Besoknya aku tak ke mana-mana pun di sebelah paginya, aku temankan Nani saja ke mana dia pergi sebab kitaorang keluar pagi-pagi lagi sementara menunggu William pergi kerja tengahari tuh. Nani kata dia tak nak tengok muka William dah.
Yer lah tuh, dua tiga hari jer gitu tuh, lepas tuh berbaik balik agaknya. Lepas tuh nanti peluk-peluk balik William, lepas tuh nanti raba-raba balik konek William, even kat tempat ramai orang. Sebab dia nak orang tahu yang dia dengan William tuh laki bini. Nani tak pernah pun cerita pasal laki dia yang di Indonesia, belum bercerai rasanya, diaorang tak ada anak pun.
Kitaorang pergi ke Restoran Surabaya, kat situ Nani buat drama swasta aje kerjanya, aku dengar ajelah sambil tengok tv.
Lepas tu aku ajak Nani melepak kat library, Nani kata itu first time dia kat library, walaupun dah 5 tahun dia di sini. Dah pukul satu lebih, bila dah confirmed yang William dah pergi kerja, kitaorang balik ke rumah, aku rileks sekejap, lepas tuh baru aku keluar.
Aku pergi bank sebab nak keluarkan duit. Kalau tak kerja gini nih, gitu lah, tak sedar jer duit keluar. Tak sempat kendur telur, dah habis duit aku. Sabar jer lah. Suspen jugak aku masa nak keluarkan duit sebab masa aku kasi passport aku yang dah expired tuh, (sebagai ID, sebab aku tak ada ID lain selain passport) kerani tuh siap tanya superior dia lagi. Aku terfikir jugak, macamana nanti, kalau aku tak dibenarkan keluarkan duit kalau tak ditunjukkan ID.
On the way balik, aku terserempak dengan Yanto [mamat yang aku kenal masa kerja di Boston dulu, yang ajak aku pindah ke kawasan orang Indo dulu tuh, ada aku cerita pasal dia dalam entry lama aku]. Dia dah nak jadi citizen dah, dia kawin dengan Minah Salleh janda anak satu. Aku akan tulis pasal apa yang aku sembangkan dengan dia dalam satu entry yang title dia Waiting For A Girl Like You nanti.
Tak dapat jugak aku nak ke apartment aku, tak ada siapa yang jawab talipun. Nani ajak aku ke apartment tu aje, ketuk pintu sampai ada orang bukakkan tapi aku tak nak sebab aku tahu diaorang yang ada di situ semuanya kerja, diaorang kena bangun pagi-pagi, sure diaorang tak nak diganggu. Mulalah Nani mengomel lagi, dia kata aku penakutlah, aku ambil senang aje, macam-macamlah. Sebenarnya dia yang nak sangat aku pindahkan barang aku ke rumah dia sebab dia nak guna tv aku yang dua bijik tuh, nak taruk kat bilik dia, dan nak taruk kat bilik yang lagi satu. Dan aku pun kena bayar sewa bulanan pasal simpan barang kat rumah dia. Itu yang dia beria sangat tuh.
Aku pun taklah berusaha sangat sebenarnya sebab barang aku pun, kalau tak salah aku, selain dari dua bijik tvs, radio, dan dua tiga biji beg yang ada pakaian, kasut-kasut, buku-buku. Kalau aku tak ambik pun, tak rasa ralat sangat. Even kalau aku taruk barang kat rumah Nani pun, rugi jugak sebab lama-lama nanti, akan terasa rugi begitu saja.
Entah apa pasal aku rasa bengang sangat kat Nani, mungkin sebab dia selalu sangat kata aku tolol, bodoh. Walaupun kadang tuh sambil gelak-gelak. Lagipun, memang dah perangai dia gitu, masa baiknya baik sangat, masa tak baiknya, Tuhan aje yang tahu. Aku memang sedia maklum perangai dia gitu, tapi aku jadi bengang sangat bila dia kata, "Kamu ni sinting sih". So aku katalah, "Udah, aku nggak mahu ke sono, nggak ada orang. Udah, besok aku bayarin harga kamar, aku pergi, kamu udah nggak perlu repot lagi pasal aku". Bengang aku, aku rasa malas dah melayannya Nani, buat sakit hati jer. Selama ni aku diamkan aje apa yang dia kata kat aku. Aku tak marah sebenarnya, aku bengang jer.
Sempatlah aku sms Bayou sekejap, nak tanya khabar. Besoknya William pagi-pagi lagi dah ajak aku keluar, temankan dia ke pejabat insurance. Dia masih tak tegur Nani. On the way balik, singgah kat depan apartment aku tuh, memanglah tak ada orang, saja nak tunjukkan kat William, mungkin aku akan suruh dia aje punggah barang aku nanti, itupun kalau tuan rumah tu benarkan, sebab aku akan balik ke Maryland petangnya nanti.
Sebab William pun nak keluar, aku beritahu dia yang aku pun nak blah jugaklah, aku akan bayar duit sewa bilik selama beberapa hari tuh kat Nani aje. Aku tak mintak diri apa pun, aku just kata kat Nani yang masa tu di dapur, yang duit sewa aku ada aku taruk di atas meja, $60 semuanya untuk 4 hari aku di rumah dia.
Masa aku keluar dari rumah tuh, aku terfikir, sudahlah aku hilang seorang kawan (Bayou), ini aku akan hilang seorang lagi yang dulunya baik dengan aku, Nani. Selain Bayou, memang keputusan aku untuk tak nak ada apa-apa contact lagi dah dengan yang lain tuh. Buat menyakitkan hati aku aje, selama ini aku pendamkan aje, tiba masanya aku putuskan hubungan. Memang payah dengan perempuan nih.
Dan aku fikir jugak, aku seolah-olah membuang semuanya yang ada pada aku, tak apalah, aku dah tak ada reason nak datang ke Philadelphia lagi dah. Aku nak mulakan hidup baru di Maryland, memang dah lama aku sepatutnya buat gitu tuh. Tak payah nanti aku asyik dok nak buat macam dulu aje, asyik nak ke Philadelphia aje kerjanya. Dah tak ada apa-apanya dah di Philadelphia. Untuk sekarang ini, at least.
So aku bersemangat ajelah keluar dari rumah Nani tuh. Aku tak fikir dah pasal barang aku yang masih ada di apartment aku tuh. Lantaklah kalau diaorang nak lelong ker, apa sangatnya kan?
Rasa tak sedap pulak kalau tak talipun Yanti sementelah aku di Philadelphia, so aku call dia. Dia tengah shopping kat Italian Market, beria-ia dia suruh aku tunggu dia balik, walaupun aku kata aku tak ada masa sangat sebab hari tu Jumaat.
Sementara tunggu Yanti, aku talipun Bayou, yang jawab tuh bini dia. "Oh kamulah orang Malaysia yang suami saya ceritaain tu? Terima kasih banget sih, benter suami saya lagi nyetir mobil", kata dia. Sembang-sembanglah dengan Bayou barang sesepuluh minit, he sounded so happy, tak habis-habis dia kata terima kasih. Sukanya aku, rasa puas gitu.
[Yanti]
Sembang-sembang ajelah dengan Yanti sambil menginstall a few program kat komputer diaorang, Ita yang beria sangat suruh pasal diaorang tak dapat surf, komputer diaorang kena virus tah apa-apa. Sempat makan-makan jugak, sedap pulak masakan Yanti, walaupun mee segera jer.
Seronok jugak dengar gossip-gossip orang Indo di Philadelphia, macam-macam. Yanti cerita jugak pasal keluarga dia di Indo, pasal adik dia yang dulunya masuk Kristian sebab kawin sama dengan Minah Salleh tapi sekarang dah balik ke Indo, dah cerai dengan bini di Indo etc, jugak pasal Wati, yang tinggal serumah dengan dia tuh yang dulunya bukan main baik dengan dia tapi sekarang nih dah bermusuhan.
Itu yang aku fikir, masing-masing nampak macam ok jer, tapi semuanya ada cerita, semuanya ada problems. Macam aku jugak, nampak gaya selamba jer, tapi sebenarnya penuh dengan masalah.
Yanti tak ada pun cerita pasal nak buat business dia tuh, aku suspen jugak takut dia mulakan cerita, sure nak ajak aku jadi rakan kongsi dia. Aku kasi Ita $20, pasal dia punya birthday dulu aku tak kasi apa-apa pun. Ada rasanya aku kasi duit dulu tuh, that was before her birthday.
Lepas tuh aku blah, aku nak ke masjid, sampai awal pulak, masjid belum bukak lagi. Aku melilau dulu sana sini, terjumpa Imam tuh yang tengah mengopi kat satu kedai nih, aku cakap kat dia yang aku ada hajat sikit so aku mintak dia tolong bukak pintu masjid. Aku ke kedai orang Arab di dekat situ, aku beli buah-buahan, beli air botol (yang paling murah), nak taruk kat masjid. Sambil balas niat a few of my internet friends kat Malaysia yang hantar pisang kat masjid itu hari. Thanks guys.
Berkejar jugaklah aku ke Greyhound station takut ketinggalan bas, malas aku naik bas terakhir, nanti sampai di Maryland dah lewat malam. Hujan turun sepanjang jalan, semakin lebat bila tiba di Baltimore, rasa ngeri jugak memikirnya. Macamana pun, aku sampai di tempat aku just before diaorang balik kerja.