Ada tukang masak baru yang gantikan SiKecil ituhari, tak sempat lama. Tiga hari aje dah berhenti. Entah apa yang tak kenanya tak tahulah. Orang Tibet. Dah 7 tahun di Amerika. Lepas tu masuk satu orang lagi, orang Tibet jugak, baru setahun di Amerika, tak reti English, tapi dia boleh cakap Cina.
Kampung sangat orangnya, boleh kenal cara dia pakai. Pembawakan dia. Jenis yang pakai baju masukkan dalam underwear, instead of ke dalam seluar. Kitaorang pulak yang termalu sebab orang asyik gelak aje kalau tengok dia. Dah lah underwearnya macam underwear perempuan, beropol-ropol. Yang beli kat Chinatown kat New York tu agaknya.
Apa yang aku dapat perhatikan, semua orang Tibet yang pernah aku kenal nih, diaorang tak makan udang, tak makan seafood. Dulu aku tanya Sherink, dia kata dia tak pernah tengok udang (dia Tibetan yang tinggal di India) sebab jauh dari laut.
Pernah dulu waktu aku sama dia ke WalMart, dia punyalah lama tenung akuarium tempat isi ikan-ikan, lobster, ketam. Dia tanya aku, untuk apa semuanya tuh? Terkejut dia bila aku kata semuanya tuh boleh dan memang untuk dimakan. Kenalah aku explain macamana cara nak makan, macamana cara nak masak ketam, udang etc.
Si Rakus sekarang macam dah jadi boss pulak sejak SiKecil tak ada nih. Pak Tua bertambah baik dengan SiRakus sebab dia ajelah orang harapan untuk kerja-kerja di bahagian dapur. Kalau dulu SiRakus macam malas-malas jer, sekarang ni tidak dah, kerja pun bersemangat jer, macam aku jugak agaknya, bersemangat kerja sejak tak ada SiKecil.
Bayou sekarang ni bukan main happynya lagi sebab tinggal beberapa hari aje lagi dia akan balik ke Indonesia. Kesian jugak dia sebab terpaksa pinjam duit aku dulu untuk beli barang. Orang Indo yang di sini, sebelum balik, diaorang sure beli handycam sama camera. Hampir semua member aku yang balik Indo, dua benda tu memang diaorang akan beli sebelum balik. Tak tahu apa pasal, mungkin sebab benda-benda tu mahal di sana.
Aku dah kasi Bayou beg laptop aku, lawa pulak aku tengok beg Targus tuh. Pelik jugak aku, masa aku guna, rasa macam hodoh sangat tapi bila Bayou yang isi laptop dia, sangkut kat bahu, fullamak, nampak kelas betul. Tak ada apa sangat yang dia beli pun, takat kasut Timberland, blazer dan rayban yang berharga $150.
Itu hari, waktu agak sibuk, adalah satu group ni datang makan, gayanya macam Spanish. Diaorang memang ramai yang tak reti English so kitaorang tanya dalam bahasa Spanish ajelah benda-benda yang simple. Ada satu awek tuh, bila ditanya, dia senyap jer, puas Bayou tanya dia buat tak tahu jer. Bila Bayou sendukkan sayur, dia gelengkan kepala. Dua tiga kali gitu, Bayou pun jadi benganglah, dia kata, "Ngentot, ditanya diem, udah disendukkin nggak mahu. Sialan"
"Kerna dia nggak ngerti bahasa Inggeris!", kata awek yang di depan perempuan Spanish tuh.
Tersentak kitaorang. Tak sangka pulak awek sorang tu orang Indo. Rupanya dia memang orang Indo, dan perempuan tu orang gaji dia. Merah padam muka Bayou, aku sambil gelak kata, "Rasain, rasain kamu, kamu selalu gitu". Aku senyum kat awek tu, aku katalah, "Dia memang gitu sih, jangan ambil hati deh". Bayou mintak maaf lah dengan awek tuh, then dia tanya macam-macamlah sebab nak ambik hati awek tuh. Nasib baik awek tu sporting, dia layan ajelah Bayou sembang. Kebetulan dia pun dari Bali, kawin sama American, dah 10 tahun di sini.
Lepas pada tu, kitaorang dah hati-hati kalau ada yang rupa Asian, takut tersalah cakap. Biasanya aku boleh kenal kalau orang Indo atau Malaysia/Singaporean, kadang-kadang jer tersalah.
Nadi kerja ok aje, dia ni memang jenis cari duit aje, kalau boleh dia tak nak off, nak kerja setiap hari. "Time is money", itu ajelah yang dia kata.