Monday, September 24, 2012

Livin' La vVda Loca


17072005

Itu hari masa aku talipun Richard pasal aku mintak berhenti (dan dia tak kasi, instead dia suruh aku cuti), dia ada kata yang dia tak ada niat untuk cari orang yang akan gantikan Bayou bila Bayou berhenti 24 haribulan nanti. Pasal Hector pun dah ada di sini almost setiap hari.

So aku terfikirlah, since sekarang agak kurang sibuk, might as well aku cuti sebelum Bayou berhenti. Nanti 24 haribulan, aku cuti lagi. Dapatlah 2 minggu. Cuti tanpa gaji. So itu hari, aku ada beritahu Hector aku punya plan gitu tuh, bukanlah aku nak tunjukkan aku punya bargaining power, tapi aku nak dia tahu yang aku ni bukannya mata duitan sangat. Memang aku malas kerja

Dia dulunya tak kasi aku off sebab dia kata rugi aje, tak dapat duit. Tapi bila aku kata yang aku terpaksa ambik cuti sebab nak temankan Bayou, dan Richard pun bersetuju, barulah dia tahu yang dengan aku nih, money's not everything. Malas is everything. Aku katalah dengan dia, dengan aku buat gitu (cuti seminggu lebih awal), dia akan untung sebab tak payah bayar gaji aku. Memang masuk sangatlah kepala dia agaknya so dia kata dia tak ada masalahnya. Cuma, weekend nanti yang susahnya.

Tanpa fikir panjang, aku katalah yang aku boleh balik semula ke Maryland for the weekend, then blah sama Bayou for another round of cuti. Aku boleh agak yang dia macam nak kata yang aku punya kebaikan is so overwhelming. Aku fikir pasal diaorang jugak sebenarnya. Walaupun aku tahu yang aku buang duit aje terpaksa turun balik ke Maryland dari either Philadelphia atau New York City nanti, then lusanya balik semula ke Philadelphia.

Tak apalah, masa-masa macam ini lah aku nak tunjukkan dengan diaorang, itupun kalau diaorang fikir, yang aku ni memang boleh dibawak berunding punya orang. (Aku malas kerja sebenarnya)

So Hector tanya Bayou sama Nadi kalau diaorang boleh kerja tanpa ada day off, Bayou setuju aje sebab akan dibayar. Nadi? Sampai siap bersalam lagi dengan aku, berapa kali dia kata "terima kasih,terima kasih" dengan aku sebab dia akan dapat 2 hari extra, minggu depan dan minggu seterusnya. "He's been nice to you", kata Hector kat Nadi, sambil pegang bahu aku.

Memanglah baik aku ni nih, (aku malas kerja sebenarnya), itu semua orang tahu. Dan itu jugaklah yang buat orang suka kat aku tu tuh. Atau itu memang style aku kot, nak kasi orang suka kat aku walaupun ianya merugikan diri aku sendiri? Entahlah, itu dah tak penting dah. Yang pentingnya, aku akan cuti selama 5 hari mulai dari Isnin 18 hb sampai Jumaat 22 hb. Kemudian balik semula ke Maryland, kerja untuk Sabtu dan Ahad, lepas tu berangkat ke Philadelphia sama Bayou Monday morning kot, atau Sunday night. Cuti lagi sampai Jumaat.

Tapi, aku ada beritahu Hector, aku ada talipun Richard even, aku kata aku boleh balik kerja hari Khamis (minggu yang Bayou berhenti nanti) so that Nadi boleh ambil day off. Kesian kat dia yang tak ada cuti selama 2 minggu, walaupun dia nak sangat days off aku tu tuh. Iyalah, orang baru, masih menggelegak lagi semangat nak kerja tuh agaknya.

Hector tanya aku, bila sebenarnya aku nak balik kerja semula, aku kata, terserah dengan dialah bila dia nak aku balik. Either Thursday, Friday atau ikut original plan balik kerja semula Saturday. Aku tak kisah punya, bosan jugak lama-lama sangat cutinya nanti. Pulak dah aku nih.

Itu yang buat aku macam sibuk sikit dua tiga hari lepas, memplan apa yang aku nak buat di sepanjang percutian panjang aku nanti. Taklah panjang sangat sebenarnya, kejap jer tuh, tak sempat ke sana ke sini dah habis nanti tuh. Aku tak naklah plan nak ke mana-mana sangat, aku nak ikut mood aku ajelah nanti. Kalau mood baik, mungkin sampai ke Boston aku pergi. Kalau mood tak baik, takat ke NYC sesekali dua dah lah. Atau ke Jersey Shores. Atau lepak aje di Philadelphia.

Aku ada a few things yang nak diselesaikan, ada jugak benda-benda yang aku kena study sikit ni nih, mungkin aku pergi library jer agaknya. Tengoklah nanti macamana.

-----------------
Kejap jer sampai New York, pukul 4 pagi. Kalau aku naik bas Greyhound, pukul 4 pagi masih di Washington DC, tunggu bas ke New York pukul 6 lebih, sampai pun pukul 10 lebih. So basically aku save a few hours lah naik bas Cina tuh. 

Aku terus ajelah cari subway yang bukak 24 hours, aku nak ke Times Square. Aku beli one-day metro card pasal banyak tempat aku nak pergi, lebih jimat kalau aku buat begitu. Ramai dah kat dalam train subway, kebanyakannya orang yang kerja kuli-kuli aje sebab pagi-pagi memang gitu. Penuh dengan immigrant, penuh dengan homeless punya orang. Kalau dah agak siang, dalam pukul 8 ke atas, train tu akan penuh dengan Mat Salleh dan orang yang kerja bagus-bagus. 

Aku turun kat Bryant Square station, terus aku ke Cafe-0 42, kedai orang Jepun tuh. Makan sandwich sama minum kopi. Lapar siot. Sebab aku tak tahu nak ke mana, aku bukak laptop, mana lah tahu kalau ada signal dari router yang sesat, signal wireless. Memang ada, tapi tak clear, tak kuat. So aku pindah duduk kat tingkap, ada a few signals tapi semunya encrypted, kena pakai password. Bengang jadinya aku.

Aku tahu, kat Bryant Park memang ada free wireless signal, tapi nak pergi situ sure park belum bukak lagi. Lagipun takut jugak aku sebab kat luar masih gelap, walaupun ramai orang, bahaya jugak guna laptop kat tempat gitu tuh. Dah pukul lima lebih baru aku ke Bryant Park, aku sembahyang subuh kat celah-celah tandas tu jer, aku rasa tak sampai seminit pun aku sembahyang. 

Lepas tu aku pusing-pusing kat luar park tu tuh, memanglah bukaknya pukul 7. Tapi aku tengok ada a few guys yang tengah surf, sambil lepak-lepak kat tangga sekeliling park tuh. Curi-curi signal lah tuh. Elok jugak tuh, so aku cari satu spot, aku bukak laptop aku. Berbintik-bintik signal ada, banyaknya, lepas satu satu wireless tracker aku menerace (trace) signal dari routers yang ada. Biasanya, kalau aku di rumah di Maryland tuh, ada satu signal jer, kitaorang punya router, tapi, ada belasan signal(s) yang aku dapat trace. 

By the time battery laptop aku habis, hari dah siang, dah pukul 7 lebih. Macamana pun sempatlah aku cari apa yang aku nak. Aku cari info pasal acupuncture dan massage theraphy sebenarnya. Aku cari yang registered, yang within my budget, yang bukan ada benda-benda hanky panky gitu. Kalau aku nak yang tak senonoh, aku rasa kat Chinatown berlambak, memang banyak sauna dan spa kat sana tuh. Tak nak lah aku, tak pernah pun aku masuk spa/sauna, tak reti aku. Takut pun ada. 

So aku cari registered massage services, acupuncture. Senang aje, kat New York kan, semuanya ada. Ada satu health center tu, conducted by one organisation dari Poland, aku tengok, murah jugak. Masseurs nya semua dari Poland, geng-geng yang kurang pendengaran, ada sikit cacatnya masing-masing. I asked to be massaged by a guy, instead by perempuan. Diaorang ni professional, so aku taklah cuak apa-apa, aku kata aku nak massage for like 2 hours, just deep-tissue, swedish massage, benda-benda gitu, just for relaxation. $50 sejam, kira oklah tuh. 

Boleh kalau aku nak urut yang lebih murah, ke Philadelphia, suruh Yanti urut aku for $30, tapi aku rasa malas dah lah diurut perempuan. Aku bukannya benar-benar sakit sampai tak ada cara lain selain daripada berubat/berurut dengan perempuan kan? Lagipun, aku malas jumpa Yanti, nanti dia cerita pasal nak ajak aku buat business pulak, aku bukannya ada duit. Aku orang gelap, aku sedar tu. 

Sebab janji appointment aku pukul 11, aku ada a few hours to kill, mata pun rasa mengantuk sangat dah, berminyak-minyak dah muka aku. So aku terus ke subway station, aku nak ke Central Park, nak tidur. Memang seronok tidur kat park tuh, relax, selamba jer. Cuma masalahnya, waktu masih pagi, tak ramai orang yang tidur di park kalau waktu-waktu gitu. Yang ramainya, orang-orang homeless yang baru nak bangun tidur.

Macamana pun aku lepaklah kat bangku kat park tuh sambil tengok-tengok orang jogging. Terlelap jugak aku akhirnya, kat bangku tu jer. Ada dekat 2 jam aku tertidur, sakit-sakit belakang aku pasal keras bangku tuh, aku terjaga itupun pasal hujan renyai-renyai. Teruslah aku pergi cuci muka dan apa-apa yang patut. Terus aku ambil subway ke Kew Gardens ke tempat massage therapist tuh, jauh jugak tempatnya tapi sebab tak kena tukar train, taklah terasa`lama. Cuma dari station ke studio dia tuh yang agak jauh, nasib baik aku ada salin direction yang dia kasi melalui email. 

Kat tempat Jews rupanya kawasan Kew Gardens tuh, sana sini semuanya orang yang pakaian hitam putih, pakai ketayap hitam. Panic jugak jadinya aku kejap tapi aku teruskan jugaklah cari alamat tuh. 

Sampai studio tuh, aku tengok ada dua tiga orang tengah tunggu, nak berurut jugak rupanya, tapi sebab aku yang dah buat appointment dulu, tak ada masalah pun. Memang hebat urutan theraphist tuh, walaupun diurut perlahan tapi rasa nak terbakar jugaklah badan aku bila dia gesek-gesek tapak tangan dia kat badan aku. Tak sakit tapi panas jadinya. 

Kesian jugak dengan dia sebab English dia tak berapa ok, takat sikit-sikit gitu jerlah, so aku diam ajelah sepanjang dia urut aku tuh. "Too tight", dia kata kat aku masa dia urut belakang aku. Aku tak faham, agaknya dia kata urat-urat aku macam keras gitu, tegang. Memang pun, masa Yanti urut aku pun selalu dia kata gitu, urat aku tegang. Tak ada yang kendurnya. Lagipun takkan benda lain yang tight kan. Bontot aku ker? Ish, aku pakai shorts masa dia urut tu tuh. 

Walaupun aku mulanya mintak diurut selama dua jam, sejam setengah dah aku suruh dia berhenti, kesian dia pasal berpeluh-peluh aku tengok dok mengurut aku sana sini. Memang letih kerjanya mengurut orang ni, itu pasal kalau professional theraphist tu diaorang charge sampai dekat $200 sejam. Dia tanya aku, macamana dia urut, ok ker? Aku kata, ok aje, walaupun a little slow. Dia gelak, dia kata tunggu besok baru rasa sakitnya. Aku bayarlah $100 tuh, tapi aku ada kata kat receptionist tuh yang $25 tuh tips untuk yang urut aku tuh sebab aku hanya urut selama sejam setengah aje. 

Aku balik semula ke kawasan Times Square, rasa fresh jugaklah, itu yang jalan pun laju jer. Biasalah, aku pusing a few rounds sekitar Fifth Avenue, 42nd Street, kawasan-kawasan itulah. Rasa happy jer aku, entah apa pasal aku pun tak tahu. Sebab cuti tu lah kot, tak ada apa sangat yang nak difikir.Ikut sedap kaki jer aku jalan. Tak mudahlah, aku lah orangnya. Entah apa dicarinya pun tak tahu. 

Bila dah letih, lapar, mulalah aku fikir kat mana nak cari makan. Dan baru aku tersedar yang jeans aku terrabak, semakin besar koyaknya yang kat lutut tuh. Semalam masa aku pakai, masih ok lagi, tak lah rabak sangat. Macam terkoyak sikit gitu jer. Itulah, sebab aku banyak duduk, banyak jalan, banyak pergerakan, itu yang terrabak besar tuh. Kalau nak sembahyang sambil tutup dengan saputangan macam aku buat pagi nya tuh, rasa macam terkeluar jer lubang tuh pasal memang besar rabaknya, especially kalau masa duduk. Aku singgap kejap kat kedai jual souvernir, aku beli bandana, buat menutup koyak jeans aku, kalau aku nak sembahyang nanti. 


Lepas tu aku ke 9th Avenue, antara 8th Avenua/42nd Street, aku nak ke restoran yang pernah suatu waktu dulu jadi tempat aku lepak. Banyak kenangan pahit di basement bilik sembahyang restoran tu tuh. Tapi sayang, restoran tu dah tutup, bengkrap kot. Kemudian aku decide untuk ke Upper Manhattan , nak makan di sana dan sembahyang kat satu lagi masjid yang pernah jugak aku lepak suatu masa dulu.

Masjid yang dulu tu lah, yang mula-mula aku stranded dulu tuh, yang jemaahnya tak kisah pun pasal aku, tak ajak pun aku makan. Dulu aku pernah terfikir yang aku dah tak nak jejak kaki kat masjid tu dah. Pernah jugak aku terfikir yang kalau ditakdirkan aku kaya, aku nak kasi derma kat masjid tuh. 

Aku nih, tak habis-habis berdendam. Patutlah begini nasibnya hidup aku nih. 

Pukul 3 tu pulak aku ada appointment dengan acupuncturist kat Brooklyn. Entah apa-apalah aku nih, ada jer idea nak belanjakan duit. Nak itulah, nak inilah. Macamana pun, I'm not really surprised, aku memang dah tahu dah, aku ni pantang ada duit sikit, ada aje lah ideanya macamana nak berbelanja. Eleh, kalau masa tak ada duit aku ada fikir nak itu ini, masa ada duit apatah lagikan? It makes perfect sense. 

Aku buat treatment biasa jer, bukan yang elektro macam dulu tuh, seram jugak nak mengingatkan balik yang tangan dan kaki aku akan menggelepar macam ikan yang baru kena tangkap. Tak ada apa-apa pun, dah biasa dah rasanya, takat cucuk jarum kat my whole body, ada lebihkurang 30 jarum semuanya, kemudian jarum tu dibiarkan panas for like 30 mins or so. Tak sakit apa pun, cuma geli masa jarum-jarum tu dipusing-pusingkan aje. 

Dah selesai treatment tuh, aku balik semula ke Times Square. Nak tengok wayang, malas pulak rasanya, ticket pun mahal. Nak merayau-rayau, tak ada dah tempat yang tak dirayau. So aku masuk EasyEverything (internet cafe) ajelah and spent about 2 hours there. 

Dah dekat pukul 7 baru aku ke Chinatown semula.