Hari pertama, or rather malam pertama aku tak kerja tuh, aku terpaksa off kan cellphone aku sebab banyak kali Lee menalipun. Talipun aku memang jarang sangat berbunyi so tak ada masalah langsung bagi aku kalau aku off kan talipun. Tak akan ada lah orang lain yang akan menalipun aku selain Lee tuh, so aku biarkan aje talipun tuh off. For a few days.
Dan dalam masa dua tiga hari pertama tuh, aku tak buat apa pun. Aku lepak aje kat bilik, terkapar-kapar kat katil (literally lah kan?), doing nothing. Online kejap, chat, surf sana sini, tidur. Bangun tidur, the same things again. Tak kira siang malam. I pulled the curtain down so memang gelap lah bilik aku kalau tak pasang lampu.
Dalam 24 jam sehari tuh, adalah 4 atau 5 sessions begitu. Nak buka Puasa pun malas, nak Sahur apa tah lagi. Makan pun apa yang ada aje. Memang tak ada apa pun. So terpaksalah keluar, kadang-kadang pagi-pagi buta, ke McDonald's yang bukak 24 hours tuh. Itu ajelah makanan aku, fish burger sama fries. Minum coke float.
Aku jadi malas teramat malas. Nak mandi malas, nak bercukur malas, nak kemas-kemas bilik yang bersepah larah pun malas. Sampaikan nak bukak contact lens pun aku malas, aku pakat tidur pakai contacts aje. Dan aku tahu akibatnya kalau tidur pakai contacts nih. Susah nak cabut, sebab contacts tuh akan melekat macam getah, kat mata. Sampai aku terpanik sendiri sebab after a few minutes of trying, contacts tuh macam berkerabat aje kat mata.
Tapi nasib baiklah aku nih sabar orangnya. Aku tak boleh nak korek contacts tuh dari mata, so aku nak buat macamana kan? So aku dok lah melepak, termenung ker, tengok screen laptop ker gitu. Dan dalam masa termenung tuh, ada waktunya aku layanlah jugak ketermenungan aku tuh, habis-habisan. Aku panjangkan termenung aku tuh, yang biasanya aku akan end up mengalirkan airmata.
Dua tiga kali gitu, lama-lama akan hanyutlah contacts aku dibawak lari arus airmata, kan?
So dalam masa tiga hari tuh, memang aku online aje lah kerjanya, sampaikan aku termalu kat diri sendiri. Tak apa lah, mana tahu nanti aku dah tak ada peluang nak chat dah kalau aku kerja di tempat lain nanti tuh, aku cuba menyedapkan hati aku. Aku cuba membuang kemaluan yang aku ada.
Sampai lah satu hari tuh bila aku tersentapz sendiri-sendiri. Aku tak boleh layan kemalasan aku. Aku tak boleh melingkar atas katil aje sepanjang hari. Aku kena start cari kerja. Aku kena kerja. Aku tak boleh layan sangat member-member lain chatting tuh, diaorang semuanya kerja. Kerja bagus-bagus pulak tuh. Dan diaorang chat pun masa diaorang free, masa tak kerja (walaupun ada yang chat masa kerja). Aku? Aku tak kerja. Aku tak boleh leka gitu, aku tak boleh terralit macam tuh. Lagipun, aku kat New York, kan?
Tapi, apa yang buat aku rasa berat hati sikit, pasal aku rasa, the more aku spend masa untuk chatting dengan member-member, the more aku rasa aku jadi close dengan diaorang.
Menyundal ker tak menyundal ker, that's the exact feeling yang aku rasa. Aku jadi macam terclose (bukan tertutup, ok? wakakakaka) dengan a few names. Well, apa salahnya jadi close dengan kawan-kawan kan? Memanglah tak salah, tapi keadaan aku yang macam gini memang tak mengizinkan aku untuk menjadi terlalu rapat dengan orang. Apa tah lagi dengan orang yang tak berapa tahu pasal aku. Meaning to say, orang yang baca sikit-sikit jer blog aku nih. Yang tak faham cerita dan keadaan sebenar.
True yang aku nak cari/ada kawan rapat yang betul-betul rapat tapi aku rasa dalam keadaan aku sekarang nih, aku kena utamakan diri aku dulu. With Hari Raya yang bakal menjelang, aku akan mudah jadi sayu, jadi emosional. Dan tahun ini, tak macam tahun yang lepas-lepas, aku semakin kenal ramai orang, dan aku tak sanggup rasanya menempuh cuti Raya nanti berseorangan. Akan sunyi lah aku.
Mulanya aku berbelah bagi jugak samada nak cari kerja sebelum Raya atau nak tunggu lepas Raya baru nak cari kerja. Itu yang hari Khamis tuh, aku terus aje ke tempat MakCik Jenny. Jugak ke tempat MeiMei. Ada a few jobs yang aku rasa sesuai tapi bila aku tanya, semuanya nak kan aku kerja besoknya.
At last aku suruh MakCik Jenny contact satu laundry nih yang hendakkan an Indonesian guy. MakCik Jenny suruh aku bayar $50, mulanya aku malas bayar sebanyak itu sebab aku biasanya bayar $35 aje, yang kalau kerja tuh tak sesuai dan aku nak cari kerja lain, aku kena bayar another $35. Bayar $50 nih, kalau kerja tuh tak sesuai, kalau tokay tuh tak nak ambik aku lepas interview, MakCik Jenny akan carikan aku kerja lain pulak.
So pergilah aku untuk diinterview, kat Chelsea, kawasan yang banyak rainbow flags. Tersengih-sengih aku sengsorang bila fikirkan yang kemungkinan aku akan kerja di gayhood tuh. Tapi artis pun ramai duduk Chelsea, Kate Winslet, Beyonce, even Anderson Cooper pun duduk area tuh.
Aku masuk aje laundry yang nampak macam sibuk aje tuh, tokay dia, Mrs Khoo, terus dia suruh aku lipat pakaian satu cart. Amboi, kurang asamnya, kata aku dalam hati. At least tanyalah aku dulu, kan? Aku tahu lah yang dia nak tengok macamana aku melipat. Aku pelik jugak sebab MakCik Jenny kata, kerjanya bukan melipat sedangkan Mrs Khoo kata dia nak kan orang yang kerjanya melipat pakaian sepanjang hari. Mamposlah kalau gini, kata aku dalam hati.
Aku cadangnya nak mintak diri nak blah aje lah sebab tak sesuai kerja tuh dengan aku rasanya, tapi aku teruskan jugak melipat pakaian tuh. Kena lipat elok-elok, kena sama saiz, sama kaler. Tak macam masa aku kerja dulu, lipat pakaian ikut suka hati aku aje.
Ada satu awek yang tengah mencuci pakaian tuh gelak jer tengok aku melipat pakaian tuh, walaupun puas aku kontrol macho. Bila Mrs Khoo komen pasal aku lipat bedsheet tuh salah, lagi lah Minah tuh senyum, jadi bengang aku dibuatnya. Tak apa lah, kata aku dalam hati.
Bila habis satu cart tuh pakain yang lipat, Mrs Khoo kata yang aku tak sesuai kerja di situ sebab dia nak kan perempuan yang kerjanya melipat pakaian aje sepanjang hari. Aku tak ada lah terkilan sangat pasal kalau dia offer aku kerja tu pun, sure aku akan berfikir panjang. Tak nak lah aku terus rembat aje kerja yang ada, aku masih ada pilihan kerja lain. So, aku balik semula ke tempat MakCik Jenny, tapi office dia dah tutup.
So aku singgah sekejap kat tempat MeiMei, another agent tuh. Ada a few jobs yang aku rasa sesuai tapi sebab aku dah bayar duit service charge kat MakCik Jenny, malaslah aku membazir duit untuk cari kerja melalui MeiMei jugak. Lagipun aku ada masa, aku masih berbelah bagi sebenarnya.
Aku balik aje lah, dah terus online. Sedih, itu ajelah yang dapat aku cakap sekarang nih. Time-time begini, internet buat aku sedih. Iyalah, aku asyik dok dengar lagu-lagu Raya aje kerjanya, dan tengok orang lain pun semuanya sembang-sembang happy aje. Aku, bila baca blog-blog kawan, bila dengar cerita-cerita diaorang, walaupun aku happy for them, tapi aku tak boleh sembunyikan perasan sedih kat diri aku nih. Tak ada siapa tahu, tapi aku, bila dengar aje cerita-cerita happy diaorang, aku jadi macam sedih, bernada jeles gitu. Yang dah kat Malaysia, yang balik bercuti kat Malaysia, yang nak beraya kat negara orang, semuanya lah. Semuanya tuh buat aku jadi sedih dan hiba. Last-last aku off kan aje laptop, dan aku bawak baring-baring, cuba-cuba lelapkan mata.
Tapi itulah, walaupun aku cuba pejamkan mata, walaupun aku cuba paksakan diri aku untuk tidur, airmata aku tetap mengalir jugak.