Terasa malas yang teramat sangat aku nak bangun pagi Isnin tuh, hari pertama kerja. Barang yang aku nak bawak pergi pun aku tak kemas. Dah dekat pukul 9 barulah aku kelam kabut buat apa yang patut. Aku bawak dua beg kecil aje, bawak apa yang perlu aje. Bila-bila nanti aku boleh bawak barang yang selebihnya. Untuk sementara, aku akan tinggalkan di rumah Yanti aje lah. Aku tak berkesempatan nak beritahu Yanti yang aku nak blah, diaorang masih tidur lagi masa aku keluar tuh. Yanti dah tahu aku mula kerja Monday so aku harap dia tak kecik hati yang aku pergi senyap-senyap. Tak apalah, senang-senang nanti aku talipun dia.
Aku pergi ke kedai runcit Indo untuk beli makanan buat bekalan, aku beli sayur nangka sama sambal tumis udang/petai. Tak sampai sejam pun perjalanan ke kedai/deli tempat aku nak kerja tuh sebenarnya, cuma terpaksa tukar train aje, dari subway, naik surface trolley. Itu yang buat buang masa sikit tuh.
Aku tahu aku mula kerja pukul 11-30 pagi tapi aku sampai sejam lebih awal sebab aku cadangnya nak kemas-kemas bilik tempat aku nak duduk tuh, nak check kalau-kalau ada internet connection pun jugak. Tapi bila aku sampai aje, Michael terus suruh aku taruk beg aku di setor. Dan terus dia suruh aku sapu lantai. Pundek! Menyesal aku datang awal.
Dah tuh kena mop lantai pulak. Yang buat payahnya, deli tuh walaupun luas tapi banyak pintu, dan setiap kali keluar masuk, pintu kena dikunci. Iyalah, kawasan yang penduduknya 95 % orang hitam, kawasan ghetto. Itu yang kena jaga betul-betul keselamatan.
Macam-macam kerja lah yang aku disuruh buat lepas tuh, aku ikut aje. Susun minuman, punggah barang, kemas basement, bersihkan dinding, semuanyalah. Satu persatu. Aku buat aje. Kadang tuh bila ada orang order makanan, aku diajar cara-cara nak masak/sediakan. Makanan simple aje, hoagies, sandwich, burger, cheese-steak, chicken wing, chicken rings, scallop. Makanan-makanan gitu. Banyak lagi lah benda-benda seafood lainnya sampai naik pening aku tengok menunya. Aku buat aje lah apa yang patut. Disuruh kupas bawang, aku kupas. Berair jer mata, sambil-sambil tuh aku fikir, ini syok nih kalau aku tulis blog, banyak nak diceritakan. "Perfect", kata bini Michael yang after a few minutes asyik dok mengecheck kerja aku.
Tak habis lagi satu kerja, bini Michael suruh bersihkan bahagian depan pulak pasal orang hitam memang kurang asam sikit, buang sampah merata-rata. Dalam berjaga-jaga tuh, tengah bukak pintu besi sebab tak nak kasi bising sebab ada customers tengah beli barang, jari aku tersepit. Luka. Tak sempat darah kering, disuruh pulak sediakan chicken wings. Elok sangatlah tuh, nak gaul garam, pepper, msg, bunda-benda tuh semua, kena cucuk dengan wings ayam tu pun satu hal. Tak apalah, tak ada orang terperasan.
Di sebelah petang, Michael keluar beli barang, tinggal aku dengan bini dia aje di kedai. Perempuan, biasalah kan. Nak itu ini bersih. Cerewet jugak bini Michael tuh. "I don't ask you to take onions, don't take onions!", dia kata gitu kat aku bila aku terambil bawang yang aku dah potong kecil-kecil, bila ada orang nak order chicken cheese-steak. Aku rasa ayat tuh tak patut dia cakap pun, aku walaupun rasa bengang tapi aku buat tak tahu aje. First day, takkan benda-benda gitu pun nak dilayan sangat. Macamana pun, bini Michael terperasan agaknya yang dia cakap kasar, dia pandang muka aku, nak tengok reaksi aku. Lepas tuh terus dia cakap lembut jer, beralas jer, puji-puji lagi aku kata aku cepat dapat tangkap apa yang diajar.
Walaupun banyak dan bermacam-macam jenis kerja yang kena buat tapi aku ikut aje apa yang disuruh, tak terasa pun masa berjalan. Apa yang aku fikir, cepatlah waktu berlalu sebab rasa tak sanggup nak habiskan minggu pertama aku. Walaupun rasa sedih semacam tapi aku tahu, nanti, suatu masa nanti, aku akan gelakkan aje bila teringat cerita (atau baca blog entry) pasal my first day kerja kat deli nih.
Tengah-tengah kerja tuh aku pun selalu teringatkan Nadi, teringatkan SiKontol most of the time. Aku boleh agak-agak diaorang tengah buat apa masa tuh. Then aku terfikir, apa pasal aku sanggup tinggalkan member baik macam SiKontol tuh. Aku miss nak buat lawak dengan dia, aku miss sembang-sembang dengan dia. Aku miss the laughter we had. Most importantly aku miss his friendship, bukan senang nak cari orang macam dia. Then aku teringat pasal Subardi. Laaa, memang patut sesangatlah aku berhenti kerja dulu tuh, sebab aku tak suka Subardi.
Biarlah aku susah cara lain daripada aku tetap kerja di sana, duduk sebilik dengan dia. At least di sini tak ada orang macam dia, aku hanya kerja sama Michael sama bini dia aje. Kalau aku ke Philadelphia ke rumah Yanti nanti pun, aku boleh pilih sapa yang aku nak buat baik with, kalau kerja restoran, memang tak ada pilihan lain orang yang nak dibuat kawan.
Macamana pun, aku rasa buat masa ini (selain dari Yanti sekeluarga) aku tak nak lah berurusan dengan orang Indo buat sementara waktu, aku nak bersendiri-sendiri ajelah dulu.
Satu demi satu kerja yang disuruh aku buat, semuanya aku buat. Satu demi satu kerja yang diajar, semuanya aku pelajari. Memang banyak benda yang harus aku ingat, memang banyak kena guna otak, nak memorize itu ini. Compared dengan kerja kat restoran Pak Tua dulu tuh, that was nothing.
"Take your time, don't rush, do it slowly, we have plenty of time", selalu Michael kata gitu bila tengok aku buat kerja cepat-cepat. "You'll sleep well tonight", dia kata gitu, sebab dia tahu aku keletihan banyak buat kerja.
Pukul 12-30 pagi baru aku naik masuk ke bilik aku, bererti aku kerja selama 14 freaking hours on my first day. Terus aku buka laptop, cuba-cuba tengok kalau ada internet connection, manalah tahu ada jiran-jiran yang guna wireless connection, bolehlah aku menumpang sekaki. Tak ada. I'm not at all surprised, memang aku dah agak.
So aku tidur ajelah. Dan memang lena pun aku tidur malam tuh.
Day 2.
Pukul 11-15 am baru aku turun ke bawah, terus aku buat kopi, makan nasi, lauk yang aku beli semalamnya tuh aku dah agak-agak boleh tahan for 2 more days. Lepas tuh barulah aku buat kerja menyapu lantai, mop. Susun minuman. Nasib baik tak ada kena mengangkat kotak-kotak minuman macam semalamnya tuh. Then aku diajar buat steak-roll, disuruh sediakan scallop, diajar sediakan makanan lain jugak.
Michael keluar untuk beli barang so aku dengan bini dia ajelah yang tinggal. Aku anggukkan aje apa yang bini dia ajar aku, kebanyakannya benda-benda yang remeh aje. Sepanjang dia tunjuk aku macamana cara nak potong itu ini, bagaimana cara nak tuang itu ini, macamana cara nak pegang itu ini, semuanya tuh, aku dok fikir, alangkah cerewetnya perempuan sorang nih. For fuck sake, aku bukannya orang gaji, aku bukannya house keeper. Macamana pun aku tetap maintain aku punya kecoolnesssan aku, dan aku dapat agak yang dia tuh sebenarnya tak adalah cerewet sangat, memang perempuan sifatnya gitu kot. Perempuan Cina pulak tuh. Perempuan Kemboja pulak tuh. Mungkin sebab English dia kurang baik, itu yang nampak cara dia cakap memang kasar. Aku akui itu tuh so aku tak nak lah ambik hati sangat dengan apa yang dia kata.
Aku dapat agak yang dia suka, dia puas hati dengan kerja aku sebab a few times dia gelak-gelak sama aku, a few times dia kata aku bagus, a few times dia suruh aku rileks-rileks sebab aku terus buat kerja tak henti-henti. Tak ada kerja yang disuruh, aku cari-cari buat kerja lain. Aku bersihkan itu ini, aku lap sana sini, aku sapu sana sini. Aku susun itu ini. Sampai terjatuh botol pencuci, sampai patah tangkal botol tuh. That was my only mistake. "I'll get a new one to replace this", aku kata kat dia. Dia gelak. Sajalah aku sindir, manalah tahu kalau aku pecahkan sesuatu, rosakkan sesuatu, aku kena ganti balik, kan?
Aku dah tahu Michael punya schedule kerja sebenarnya, dia buka kedai pukul 9-30 pagi. Then bini dia turun dalam pukul 1 gitu, then Michael akan keluar untuk beli barang, balik pun dalam pukul 6 petang gitu. Then dia tidur for like 3 hours. Pukul 9 baru dia turun, dan dalam pukul 10 gitu bini dia akan naik ke atas sama anak-anak diaorang. Dan Michael akan tutup kedai dalam pukul 1-30 to 2 am. Setiap hari gitulah routinenya. Memanglah diaorang kerja setiap hari, 7 days a week, tapi tak adalah sampai dua tiga belas jam macam aku.
"I hope you'll work here longer", kata Michael kat aku malam tuh. Bini dia dengar jer. "If you work longer, I'll give you a raise", dia kata lagi. Aku diam aje lah, cuma aku terfikir, aku baru dua hari kerja, aku tak tahu samada aku boleh tahan kerja di sini. Boleh sebenarnya tapi aku nih memang tak percaya diri sendiri. Aku tak nak janjilah selama mana aku nak kerja di sini, nanti janji makan tuan. Macamana pun, I'm not giving much hope yang aku akan kerja lama di sini.
Payah, sebab aku sorang-sorang, aku kalau sengsorang gini, aku selalu buat keputusan ikut suka hati. Tak ada orang yang nak halang aku, nak kasi advice. Lagipun aku dekat dengan Philadelphia, biasanya kalau aku tak suka, aku berhenti kerja dan balik ke Philadelphia. Tengoklah macamana nanti. Internet pun tak ada, itu yang buat kacaunya tuh.
Aku terfikir jugak, aku even ada tanya Michael, siapa yang kerja di situ sebelum aku. Michael kata tak ada orang pun. Aku tak percaya, takkanlah selama ini diaorang berdua aje yang handle semuanya tuh, sure ada orang lain. Lagipun, ituhari masa aku mula jumpa Michael, macam-macam dia kata kat aku, nasihat aku, jangan buat itu ini, jangan simpan masalah dalam hati, jangan blah gitu aje kalau nak berhenti kerja, jangan tak dengar cakap. Pendek kata, macam dia mengrefer kat seseorang, macam thru' experience jer dia cakap tuh.
So aku rasa, memang sebelum aku masuk kerja, ada orang lain yang kerja di sini. So aku memang nak tahu sangat apa pasal diaorang berhenti, walaupun aku boleh agak yang kalau ada orang sebelum aku, sure diaorang berhenti kerja samada pasal waktu kerjanya yang panjang, banyak kerja, kerjanya susah, atau pun mungkin tak suka dengan Michael atau bini dia sebab cerewet. Salah satu dari sebab-sebab itu lah agaknya.
"Oooo you have a new guy!", "Everytime I turn around you get a new guy" "Where's that guy, you fired him too?", "You keep getting new faces, give them a chance". Selalu sangat aku dengar ayat-ayat gitu dari customers so aku conclude yang sebelum ini memang selalu, memang ramai orang yang keluar masuk kerja di sini. Samada diaorang berhenti kerja atau diberhentikan, itu aku tak tahu.