Saturday, September 29, 2012

Dream A Little Dream


27092006

Hari Selasa aku dah mula nak cuba cari kalau-kalau ada kerja di Philadelphia so aku talipun a few restaurants/kedai yang ada pasang iklan di paper Indo. Semuanya dah tak ada kekosongan, ada jugak yang kata akan contact aku balik tapi tak ada berita apa dah lepas tuh. Aku ke Chinatown jugak, ada dua kedai yang taruks ads kat display window diaorang tapi dua-duanya nak kan Chinese-speaking person. 

So aku melepak kat library aje lah, tak adalah aku risau sangat yang aku masih tak kerja, sebenarnya sebab masih baru, lagipun aku dah bayar duit kat MakCik Jenny, kalau terdesak sangat nanti, sampai end of the week pun masih tak ada berita, aku akan terima ajelah kerja di fast food di mana-mana pun. Masa aku ke sana dulu tuh aku ada tengok yang ada a few Chinese restaurants yang nak kan counter person. Di Massachusets, di Pennsylvania, di DC. 

Dah nak malam baru aku balik ke rumah Yanti, singgah sekejap kat one of the Indonesian stores. Beli lauk terung sama ikan balado (berlada kot?). Masa nak bayar tuh aku tengok ada satu iklan nih. 

Lowongan Kerja: Dibutuhkan segera pria/wanita untuk kerja fast food live-in. Bisa sedikit Inggeris. $/jam 7 hari kerja (minimal 40 jam/minggu) Hub. 000-000-0000 

So sambil jalan balik ke rumah Yanti tuh aku cuba-cuba talipun. Dengar ceritanya kerja fast food kepunyaan orang Itali. Dekat Atlantic City. Yang perempuan yang jawab talipun tu kata kemungkinan perginya hari Sabtu atau hari Ahad. Elok benarlah tuh, aku memang plan kalau boleh nak rileks sampai hujung minggu. Dasar orang malas! So bila awek tuh tanya, "Bapak berminat?", teruslah aku kata aku nak. 

Cuma satu jer yang aku rasa tak sedapnya. Mintak-mintak bukanlah di tengah-tengah Atlantic City, iyalah kan, aku rasa tak seronok aje sebab Atlantic City tuh kan ker kota perjudian? Las Vegas Of The East? Walaupun aku cuba sedapkan hati aku, aku fikir yang kat Atlantic City lah salah satu bandar yang elok pasal ada masjid (besar pulak tuh) kat agak tengah bandar, tapi aku rasa itu macam tak valid jer reasoning aku tuh. Nasib baiklah restoran tuh bukan di tengah-tengah bandar. 

Dan tengah aku sedap-sedap online tiba-tiba laptop aku padam. Gelap gitu aje. Macam dulu tuh. Semenjak dua menjak nih jantung aku selalu sangat bagai dirembat. Penyakit apa lagi laptop aku nih? Ada bunyi tapi tak ada gambar kat screen. Aku boleh dengar dengan jelas yang laptop aku masih bernafas, masih bercahaya sana sini. Cuma screennya blank.

So tak berinternetlah aku malam tuh, sabar ajelah, pukul 8-30, lepas Isyak, aku dah tidur dah. Dan bila terbangun malam, aku cuba jugak on kan laptop, manalah tahu kan? Cinta hampa rupanya. Aku teringat rasa nak talipun aje mamat yang kononnya repair laptop aku masa kat Pittsburgh tuh. Rasa nak maki-maki aje kat dia. Tapi, bila difikir balik, dia dulu gantikan powerboard yang rosak. Powerboard tuh rosak pasal aku asyik tekan on/off button masa screen aku blank dulu tuh, kan? 

Besoknya aku ke Chinatown ajelah pasal boleh dapat lama sikit berinternet. Kat library cuma dapat sejam aje, tak sempat nak buat apa-apa pun. Sambil tuh aku cari-carilah jugak kedai yang service computer. Aku teringat yang dekat rumah Yanti ada satu kedai tuh, so terus aku ke sana. Aku tinggalkan laptop aku di situ suruh diaorang check apa penyakitnya. 

Malam kedua aku tak berlaptop. Sabar jer lah. Ita, anak Yanti ada offer guna desktop dia tapi aku tak nak lah tunjukkan yang aku desperate sangat so aku katalah "I'm cool. I'm cool". Tapi Tuhan ajelah yang tahu bertapa berombaknya hati aku masa tuh, aku fikir, sudahlah aku tak bekerja, laptop aku buat hal pulak. Macamana pun, malam-malam, masa diaorang tidur, ada jugaklah aku terturun ke bawah, aku on kan desktop tuh. Pakai password! Pundek! 

Besoknya masa aku talipun tokey kedai tuh dia kata yang laptop aku V.O card nya rosak. Aku kena hantar kat manufacturer kalau nak gantikan yang baru. Patut pun screen kosong aje, aku memang dah agak dah sebab ituhari nampak macam banyak dead pixels. Rupanya v.o card yang buat hal. 

So dengan sayu hatinya aku masukkan laptop aku dalam beg, dah tak ada harapan dah rupanya. Kalau aku hantar repair, berapa lagi nanti? Dah lah aku baru habiskan 400 dollars ituhari untuk menghidupkan laptop yang bertahan selama dua minggu aje. "Next time don't buy expensive one", kata tokey tuh. Macam dia tahu aje betapa sayu nya hati aku mengenangkan yang macamana susahnya aku nak dapatkan duit untuk beli laptop tu dulu nya. Yang kalau aku beli laptop murah, aku boleh dapat 3 bijik.

"You sell laptop as well?', aku tanya tokey tuh bila aku tengok ada dua bijik laptop on display. Intel celeron kedua-duanya. Bila tokey tuh kata yang satu tuh harganya 650 dan yang lagi satu tuh 850, hampir aku terseluk pocket nak keluarkan duit, nak bayar. Sebab aku ada duit sebanyak itu kat pocket. Sebab aku berfikir panjang, laptop aku tak boleh direpair lagi, so what's the point of wailing, ataupun berusaha untuk menyelamatkan benda yang dah tak berharga? Might as well beli yang baru, mahal murah belakang kira. Asalkan aku dapat online malam tuh, dah. That's all that matters. 

Tapi, sebagai orang penyabar, aku tak jadilah beli. Sebab aku sempat berfikir. Yang aku nih masih belum kerja, belum confirm pun yang aku akan kerja, so aku kena berjaga-jaga dengan jumlah duit yang aku ada. Dah dua kali pisang berbuah, sudahlah tuh. Tak payahlah berbuah di setiap musim. Tak sanggup dah aku. 

"Take this one, trade your laptop. You just pay 500", kata tokey bangsa Kemboja tuh. Pandai dia mengumpan aku. Tapi aku senyum jer. Aku senyum dengan kemenangan aku, yang berjaya daripada tidak membeli laptop murah yang aku pasti speednya terkemput-kemput. So aku terus ajelah ke library, then ke internet cafe di Chinatown. Besoknya routine yang sama jugaklah. Makan, pergi library, pergi internet cafe. Entah apa aku buat online pun aku tak tahu. Itu tak penting, yang pentingnya aku kena boleh online. 

"Tak boleh jadi gini nih, I have to have a laptop nih", kata aku dalam hati. Asyik dok fikir gitu ajelah aku. So aku kena cepatkan usaha aku untuk cari kerja. So that cepatlah aku dapat kumpl duit untuk beli laptop baru. 

Then awek yang aku talipun pasal kerja dulu tuh talipun aku, tanya aku kalau-kalau ada kawan yang nak kerja. Teringat aku kat Pak Ed tapi bila aku kata Pak Ed tuh umurnya 50 lebih, terus awek tu kata tak nak orang yang dah berumur. 

Tak sedar aje kaki aku rupanya terus ligat ke subway, aku nak ke kedai laptop tuh. Seligat apa yang berada di kepala aku. "Sudahlah, ambil ajelah laptop murah tuh, aku masih ada setengah lagi duit kalau aku ambik laptop tuh. Kerja pun dah confirm, kan? Nanti kalau aku tak guna duit tuh, entah-entah habis gitu aje. Lebih baik aku memanfaatkan duit tuh kan?" 

Terus aje aku bayar 500 kat tokey tuh sambil suruh dia install dan check apa-apa yang patut, aku pun terus jalan kaki balik ke rumah untuk ambil laptop aku. Dua tiga kali ulang alik tuh tak terasa letih pun, akhirnya dapatlah aku online di rumah Yanti, menggunakan laptop yang baru. 

Yanti jeling aje bila dia tahu aku ada laptop baru, mungkin dia tak percaya yang aku hanya bayar 500. Tentu dia fikir, hutang aku masih nggak dilunasin, dibelinya laptop baru. Dasar manusia! Tapi dia tak tahu, yang aku pun asyik dok fikir, biar dia tahu macamana rasanya orang tak bayar hutang. Sebab duit aku yang dia pinjam selama ini ke mana perginya? Burn gitu aje? Dia siap tunjukkan aku, malam tuh, jumlah yang aku hutang dengan dia. Yang tiga ratus dia pinjam dari aku ituhari, dipotong duit sewa (walaupun aku cuma datang sehari seminggu masa kerja di tempat Michael dulu tuh). Aku kena bayar sewa bulan September. 

"Kamu tulis aja Tie, aku nggak punya uang. Punya sih tapi nggak mencukupi, kerna nanti aku udah mahu berangkat (ke Atlantic City)", aku kata gitu. Memanglah aku ada duit nak bayar hutang dia yang tiga ratus, lepas tuh bayar sewa bulan 9, tapi aku takut nanti aku tak cukup duit. Nak ke tempat baru tu nanti, kenalah ada persediaan. 

"Kamu berangkatnya besok, sedia dalam jam 9 pagi, tunggu jemputan", awek tuh talipun aku. So malam tuh aku berkemaslah apa-apa yang patut. Aku kemas bukan untuk barang yang nak dibawak pergi sebab sejak turun dari Pittsburgh, tak ada aku sentuh sangat pun beg aku tuh. Takat ambil kain pelikat, baju, itu aje. Aku kemas barang yang aku akan tinggalkan sebab aku tak nak lah bersepah larah. Pak Yus (bapak/laki orang) tuh, dengar ceritanya, nak ajak awek dia (mak/bini orang) duduk di situ. Tak apalah, ini peluang aku untuk blah dari situ, aku boleh sewa di tempat lain aje nanti, ditakdirkan aku dah tak kerja di Atlantic City. (Tengok, jauh pemikiran aku kan? Belum kerja lagi pun aku dah buat persediaan untuk aku sekiranya aku dah tak kerja di sana lagi) 

So pagi esoknya pukul 6 aku dah bangun, kemas-kemas bilik sesikit. Mungkin itu kali terakhir aku di situ kot.Then Yanti ketuk bilik. "Bapak aku udah pergi", dia kata gitu. 

"Innalillah. Kapan?", aku tanya dia. 

"Kelmaren, tapi aku udah jangka sih kerna udah lama sakitnya. Cuma aku sedih banget kerna ibu ku nggak punya uang mahu ngurusin jenazah", sayu aku mendengarnya. "Uang yang aku kirim, semuanya diambilin adik ku Iman", kata Yanti lagi. So sebab aku masih ada masa, aku buatlah apa yang patut, baca Yassin untuk sedekahkan ke arwah ayah Yanti. Memang kebetulan aku nak baca Yassin pun sebelum berangkat tuh. Dengan aku nih, bila susah jer aku baru teringat nak baca Yassin. 

Pukul 8 setengah aku dah tunggu diaorang yang nak bawakkan aku (dan 3 orang lain) ke tempat kerja di Atlantic City tuh tiba. Dekat pukul sebelas barulah diaorang tiba. Naik SUV lagih. The moment aku nak masuk kereta, aku tengok drivernya. Aku tengok yang duduk di seat sebelah driver tuh. 

Kamu? Ya ampuuun. Rupanya martin, suami Wati, musuh ketat Yanti. Dulu waktu aku di Restoran Pak Tua, diaorang menyewa rumah besar 3 lantai sama Yanti. Mula-mulanya baik, akrab tapi lepas tuh jadi musuh. 

So terkejut sangatlah aku bila tengok Martin yang bawak kereta/SUV tuh. Korang yang tak tahu apa-apa pasal Martin nih tak rasa apa-apa kan? Macam anti klimaks jer kan cerita aku nih? Martin who? Siapa? Tak pernah aku cerita kat blog pun kan? Memang aku ada tulis sesikit pasal perhubungan Martin sama Wati dengan keluarga Yanti tuh, tapi aku tak cerita dengan details sangat pasal permusuhan diaorang tuh sebab, iyalah, aku nih bukan nya jenis yang suka jaga tepi kain orang. Kalau aku tahu yang Martin akan muncul dalam perjalanan kehidupan aku nih, sure aku dah tulis banyak pasal dia sekeluarga. 

Dan di sebelah Martin, di sebelah driver seat pulak, orang yang aku kenal tapi jarang tegur. Takat kenal-kenal gitu. Aku tahu dia kenal aku tapi masing-masing cuba nak ingat kat mana berkenalnya. Rupanya dia ajent kerja, Armi, orang Indo. 

So bila aku tengok ada dua orang yang aku kenal di dalam kereta tuh, aku rasa macam happy jer. Martin pun mulalah tanya aku, cerita pada aku pasal Yanti. Benda-benda yang aku tak tahu. Benda-benda yang kalau aku dengar dari Yanti, lain pulak jalan ceritanya. So memang berfungsi sebagai talam sangatlah muka aku masa tu tuh. 

Bila Martin berhenti di rumah satu lagi mamat nih yang turut sama untuk kerja, (Heru nama dia, muka dia sebijik macam muka Rashid Sidek muda-muda dulu), barulah aku tahu yang kerja tuh sebenarnya di KFC. Di Atlantic City. Mulanya aku ingatkan restoran Itali tapi sebenarnya tokey KFC tuh berketurunan Itali. KFC biasa aje, di dekat kawasan peranginan, not really in the heart of the city.. 

Alamak, kata aku dalam hati. Kerja KFC? Tapi aku tak ada surat, tak ada papers, macamana nih? Bila aku tanya agent tuh, dia katalah yang dia yang tanggung semua tuh, masalah legal papers dia yang kautim. Memanglah pandai diaorang business nih. Agent tuh, Armi, dia ada cerita yang dia dulu bawak ratusan orang Indo ke Canada untuk jadi warganegara Canada, masa ada refugee punya scheme ker apa ker. So aku percayalah kata dia bila dia kata jangan takut pasal papers etc. 

So Martin sebenarnya hanyalah menyewakan SUV dia untuk membawa orang, dan Armi lah ajen yang dilantik oleh big agen nya, orang berbangsa Vietnam, untuk menyediakan pekerja di KFC seluruh New Jersey. Respect aku kat diaorang yang business-minded nih, ada aje jalannya. Perjalanan ke Atlantic City tuh patutnya sejam aje tapi sebab berhenti sana sini, makanlah, minumlah, kencinglah, semuanya lah, itu yang jadi hampir dekat dua jam barulah kitaorang sampai. 

"Kalian akan diinterview oleh pemilik, udah itu baru bisa tahu kapan mulai (kerja)", kata Armi. La, nak ada interview bagai, kata aku dalam hati. Aku dah mula cuak. 

"Jangan khawatir, kalian pasti diterima, mereka cuma pengen tanya, pengen lihat kalian. Itu aja", kata Martin pulak. 

So kitaorang ke KFC tu lah, yang aku tengok, semua pekerjanya orang tempatan. Mat dan Minah Salleh. Mana orang Indo nya, kata ada 8 orang Indo di situ?. Rupanya diaorang dihantar ke KFC cawangan lain, tak lah semuanya bekerja di satu tempat. Nanti kalau semuanya kerja di satu tempat, takut orang tersalah sangka pulak, ingatkan KFC Bali. Cuma ada satu muka Indo aje yang aku nampak, tengah kerja di bahagian dapur. 

Perempuan tuan punya franchise tuh, sama manager KFC tuh pun tanyalah kitaorang. Kat tengah-tengah orang ramai yang datang makan. Tanya things like, "di mana kerja sebelum ini", "apa pasal berhenti", "are you willing to do what she's doing" sambil tunjuk ke arah budak muda nih yang tengah mengelap cermin", "are you willing to do trash, to do floor?", "are you willing to work more than 5 days a week?". Soalan-soalan yang aku rasa aku boleh jawap guna satu ayat aje. "I worked at Chinese restaurants before", ayat gitu. Yang, kalau dicomparekan dengan kerja di KFC tuh, jauh sangatlah bezanya. Kerja KFC, nama pun kerja sama Mat Salleh, bersistematik, teratur, santai dan tidaklah pressure sangat macam kalau kerja di restoran Cina yang memang memerah peluh. 

"I see", kata perempuan tuh. Tak tahulah kalau dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan tuh. Yang aku selama ini buat kerja yang jauh lebih teruk. Banyaklah jugak penerangan yang diaorang kasi, sampai benda-benda yang kitaorang (aku sama Heru) tak patut tahu pun akhirnya kitaorang tahu. The owner tuh sebenarnya tak tahu yang gaji kitaorang dibayar oleh ajen (yang pastinya a few dollars/hour gaji kitaorang akan masuk pocket diaorang) so that lady beritahulah yang kitaorang dibayar per hour, berapa dollars per hour, bila dibayar etc. Sewa apartment yang ada disediakan harus dibayar (225/month) pada awal bulan setiap bulan, tapi semuanya tuh dibayar oleh ajen (yang dipotong dari gaji kitaorang) so we do not have to worry pasal sewa. 

Then bila diaorang kata yang diaorang setuju nak ambil kitaorang kerja, nak train kitaorang, semuanya terkejut sebab kitaorang disuruh mula awal Oct, 1 haribulan nanti, hari Ahad. Kalau ikut Armi, kitaorang akan mula kerja esoknya. Tapi masing-masing buat tak tahu ajelah, bila dah selesai interview barulah Armi tanya kitaorang samada kitaorang setuju atau tidak. Aku yes kan aje, aku kata aku tak ada hal punya bila nak disuruh mula kerja. Bererti aku akan ada seminggu lagi untuk beronggeng-monggeng. Elok sangatlah tuh, memang aku idam-idamkan sangat tuh. Maklumlah kan, puasa dah nak start esoknya, harap-harap aku dapatlah memenafaatkan masa seminggu tuh untuk puasa aku. 

Bila dah setuju semuanya, kitaorang teruslah aje bersiap untuk balik semula ke Philadelphia. Minggu depan, hari Sabtu, kitaorang akan datang bawa barang ke apartment yang tak jauh dari KFC tuh, within walking distance aje. 

"Kamu kerja elok-elok, aku pasti kamu bisa nanganin semuanya, Inggeris mu pinter", kata Martin. 

"Kamu bantuin aku sih, kalo kalian kerjanya bagus, aku bisa bawa lebih ramai orang ke sini", kata Armi. 

"Kamu kerja di sini aja, jangan pindah ke mana-mana, aku yakin kamu pastinya disenangani mereka", kata Martin sambil pegang bahu aku. 

"Bisa jadi Manager sih kalo kamu kerja lama di sini", kata Armi. 

"Bener, kamu kerja di sini sampe bisa jadi Manager", kata Martin. Kitaorang gelak aje lah. 

Terus aku terbayang yang aku kerja di situ for a few years, then aku jadi Manager. Dari Manager yang kat branch itu, aku jadi District Manager. Area Manager. Semua Manager lah. Setingkat demi setingkat aku naik. Punyalah kelas aku, dari illegal immigrant yang tak ada surat, legal papers, aku dapat jadi orang penting KFC. Tapi masa tuh mungkin aku dah kawin sama Minah Salleh yang aku kenal masa kerja, yang aku ajak masuk Islam. Dah tuh semuanya smooth sailing ajelah kan? 

Then kisah pasal aku, anak Melayu yang dulunya merempat kat Amerika, sekarang dah jadi KFC punya top gun. Kisah aku pun masuk paper kat Malaysia. Kat Utusan. Front page lagi. Jadi famous aku. jadi popular aku. Tak lama tuh aku dapat Datukship pasal menaikkan nama Malaysia. Aku berulang alik Malaysia-Amerika aje kerjanya. Then orang-orang UMNO ramai yang kenen-kenen ajak aku masuk UMNO. Tapi aku buat selamba jer pasal aku tetap sokong PAS. Then, entah apa silapnya, Datukship aku kena tarik. 

"Ayuh! Bangun! Kita udah nyampei Phila!".