Monday, September 24, 2012

No More Talk Of Darkness


12092005

Dah 8 bulan lebih aku kerja di sini nih, what a record, tak pernah aku kerja di satu tempat selama ini. Paling lama biasanya empat lima bulan aje. Harap-harap aku akan dapat menguatkan semangat untuk stay for another few months, sampai at least hujung tahun.

Aku tak nak fikir macam-macam samada nak stay sini atau nak berhenti, aku nak tengok keadan ajelah sebelum aku decide apa yang nak buat. Aku tahu memanglah agak susah bagi aku yang tak ada legal papers/documents ni nih untuk buat apa-apa, kat internet even. Tapi tak apalah, ada jalannya kot, walaupun susah. Aku dah nampak jalannya, kiranya sekarang nih aku tengah menebas hutan belantara nak buat jalanlah nih. Alon-alon. Orang lain pakai tractor, pakai excavator segala, aku takat menebas pakai parang kontot. Parang yang sumbing. 

Kerja aku pun macam biasa aje, keadaan pun biasa aje, tak ada pressure, tak ada apa yang buat aku tak suka nya. Having said that, tak bermakna aku happy sesangat kerja di sini nih. Biasa aje. Bosan. Itu yang tak tahannya tuh. Yang lain tuh ok jer. 

Hector pun sekarang bukan main lagi beraninya dah bergurau dengan aku, dah takat bergurau sambil sepak-sepak bontot aku. Sampai Pak Tua pun dok gelak-gelak kalau tengok aku bergurau dengan Hector. Aku jer lagi yang tak berani, dan memang aku tak nak pun, bergurau sampai sepak-sepak bontot dia. Aku sedar yang aku kuli aje, dia lainlah, dia boss aku kan? 

Hector pun selalu jer cari peluang nak kutuk aku sebab aku, walaupun jarang kutuk, tapi sekali aku kutuk atau sekali aku kenakan dia, very powerful punya kutuk. Aku gelakkan dia lagi. Iyalah, sesuailah dengan orang yang smart macam aku ni kan? Bini Richard yang sekali sekala datang pun gitu jugak, dia selalu jugak kata yang aku nih fun to work with. Ada aje yang buat dia gelak. 

Tu yang kadang-kdng tuh aku rasa aku nih macam snobbish gitu pasal aku tengok, Nadi, Jason, diaorang macam tak faham jer apa yang aku gelakkan dengan Hector, dengan bini Richard. Yang budak Tibet dua orang tu lagilah tak faham apanya. Mungkin dalam hati diaorang kata, "Eleh budak Malaysia tuh, macam bagus jer, macam lah restoran nih bapak dia yang punya. Kalau bagus sangat, apa pasal kerja jadi counter boy?". 

Tapi gitulah, aku dengan cara aku, diaorang dengan cara diaorang. Macamana pun, even kat rumah, kitaorang hidup rukun dan damai. Tak ada kelahi, tak ada kutuk-mengutuk, tak ada apa pun yang buat sakit hatinya. Kecuali ituhari, bila this new guy tuh, dia off. Dia masuk bilik kitaorang, dia selongkar itu ini. Dia nak cari porn kot pasal Nadi kata, DVD tu terpasang masa dia balik kerja. Sah budak tu tuh tak reti nak off kan DVD tuh. Laptop aku pun dia sentuh pasal bila aku nak on kan, keluar blank screen yang ada message kata laptop nih was not properly shut off. Sah memang dia yang punya angkara pasal dia satu orang aje yang ada kat rumah masa tu tuh. Tapi tak apalah, akan datang aku tak nak biarkan laptop aku nih atas meja gitu aje, memang aku nih jenis yang ambik ringan jer hal-hal harta benda aku. 

Macamana pun, dalam ramai-ramai tuh, satu orang jer yang aku rasa pandang aku macam lain jer. Pernah dia sindir-sindir aku, pernah dia kata aku bodoh. Nadi. Ada betul dan ada yang tak betulnya jugak. Aku diamkan aje. Eleh, orang Indonesia nak menasihati aku, sabar jer lah. Nadi selalu sindir aku sebab aku nih nampak macam boros aje dipandangan mata kasar dia. Memang, aku akui yang aku nih boros kalau dibandingkan dengan yang lain-lain tuh. Diaorang tuh, nak keluarkan sedollar pun berfikir panjang. Last-last tak terkeluar. Memang diaorang tak guna duit langsung, especially budak-budak Tibet tuh. Kalau hari off, tak keluar mana-mana, makan pun ambil makanan kat restoran. Jajan tak pernah beli, apa pun tak pernah beli. 

SiNadi pulak, sama jugak, dia tak pernah beli makanan apa pun, dia makan jer apa yang ada kat restoran tuh. Aku? Selamba jer aku beli air kat Auntie Anne's, tiap-tiap hari. Beli 2 pulak tuh, satu untuk Hector, orang lain tak suka lemon iced-tea. Selalu jugak beli aiskrim kat Baskin Robbins tuh, bukan, bukan nak pergi cari budak Melayu yang kerja di situ tuh, dia pun dah berhenti agaknya pasal dah lama sangat dah tak nampak dia, dia dah masuk college kot. Dua kali seminggu, aku surenya akan makan kat luar, beli benda-benda kat kedai sebelah restoran tuh.

Itu aku tak anggap macam keluar duit pun, aku keluar duit masa hari off, masa aku ke WalMart, ke Circuit City, atau masa pergi tengok wayang. Ada aje benda yang aku sembatnya. Nadi, kalau dia keluar, dia naik bas, shopping pun kat Dollar Store, beli mee ramen, canned foods, benda-benda gitu. Kalau dia belanja sampai $20 on his day off, sampai dua tiga harilah dia akan menyesal sebab banyak keluar duit. Aku senyum dalam hati ajelah pasal aku kalau keluar, $20 tuh untuk tambang teksi jer. Belum makan, belum lagi beli itu ini, belum lagi beli benda-benda yang nak ditaruk dalam fridge lepas tu tak dimakan (atau kalau dimakan pun, bila benda tuh dah expired) lepas tu dibuang. 

Itulah Nadi selalu sindir aku, walaupun aku tak pernah tanya, dia selalu kata, "Ngapain aku naik teksi, bodoh aja. Kalau aku naik bis, tambangnya sedollar lebih ja, naik teksi pergi balik udah $20. Aku ke Amerika mahu cari uang, bukannya mau liburan".

Tapi masa Bayou ada di sini dulu, dia pun macam aku jugak, naik teksi jugak. Sebab lebih cepat, cepat pergi dan cepat balik, sebab kitaorang nak berinternet kan? Kalau nak naik bas, dahlah kena menapak ke tempat tunggu bas, sejauh 30 mins perjalanan, nak tunggu bas lagi, macam-macamlah. Satu hari habis masa nak tunggu bas aje. 

Lagi satu, Nadi selalu jugak tanya aku, "Kenapa kamu nggak jadi waiter aja, koq Inggeris kamu mantep? Kalau aku jadi kamu, pasti aku cari restoran lain". 

Aku diam kan ajelah, memang aku dah ada fikir pun sejak dulu lagi. Tapi itulah kan, ada baik buruknya jugak. 

"Kalau kaki aku udah nggak sakit nanti, aku pun mahu cari kerjaan waiter, bisa cepat ngumpulin uang", kata dia. "Orang yang kerja jadi counter boy di sini, pasti ada kekurangannya, kerna itu nggak mahu cari kerjaan lain", kata Nadi lagi. 

Nadi kaki dia sakit, accident masa kali pertama kerja di Amerika dulu tuh, masa kerja jadi waiter, dia tamak, dia pergi buat delivery jugak, naik basikal aje. Lepas tuh, pasal nak cepat, dia pakai tibai aje, itu yang kena sondol dek orang Spanish yang blah gitu aje. Tiga empat bulan dia balik Indo, dia datang semula, dia kata nak cari duit takat $50,000 sebelum dia balik. 

Yang lawaknya dia nih, bini dia Islam, Jawa tapi dia Cina Kristian. Bini dia tak percaya pun yang dia nih dah di Amerika balik semula, bini dia ingat dia masih somewhere in Indonesia, walaupun dia ada jugak talipun sekali sekala, bini dia tetap tak percaya, bini dia suruh dia hantar snail mail baru dia nak percaya. 


----------------------------------

Memang aku tak suka kerja hari Isnin, tak ada siapa pun yang suka nya kerja hari Isnin. Walaupun semalam aku kerja, walaupun aku tak patut rasa apa-apa pun sebab aku kerja weekends, tapi aku tetap tak suka kerja Mondays.

Biasanya Nadi yang off harini nih, tapi sebab dia ada hal sikit, aku dengan senang hati cuba menawarkan diri untuk gantikan off day dia. So istead of Thursday, aku off harini nih. Nadi nak pergi bank hari esok, dia nak kirim duit ke Indo, so itu yang aku cuti tuh.

Semalam dia pinjam duit seribu dari aku, itu aje lah duit yang aku ada, sebab nak hantar kat family dia. Jeles betul aku kat dia nih, baru 3 bulan kerja, dah boleh hantar $6000 ke Indonesia, dekat 57 juta Rupiah tu tuh.

Yang peliknya, dia nak hantar bini dia seribu setengah jer, selebihnya dia hantar kat parents dia, masukkan dalam account dia. Dia ada cerita dengan aku yang dia hantar bini dia tiga ribu dollars jer setahun, setiap 6 bulan sekali. Dua kali setahun. Cukup duit sebanyak itu untuk bini sama anak dia.  Bini dia, macam yang aku cakap dulu, masih tak percaya yang Nadi berada di Amerika, dia ingatkan Nadi masih di Indo, somewhere di Indo. Macam-macam diaorang nih, orang Indo nih.

That aside, tapi memang aku jeles habis dengan Nadi yang cepat dapat kumpul duit. Aku dah 8 bulan dah kerja kat sini nih, entah ke mana-mana duit aku perginya. Habuk pun tarak. Puas dah aku fikir-fikir, ke mana perginya hasil titik peluh aku selama ini. True, memang aku ada sesikit duit, tapi itu on paper jer, duit tuh aku buat modal projek aku nih. On paper memanglah ada untungnya, dan aku pun macam tamak jugak nih mengerolloverkan profits yang aku dapat.

Tapi, aku nih memang berfikiran kampung. Duit aku, aku nak ada kat tangan aku, atau kat dalam pockets aku, kat bawah bantal, or at least, kalau banyak sangat tuh, kat dalam gumpalan-gumpalan underwear yang aku taruk dalam beg. Kalau tak pun, kat dalam bank. Tapi itulah, even habuk-habuk duit kat bank, aku dah sedut sikit-sikit, dah banyak kali dah aku sedut tuh, dah sikit dah tinggalnya sikit-sikit aku tuh.

Itulah payahnya kalau buat transactions kat internet nih, macam main congkak jer. Ambik dari sini, masukkan ke dalam sana, ambik dari lubang sana, masukkan dalam lubang sini.

Macamana pun, aku tak kisah sangatlah dengan projek aku nih, kalau aku tak cuba, mana aku tahu kan? Bosan jugak kalau asyik dok kerja je, tak ada benda yang nak difikirkan sangat. Kalau takat kerja dan fikir duit gaji boleh disimpan bulan-bulan, itu taklah susah sangat nak difikir kan?

Kadang tuh kat tempat kerja, tengah-tengah kasi sample makanan kat orang, aku rasa bersemangat jer, aku boleh senyum sendiri pulak tuh. Dalam hati aku kata, "tak apalah aku macam gini nih, bukannya lama. Aku tengah mengorak langkah nih, nanti, suatu masa nanti, akan ada orang terkejar-kejar nak ikut aku". See, Mat Jenin Bangla nih tak nak panjat pokok nyor lah, takut jatuh. Mat Jenin Bangla nih nak berlari jer, selamat sikit, kan?

Selalu jugak aku kata kat Nadi, masa kasi sample makanan kat orang yang lalu lalang kat food court tempat aku kerja tuh, aku kata, "Kita nih persis lonteh (pelacur) lagih, lonteh nggak sebegini. Ada tamu lewat (ada orang lalu lalang), disapain (ditegur), Hi Sir, Hi Ma'am. Lonteh nggak sebegini sih". Nadi gelak jer. "Nggak apa-apa sih, kita susah untuk sementara aja", biasanya itulah jawapan Nadi.

Aku pun gitulah, aku, selain dari kerja, kalau boleh aku nak lah gunakan otak aku, kesmartan aku, untuk cuba buat duit dengan cara lain. At least untuk lebih terrer dari Nadi, walaupun sekarang nih aku memang lah tak boleh lawan dia kalau bab-bab kumpul duit nih. Tapi tak tahulah, kalau on paper, aku punya income dah jauh lebih dari dia. On paper lah kan. Itu yang buat aku rasa macam nak berhenti sekejap buat projek aku nih, keluarkan duit profits tuh, genggam betul-betul, cium ker duit tuh, kemudian buat balik semula.

At least aku taklah rasa macam bodoh sangat kan, especially bila Nadi perli aku yang dia tengok, macam orang bodoh jer, yang tak ada gaya macam nak kumpul duit pun. Yang macam aku suka sangat hidup sebagai Bangla kat Amerika nih, tinggal dan kerja secara haram.

------------------------------------
Lepas Zohor baru aku keluar tadi tuh, the moment aku keluar jer, aku rasa mengantuk sangat pasal cuaca panas gini memang buat mengantuk jadinya. Nasib baik budak Tibet yang lama tuh tak ikut aku, dia pun off jugak. Ituhari, 3 minggu lepas, masa aku off, aku ajak yang sorang lagi tuh ke WalMart, punyalah seksanya sebab dia tak reti English, kampung pun satu hal jugak. Akulah yang akhirnya kena tanggung makan minum, tambang teksi semuanya, dia buat dak jer.

Dah dua minggu aku tak ke mana-mana pun on my day off so itu yang harini aku keluar tuh, menikmati hari-hari terakhir cuaca panas. Tak lama lagi dah nak sejuk balik nanti.

Biasanya wayang ada main every hour, tapi sebab sekarang ni lepas cuti Labor Day, lepas dah tak ada sales ker apa ker, mall tuh sunyi jer, tak ramai orang. So, wayang pun main every 2 hours. Sementara menunggu wayang pukul 4, aku pergi cari makanan dulu. Aku lalu ajelah kat food court tu tuh, dari jauh lagi counter boys sama counter girls yang kat dua restoran Cina tuh panggil, berteriak-teriak. Aku buat tak pandang jer lah, nak tergelak rasanya. Mengalahkan lonteh lagi diaorang tuh.

Aku makan kat Texas Bar-B-Q Factory, restoran baru, yang kerja situ semuanya Spanish-looking guys. Makan nasi goreng, sayur string beans, mashed potato, grilled salmon. Boleh tahan lah masakan diaorang, walaupun sayur kacang panjang tuh macam bland jer, takat taruk bawang lepas tu direbus. Tak ada seni masak sayur langsung Mat Salleh nih, itu yang rasa macam makan ulam kacang panjang jer tuh. Tak apalah, balik Malaysia nanti, aku nak hirup kuah sayur kacang panjang.

Masa aku tengah makan tuh, adalah this perempuan Spanish yang tengah menyapu-nyapu di ruang makan tuh. Aku duduk pun kat meja ceruk sekali, kat tempat banyak trash bins, kat tepi tiang. Minah nih sibuklah menyapu lantai, mengelap meja, so bila dia tengok meja aku tuh macam kotor jer, terus dia lap sana sini. Tercuitlah tray aku, masa aku nak alihkan tray tuh, walaupun beberapa kali aku kata dengan dia yang tak payahlah bersihkan meja aku tuh, bukannya kotor, terjatuhlah tissue paper. Berkali-kali dia mintak maaf dengan aku, bila aku nak bangun nak pergi ambil tissue paper yang lain, dia yang berlari-lari dahului aku, pergi ambil.

Sedih pulak aku menengoknya, dia tak tahu yang aku nih Bangla jer, dia tuh walaupun kerjanya sama taraf dengan aku, at least dia legal, ada papers semuanya, sebab tu boleh kerja yang macam tuh. Tak tahulah macamana agaknya kalau dia tahu yang aku nih orang gelap.

Lepas tuh, untuk buang masa, aku lepak-lepak ajelah sambil masuk kedai buku, kedai komputer. Aku masuk kedai jam, nasib baik tokey kedai tuh tak nampak aku so dia tak tanya apa pun. Aku tahu, kalau aku terbercakap dengan tokey kedai, sure aku akan terbeli barang. Tak apalah, sejak aku membanglakan diri nih, jam bukanlah benda yang penting buat aku. Dah berapa tahun aku tak pakai jam, selamba jer.

Dulu waktu aku jadi waiter, memang aku pakai jam sebab tangan kena kasi lawa, aku pakai jam sepuluh dollars yang beli kat Chinatown, jam yang langsung tak boleh kena air. Sebab tuh muka jam tu aku halakan arah ke bawah, orang tak nampak.

Sekarang nih tak payah pakai jam lah, it's either tak pakai jam atau aku nak jam yang mahal. Masa kat Malaysia dulu, aku pernah pakai jam Pierre Balmain yang harga seribu lebih tuh. Entah ke mana dah perginya jam tuh, rosak itu hari tuh, susah nak cari tempat repair sebab jam tu jam mahal kononnya. Terus hilang gitu jer.

Then aku tertengok stall yang ada jual macam-macam cards,buku-buku, calendar, berbagailah. Aku terbeli calendar-note belajar Bahasa Spanish, yang setiap hari ada one sentence in Spanish, yang perlu dihafal. Bagus tuh sebab aku punya Spanish entah apa-apa dah, rasa bengang jer kalau masa kerja, orang tak percaya aku tak reti cakap Spanish, sebab diaorang ingat aku dari South America. Walaupun aku layan orang yang datang makan tuh mostly in Spanish (kalau tetamu tu orang Spanish lah) tapi aku guna a few words jer, tak reti buat one whole sentence. Aku sebenarnya betul-betul bercadang nak belajar Spanish, kalau boleh nak sampai fluent. Mana tahu kan, entah-entah suatu masa nanti aku boleh menyamar jadi orang Spanish kan? Bagus tuh sebab kat Amerika nih, networks diaorang nih bagus sangat, senang jer nak melegalkan diri. Mana tahu suatu masa nanti, bila aku dah tak ada jalan lain, aku terpaksa menyamar jadi Mexican kan? Ala, yang ketua Al-Qaeda South East Asia orang Malaysia tu dulu tu tuh masuk Malaysia pun guna passport Mexico kan?

Aku tengok show pukul 4, cerita Constant Gardener tuh (Ralph Fiennes, Rachel Weischz). Boleh tahanlah filemnya, berat jugak jalan ceritanya, aku tertidur at the end of the film, bukan pasal filem tu boring tapi sebab aku mengantuk, tidur kat dalam panggung wayang memang seronok. Tambah-tambah ada 6 orang jer yang sama tengok filem tu tuh.

Balik rumah pun dah nak habis Asar, aku buatlah apa-apa yang patut, rasa ngantuk jugak ni nih, nak tidur awal sikitlah rasanya ni nih. Sabar jer lah, esok baru Selasa, lama lagilah baru off balik.