Besoknya, Selasa 14 hb November, pagi-pagi lagi aku dah bangun. Badan aku rasa sakit-sakit, macam lenguh gitu. Agaknya sebab dah biasa bekerja so bila satu hari tak buat kerja, itu yang badan jadi sakit tuh. Memang jenis badan yang harus dibanting tulangnya setiap hari aku nih kot?
Cadangnya nak keluar ke city center awal sikit, nak ke library bagai, nak ke sana sini, nak ambil angin. Tapi terralit depan laptop sampai tengahari. So lepas Zohor (Zohor kat sini masuk pukul 11-45 am) aku terus ajelah ke subway. Biasanya aku kalau nak ke subway tuh aku jalan kaki aje, dalam sesepuluh minit, tapi sebab aku akan beli transfer ticket jugak nantinya might as well aku naik bas aje ke subway station. Memang kebetulan bas pun ada masa tuh.
Dari station tuh aku kena naik subway sampai ke satu station nih dan tukar naik surface rail pulak. Sampai lah ke hujung, ke terminal terakhir. Dari station tuh, aku kena naik trolley pulak, pun sampai ke station terakhir jugak. Mampus, kata aku dalam hati. Tak ada lah jauh sangat sebenarnya cuma kena 3 kali tukar, dari bas naik subway,naik surface train, naik trolley. Perjalanan semuanya tak sampai sejam, dalam 50 minit gitu tapi dari satu station ke satu station tuh yang memakan masa tuh. Kalau aku terlepas connecting train, kalau aku terlambat sikit, aku terpaksa tunggu yang lain. So dalam sejam setengah perjalanan (dari waktu aku mula bertolak) baru lah sampai ke destinasi.
Dari station tuh terus aku nampak kedai laundry tuh. Besar jugak. Sebijik gitu, tak kat kedai yang berderet-deret. Bila aku masuk aje ke dalam laundry tuh aku jadi macam suka aje tempat tuh. Entah apa pasal aku pun tak tahu. Mr Yong tengah membetulkan pintu gayanya, sama dengan satu orang tuah nih yang aku pasti samada bapak dia atau bapak mertua dia. Alamak, ada orang tua, sure jenis yang lorat nih, aku fikir gitu. Ada aku tengok perempuan Cina tengah melipat selimut, sambil ditolong anak lelaki dia yang aku agak umurnya adalah dalam 7 tahun. Then ada dua orang lagi bebudak, dua-duanya lelaki, tengah main kejar-kejar. Adalah aku tengok a few Mat Salleh dengan orang hitam yang tengah cuci baju, tengah tunggu dryer machines. Tapi tak adalah nampak macam laundromat tu sibuk.
Teruslah Mr Yong tunjukkan kat aku apa yang harus aku buat. Bersihkan washing machines, bersihkan dryers, cara bersihkan filters kat dryer, macam-macam lah. Then dia tunjukkan aku cara nak rekodkan kat log book kalau ada orang yang datang hantar pakaian untuk dicuci, dan kalau ada orang yang datang nak ambil pakaian yang telah dicuci. Apa yang harus aku buat, semuanyalah. Bila aku tanya dia cara nak guna machine waktu nak cuci baju, dia kata yang aku tak payah bimbang sebab ada orang lain, perempuan Cina, yang buat kerja-kerja tuh semua. Perempuan tuh kerja di sebelah pagi. So aku hanya ambil order aje dan pakaian-pakaian tuh aku tak payah sentuh pun, perempuan Cina tuh yang akan uruskan. Aku cuma kerja di bahagian mebersihkan mesin dan kedai tuh. Secara generalnya, aku handle laundromat tuh di sebelah malam sebab di sebelah malam hanya aku sorang yang kerja nanti.
Lega jugak aku mendengarnya yang aku tak payah cuci kain baju orang, tak payah melipat kain baju orang. Sebelum tuh aku dah terbayang yang aku kena mencuci pakaian kotor orang, sure ada underwear busuk, entah-entah pakaian yang ada taik, entah-entah pakaian yang dah berzaman tak berbasuh. Sure aku akan kena basuh panties, bra-bra orang. Dan aku dah terbayang jugak yang macamana lah aku nak melipat kain baju orang nantinya, sebab aku tak biasa. Aku kena duduk bersimpuh kat tikar mengkuang, sambil berkemban ker nanti tuh masa nak lipat pakaian tuh?
Tapi, sebab tak kerja membasuh, so aku tak akan dapat tips lah. Oh, ada orang kasi tips rupanya kalau drop off service tuh. Tak apalah, berapa sen sangat kan?
Lantai perlu disapu, perlu dimop. Besar jugak kawasannya, harus patah pinggang kalau nak dimop macam mengemop masa kerja di KFC dulu tuh. Tapi gayanya mop sambil lalu aje kot. Kat luar kedai pun perlu dibersihkan jugak.
Mr Yong cakap pasal gaji yang akan dibayar dua kali sebulan, pasal waktu kerja yang mula dari 11 malam sampai 11 pagi, semuanyalah. Dia mintak aku punya ID/passport so aku kasi ID tipu aku tuh, dan aku tipu jugak dia, aku kata passport aku kat safe deposit box kat bank di New York City. Bila aku kata aku bukan Indon, dia tak percaya, dia macam terkilan gitu. Mungkin sebab dia tak pernah tengok Malaysian/Melayu kerja kot, dia ingatkan Indonesians aje yang nak buat kerja-kerja di laundry.
So bila semuanya bersetuju, dia suruh aku mula kerja malam tu jugak. Aku katalah yang aku tak prepared nak kerja malam tuh sebab aku kena tidur dulu, so dia suruh aku datang malam besoknya. Sebelum aku blah dia katalah yang aku, kalau dah siap bersihkan semuanya nanti, kalau takut (dalam pukul-pukul 3 pagi sampai 6 pagi), aku bolehlah lepak kat dalam office tuh, sambil tidur. Tapi jangan tidur di lantai, takat tidur di kerusi aje. Biasanya dalam-dalam waktu gitu memang tak ada orang, kalau ada pun takat sorang dua aje. Weekends aje yang ramai orang tapi kalau hari-hari biasa tuh tak begitu sibuk sangat.
Sebelum aku blah, Mr Yong kata kat aku yang sekirannya aku tukar fikiran dan tak nak kerja di situ, dia suruh aku talipun dia. Teruslah aku kata yang with me, kalau aku dah janji, akan aku tepati. Dia beritahu yang selalu sangat orang-orang Indo yang janji nak datang kerja tapi bila sampai masanya, dia orang tak datang, senyap begitu aje. Mungkin sebab dapat kerja lain. "I'm not like that", aku kata kat dia. Terus dia bersalam dengan aku, kuat aje dia genggam tangan aku.
So aku terus ajelah balik semula ke city center. Dan di dalam perjalanan tuh aku asyik fikir, yang aku patut bersyukur. Hari Ahad lepas aku masih kerja di KFC, then tiba-tiba petangnya nenek buat hal dan aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Dan besoknya (Isnin) aku dalam kesejukan subuh hari, aku blah dari Atlantic City. Selasa aku dah confirmed dapat kerja dan besoknya, Rabu, aku dah akan mula bekerja di tempat baru. Aku bukan aje harus bersyukur tapi aku kena tingkatkan ibadat aku. Dah tak ada halangan lain dah, aku kerja malam, aku dah tak payah nak curi-curi Sembahyang (curi Sembahyang ?), nak pergi Jumaat pun sempat, nak beli makanan halal pun tak jauh tempatnya. Dan Masjid Taha (Projek Tabung Ayam 2) pun just an hour away.
Dan bila aku fikir balik yang aku akan kerja di kedai laundry, aku terus teringat kat satu cerita nih. Kisah masa aku jadi student di UK dulu tuh. Masa aku cuti di London. Belasan tahun yang lalu. Ish, tua nya dah aku nih.
Dan aku pun tersenyum sendiri........