Thursday, September 27, 2012

Tomorrow Never Dies


Lain rasanya bila ada duit di pocket dengan bila masa tak ada duit. Bila ada duit, aku lah orang nya. Rasa semacam jer. Itu yang pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun malam sebelumnya tidur lepas Subuh. Aku kalau hari off gitu lah, tidur tak pernahnya cukup. 

My first destination, SprintPCCs. Bayar bill talipun yang dah dekat seminggu dipotong. Lepas tuh aku mengopi kejap sambil baca paper kat Dunkin' Donut. Then teruslah aku merayap pergi Love Park. Sejuk pulak tuh so aku merayap lagi ke Free Library di Benjamin Franklin Parkway. Suka sangat aku lepak kat library tuh, tak sedar aje dah dekat 3 jam aku menghabiskan masa di situ. 

Bila dah lapar, bateri laptop pun dah habis, aku terus ke Kinko's di Marriott Hotel. Itu lagi satu tempat lepak yang aku suka, sambil mengecharge batteri, sambil baca paper, sambil surf. Then aku jalan ke arah Chinatown, memang tak ada niat nak makan minum apa pun tapi bila aku terlalu depan Banana Leaf Restaurant, restoran Malaysia yang baru bukak tuh, aku terus termasuk situ. Dalam pukul 3 memang lah tak ada orang sangat pun. 

Tokey dia yang layan aku, lama jugaklah aku sembang dengan dia baru lah aku order nasi goreng belacan. "Lu punya Malayu ada sikit campur-campur", dia kata gitu sebab aku campurkan English, Malay dan Indonesian. Kekok aku nak cakap dengan orang Cina Malaysia. Dia beritahu aku yang di Philadelphia ada tiga empat ratus Malaysians, Melayu adalah dalam  seseratus orang. Macam susah nak percaya aje pasal aku belum pernah jumpa Melayu pun. Aku tahu memang ada Malaysians (Melayu) sesepuluh orang paling ramai kot, sebab di Philadelphia memang banyak univeristy. Drexel, UPenn, Temple, USP. Itu belum kira universities yang kat luar sikit dari Phila, Arcadia U, West Chester U, Rutgers U (New Jersey). Ada lebih dari 10 semuanya kot di persekitaran Philadelphia tuh. Tokey tuh mintak nombor talipun aku sebab dia kata dia nak kasi kat Melayu yang dia jumpa nanti, yang selalu datang makan kat restoran tuh. Aku tak kasi pun, aku kata lah yang aku akan selalu datang makan d situ, sure akan jumpa Melayu nanti. 

Dah nak malam baru aku balik semula ke rumah Yanti. Punyalah baik Yanti dengan aku, ajak makan, ajak tengok tv, sembang pun bukan main lagi. Pagi esoknya pun aku dibangun tidur. Biasanya tak pernah buat gitu. Selama aku di rumah dia, kat bilik yang aku duduk tuh tak ada lampu, baru semalamnya lah dia kasik satu table lamp. Agaknya dia suka sebab aku dah buat keputusan untuk menyewa di situ, dan Pak Yus pun akan menyewa di situ jugak. 

----------------------------------------

Tak ada lah rasa`malas sangat aku nak balik semula ke tempat Michael, that Tuesdy morning. Aku dah buat keputusan untuk tidak akan berhenti. Aku nak cuba kerja lagi sebulan lah. I have to sebenarnya. Duit belum cukup, I'm not at all prepared untuk berhenti. 

Nasib baiklah dua tiga hari sebelum tuh aku kuatkan semangat aku, aku decide untuk teruskan kerja at least lagi sebulan. Lebih lama aku dapat bertahan kerja di situ, mungkin lebih elok agaknya. 

Tapi bila sampai aje di deli Michael tuh, lain pulak rasanya. Aku tak boleh imagine yang aku akan terpaksa buat the same things, again and again. For the next 4 weeks. Itulah susahnya kalau gaji sebulan sekali, kalau nak berhenti tuh kena tunggu sebulan, tunggu bila dapat gaji. Aku cuba tak layan sangat perasaan aku, aku cuba tenangkan fikiran aku dengan tak memikirkan sangat pasal kerja. Tapi, semakin aku tak layan perasaan aku, semakin aku rasa tertekan. Damn, for the next 4 weeks at least, aku akan bekerja hampir 16 jam sehari, 6 hari seminggu. 

Lepas kerja, tak ada internet pulak tuh, dan kalau aku nak online, terpaksalah aku keluar ke Philadephia, terkejar-kejarlah aku ke Love Park, atau ke Kinko's di Marriott Hotel. Tak sangup rasanya. Rasa menyesal pulak yang timbul, apa pasal aku tak tawakkal aje, berhenti aje kerja masa dapat gaji dulu tuh. Ini, dah terpaksa aku tunggu lagi sebulan. 

Keadaan tempat kerja macam biasa aje, Michael sama bini dia dah anggap aku orang kanan diaorang dah. Selamba aje aku handle semua tuh, memasak, jaga cash register. Semuanyalah. Diaorang tak ada pun macam tak percaya kat aku, especially pasal duit. Pernah a few times aku nak uji diaorang, aku tukar duit (dari poket aku), aku beli barang, aku ambil itu ini. Aku bayar. Tapi diaorang buat selamba aje, tak adalah jeling sana-sini. Pendek kata, diaorang berani lepaskan aku kerja sorang-sorang.

Kebanyakan customers yang datang kat deli tuh, semuanya orang-orang di kawasan tuh, memanglah muka-muka yang sama yang datang beli barang, melepak di deli tuh. Aku pun macam dah tahu dah perangai masing-masing. Senak rasanya kadang tuh melayan karenah orang hitam nih. Orang hitam yang tak berpendidikan pulak tuh. Jenis-jenis yang macam dalam Jerry Springer Show gitu tuh. Yang tak ada adab. Tak ada sopan.

Pernah sekali, ada this one perempuan yang memang terkenal banyak songehnya, datang untuk beli air dan rokok. Aku masa tuh belum faham sangat apa minuman yang dia selalu order, nak berapa keping napkins. Things like that. So bila aku tersalah kasi napkins kat dia, mengamuklah. "Where's that old guy, I don't like this guy", dia tanya bini Michael, sambil tunjuk arah aku. "He left", kata bini Michael. "Get a new guy, I don't like this guy", dia kata lagi sambil mencebik arah aku. "I don't like you either", aku kata gitu. Masa tuh aku dah marah. Memanglah dia pantang dimarah so macam-macamlah dia kutuk aku depan orang. "You are not the only customer here, so get the fuck out of here!", aku kata gitu, terus aku buat kerja lain. 

Then dalam aku tengah marah tuh, aku kata kat Michael sama bini dia yang kalau perempuan tuh buat hal sekali lagi nanti (she comes almost every day), aku berhenti kerja aje lah. Michael gelak kat aku, dia kata perempuan tu memang gitu perangainya, dia kata jangan dilayan sangat, jangan dilawan pun cakap dia. Jangan ambil hati sangat. 

Tapi dalam ramai-ramai yang selalu bertenggek kat deli tuh, ada jugaklah yang jadi baik dengan aku. Bubu, pelacur tuh, dengan satu bapak ayam dia nih (pelanggan tetap dia, Franky). Dan geng-geng Bubu. Diaorang baik dengan aku. Walaupun Michael sama bini dia tak kasi aku buat baik dengan diaorang tuh tapi aku layan diaorang macam biasa jer. Diaorang tuh tak adalah buruk sangat perangainya, memanglah kalau dilihat sepintas lalu, nampak macam jijik sangat diaorang tuh. Tapi kalau diajak bersembang, kalau nak jadi teman berborak, dengan diaorang tuh kira ok jugak. 

So aku selalu jugaklah sembang-sembang, buat-buat lawak dengan diaorang. Diaorang tak suka bini Michael sebenarnya, dengan Michael pun diaorang tak berapa suka. So kalau diaorang datang nak beli apa-apa, diaorang akan tunggu sampai aku free, tak ada customers lain, barulah diaorang order makanan. Kalau bini Michael yang nak sediakan makanan, diaorang selamba aje kata, "Na ah, I want him to cook my food, not you!. Aku tak tahulah apa bezanya tapi bagi aku, kalau setakat burger, cheesesteak tuh, siapa-siapa masak pun sama aje. Mungkin sebab aku taruk bahan-bahan dia banyak kot, itu yang buat diaorang selalu suruh aku masakkan untuk diaorang tuh. Kalau bini Michael yang masak, mayonaisse taruk secalit, cheese taruk sekeping, fries dikasi sikit. Kalau aku yang masak? Mayonaise sesudu, cheese dua keping, fries aku taruk banyak. Itu yang buat diaorang selalu suruh aku yang masak kan. 

Bengkek jer bini Michael kalau geng-geng tuh datang beli makanan/minuman di deli tuh sebab diaorang tuh asyik bergaduh jer memanjang. Tapi kalau dengan aku, siap kenyit-kenyit mata lagi, aku layan macam orang lain aje. Macam talam dua muka aku ni kan? 

-----------------------

So itulah macam yang aku cakap, geng-geng yang selalu bertenggek kat deli Michael tuh, tak lah semuanya tak ok. Ada yang ok nya. Ada yang baik. Yang selalu sembang-sembang dengan aku. Memang aku nak kan kawan buat bersembang, so aku tak kira lah siapa, pelacur ker, penjual dadah ker. Masa diaorang baik tuh, memang baik. Tapi masa diaorang buat perangai, kena lari jauh-jauh. 

Macam Bubu ituhari. Masa tuh dah tengah malam dah, aku tengah buang sampah, dah nak tutup pintu deli tuh, dah siap manggakan mana yang patut. Dia bengang agaknya pasal tak ada orang layan dia, walaupun dah puas dia seharian ke hulu ke hilir, so macam mengamuklah dia malam tuh. So bila ada aje kereta dan orang yang lalu lalang, dia selak baju dia, entah apalah yang dia jeritkan kat orang yang lalu lalang. Aku gelakkan ajelah, sambil-sambil buat kerja. 

Lepas tuh bila ramai orang berkumpul, mula lah dia tunjukkan tetek dia. Di keluarkan kedua-duanya, di picit-picit lagih. Bulat jer tetek dia. Memang aku akui, dalam ramai-ramai yang aku pernah tengok di kawasan tuh, Bubu sorang ajelah yang kurus, yang badan dia solid. Yang lain tuh, rebeh di sana rebeh di sini. So Bubu dengan konfidennya tunjukkan tetek dia tuh pada semua orang. "Have you tried black pussy, man?", tanya one of the guys kat aku. "Na ah", aku geleng kepala, terus aku masuk semula ke deli tuh. 

Infact hari tuh bukan sekali itu aje aku tertengok tetek orang. Siangnya dah sekali. Entahlah, musim-musim panas gini, diaorang rimas agaknya. Siang tuh masa aku tengah sibuk melayan customers, ada this one semi-drunk perempuan yang datang nak beli rokok. Sebab aku yang jaga cash register dan Michael yang di bahagian ambil barang untuk dikasi kat customers, so aku tak adalah perhatikan sangat gelagat orang. Tambah pulak ada cermin counter, yang menghadang. So aku biasa ajelah, bila ada orang hulur duit, aku ambil aje, then aku kasi duit tukar. 

Tapi sekali tuh, aku tengok Michael gelak, sambil pandang aku. Then dia geleng kepala. So aku tundukkan kan sikit kepala aku, aku nak tengok customer yang Michael tengah layan tuh. Counter tuh paras dada aje dengan kebanyakan orang, aku sama Michael agak tinggi sikit sebab kitaorang berdiri atas platform. Terkejut jugak aku bila aku tengok. Ada selambak (dua lambak?) tetek kat atas counter tuh. Aku tak gelak pun, aku pelik, aku tanya Michael apa pasal perempuan tuh tunjukkan tetek dia. Michael kata yang perempuan tuh tak cukup duit dalam a few cents so dia what if dia tunjukkan tetek dia, will Michael let her go. "Touch it! Touch it!", kata Michael kat aku. Ish, tak nak lah aku, macam betik yang jatuh ke tanah aje rupanya. 

Tapi dalam banyak-banyak cerita lucu tuh, memang tak boleh lawan cerita Bubu bogel kat depan customers. Biasalah kalau dah tengah malam, kebanyakan diaorang either mabuk atau high (diaorang jual weeds,cocaine terang-terangan). Satu hari tuh, Bubu high agaknya malam tu tuh. Masa dia makan tuh aku dah tengok yang dia macam tak betul aje, happy semacam aje. 

Tiba-tiba dia bangun, dia meloncat-loncat. Sambil gelak-gelak. Sambil cakap kuat-kuat. Michael jadi bengang dibuatnya. So dia jerit kat Franky suruh Bubu diam. Bubu memang jenis muka tak makan saman. Diejek-ejeknya Michael, diketuk-ketuknya cermin counter, digoyang-goyangnya kerusi meja yang ada. Kebetulan pulak bila dah tengah malam begitu memang ramai orang yang datang, biasanya nak beli air, rokok, condom. Benda-benda gitu lah. Aku terus ajelah layan orang, Michael bertempik sakan suruh Bubu duduk diam. Aku tak ada lah rasa panik, takut ker apa ker sebab aku tahu Bubu kalau dah high, kalau dah drunk, dia buat apa aje. 

So tak heran lah bila Michael marah kat dia, dia lawan balik. Dibukaknya seluar, tinggal seluar dalam aje. "Macam underwear lelaki", kata aku dalam hati. Memang pun, dah lah kaler hitam, tak ada ropol-ropol pun, sebijik macam underwear orang lelaki. Customers lain mulalah bersorak. Bubu apa lagi, ditanggalkan nya that last piece of thing yang menutup anu dia tuh. Telanjang bulat. Hitam legam. Tak nampak apa. Aku cuba-cuba besarkan bijik mata nak tengok, hampeh, tak nampak apa. Semuanya hitam legam yam kelam. Di malam tak berbintam. Yam membuatkan aku hampir pitam.

Lepas tuh dia tonggekan bontot dia arah Michael, dia tepuk-tepuk bontot dia sambil kata, "Kiss my black ass, Mike!. Kiss my black ass!". Aku nak gelak pun tak sampai hati sebab masa tuh Michael punyalah marah nya. By that time Franky pun dah blah entah pergi ke mana. Ada lah dalam sesepuluh minit Bubu buat free show, ada aje orang datang, dia wiggle kan bontot dia. Walaupun hitam tak nampak apa, terralit jugak aku, tapi aku curi-curi jeling jugaklah. First time tengok live benda-benda gitu kan? Tengok porn rasanya puas dah. Eh, dak lah, dah lama tak tengok porn lah.Akhirnya bila Michael buat pura-pura nak talipun polis, baru lah Bubu blah. 

Sebut pasal polis, minggu dulu pun ada sekali polis datang. Salahnya sebab bini Michael jugak. Ada satu perempuan tuh yang Michael sama bini dia tak suka, (sebab selalu jual drug kat depan deli diaorang), perempuan tuh datang nak beli rokok. Dia kasi sekeping note 10 dollars. Bini Michael mati-mati kata perempuan tuh kasi lima dollars punya note. Bertekaklah diaorang. Perempuan tuh, sebab dia konfiden sangat dia betul, apa lagi. Dia mengamuk, di tonggang terbalikkan kerusi meja. Then Michael talipun polis. Masa tunggu polis datang, Michael rewind kan tape, sebab nak tengok footage yang diaorang rekodkan. Tak claer tapi bila dimainkan berkali-keli, dislowkan, kitaorang dapat agak yang perempuan tuh memang kasi note sepuluh dollar pun. Bini Michael aje yang jenis tak percaya orang. 

Bila polis datang (masa tuh perempuan tuh dah blah), mulalah diaorang buat cerita yang bukan-bukan. Aku sebenarnya suka kalau Michael, especially bini dia, gaduh dengan customers. Dengan yang selalu datang lepak kat deli tuh. Rasa puas hati aku. Sebab biasanya, memang salah bini Michael pun. Tak percaya orang.