Selepas 10 hari kerja, aku dah jadi macam berani sikit, dan out of boredom masa kerja, aku bawak laptop ke tempat kerja. Aku fikir, lantaklah diaorang nak marah aku. Kalau marah beria sangat, aku berhenti kerja.
Malam pertama bawak laptop tuh, dapatlah aku online for like 2 hours, sesambil melayan customers. Ok lah for a start kan? Malam kedua tuh lama lah sikit aku online nya. Semakin berani lah kan? Macamana pun aku masih cuak jugak, so esoknya aku beritahu Lee yang aku bawak laptop ke tempat kerja sebab biasanya pagi-pagi lepas aku balik kerja, aku ke library dulu (aku tipu aje). Dia kata ok kalau aku nak on kan laptop asalkan jangan terralit sangat.
Aku beritahu dia yang kalau aku online, aku akan lebih awake. Memanglah kan? Tenaga batin, kan? Payah dengan diaorang nih sebab semuanya jenis yang tak educated. Yang tak tahu langsung pasal komputer, let alone memahami isihati orang yang berjiwa siber. Lee Tua, Lee, Abdoul dan dua amigos tuh, Rafael sama Orlando, semuanya tak tahu apa-apa pasal komputer, semuanya terpisah jauh di bumi asing. Tidak berpijak di bumi cyber.
So kan, macamana lah diaorang boleh expect aku yang kerja behind the counter tuh akan boleh berjaga malam for 12 hours, every night, nak habiskan masa aku kan? Ada jugak aku tanya Abdoul macamana kawan dia Algerian yang kena tangkap tuh, boleh kerja tiap-tiap hari selama 3 tahun (sebelum tuh Mamat tuh kerja kat kedai adik Lee Tua for 11 years). Aku tanya, masa kerja, apa yang kawan dia tuh buat untuk menghilangkan bosan. Abdoul kata, diaorang sembang aje, diaorang lepak-lepak aje, ada masanya curi-curi tidur kat celah cash register, ambik turn tidur.
Yang budak Korea yang sempat kerja sepuluh hari jer tuh, itu lagi teruk. Tidur aje kerjanya sampaikan customers nak bayar harga barang pun terpaksa kejutkan dia dari tidur.
Ada aku terfikir mulanya, yang betapa hebatnya diaorang tuh boleh kerja bertahun-tahun. Hebat gila kan? Sebab aku tak boleh buat begitu. Aku akan rasa bosan. Aku akan rasa resah. Aku akan meroyan sorang-sorang. Takat seseminggu dua tuh bolehlah tapi lebih dari itu, mintak ampun lah. Yang dua tiga minggu tuh pun bukan apa, otak aku akan ligat aje memikirkan apa caranya tak nak kasi bosan. Atau aku akan fikir untuk cari jalan keluar aje dari kebosanan. Berhenti kerja, for example. Oooppsssss.
Tapi bila difikir balik, mana lah aku nih boleh disamakan dengan diaorang kan? SiAbdoul tuh, kawan dia dulu tuh pun, diaorang dah tua, apartment diaorang pun dekat kedai tuh jugak, so tak adalah diaorang terasa sangat. Kadang Abdoul balik aje ke apartment dia kalau ada hal penting. Lagipun, diaorang ramai kawan di area tuh, selalu kawan diaorang datang lepak di kedai tuh. Dan Abdoul jamu diaorang tuh dengan minuman dan makanan, free pulak tuh.
Ala, lagipun diaorang dah tua kan? Apa lah sangat diaorang nak fikir kan? Aku? Aku muda lagi, kan? Otak aku masih boleh merewang jauh. Banyak yang otak aku nih boleh dan sedang fikir, itu yang buat aku selalu rasa resah tuh. Pendek kata, aku tak suka kalau otak aku nih macam statik gitu.
Dan diaorang pulak, jenis yang tak ambik tahu hal luar. Tak baca paper, tak tahu pasal internet. Aku? Aku setiap pagi baca 3 papers. Bukan setakat cari cerita rogol aje, tapi aku baca semua, cari info pasal apa-apa events, concerts ker, shows ker, benda-benda gitu. Aku ikut perkembangan orang-orang terkenal, artis-artis.
Korang fikir, tak akan resah ker aku bila baca paper, baca cerita yang Cameron Diaz ada kat Battery Park semalamnya, shooting filem. Tak resah ker aku bila baca yang Brad Pitt ada dua tiga puluh meter aje dari kedai aku tuh, shooting filem jugak, semalamnya tuh? Tak terliur ker aku bila tengok gambar, bukan Gwen Stefani aje tapi Angelina Jolie, sama anak-anak diaorang, lepak-lepak kat Central Park?
Kaedahnya, lain sangat lah apa yang ada di kepala diaorang dengan apa yang ada di kepala aku kan? Itu yang buat aku resah aje tuh, especially bila mengenangkan yang aku tak ada pun day off, nothing to look forward to.
Macamana pun, aku bersyukur sesangat yang aku dah dapat online di tempat kerja, hilanglah jugak rasa bosannya.
---------------------------------------------
Hari Ahad malam, setelah 2 minggu kerja, aku dibayar gaji. Lega jugak rasanya sebab sebelum tuh, kalau dengar cerita Abdoul, memanglah menakutkan, ada harapan gaji aku tak akan dibayar kalau dah dua minggu kerja masih tak dapat apa-apa.
Itu yang aku langsung tak berani nak guna sangat duit yang ada di pocket aku selagi belum sah dibayar gaji. Itu yang bila phone dan internet service aku diberhentikan sementara sebab aku tak bayar bill, aku tak ada pun tergesa-gesa nak pergi cari kedai nak bayar bill. So, for like 4 days, aku punya cellphone tak ada line, dan untuk online pun nasib baik dapat curi-curi signal orang.
Cuma yang aku tak puas hatinya bila dapat gaji tuh, aku tengok jumlahnya tak sama dengan jumlah yang dijanjikan dulu tuh. Kurang 25 cents setiap jam. Kurang 3 dollars setiap hari. Kalau sebulan dah dekat seratus dollars kan? Dah dekat-dekat boleh beli ticket The Phantom Of The Opera jer tuh.
Dulu, masa interview, lain yang dijanjikan Lee. Macamana pun aku senyapkan ajelah, tak ada pun aku tanya dia mana janji-janji manis dia dulu tuh kan? Biasalah style aku, aku nak tengok dulu perkembangannya.
So, pasal gaji, ada dua lah benda yang aku tak puas hatinya. Satu nya, gaji aku ditahan seminggu sedangkan gaji orang lain tak pun dibuat gitu. Kedua nya, gaji aku kurang dari yang dijanjikan dulu tuh. Tak ada lah banyak mana sangat pun kan, tapi, aku nih kan kerja Bangla? Every single cent tuh counts.
Macamana pun, aku tak ada lah terkilan sangat sebab aku dapat tahu yang gaji aku besar dari gaji Abdoul, even gaji Orlando, stockist yang di sebelah pagi tuh (walaupun dia dah kerja bertahun di situ). Adalah dalam seratus dollars seminggu gaji aku tinggi dari gaji diaorang. Gaji Rafael aje yang tinggi dari gaji aku sure nya sebab dia pun cashier jugak, dan dia pun dah 20 tahun kerja di situ. Dan Lee pun ada cakap dengan aku yang in a few weeks dia akan naikkan gaji aku, dan dalam masa beberapa bulan lagi, gaji aku akan sama dengan gaji rafael. Uish, elok sangat lah tuh, walaupun aku dah happy jugak sebenarnya sebba gaji aku dapat nih lebih dari kalau aku kerja waiter kat restoran Cina.
Dan malam tu jugaklah rupanya kali terakhir aku bertemu Abdoul. Sebab Abdoul disuruh berhenti kerja malam tuh jugak, lepas dibayar gaji. Aku rasa terkilan sangat diaorang buat gitu aje kat Abdoul. Abdoul suruh aku hati-hati sebab memang itu style diaorang, dah dapat orang baru, terus aje dibuang orang yang diaorang tak suka. Rupanya Lee dah lama ada pengganti Abdoul, budak dari Mexico, Carlos nama dia. Carlos nih tak reti English so payahlah jugak aku aku nak suruh dia buat itu ini. Aku yang disuruh ajar Carlos tuh buat kerja.
Aku nih pulak (walaupun aku nih Boss di shift malam kan? Wakakakakakak) tak adalah jenis suka memerintah orang suruh buat kerja. So akhirnya aku lah yang terpaksa buat semua kerja yang sepattnya Carlos buat. Aku yang sediakan kopi, aku yang sapu lantai, aku yang mop lantai. Aku yang susun papers, aku yang buat semua kerja yang dulunya Abdoul yang buat. Aku tak nak lah suruh Carlos yang buat semua tuh, takut kang dia kata aku berlagak pulak. Iyalah kan, itu first day dia kerja. Takut gak nanti dia buat cerita kat Rafael, kat Orlando, habislah aku sebab aku sorang jer di situ yang bukan Mexican.
Tapi, Carlos nih pulak satu hal jugak. Patutnya, bila tengok aku menyapu, sambut lah penyapu tuh dari tangan aku kan? Macam masa aku mula masuk kerja dulu tuh, walaupun aku kerja cashier tapi bila Abdoul menyapu, aku yang beria-ia rampas penyapu dari tangan Abdoul, aku kata biar aku aje lah yang menyapu. Aku suruh dia rihat aje.
Itu lah salah satu teknik nak collect points yang aku buat.
Carlos nih pulak tak gitu, dia tengok aje aku buat semua tuh, dan bila ada customers, aku lari balik semula ke cash register, dia selamba aje berpeluk tubuh tengok aku.
"Carlos! Marikon (bapok in Spanish)!!!", aku bisik kat Carlos bila aku nampak ada satu orang yang lemah lembut aje jalannya, masuk ke kedai. Badannya tegap, berisi. Ada ponytail lagi. Pakai shades besar, yang macam Angelina Jolie pakai tuh. Sabar jer lah kan, malam-malam pun pakai spek hitam. Kalau gagaks tuh aku tak heran sangat sebab selalu aku tengok gagaks pakai sunglasses at night. Mamat tuh nak beli rokok, Marlboro. Aku kasi kat Mamat tuh rokok, then aku key in harga.
"$7-75? Expensive!", kata Mamat tuh sambil mencebik mulut. Aku senyap kan aje lah, my eyes were drawn to his tetek yang membonjol tuh. Ya ampunn, dah lah pakai t-shirt yang ala-ala see-thru' tuh. Macam tetek budak perempuan yang baru nak naik aje gayanya. Mamat tuh bayar lah jugak dan masa nak kasi change aku tanya dia, "Where are you from?". Sebab nak kata dia Hispanic, hidung dia penyek, macam hidung Melayu. Lagipun dia pu nya accent tuh bland, tak ada gaya Englishnya orang Spanish.
"Thailand", kata Mamat tuh.
"Sawadeekap", aku kata gitu. That's the onle Thai word yang aku tahu. Mamat tuh senyum aje dan terus dia blah.
"I'm from Malaysia", aku kata gitu.
"Malaysia?", Mamat tuh macam terkejut, so dia patah balik, dia undur arah ke cash register.
"Yea, Malaysia, Kuala Lumpur", aku kata lagi.
"KL kat manerrrr....?", Mamat tuh tanya aku dengan dengan suara 100% Melayu.
"Ampang", aku tipu dia. "You dari Selatan Thai, dari Yala ker?", aku jawab in Malay jugak.
"Ampang?!!!!!!!!! Puki mak kau. I dulu kerja KL", kata Mamat tuh.