Setiap kali esoknya aku off, Michael akan tanya aku kalau-kalau aku nak duit, dia nak kasi advance. Dan setiap kali jugaklah aku kata aku tak nak sebab aku masih ada duit. Walaupun aku tahu yang duit di pocket aku tinggal sikit aje aje lagi. Bill cellphone belum dibayar, untuk buat belanja di hari off aku pun kena dikira jugak. Duit nak buat tambang train ke Philadelphia.
Aku tak tahu sebenarnya bila gaji akan dibayar. Nak kata seminggu sekali, tak jugak. Kalau tidak, sure dah dibayar. Dua kali sebulan? Ker sekali sebulan? Akhir bulan? Atau mengikut tarikh aku masuk kerja? Sebulan selepas aku mula kerja, 10 hb April ituhari?
Nak tanya Michael aku malu sebab takut nanti dia tahu yang aku tak ada duit. Payah jadi aku nih. Berkemaluan besar. Sanggup susah demi menjaga kemaluan. On second thought, bagus jugak aku nih sebab pandai menjaga kemaluan aku yang besar tuh. No, sebenarnya, aku rasa aku boleh survive dengan duit yang sebanyak itu, tanpa ada orang yang terperasan yang aku tak ada duit sebenarnya. Masa aku blah dari Maryland/West Virginia dulu, aku ada bawak dalam 3000 dollars. Tak sampai sebulan, habis duit tuh. Ke mana perginya duit tu aku pun tak tahu. Apa yang aku boleh ingat, aku ada masukkan dua tiga ratus kat trading account aku. Aku ada masukkan sikit ke dalam account bank Cina aku yang kat Boston tuh, kebetulan bank tuh ada ajennya di philadephia nih. Itu aje. Selebihnya aku tak tahu ke mana perginya. Buat bayar itu ini, belanja itu ini, kan ker aku ke New York City dua kali ituhari kan? Itu yang tak sedar jer habis duit aku tuh. Tak sampai sebulan pun.
Aku dah panik jugak dah sebab aku kena bayar Yanti sewa rumah, walaupun aku takat menumpang tidur dua kali seminggu aje. Macamana pun aku rileks aje lah, kalau terdesak sangat nanti aku mintak kat Michael.
Minggu pertama aku off ituhari, Michael yang hantar aku balik ke rumah Yanti. Minggu kedua, aku naik teksi aje pasal aku tak nak lah menyusahkan Michael sebab wife dia kena bangun tidur to man the shop sementara Michael pergi hantar aku ke Philadelphia. Aku tak nak dia hantar aku sebenarnya, tak nak dia buat baik sangat dengan aku, takut aku nanti macam terhutang budi gitu. Aku pun tak nak dia tahu di mana aku tinggal, address Yanti. Nanti, kalau aku nak blah gitu aje, takut dia cari aku kat rumah Yanti pulak. Aku kena fikir semuanya tuh.
Masa aku tengah beli sayur di satu kedai orang Indo ituhari, aku terserempak dengan Nani. Ala, perempuan yang dulunya tuh baik dengan aku, yang anak sedara dia Andy S kawan aku tuh (Andy S dah lama balik Indo, dah kawin, dah ada anak satu dah). Dulu aku janji tak nak berurusan dengan dia dah sebab aku marah dan terasa hati sangat masa aku last lepak kat rumah dia dulu tuh. Masa nak hantar Bayou balik Indo tahun lepas tuh.
Tapi sebab dia senyum kat aku, aku tertegurlah dia. Dah mula tegur tuh, biasalah Nani, dia paksa aku beli rojak yang dia jual. So aku ke rumah dia macam biasa, makan-makan rojak sayur yang tersangatlah sedap dan pedasnya.
Kebetulan pulak minggu ketiga aku kerja, masa aku nak off, bila aku talipun Yanti, tak ada orang yang jawab talipun. Mungkin dia kerja overtime agaknya sebab the week before dia sama Will kerja sampai pukul satu lebih (pagi). Aku tak ada pilihan lain, terus aku talipun Nani pasal nak menumpang tidur di rumah dia (tumpang tapi kena bayar). Nani tak ada di rumah, dia ke Atlantic City. William, suami/pacar dia suruh aku datang jugak so aku datanglah ke rumah diaorang, Michael yang hantarkan.
Sebenarnya kan, malam tuh aku dah berniat nak berhenti kerja aje. Sebab masa tuh dah hujung bulan, aku was so confident yang Michael akan bayar gaji aku. Takkan gaji sebulan sekali kot. Kalau sebulan sekali pun, sure dia akan bayar aku malam tuh, knowing yang aku esoknya off, hujung bulan pulak tuh. So aku dah kemas-kemaskan barang aku, aku dah bawak semua barang aku, yang aku tinggalkan hanyalah tuala pasal tak muat beg. Aku kata kat Michael yang aku kena buat laundry, dah 3 minggu tak basuh baju. So itu yang aku bawak pergi dua beg tuh.
Aku tipu dia sebenarnya. Sebenarnya aku nak berhenti kerja. Dapat gaji, aku nak blah gitu aje. Nak cari kerja lain lah. Tak tahan aku kerja sampai up to 15 jam lebih sehari. Tak tahan aku tak ada internet connection. Tak tahan aku melayan orang-orang hitam. Buang masa aku aje. Tapi, Michael tak ada pun kasi gaji, dia ada tanya aku kalau-kalau aku nak duit buat belanja. Then aku tanyalah bila dia bayar gaji. Dia kata dia akan bayar aku 10 May nanti sebab aku mula kerja 10 April. Oh tidakkkkkk!!!!!! Gagal rupanya percubaan pertama aku untuk blah dari tempat Michael.Terpaksa lah aku tunggu lagi seminggu lebih gituh. Shit!
Sampai di rumah Nani terus aku on kan laptop. Sabar aje lah, dah tak ada internet connection dah di rumah diaorang, diaorang dah putuskan subscription cable tv diaorang rupanya. Dah dekat pukul 3 pagi baru Yanti talipun aku, dia tertidur rupanya, lagipun nombor aku yang keluar kat answering machine dia, nama Mus, kawan aku dulu tuh (cellphone aku kan ker registered atas nama Mus, yang dah balik Indo). Itu yang dia tak angkat talipun tuh. Tapi sebab dah awal pagi, lagipun rumah Yanti tuh jauh jugak dari rumah nani (dalam 20 minit jalan kaki), aku tak jadi lah balik ke rumah Yanti. Aku cuba tidur tapi tak dapat so bila Nani balik dari Atlantic City, aku sembang dengan dia aje lah. Dia kalah berjudi kat casino, malam sebelumnya dia menang dekat 700 dollars. Itu yang dia tak ada mood sangat tuh nak buat kuih untuk jualan. Aku pulak yang disuruh kupas bawang, kupas telur. Sampai pagi barulah aku pergi tidur.
Dah tengahari baru aku keluar, bawak laptop aje. Beg aku tinggalkan sekejap kat rumah Nani. Lepas breakfast kat Dunkin' Donut (aku selalu breakfast kat situ pasal ada dua tiga orang bebudak Indo yang kerja di situ, diaorang tahu aku Malaysian), terus aku ke Love Park tuh. Bila batteri laptop dah habis, aku menapak ke library. Spent a few hours there, baca lah apa-apa yang patut. Then aku ke Kinko's, bukannya nak guna internet, tapi buat pura-pura guna laptop, sedangkan aku mengecharge battery laptop tuh. Lepas tuh aku merayau-rayaulah sekejap kat Chinatown, tak ada apa-apa pun. Bosan, aku ke Love Park semula.
Kadang tengah lepak-lepak tuh, aku rasa nak tergelak pulak. Aku terfikir, aku nih sebijik macam Forrest Gump, duduk kat hunjung bench tuh. Cuma yang membezkannya, aku lepak sambil guna laptop. Bukan macam dia yang cakap sorang-sorang.
Bosan surfing, aku merayap-rayap lagih. Masuk Tower Records, masuk Borders, masuk Barnes & Noble, masuk semuanya lah. Tapi aku tak beli apa pun pasal duit tak ada. Dah petang baru aku balik semula ke rumah Yanti, lepas ambil beg di rumah Nani, lepas makan rojak. Sembang-sembang jugaklah dengan Yanti, dia kasi aku spare key pasal dia tak nak jadi macam semalamnya. Then dia cerita jugak pasal dia terpaksa bercuti kerja selama sebulan sebab dia kena penuhkan credit hours kelas dia tuh. Sebab dia dapat grant dari government, kalau dia tak habiskan study dia this semester, dia kena bayar. So dia tak ada jalan lain terpaksalah berhenti kerja untuk sesebulan dan concentrate pasal study dia. Dan Will suami dia terpaksa kerja overtime aje.
Dan aku pun terbesetuju untuk bayar sewa bilik 200 dollars sebulan (dia masih ada hutang dengan aku kan?) , starting from next month onwards. Kalau tidak, kesian jugak dia. Lagipun, aku dah tak ada tempat lain dah nak menyewa, lebih baik aku duduk sama dia ajelah, kurang-kurangnya ada jugak orang yang nak ambil tahu pasal aku. Tapi yang pentingnya, rumah dia ada internet access.