Thursday, September 27, 2012

Welcome To The Hood


Baru dua hari aku tak kerja aku dah rasa tak sedap hati aje. Duit pun dah banyak keluarnya. Tak sedar jer. Dua tiga puluh dollars ke sini, dua tiga puluh dollars ke sana, sedar-sedar duit aku dah tinggal sikit. Memang tak banyak duit pun, setakat untuk survive sesebulan dua kalau tak kerja tuh masih ok. 

Tapi aku tak nak lah tunggu sampai betul-betul terdesak, nanti susah sendiri. Malas rasanya nak ikut kerja kilang/warehouse sama orang Indo di sini, aku dah lama tinggalkan Philadelphia, dah rasa macam terasing aje dah. Dah tak ada kawan sangat dah. Lagipun, nanti kalau ikut sama orang Indo, kena ikut cara diaorang pulak, bosan teramat aku dengan cara diaorang nih. Kalau boleh aku nak cari kerja yang tak ada orang Indo, biar aku sorang-sorang. Samada kerja restoran atau kerja kat kedai. 

Dan aku harus ke New York, aku nak daftar nama dengan MakCik Jenny, entah-entah ada kerja yang sesuai untuk aku nanti. Semalam tuh aku sengaja tak singgah kat tempat dia sebab aku tak nak lah dia terus aku pergi kerja. Iyalah kan, dia pun business jugak, sure dia nak aku terus aje ambil apa-apa kerja yang sesuai. 

Dah nak tengahari dah masa aku sampai New York tuh, terus aku ke tempat Ping-Ping, aku tengok tempatnya dah lain macam jer, dah tak ada orang Indo lepak-lepak, infact tempat tuh sunyi jer. Aku tanyalah amoi yang 3 orang yang jaga counter tuh, diaorang kata Ping-Ping dah balik Malaysia.

Aku terus ke tempat ajent kerja yang lain, Malaysians jugak, a few blocks away dari situ. Pelik jugak aku sebab sunyi sepi jer semua tempat tuh, tak ada orang pun yang datang cari kerja. Biasanya memang ramai Indonesians yang lepak kat situ. Berlambak-lambak kerja restoran, dari kerja tukang cuci pinggan, kitchen helper, sampailah kerja waiting tables. Restoran Cina, restoran Jepun. Kerja kedai laundry pun ada. Aku cuba-cuba tanya kalau-kalau ada kerja di New York City yang live in, yang tokeynya sediakan tempat tinggal. Kat tengah-tengah kota New York tak ada, semuanya tak sediakan tempat tinggal, yang ada pun, dalam sejam dua di luar New York City. I almost took this one job kat Long Island tapi bila aku tahu yang ada dua orang Indo kerja di situ, terus tak jadi. 

Then aku pergi kat agent yang lagi satu, Mei-Mei, dialah yang rekomen aku kerja dengan Pak Tua dulu tuh. Dia masih ingat aku sebenarnya, ingat-ingat lupa. Aku tak lah lama kat situ sebab ada a few Indonesians tengah sibuk tanya itu tanya ini kat dia. Kat tempat Mei-Mei tuh semuanya kerja restoran, tak ada pun kerja-kerja lain. Then aku pergi ke tempat Makcik Jenny, dia tengah makan, tak ada orang pun di tempat dia tuh. Aku tanyalah pasal Ping-Ping, dia kata Ping-Ping dah lama jugak balik Malaysia. "Dia kaya, dia banyak harta, suami dia sudah jadi olang busat (orang besar)", kata MakCik Jenny. 

Sambil sembang-sembang tuh aku tengoklah iklan-iklan yang ada, semuanya kerja di luar NYC. Rasa malas dah aku nak berpindah randah, itu yang aku tanya MakCik Jenny kalau-kalau ada kerja, apa-apa kerja lah yang di Philadelphia. Dia beritahu aku ada satu kerja di kedai orang Cina Kemboja, kedai makanan/minuman, bukannya take-out restaurant, more like fish 'n chip shop jer. Tapi bukan di Philadelphia city center, lebihkurang sejam perjalanan . Diaorang nak kan one helper sebab kedai tuh husband and wife jer yang handle. Gajinya sama dengan gaji yang aku dapat masa kerja sama Pak Tua dulu tuh. Ada disediakan bilik kalau aku nak tinggal di situ, tapi kalau aku nak berulang-alik, boleh jugak. 

So aku tak fikir lebih-lebih, terus aku suruh MakCik Jenny talipun tokey kedai tuh. MakCik Jenny lupa agaknya, so dia tanya aku, aku nih Malaysian ker Indonesian. Sebab dia lupa, aku katalah yang aku nih Indonesian. Then dia kata, baik aku mengaku aku Malaysian sebab Michael, tuanpunya kedai tuh suka Malaysians more than dia suka Indonesians. Then MakCik Jenny pass kan talipun kat aku, ok jugak bunyinya Michael tuh, berkali-kali aku kata kat dia yang aku Malaysian tapi bukan Cina Malaysia. So basically Michael nak ambil aku kerja di tempat dia, tapi dia nak jumpa aku dulu, nak discuss a few things. 

MakCik Jenny suruh aku ambil kerja tu aje, dia suruh aku kerja rajin-rajin sebab Michael tuh baik orangnya. Then aku kasi dia $50, walaupun harga sebenarnya $40 aje. $10 tuh duit kopi. MakCik Jenny siap beritahu ada one Chinese guy yang kat situ yang aku kasi dia duit kopi. Aku masih ada banyak masa nak meronda kat belah-belah Uptown. So aku jalan ajelah sekitaran Chinatown tuh, menuju subway station untuk ke Uptown (Upper Manhattan). 

On the way tuh sempatlah aku singgah kat Skyway Restaurant, (Restoran Malaysia) makan roti canai aje dua keping. Aku cakap Melayu aje tapi sorang pun tak faham, then aku tanyalah mana perginya AhSo yang dulunya tuh? Diaorang kata AhSo tuh dah bukak restoran baru di Bronx. 

The rest of the day aku spent masa merayau-rayau kat area Times Square tu aje lah, entah apa yang aku nak tengoknya pun aku tak tahu. Aku pulak, jalannya laju jer, tak ada macam tourist pun yang jalan sekejap, berhenti, then jalan lagi. Aku, aku jalan laju jer, macamlah ada tempat yang nak dituju. 

Dah bosan, aku balik semula ke Chinatown, ambil bas pukul 5 ke Philadelphia. Then aku turun kat kawasan yang ramai orang Indo tuh, adalah dalam satu km dari rumah Yanti. Tapi sebab kawasan perumahan, tak ada lah rasa macam jauh, a few blocks away jer rasanya. Adalah jumpa dengan tiga empat orang yang aku kenal, terserempak dengan Mukhlis (yang pinjam duit aku dulu tuh) yang tengah nak hantar jualan tempeyek dia ke kedai. Jumpa jugak Cik Ina yang banyak rumah sewa tuh, yang aku sempat menyewa beberapa bulan masa aku mula sampai di Philadelphia dulu tuh. 

Dah malam baru aku balik ke rumah Yanti, sembang-sembang dengan dia pasal Ara (anak dia yang duduk sama orang Puerto Rico tuh) yang bermasalah besar. Sambil makan nasi gulai lemak terung. Aku tidur lewat jugak, tak apalah sebab nak jumpa Michael esok harinya bukanlah pagi-pagi sangat.