8052006
Memang sedari dulu lagi aku sedar yang hidup aku nih penuh dengan ciri-ciri penggamblelan. Aku suka elemen-elemen yang tak diduga. Tak dijangka. Kalau ada apa-apa hal, I'll just go with the flow, walaupun more often than not aku biasanya melawan arus. Macamana pun, aku tak pernah (betul ker statement ini nih?) regret dengan apa-apa tindakan yang aku buat. "Everything will come up roses, walaupun it smells shit", itu yang selalu aku kata kat diri aku.
So bila aku dah macam tak tahu apa nak buat, samada nak berhenti kerja atau nak diteruskan jugak, aku pun mulalah cari idea macamana nak atasi masalah aku tuh.Memang kalau ikut hati, aku nak berhenti kerja bila-bila aje masa terdekat. Tapi, bila difikirkan balik, it aint that bad lah sebenarnya kerja di deli Michael tuh. Cuma masalah tak ada internet itu aje lah. Lepas tuh, kerja lama sangat, 15 jam lebih sehari. Lepas tuh, kerja di kawasan orang hitam pulak tuh. Lepas tuh....... Banyak jugak rupanya alasan aku.
Ada jugak aku terfikir yang lebih baik kalau aku kerja beberapa bulan lagi, sambil kumpul duit sesikit. Kalau tidak pun, tunggu sampai habis summer masa itulah baru berhenti kerja. I'm cool with both options really. Ke hilir angin berhembus, ke hilirlah aku terbang. Ke hulu angin bertiup, ke hululah aku melayang.
Then satu hari tuh masa aku tengah melangut menunggu customers, aku dapat this idea yang aku rasa ok jugak kalau aku cuba buat. Apa kata aku mintak nasihat dari orang yang baca blog aku? Beribu peminat setia Dendam Perantau kan? Aku buat vote, suruh diaorang vote samada nak suruh aku berhenti kerja atau nak suruh aku teruskan jugak. Then aku buat keputusan ikut keputusan vote tuh. Kalau banyak votes yang suruh aku berhenti kerja, aku akan berhenti kerja aje lah. Kalau banyak votes yang suruh aku teruskan kerja di deli Michael, aku akan teruskan kerja.
Lawak jugak idea tu tuh aku rasa. Itu yang aku seharian asyik dok plan aje nak buat vote macamana. Dan aku pun terfikir, kalau ada sesiapa yang baca blog aku, sure diaorang boleh dapat kasi jalan yang mana harus aku ikut. As I said earlier on, I'm cool with both ideas. Walaupun dalam otak aku ada terfikir, macamana nanti kalau tiba-tiba aku tengok, votes nya more towards yang aku tak suka? Aku kena buat jugaklah. Tapi, aku yakin, kalau orang yang baca, diaorang akan tahu, dan diaorang akan suruh aku berhenti kerja. Dan aku akan berhenti kerja based on votes, based on cadangan orang yang di blog ini.
So, plannya ginih.
Tengah malam Ahad aku balik ke Philadelphia sebab Isnin cuti. Isnin akan aku buat entry/poll tuh. Publishkan. Selasa aku akan balik kerja. Rabu aku dapat gaji. Khamis, aku akan keluar ke Philadelphia, masa tu lah aku check apa keputusannya. Hitam kata diaorang, hitam lah kata aku. Putih kata diaorang, putih lah kata aku. Kalau votes kata berhenti kerja, aku akan berhenti kerja aje. Aku, pagi tuh masa nak ke Philadelphia, aku akan bawak semua barang aku (yang tak ada apa sangat pun), aku akan talipun aje Michael. Lantaklah dia nak marah ker apa ker. Silap-silap aku tak talipun pun, buat bodoh jer, blah gitu aje. Kalau ramai yang suruh aku terus kerja, maka, dengan berat hati, terpaksalah aku balik semula dengan beg aku yang sarat berisi barang tuh, balik semula ke deli Michael.