap, "yang pentingnya sekarang, ko kena cari duit dulu. Masalah passport tuh, itu cerita lain. Duit dulu brader, duit dulu".
Aku keluar petang tuh ke McDonald's, sekali makan aje lah untuk sehari. Bukan aku kedekut nak keluar duit tapi aku memang makan sikit jer orangnya. Tambah-tambah baru lepas Puasa kan? Balik dari makan tuh, aku kemas-kemas beg aku, keluarkan pakaian aku yang tak aku keluarkan lagi dari beg walaupun dah seminggu lebih. Masa tu jugaklah aku nak onlinenya, so aku takat campak-campak kan aje jeans aku, baju aku, ke katil tingkat atas tuh. Sambil tuh aku melepak kat birai katil bawah, online sambil bertenggek.
Tengah aku sedap-sedap online tuh, tiba-tiba berdebuk ada benda yang hempap kepala aku. Terpelanting benda tuh. Apa pulak nih yang jatuh dari gumpulan jeans aku nih, tanya aku dalam hati. Bila aku tengok beg plastik hitam kat lantai, hati aku terus berdebar-debar jadinya. Sebab gayanya macam plastik yang tempat aku taruk passport aku dulu tuh. Memang betul pun, terpelanting kat bawah tuh, passport aku yang aku ingatkan aku dah terdibuang ituhari tuh.
By the grace of God!