Esok paginya aku terus aje ke Chinatown, aku janji yang aku akan ambil apa-apa kerja aje lah yang ada. Even kalau aku terpaksa kerja yang live-in, yang di luar New York City. Balls to the wall (all out effort) lagi lah nampak gayanya nih. Aku dah pasrah yang kalau aku dapat apa-apa kerja, aku akan kerja aje lah. Tak apa lah aku tak dapat pergi Sembahyang Raya.
Aku ke tempat MakCik Jenny tapi masih belum bukak. So aku ke tempat Tina yang memang awal-awal lagi dah buka. Ada satu kerja nih, di grocery store/bodega macam di tempat Lee Tua dulu tuh jugak kot. So aku suruh one of the girls yang kerja tuh, suruh talipun tokay kedai tuh. Tak sampai 5 minit kemudian aku dah on the way ke Columbus Circle untuk ke kedai yang kat kawasan sibuk tuh. Kat tengah-tengah New York City.
Aku masuk kejap kat dalam kedai, ya ampun sibuknya kat dalam tuh. Siap ada dua cash registers lagi dan line yang beratur pun panjang jer. Aku tengok awek yang kerja tuh macam lipas kudung aje lajunya. Mamposlah kalau gini sepanjang hari, kata aku dalam hati. Aku tau yang aku boleh buat kerja tuh cuma nak menyesuaikan diri dengan keadaan kedai tuh, that takes time.
Belum sempat aku cakap apa-apa pun, tokay tuh (orang Spanish gayanya) dengan kasarnya kata yang since aku tak ada experience jaga kedai yang ada food bar, susahlah sebab kedai tuh sibuk dan tak ada siapa yang nak ajar aku. Dia pun sibuk. Kat kedai tuh ada salad bar, yang jual berbagai jenis makanan. Mengalahkan buffet restaurant lagi gayanya. So, bila dia cakap gitu, aku pun tak terkata apa lah kan? Aku blah aje lah. Cuma aku bengang pasal amoi yang kat tempat Tina Agency tuh tadinya tak tanya aku apa-apa, dia terus aje kasi aku alamat kedai, then terus aje mintak duit service charge.
So aku balik semula ke tempat Tina, nasib baiklah Tina dah ada. Aku malu-malu jugak sebab aku takut Tina masih ingat kat aku. Iyalah, aku kerja kat kedai Lee Tua ituhari pun melalui Tina, kan? Buatnya dia masih ingat, nanti sure dia tanya aku apa pasal berhenti kerja kat situ kan? Lagipun, sure dia akan tahu yang aku nih tak kuat orangnya, kerja sekejap aje dah berhenti.
Aku suruh Tina carikan aku kerja yang lain, dan bila dia kata ada kerja kat satu kedai nih, sebagai salesman, aku anggukkan aje. Sebab dia kata tak payah ada experience pun tak apa. Lagipun kedai tuh right in the middle of Manhattan, kat Fifth Avenue pulak tuh. Dua tiga blocks aje dari Empire States Building. Hujan turun lebat masa tuh tapi aku redah aje, aku dah nekad nak kerja apa aje lah, dan aku perlu kerja secepat mungkin. Tak nak lah aku melepak di rumah aje time-time Raya, tersiksa jiwa raga dibuatnya.
Alamat yang dikasi tuh, kat satu building nih yang ada a few floors. Konfiden jer aku masuk kat satu floor nih bila Mat Salleh yang jaga lif tuh kata kat Level 3 tempat nak mintak kerja. Bila aku masuk, tak ada siapa pun yang kenal nama yang tertulis kat kertas yang aku bawak tuh. Kebetulan tempat tuh macam pejabat wholesale batu-batu jade, dan semua staffnya Cina. Bila aku talipun tokay tuh, barulah dia kata yang kedai dia right di sebelah building tuh.
Oooo, kedai jual souvenir rupanya. Apa kerja aku? Entah, aku pun tak tahu. Tokay tuh, perempuan, dia biarkan aje aku berdiri kat situ. Apa aku nak buat nih, tanya aku dalam hati. Hari pulak hujan, mana ada orang datang nak beli apa-apa, kan? Mamposlah kalau gini kerjanya. Tak sampai sepuluh minit aku berdiri sorang-sorang gitu, aku buat keputusan nak blah aje lah. Tak boleh jadi gini gayanya, lagipun kerja tuh gaji kecik sangat, compared to gaji masa aku kerja kedai Lee Tua dulu tuh.
Aku jadi semakin panik sebab dalam masa sehari, dua tempat aku pergi, dua-duanya tak sesuai dengan aku. Takkan aku nak ke tempat MeiMei pulak, takkan aku nak bayar dia another 50 dollars untuk cari kan aku kerja? Akhirnya aku ke tempat MakCik Jenny. MakCik Jenny tetap suruh aku either ke New Hampshire atau ke Long Island. Di Long Island tuh kerja laundry dan gaji dia 4 ratus lebih kecil dari kerja restoran di New Hampshire tuh. Tapi Long Island dekat aje, dalam sejam perjalanan dari New York. Yang di New Hampshire tuh, jauh sangat. Atas dari Boston, Massachusets lagi. Kat kampung. Dekat 6 jam perjalanan naik kereta. Mamposlah aku kesunyian sorang-sorang nanti. Tapi gajinya oklah jugak, walaupun tak sebesar gaji dulu tapi makan minum dan accomodation semuanya free.
Last-last aku decide nak ambil kerja yang di New Hampshire tuh. Lantaklah, biar lah jauh, aku nak membawak diri lah kali ini. Orang tinggalkan aku, biarlah aku tinggalkan orang pulak kan? Biarlah aku duduk memencilkan diri di New Hampshire tuh. Aku belum pernah pergi pun ke sana, tapi aku dapat agak yang tempat tuh kampung sangat, walaupun scenery nya cantik.
Bila dah confirm, dan dah ambil details pasal bas Cina yang akan melalui kawasan tuh, barulah aku rasa macam takut dan menyesal. Ish, berani ker aku pergi jauh kali ini nih? Buatnya nanti aku gak betah? Ah, pedulikan, kalau aku tak suka, atau kalau ada masalah yang di luar jangkaan aku, aku balik semula ke New York kan? Apa susahnya kan? After all aku masih ada bilik sewa di New York nih.
Nasib baik lah hari dah petang dan besoknya Friday, tak ada bas Cina tuh. So aku disuruh berangkat hari Sabtu, pukul 5 petang. Memang ada bas Cina yang lain yang pergi ke arah Boston tapi that company tuh is the only company yang service dia sampai ke New Hampshire, Maine dan Vermont. Lega lah aku bila dapat tahu yang aku akan berpeluang Sembahyang Raya pagi Sabtu tuh. So, dengan perasaan lega, aku balik ke rumah. Terus aje online nak cari info pasal Concord, bandar di New Hampshire tempat aku akan pergi nanti tuh.
Friday tu aku tak keluar rumah, melepak aje kerjanya. Tak ada lah rasa sedih sangat sebab aku dah tahu yang Sabtu tuh aku akan bertolak ke tempat baru. Jugak sebab aku happy yang aku akan dapat sembahyang Raya, pakai baju Melayu yang diaorang kasi tuh. Nasib baiklah aku talipun masjid tempat aku nak pergi Sembahyang Raya tuh, nak tanya pukul berapa diaorang mula Sembahyang. Rupanya ramai Pak Arab yang dah Raya hari Jumaat (diaorang tak nak Raya Sabtu sebab kononnya tak nak sama dengan Yahudi yang celebrate Sabbath), ikut negara-negara Arab yang lain. So Sabtu tuh memang tak ada Sembahyang Rayalah sebab dah dibuat Friday tuh. So aku cari masjid-masjid lain, yang akhirnya aku buat keputusan nak ke Masjid AlHikmah, Masjid Indonesia yang letaknya di Astoria, Queens.
Tengah aku lepak-lepak, Bob talipun, saja ajelah nak wish aku Selamat Hari Raya. Then dia beritahu yang ada abang kawan dia, half Malaysian, half American, dia nih baru sampai di New York (kena halau dari rumah or something), sekarang duduk di hostel, dan dia nih desperate nak cari kerja. Tak ada duit. Bila aku dengar yang dia tuh duduk hostel dan nak cari kerja, terus aku boleh agak yang Mamat tuh di dalam kesusahan. Terus aku suruh member aku kasi nombor talipun aku kat Mamat tuh. Tak lama kemudian Mamat tuh talipun aku, dan aku pun terus bergegas ke hostel tempat dia menginap malam tu tuh..........