Thursday, September 27, 2012

In Bed With Me

22052006


Hari Ahad biasanya aku rasa happy aje sebab malamnya aku akan balik ke Philadelphia, esoknya aku akan off. Tapi that Sunday was extra happy pasal aku rasa excited sangat untuk publishkan blog entry pasal vote untuk tanya pendapat readers blog aku tuh. Samada nak berhenti kerja atau nak teruskan aje.

"Ini barulah macam reality show, buat keputusan base kan on pendapat orang", aku selalu kata gitu dalam hati, sambil tersenyum simpul mengenangkan keterreran aku yang dalam keadaan begitu pun masih banyak cekadaknya lagih. Entah apa-apa lah aku nih, kan? Dalam keadaan susah-susah pun masih nak buat benda-benda pelik. Ada aje idea bangang aku.

Tapi, tak jugak sebenarnya. Aku tahu siapa aku. Aku tahu keadaan aku. Aku saja jer nak menghiburkan diri aku sendiri sebenarnya, itu yang aku buat benda-benda yang pelik-pelik, yang kadang tuh tak masuk akal pun. Bukan ker aku nih orang yang mudah bosan? Cepat boring? Itu yang dalam keadaan macamana sekali pun, aku tetap fikir kan idea-idea baru. Ataupun memang itu idea dari Tuhan. Sebagai signal. Tapi aku yang lembab. Masih tak tahu. Entah. Aku pun tak tahu. 

Bila Michael tengok aku macam happy aje kerja, bersemangat aje, ke sana ke sini, layan orang pun happy jer, orang marah ker orang cakap kasr ker apa ker aku selamba ae, dia pun happy jugaklah. "Tomorrow you off, right?", dia tanya aku. Macam tak tahu pulak. "I pay you money tonight, before you go. You can send money back Malaisia", dia kata gitu. 

"Oh shit!", kata aku dalam hati. Aku terdiam sekejap. Bukan apa, aku fikir, hancurlah rancangan aku untuk blah berhenti kerja di deli Michael tuh. Sebab apa? Sebab, aku sepatutnya dapat gaji hari Rabu, sedangkan dia nak bayar gaji aku hari Ahad. Bererti belum cukup sebulan aku kerja, dia dah nak bayar full. Takkan aku nak berhenti gitu aje? Takkan aku kejam sangat nak tinggalkan dia yang buat baik dengan aku, macam itu aje kan? Tak sampai hati lah aku. Aku tak terfikir pun yang kalau aku blah aje, terus tak datang dah, aku akan untung 3 hari punya gaji. Tapi, takkan aku sanggup buat gitu, kan? Aku tak expect langsung yang Michael akan bayar gaji aku hari Ahad, aku ingatkan dia akan bayar, earliest hari Rabu minggu depannya tuh, genap sebulan aku kerja. 

Jadi bila dia kata dia nak bayar aku gaji malam tuh, habislah plan aku yang dalam sehari dua aku dok pikir siang malam tuh. "Why, you don't want money?", dia tanya aku bila tengok aku diam aje, macam tak excited jer. Aku dok memikir pasal plan aku tuh, itu yang aku tak adalah tunjukkan kehappyan sangat nak dapat duit tuh. Lagipun aku nih memang muka selamba jugak kadang-kadang tuh, aku tak nak orang boleh baca hati aku by just looking at my face, aku punya reaction. Masa aku tak ada duit, orang ingat aku ada duit. Masa aku ada duit, orang ingat aku tak ada duit. 

Sepanjang malam aku asyik fikir, apa aku nak buat selanjutnya. Nak berhenti? Bila? Nak teruskan kerja? Sampai bila? Malam tuh Michael bayar gaji aku, dapatlah dua gumpal. Notes dua puluh dollars semuanya. "You don't send back money Malaisia?", dia tanya aku. Walaupun aku rasa bersalah tapi aku tak tipu pun dia. "No", aku kata sambil gelak-gelak. 

Sebelum Michael hantar aku ke rumah Yanti malam tuh, aku cuba-cubalah sakat diaorang. Dia dengan bini dia. Aku kata kat dia, dia percaya ker kat aku? Buatnya aku blah aje, aku terus tak datang dah hari Selasa nanti, sebab aku dah dibayar gaji sampai gaji hari Rabu. Akan rugi lah dia, rugi 3 hari punya duit gaji. Michael gelak-gelak aje, dia geleng-geleng kepala. "I know you, you don't do that", kata dia. Maksud dia, dia tahu yang aku tak akan buat benda-benda gitu. 

Sejuk rasa hati aku mendengarnya. And at the same time aku rasa bersalah sesangat sebab aku memang ada niat, memang dah buat kaw punya plan pun, nak blah dari situ. Bila Michael kata yang dia percaya aku, itu yang aku rasa macam sedih jer. Sebab aku memang ada niat nak berhenti. Dengan bini Michael pun aku tanya the same thing. Aku kata, macamana kalau aku blah aje, terus tak datang dah. Diaorang akan rugi. Then aku gelak. Tercengang sekejap bini Michael. Dia congak-congak agaknya, betul jugak, kalau aku tak datang dah nanti selepas day off aku, dia akan rugi gaji 3 hari. Nak kata pucat tak lah pucat tapi dia terdiam sekejap. Terasa jugak hati aku pasal it shows that yang dia tak percaya aku sesangat. Then dia tanya Michael, in Cantonese. Then diaorang gelak-gelak. Diaorang kata, kalau aku tak datang dah, diaorang akan cari aku. Tak pun, diaorang akan talipun MakCik Jenny, agent kerja di New York tuh. 

So aku blah malam tuh gitu aje lah, aku tinggalkan diaorang dengan tandatanya. Saja lah nak kasi diaorang suspen sikit. Sebenarnya aku pun dah tak tahu apa nak buat. Tak apalah, aku dah dapat gaji, aku ada duit dalam pocket. That's all that matters. 

Kat dalam kereta, aku tanya lagi Michael apa pasal dia nak bayar gaji aku 3 hari sebelum tarikh yang sepatutnya aku dapat gaji. Dalam suka hati aku mendengar dia puji aku, dia percaya aku, semakin aku rasa guilty sangat yang aku memang pun ada plan nak berhenti kerja. Dia kata, cara aku bergurau senda dengan anak-anak dia pun dah buat dia percaya dengan aku. Macamana pun, bila dia kata macam tu tuh, aku jadi serba salah sangat, aku terpaksa teruskan kerja di situ. For a few more days at least. Sampai aku tak ada hutang dengan dia. Sampai hari Rabu. 


Kat rumah Yanti, aku terus bayar dia, untuk bayaran sewa sampai hujung bulan. Senyum Yanti sebab aku memang tahu yang dia perlukan duit, dia tak kerja sekarang nih sebab nak habiskan credit hours dia yang banyak tuh. Lagipun anak dia, Ara, nak balik Indo minggu depan. Aku beritahu dia yang aku ada feelings yang Ara dah tak nak balik ke Amerika sebab dulu dia pernah cakap dengan aku yang kalau ada pilihan, dia lebih suka duduk di Indo saja.

Yanti beritahu yang ada orang, yang kitaorang kenal, Pak Yus namanya, dia nak menyewa di rumah Yanti tuh. Terus aku setuju dia duduk sebilik dengan aku sebab bilik tuh besar. Lagipun, buat masa sekarang aku pun bukannya di rumah Yanti sangat, hanya on my days off aje. Dapatlah kurangkan beban Yanti nanti, dan aku pun adalah jugak kawan. Kitaorang dah lama kenal Pak Yus nih, tak ada ragam sangat orangnya. Cuma dia nih berpacaran dengan perempuan (yang ada laki di Indo) satu tempat kerja dengan dia. Pak Yus pun ada anak bini di Indo. 

Sampai pagi kitaorang sembang, ada aje ceritanya. Resah aku dibuatnya sebab masa tu lah aku nak online, masa tu lah Yanti ajak sembang. Aku layan aje lah but at the same time aku asyik terfikir yang apa kenanya dengan aku nih. 

Yanti, Michaeal, they all need me, diaorang baik dengan aku. Diaorang percaya aku. Memanglah aku suka diaorang semua percaya aku, sebab aku tahu, dan diaorang pun tahu yang they want to "get in bed" with me, because they will get more than just a good night's sleep.