Thursday, September 27, 2012

No End And No Beginning


08042006

Rasa tak bebas pulak duduk kat rumah Yanti tuh sebenarnya sebab Will suami dia tuh senyap sangat orangnya, dia selalu ada di rumah. Dia kerja 4 days a week macam Yanti jugak, cuma berlainan hari. Kebetulan weekends dia tak kerja, so dia dok melepak kat rumah aje kerjanya, sambil main games, tengok tv. Itu ajelah kerjanya sepanjang hari. Tak keluar ke mana-mana. 

Yanti ada beritahu aku yang Will dah berhenti minum arak pasal dia selalu sakit-sakit, kakinya bengkak-bengkak, jalan pun terhencut-hencut. So sebab rasa tak sedap jer di rumah, pagi-pagi lagi aku dah keluar, Jumaat tuh. Pergi breakfast kat Dunkin Donut. Sesekali dua aku talipun Michael, my new boss , tapi tak ada jawap. Awal sangat kot, so aku tunggu sampai 12 lebih baru aku call semula. Dia kasi address dia, so aku janji nak jumpa dia dalam pukul 2 gitu, sebab aku nak pergi Sembahyang Jumaat. 

Mengerikan jugak naik trolley/subway arah ke kedai Michael tuh sebab semua penumpangnya orang hitam. Bersesak-sesak. Aku sorang jer bukan gagak. Memang aku dah agak yang kedai dia tuh di kawasan orang hitam. Lama jugaklah aku tunggu Michael kat kedai dia tuh, dia keluar pergi beli barang. Bini dia tanya aku sikit-sikit, kira oklah English bini dia tuh. First time tengok, memang sunyi sepi jer kedai tuh. Yang datang beli pun takat beli air tin, beli jajan. Dalam hati aku kata, harus bosan aku nanti kalau tak ada kerja sangat yang nak dibuat.

Bagus gayanya Michael tuh, baik orangnya, dia tanya aku kalau aku suka buat kerja-kerja kat kedai gitu, bersihkan kedai, masak, dan tolong dia laki bini handle semuanya. Dia suruh aku kerja dalam seseminggu dua, kalau aku tak suka dia terpaksa cari orang lain sebagai ganti. Then aku cakaplah yang I need his help untuk jadikan aku suka kerja di situ.

"Wherever you go, you'll be doing the same thing, it's all in your head", aku kata gitu. Basically kerjanya tak lah berat, bersih-bersihkan kedai, susun makanan dan minuman, angkat-angkat barang, masak /goreng makanan, dan akhirnya nanti jaga counter. Cuma waktu kerjanya yang panjang sangat, itu yang buat lemah sikit tuh. Kedai tuh buka dari jam 10 pagi sampai 1 pagi besoknya. Weekends, sampai 2 pagi besoknya. Macamana pun, Michael kata yang waktu kerja aku mulai dari 11-30 pagi sampai 12 tengah malam. Macamana pun aku tahu, walaupun kerjanya 12 jam setengah, aku pastinya akan kerja lebih lama dari itu, sebab takkanlah aku nak blah gitu aje sedangkan kedai masih dibuka. Lagipun aku orang baru, aku kena tunjukkan yang aku nih boleh buat apa yang disuruh. Aku kena dapatkan kepercayaan diaorang. Kalau diaorang dah percaya nanti, senanglah sikit kerja aku. 

Then Michael tanya aku macamana dengan tempat tinggal, aku nak berulang alik pergi kerja atau aku nak tinggal di situ. Dia tak berapa setuju kalau aku berulang alik pergi kerja, sebab kawasan tuh kawasan orang hitam, memang bahaya. Lagipun, aku tahu yang kalau aku berulang alik, aku sure kena blah at 12 midnight sebab trolley/bas terakhir ke Philadelphia pukul 12-10 am. Sure dia tak boleh suruh aku stay up sampai kedai tutup, kan? 

Then aku pura-pura tanya dia kalau-kalau dia ada bilik kosong (aku tahu dia ada bilik kosong, MakCik Jenny dah cakap kat aku), bolehlah aku tidur di situ. So dia tunjukkan aku satu bilik kosong di tingkat atas, kira macam share dengan keluarga dia lah. Sebelah tuh bilik anak dia yang umur 11 tahun, sorang lagi anak dia umur 5 tahun. Aku tengok, simple aje apartment diaorang tuh, tonggang langgang semuanya. Tengok gayanya, kalau tornado, bukan takat bumbung tercabut, foundationnya sekali kot. Buruk sangat rumah kedai tuh. Iyalah, rumah kat kawasan black neighborhood. Black neighborhood yang miskin. Yang tersangatlah miskin. 

So aku setuju untuk tinggal di situ, at least aku dapat save duit dari terpaksa bayar sewa kat rumah Yanti, dapat jimat duit tambang naik subway, dan most importantly, aku dapat jimat waktu. Dah lah aku kerjanya 12 jam lebih, kan? 

Then Michael tanya aku ugama apa, sebab setahu dia orang Islam tak makan babi. Dia ingat tak boleh makan babi aje. Then cepat-cepatlah aku kata yang dia jangan bimbang pasal makan minum aku, aku akan sediakan sendiri, aku akan masak sendiri. Aku akan urus sendiri. Setakat nasi tuh memanglah aku nak diaorang sediakan, lauknya aku goreng telur ker, ikan ker, benda-benda simple gituh. Aku boleh makan roti aje, ataupun fries. Ataupun mee segera. 

Ada dekat 3 jam aku di kedai Michael tuh, dia tunjukkan apa yang harus aku buat, apa yang harus aku belajar dulu. Dia kata dalam masa sebulan baru aku boleh handle semuanya kot, masak/goreng, hafal nama-nama minuman (berpuluh jenis minuman ada dijual, mengalahkan WalMart lagih), dan last sekali nanti, jaga counter. Then Michael suruh aku datang balik Monday, bawak barang apa yang patut.

Dari kedai Michael tuh terus ajelah aku balik ke rumah Yanti and spent the rest of the night online. 

It rained the whole day Saturday tapi aku tetap nak keluar jugak. Bosan aku di rumah aje, dahlah minggu depan terpaksa kerja, lagipun itulah Saturday yang pertama aku tak kerja, dalam masa setahun lebih. Nanti dah kerja, tak akan dapat aku nak menikmati weekends balik semula pasal off aku samada Monday atau Tuesday. Yanti suruh aku belikan dia daun jeruk purut (daun limau purut) kat kedai orang Vietnam so aku redah ajelah hujan yang lebat tuh. Lenjun (eh, lenjun ker lenjan nih?) aku dibuatnya. 

Tak lama sembang dengan Yanti (bosan aku mendengar cerita pasal anak dia Ara yang kerjanya bagus tapi tak pernah ada duit, tak pernah nak kasi Yanti duit), aku pun keluar semula. Aku nak tengok wayang sebenarnya so aku menapak lah ke Ritz 5. Aku tengok Sophie Scholl, kalau tak salah aku filem ini dulu dinominated for Oscar for Best Foreign Language Film. Cerita German, kisah masa zaman Hitler dulu. 

Walaupun hujan masih lebat, aku buat selamba jer menapak ke satu restoran Mexican, a few blocks dari panggung tuh. Tak adalah ramai orang so aku masuk ajelah. Rasanya itu pertama kali aku dine in kat Mexican Restaurant. Bosanlah kalau makan nasi aje siang malam, kan? 

Aku rasa macam tak tenteram jer, rasa macam gelabah jer bila mengingatkan yang Monday aku dah kena kerja balik. Akan sorang-sorang jer aku nanti, macamana aku nak habiskan waktu 12 jam setengah sehari tu nanti? Aku off pun nanti minggu satu lagi. Kecut perut bila difikirkan. Aku tahu fikiran aku tak tenang, I have to do something. Aku sedar yang aku dah lama tak baca Quran. Walaupun aku masih menangguhkan nak baca, aku janji pada diri aku yang aku start kerja nanti, aku dah duduk di sana nanti, aku akan selalu baca Quran. Aku janji tuh. Biar hati aku tenang, biar kepala aku tak fikir benda yang bukan-bukan. Biar aku tahu yang aku nih siapa. Biar aku sedar yang aku nih siapa. Orang lain berlambak lagi yang susahnya dari aku, orang lain berlambak lagi seksanya hidup dari aku, biar aku sadar hakikat tuh. 

Itulah, dulu dah elok-elok ada kawan baik, aku blah, aku berhenti kerja. Sekarang biar aku rasa, hidup terkontang-kanting sendiri. Tak ke mana perginya, tak ada hujung pangkalnya lah. 

Sunday cuaca elok, panas. Pagi-pagi lagi sebelum aku keluar, Yanti dah mintak pinjam duit. Nak bayar apa pun aku tak tahu, dia nak pinjam $50. Aku kasi ajelah. Kira burn aje lah tuh. Tapi sepanjang jalan tadi tuh aku dok fikir jugak, dalam 6 hari aku di rumah dia, dah $200 lebih duit aku kasi kat dia. Mula aku kasi seratus, then duit upah mengurut aku $30, dia pinjam $50, duit yang aku kasi kat Ita, more than 30 dollars semuanya, itupun dia ambil (what Ita told me), so peliklah jugak aku, dia buat apa dengan duit tuh. Macamana kalau aku tak ada, kat siapa dia pinjam duit? 

Entahlah, nasib baik jugak aku tak jadi duduk di rumah dia, walaupun aku tahu bila aku off nanti, aku akan balik ke rumah dia jugak. Sekali seminggu. 

Lepas breakfast kat Chinatown, aku pusing-pusing aje lah, dua tiga rounds aku buat gitu. Last-last jumpa jugak orang yang aku kenal. Sembanglah sekejap. Tengah sembang, jumpa lagi orang Indo lain. Sebab dia nih single, dan tak ada plan lain, aku ajak dia pergi makan. Mulanya nak makan kat Penang tapi ramai orang, melilau sekejap cari satu lagi restoran Malaysia yang baru bukak (nama aje lah Malaysian restaurant) tapi tak jumpa. So dia ajak ke Restoran Indonesia yang tersergam indah kat Chinatown tuh. Aku belum pernah masuk restoran tuh sebab ramai yang kata restoran tuh makanan dia tak sedap, mahal pulak tuh. 

Memang kosong pun restoran tuh masa kitaorang masuk, masa nak keluar tuh barulah ada aku tengok dua orang datang. Tapi dia punya decor kat restoran tuh hebat jugak, memang kelas. Lontongnya mentah, kuah lontongnya masin yang teramat, tapi aku tak komplen sebab kesian kat waiter tuh, dia asyik dok sembang dengan kitaorang jer kerjanya.

Lepas pada tuh terus aku pergi ke main library, aku spent the whole afternoon kat library aje lah. Aku balik ke rumah pun awal jugak, nak kena tulis entry, lagipun nak rileks-rileks lah, esok aku dah start kerja. Nak kemas-kemas barang sesikit, aku nak bawak dua beg kecil aje rasanya, selebihnya tinggalkan kat rumah Yanti nih.