Thursday, September 27, 2012

Ku Tunggu.Dan Menunggu...

15052006


Kadang-kadang tuh letih rasanya memikir macamana caranya supaya aku dapat menenangkan hati aku yang selalu tak tenang nih, yang selalu memikirkan apa jalan terbaik yang boleh membuatkan aku enjoy kehidupan aku yang sebegini. Ada aje penghalangnya. Ada aje yang tak kena nya. 

Then aku terfikir, apa pasal lah aku dulu, dah elok-elok kerja sama keluarga Pak Tua, aku berhenti. Sekarang rasa kan. Kalau di sana dulu, walaupun bosan, tapi aku ada member yang sama-sama bosan, yang sama-sama seperjuangan. Bolehlah hilang bosan tuh. Sekarang nih, aku sendirian, semuanya aku kena buat sendiri, tak ada siapa yang nak kasi nasihat, tiada siapa yang nak kasi pendapat. Aku, kalau sorang-sorang begini, biasanya aku buat something tuh ikut sedap jer. Tak fikir apa-apa dah. 

Aku rasa menyesal sesangat jadinya bila ingatkan itu semua. Aku selalu tersengih sengsorang bila ingatkan gelagat Hector yang selalu tiru jokes aku, yang selalu gelak-gelak sama aku. Sampai hati aku tinggalkan dia kawan baik aku, dulu tuh. Tapi, dalam menyesal-nyesal tuh, aku dok picturekan Subardi. Terus hilang kemenyesalan aku. 

Duit aku semakin hari semakin kurang, tapi tak lah aku rasa takut sangat sebab aku tahu, very soon aku akan dapat gaji. Cuma aku kena berjimat sikit, takat untuk hidup for a few days tuh bolehlah. 

Aku cuba list kan apa yang buat aku tak suka, apa yang buat kan aku rasa nak berhenti kerja bila dapat gaji nanti. Tak ada internet. Yeah, everybody knows that. Michael pun tahu yang aku suka online, dia pun setuju yang aku keluar pagi Khamis dan Sabtu, for an hour or two, untuk main internet kat Philadelphia. "It's good for you, you go out and come back fresh", kata dia. Memang lah I look "fresh" bila balik dari Philadelphia. Sebab aku dapat memuaskan keperluan batin aku. Berinternet kat Love Park. Nak mintak Michael sediakan internet connection, that's out of the question. Dia punya fikir ginih, aku bukak laptop, terus aku dapat online. Memanglah susah nak mengexplain kat orang yang knowledege dia pasal internet macam tu tuh. 

Kerja aku sampai lebih dari 15 jam sehari. Itu yang buat aku tak daya nya tuh. Walaupun tak ada lah berat sangat tapi naik kematu aku dibuatnya. Labuh telor aku sebab lama berdiri, itu tak payah cerita lah. Makan minum aku pun tak terurus sangat. True aku boleh makan aje apa yang ada di deli tuh, aku boleh masak sendiri. Tapi, diaorang tuh nak kata kedekut, tak jugak. Cuma, diaorang tuh berkira jugak. Memasak pun dalam gelap sebab tak nak pasang lampu. Fries yang jatuh ke lantai pun dikutip. Trash bags yang dibuang orang pun dikutip. Berkira sangat. Jadi aku pun malaslah beria-ia sangat nak menyediakan makanan, kalau aku masak pun, takat goreng telur, buat nasi goreng. Itu aje. 

Tak heran lah pasal apa aku semakin kurus sekarang nih. Jeans aku yang dulunya ketat (sampai aku pun dah tak pakai, then aku pakai balik semula sekarang nih), sekarang nih dah jadi longgar. Kalau aku nak masuk ke cold room, for example, aku terpaksa berjengket sikit nak bukak kunci (sebab pintu tuh besar dan tinggi). Melorot seluar aku. Kalau dulu, ok jer. Sekarang nih dah tak ok dah. Asyik melorot aje dah seluar aku sekarang nih. Nasib baiklah "door knob" aku tuh ada menahan dari seluar aku terus melorot.

Aku rasa itu dua aje sebab yang membuatkan aku rasa aku patut berhenti kerja aje. Tapi bila aku fikir balik, aku rasa aku patut teruskan aje lah kerja di situ. Di mana-mana aku kerja nanti pun, I'll be facing the same problems, entah-entah lebih banyak masalah lain. 

Michael sekeluarga suka dengan aku. Kerja tak lah susah sangat. Aku pun dah sebulan kerja, dah tahu selok-belok. Lagipun, kalau aku berhenti kerja, aku terpaksa cari kerja lain, aku kena keluar duit, aku kena start all over again. 

Lagipun, bukannya aku tak ada internet access langsung. Dalam seminggu, aku dapat online 4 hari. Walaupun sekejap tapi kira ok lah tuh. Dah tua-tua nih, patutnya aku beribadat aje lah, patutnya aku buat benda lain aje lah. Daripada mengadap laptop aje kerjanya kan? 

Aku selalu fikir semuanya tuh, tapi aku biasanya end up tak layan pun apa yang aku fikir tuh. So dalam aku berfikir samada nak berhenti kerja atau tidak tuh, aku teruskan jugaklah kerja aku. Sambil menunggu hari off. Sambil menunggu bila dapat gaji. Hari ini aku fikir, lebih baik aku berhenti aje. Besoknya aku fikir, lebih baik aku terus kerja aje lah. 

Until one day bila duit aku dah tinggal sekeping. Until one day bila cellphone aku disuspend servisnya (sebab lambat bayar bill). Until one day bila ada customer yang buat hal sampai polis datang. Masa tu lah aku rasa nekad yang aku nak berhenti aje lah bila dapat gaji nanti. 

Aku, waktu kerja kalau masa tak ada orang tuh, aku suka membilang. Aku selalu bilang, dah berapa jam aku kerja. Berapa jam lagi aku patut kerja. Dah berapa hari aku kerja. Berapa hari lagi aku sepatutnya akan dapat gaji. Berapa hari lagi hari off aku. Berapa hari lagi aku akan dapat online. Itu memang selalu sangat aku bilang. Walaupun aku tahu tapi I keep on membilang. Siap bilang guna jari lagi tuh. Aku tahu, soon aku akan ada duit semula. Aku tahu, setiap hari aku akan berakhir. Sebosan mana pun hari aku, ianya akan berakhir. Selambat mana pun hari off aku, ada jugak lah sehari dalam seminggu. Hari yang aku tunggu tunggu. Memanglah pathetic sangat bunyinya tapi aku nak buat macamana? Aku bukannya macam orang lain. 

So gitulah, duit aku tinggal semakin sikit, kira ngam-ngam jer sampai hari gaji. Itupun kalau gaji on time. Buatnya gaji di lewatkan sehari dua? Dan bila servis talipun aku diputus sebab ada bill tertunggak, terus mati kutu aku. 

Dan satu malam tuh, ada this one customer yang buat hal pulak. Dalam deli Michael tuh ada ATM machine, meaning orang boleh keluarkan duit melalui ATM tuh. Ada this one customer, perempuan hitam yang pakai purdah (yes, you heard me right, pakai purdah) yang kata duit dia short 40 dollars masa dia guna machine tuh. 

Kalau tak salah aku, dulu ada aku tulis pasal orang hitam Islam di sini, di Amerika nih. Memang ramai. Ada yang dilahirkan Islam, ada yang peluk Islam. Kalau di black neighbourhood, memang ramai juga Islam. Aku dapat tahu (dari orang hitam sendiri) yang kebanyakan diaorang tuh, yang Islam tuh, diaorang masuk Islam masa di penjara. Bererti, ramailah yang kat jail sebab kalau jalan ke mana-mana, memang selalu sangat jumpa orang Islam, perempuan pakai purdah lagi. Yang pakai tudung sambil hisap rokok, sambil minum beer, itupun biasa aje aku tengok. 

Bukanlah niat aku nak mengumpat tapi to me, most of them yang Islam tuh, pakailah macamana pun, yang pakai purdah, yang pakai tudung hanya nampak mata jer pun, semuanya sama aje. Sebijik macam perangai hitam-hitam lain. Cakap kuat sambil menari-nari, menjerit-jerit, tak ada adab sopan, kadang tuh macam tak percaya yang diaorang tuh Islam. I mean, tak percaya yang diaorang berpakaian menutup aurat tapi perangainya macam jenis orang hitam yang terkinja-kinja kat luar tuh. Saling tak tumpah. Aku dah lama hilang respek dengan diaorang nih sebenarnya, aku dah lama buat tak kisah dengan diaorang nih. 

So, berbalik dengan cerita pasal perempuan yang pakai purdah yang datang ke deli Michael tuh. Dah pukul 12 tengah malam dah masa tuh. Mengamuk sakanlah dia pasal dia kata Michael harus bertanggungjawab pasal ATM machine tuh kat dalam kedai dia. So kalau ada apa-apa, tuan punya kedai yang bertanggung jawab. Perempuan tuh mintak Michael kembalikan dia duit 40 dollars yang dia kata short tuh. Manalah Michael nak kasi sebab itu tak ada kena mengena dengan dia. Dia kata yang perempuan tuh mabuk sebab lepas dia keluarkan duit dari ATM tuh, dia masuk ke beer store yang di sebelah deli tuh. Mungkin perempuan tuh terbeli something kat situ. 

Bertekaklah diaorang, perempuan tuh tendang-tendang dinding, ketuk-ketuk tingkap counter, sambil menjerit-jerit. Michael terus berlari ke belakang ambil kayu, di tonyoh-tonyoh ke arah muka perempuan tuh. Perempuan tuh makin ganas, dia rampas kayu di tangan Michael, lepas tuh di ketuk-ketuknya ATM machine tuh. Seram sejuk aku menengoknya. Dalam hati aku kata, "This is it! Baik aku blah aje lah dari sini, tak selamat tempat nih". Bila perempuan tuh ketuk cermin ATM tuh sampai pecah, Michael terus talipun polis. Aku dah semakin gelabah kalau dengar pasal polis molis nih. Bukan apa, aku takut jadi macam kes dulu, kes masa aku sama Mus dulu tuh, pasal AhCeng yang tak nak keluar dari apartment kitaorang sampai terpaksa panggil polis dulu tuh. Yang polis tuh mintak ID aku as a witness. Itu yang aku takut tuh. Buatnya diaorang mintak ID aku, buatnya diaorang tanya benda-benda lain? Itu yang buat aku gelabah tuh.

Nasib baiklah masa tuh bini Michael pun turun ke bawah, dan aku pun kasi excuse yang aku nak naik ke atas, nak tidur dah. Sebab masa tuh dah 12 setengah tengah malam dah. "She's scary, I better go upstairs", aku kata kat Michael. Sebenarnya aku tak nak tunggu sampai polis datang. 

Kat bilik, termenunglah aku sekejap. Kalau aku dapat gaji hari Rabu, the next day tuh aku nak blah. Nak blah gitu aje. Biarlah nama aku buruk, biarlah Michael sama bini dia kutuk aku. Peduli apa. Aku bukannya sebagus, sediam yang diaorang sangka. Aku diam bukan bererti aku bagus, tak banyak songeh, tak banyak cekadak. Aku diam sebab aku simpan songeh dan cekadak aku sebenarnya. Aku diam sebab aku ada buat plan lain. 

Masa aku tengah termenung that Friday evening, aku dapat satu idea baru yang aku rasa tak sabar nak buat.............