Macam biasalah, rasa malas yang teramat untuk balik semula kerja, setiap Selasa pagi. Tapi terpaksalah aku kuatkan jugak semangat. Aku selalu berperang perasaan, kadang aku rasa ok aje kerja kat deli Michael tuh, kadang aku rasa bosan teramat sangat.
Kalau pagi-pagi tuh, punyalah malas nak turun kerja, kalau masa kerja tuh, tengok jam aje aku kerjanya, lepas tuh bilang, berapa jam lagi akan selesainya "penderitaan" aku. Kononnya lah. Kononnya menderita sangatlah tuh. Orang lain lebih teruk dari aku, lebih berat kerja dari aku. Diaorang selamba aje. Aku? Kerja senang, orang (Michael sama bini dan anak-anak diaorang) suka aku, masih lagi aku nak komplen itu ini. Masih lagi merungut. Masih lagi bosan.
Sampai kadang tuh aku pun tak faham dengan diri aku sendir. Apa lagi yang aku hendak? Aku nak internet connection. Aku nak kerja 8 jam sehari, bukannya 15 jam lebih sehari. Aku nak kerja 5 hari aje, off hari Sabtu dan Ahad, bukannya kerja 6 hari seminggu, off Isnin. Memang jenis tak bersyukur aku nih agaknya. Tak sedar diri tuh Bangla, tak ingat yang diri tuh duduk Amerika cara haram.
Biasanya setiap hari, perancangan, plan aku berubah. Hari ini fikir gini, esoknya fikir lain pulak. Lusanya fikir gini semula. Tulatnya fikir lain pulak. Macamana pun, ada dua benda aje yang aku fikir setiap hari. Yang selalu berada di kepala aku. Samada nak terus bekerja di deli Michael atau samada nak berhenti aje. Itu aje lah yang aku dok fikir siang malam. Kalau di sebelah siang tuh, kalau tension sikit, atau kalau masa tak ada kerja, sambil tunggu customers datang, apa yang aku menungkan itu aje lah.
Rasa nak berhenti aje. Cari kerja lain aje lah. Ituhari aku ada terbaca dalam newspaper Indo yang cater for Indonesians di East Coast nih, ada kerja di satu deli di Philadelphia. Kerjanya 5 hari seminggu, 10 jam jer sehari, dan gajinya dekat nak sama dengan gaji yang aku dapat sekarang. Seciput. Itu yang aku rasa rugi sangat kerja dengan Michael tuh. Rugi masa. Itu yang buat aku rasa nak apply kerja kat situ aje. Cuma masalahnya aku tak ada masa nak talipun tokey deli tuh, sebab aku kerja. Lagipun aku cuti sehari aje, Isnin, masa deli tuh tutup. Lagipun aku belum dapat gaji, buatnya tokey tuh suruh aku kerja the next day?
So aku rasa rugi sesangatlah aku kerja dengan Michael, itu yang buat aku rasa nak berhenti tuh. Then again, selama ini, ramai dah orang yang kerja di situ, semuanya berhenti. Samada berhenti sendiri atau dibuang kerja. Jadi aku pun terfikir, bodoh ker aku nih sebab masih tetap bekerja di situ? Nak kata aku orang kuat semangat, orang yang boleh dipuji sebab boleh bertahan, rasanya tak pulak. Aku dah terfikir, dengan keadaan kerja di situ, orang bodoh macam aku jer yang akan terus kerja di situ.
Tapi bila malam, bila aku naik ke tingkat satu, ke bilik aku, aku rasa ok jugak sebenarnya kerja di tempat Michael tuh. It's not that bad actually. Diaorang percaya kat aku. Percaya sesangat. Tak ada pun diaorang cakap pasal aku, diaorang selalu backing aku kalau ada customers yang kurang ajar. Michael pun selalu kata, "He's my brother", kat customers yang tanya pasal aku. Kitaorang gelak aje lah bila ada customer yang tanya Michael, "But how come he speaks better English than you do?". Walaupun kadangnya aku rasa tak puas hati jugak dengan bini Michael yang selalu ingatkan aku suruh buat itu ini walaupun masa tuh aku tengah buat ini itu, tapi aku tak adalah bengang sangat.
Sebab aku tahu, dia baik jugak orangnya. "We work as a family", dia kata kat aku dulu tuh. Michael pun selalu tepuk-tepuk bahu aku. Kalau aku dah naik ke bilik aku, setiap hari, sure dia akan cakap thanks kat aku. Sampai sekarang even. Itu yang buat aku rasa berat jugak nak meninggalkan keluarga Michael tuh. Aku dah cuba untuk tak lah rapat sangat dengan diaorang sebab aku tak nak termelekat pulak nanti. Itu yang aku kata kat diaorang yang jangan risau pasal makan minum aku, pandailah aku cari apa yang aku nak makan. Dan diaorang pun, bila tengok aku kerja tak banyak cakap, aku buat aje apa yang disuruh, dan aku pun pandai layan customers, itu yang diaorang suka tuh. Selalu diaorang comparekan aku dengan orang-orang yang kerja sebelum aku. Yang berhenti, yang dipecat. Dan Michael selalu kata yang kalau boleh dia nak aku kerja lama di situ. Cuma masalahnya dia tak tahu apa masalah aku. Tak ada internet connection.