Monday, September 24, 2012

Let's Go All The Way

07072005


Semalam bini Richard tanya aku apa pasal SiKecil berhenti kerja. Manalah aku tahu apa pasal tapi aku kata, gayanya, dia kelahi dengan SiRakus sebab dua tiga hari lepas, SiRakus sama SiKecil tak cakap sepatah haram pun. Aku terperasan yang SiRakus suruh aku ajar dia macamana nak tengok results lottery kat internet sebab biasanya SiKecil yang salin keputusan tuh. Dan diaorang pun kat restoran, dua tiga hari lepas, senyap jer kedua-duanya. Rupanya ada hal. 

Bini Richard pun tanya aku, apa pasal aku beli barang-barang SiKecil tuh. Dia kata sepatutnya aku biarkan aje lah, bukannya masalah aku. Bayou kata kat aku, sebenarnya keluarga Pak Tua tuh bengang sebab aku beli barang SiKecil tuh, seharusnya diaorang yang ambil semua barang tu tuh tapi sebab aku bayar, tak dapatlah diaorang barang free. 

Bersemangat betul aku kerja, tak tahu apa pasal, kesian dengan pak Tua pun ya jugak pasal SiRakus cuti so tak ada siapa yang kerja di bahagian dapur. Itu yang Hector sama Pak Tua ambil alih tuh. Aku tolong-tolong jugaklah, bukan tolong masak tapi tolong buang-buang sampah, bersihkan apa-apa yang patut, cuci itu ini. Banyak kali Pak Tua kata, "Thank You, Thank You" kat aku. 

Bukanlah aku nak kipas bontot Pak Tua, memang tak ada faedahnya pun kan? Cuma aku rasa excited jer, rasa ada semangat gitu jer. Walaupun aku tahu, keexcitedan dan kesemangatan aku tu hanyalah untuk sementara. Esok lusa bosan balik kan? 

Dan aku sama Bayou asyik discuss apa yang harus aku cakap kat Richard nanti, kitaorang tak nak lah Bayou dipersalahkan kalau aku berhenti. Sure diaorang akan kata Bayou yang meracun-racunkan aku sampai aku nak berhenti kan? Dan aku nak jugak diaorang tahu yang aku tak berapa suka a few things kat situ. Macamana pun, aku sama Bayou cuba jugak carikan solutionnya, bila aku harus talipun Richard, bila aku harus berhenti dan sekiranya Richard tak kasi berhenti, apa yang aku nak buat. 

So, malam tuh aku talipun Richard yang masih di texas. Aku beritahu dia yang aku nak berhenti kerja sama dengan Bayou nanti. Mulanya dia gelak jer, lepas tu bila aku kata yang memang kitaorang dah lama plan nak keluar serentak, baru dia senyap jer.

"But why?", dia tanya aku. 

"I'm bored", aku jawab ringkas. 

Dia gelak jer. Lama tu baru aku cerita yang memang itu rancangan kitaorang, pasal aku tak suka SiKecil (walaupun reason tu macam dah tak valid sebab SiKecil pun dah berhenti kerja pun). Dia kata since SiKecil dah berhenti, apa pulak aku pun nak berhentinya? Laa, kan ker aku dah janji dengan Bayou? Tak payahlah aku cerita panjang tapi memang lama jugak kitaorang kat talipun, sejam lebih. 

Dan aku tahu, aku ni memang lemah mudah kesian kat orang, itu yang aku terpaksa berdolak dalih, aku kata, cari orang lain ajelah sebab sooner or later aku akan berhenti jugak. Aku beritahu dia yang aku ada kawan di Philadelphia yang boleh gantikan aku, tapi Richard tak setuju. 

Dia suruh aku ambil cuti aje, apa lagi, aku kata aku nak cuti 2 minggu. Memanglah berat dia nak lepaskan aku selama 2 minggu, dia kata kalau setakat 5 hari tu, anytime aje. Dia kata dia memang tak ada niat nak ambil orang baru untuk gantikan Bayou, cukuplah dengan aku sama Nadi sebab Hector adik dia dah full time kat restoran untuk dua tiga bulan akan datang. 5 hari tu sekejap sangat bagi aku, aku nak ke New York beberapa kali, aku nak ke Atlantic City, aku nak melepak di Philadelphia lagi, 5 hari mana cukup kan? 

Tapi Richard tu pandai, dan aku pun memang bodoh dan macam tak ada pendirian. Aku kesian dengan dia sebenarnya, sebab dia baik sesangat. Aku boleh, kalau buat tak tahu aje, blah gitu aje macam yang aku buat sebelum ini kat restoran tempat aku pernah kerja. Tapi dengan Richard ni tak bolehlah. Orang kata, datang biarlah nampak muka, kalau pergi biarlah nampak belakang. 

Nasib baiklah aku pakai kain pelikat masa menalipun dia tuh, kalau pakai jeans, tak tahulah macamana. Sebab bontot aku kembang sekembang-kembangnya bila dia kata, "I like you Joe, I really do. Please stay." Tak tahulah jugak, mungkin jugak sebab bontot aku memang dah kembang pun asyik kena kipas dengan Pak Tua, itu yang mudah sangat kembang tu tuh. 

Bila Richard tanya aku apa keputusan aku, aku kata terserah dengan dia lah, kalau ikutkan hati aku nak cuti 2 minggu. Kalau dia tak kasi, aku nak berhenti ajelah. Tapi lain pulak cadangan dia. Dia suruh aku cuti 5 hari aje, mulai Isnin 25 haribulan sampai Jumaat. Sabtu dia suruh aku kerja semula pasal weekend memang sibuk. Berat jugak aku nak kata yes tapi sebab kesian aku pun terbersetuju. 

Teruslah Richard nasihat aku, suruh kerja selama mana yang aku mahu, kumpul duit bebanyak, lepas tu baru fikir nak ke mana-mana, nak balik Malaysia ker, nak buat apa ker. Memang betul sangatlah cakap Richard tu tuh. Memang plan aku pun gitu. Cuma aku bosan. Itu aje. Kalau dah bosan tuh, memang payah nak cakaplah kan? 

Macamana pun, lepas daripada cakap kat talipun dengan Richard tuh, aku rasa`lain sikit. Aku rasa macam bersemangat balik untuk meneruskan kerja di sini. Boleh rasanya, aku dah pun pecahkan rekod paling lama kerja di restoran (rekod aku sendiri, 5 bulan setengah), aku dah nampak jalannya yang aku boleh kumpul duit. Aku nak buat gitu lah, it's all in my mind sebenarnya, benda-benda bosan nih. Aku tak boleh layan sangat rasa-rasa bosan, rasa manja, rasa-rasa yang negatif gitu tuh. Aku Bangla, aku kena sedar diri aku! And I'm going all out, all the way. All the way out.