Monday, September 24, 2012

Airmata Jatuh Ke Perut


Sampai rumah Nani, dah dekat pukul 10 malam. Tak sempat nak bukak kasut pun, perempuan yang menyewa bilik di rumah Nani tuh tanya aku, "Joe, lu bisa ngantarin gue ka Chinatoon? Gue mau ka New York". La, aku tak kenal pun perempuan tuh, berani pulak dia tanya gitu tuh. Aku anggukkan ajelah, aku tanya dia apa pasal tergesa-gesa nak ke New York. Dia kata dia tak suka kat Philadelphia, walaupun dia baru 5 hari di situ, dia nak balik semula kerja sebagai waitress di Long Island, New York.

Ok jugaklah, kata aku dalam hati sebab aku sama Bayou boleh tidur kat bilik tu tuh nanti. Aku pergi sendiri aje dengan awek tuh, aku suruh Bayou lepak ajelah di rumah sebab dia letih. Aku tak tunggu pun awek tu naik bas Cina tuh, sampai aje kat Chinatown, terus aku patah balik. Diaorang nih, tak kenal siapa-siapa pun, senang jer nak mintak tolong, kata aku dalam hati.

Balik rumah terus aku online, Bayou dah tidur pun dah, aku tengok dia tidur kat tepi jer, sure dia ingat aku akan tidur kat sebelah dia sebab katil tu king-sized punya bed. Segan pulak aku nak baring sebelah dia sebab dia tak pelawa pun (dia dah tidur, macamana nak pelawa aku kan?), so aku lepak kat lantai ajelah, aku online sekejap, tak tahu pun pukul berapa aku tertidur, pukul 2 lebih rasanya.

Besoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah keluar, singgah Dunkin' Donuts kejap, makan muffin jer. "Aku sedih banget kamu udah mahu pulang Indo, aku udah nggak punya temen sih", aku kata kat Bayou.

"Koq Nadi kan ada?", kata Bayou.

"Bener, tapi aku nggak bekalan akrab sama Nadi, dia agak lain orangnya", aku kata.

"Bener, dia Cina, dia nggak seperti pribumi Indo, lain dikit cara dia", jawab Bayou.

Kitaorang singgah sekejap kat travel agent tempat aku beli ticket kapalterbang Bayou dulu tuh sebab aku nak tanya diaorang samada aku boleh ikut ke tidak ke JF Kennedy Airport, New York petangnya nanti. Dari Philadelphia ke JFK Airport, diaorang yang naik Singapore Airline, dibawak naik bas pelancung. So aku nak tanya samada aku boleh join diaorang, kesian Bayou sorang-sorang, bawak banyak barang lagi tuh, dia pun tak tahu apa-apa pun.

Aku tanya kerani yang ada di situ, dia pun tak tahu, belum sempat habis aku tanya, one of the bosses tu datang, orang Indo (bangsa Cina), so aku tanya dia in Indonesian. Dia nih memang berlagak orangnya, dulu pun pernah kawan aku kena perli jer, itupun dia beli ticket kat situ. So aku tanyalah dia, dia kata tak boleh. Aku tanya lagi sekali, macamana caranya, do I have to call the driver atau tokey agent yang hantar orang ke airport.

"Nggak bisa, di sini hanya untuk beli ticket. Itu urusan mereka", dia kata lagi.

"I didn't know, that's why I tanya. Thought you have some connections with them", aku jawab.

"Connection apa? Saya bisa sogok President kalo saya mahu", dia kata sambil seluk pocket seluar dia.

"I'm not talking about the President", aku tinggikan suara, biar pekerja dia dengar, lagipun aku dah bengang, aku tanya sikit jer, sampai ke President Indo pulak dia merapunya. Aku tengok pekerja dia yang tiga orang tuh macam senyap jer, but deep down aku rasa diaorang suka jugak tengok Boss diaorang kena dilawan cakap gitu tuh.

Bayou senyap jer, dia berdiri jer kat belakang aku. Lepas tu si Boss ni tadi dah cakap slow sikit dah, aku pun buat gaya nak blah ajelah, malas aku melayannya orang gitu tuh.

Kamu dari Indonesia?", dia tanya aku.

"Iya, saya dari Indonesia", aku jawab.

"Dari Jakarta?", dia tanya lagi.

"Iya, dari Jakarta", aku selamba jer jawab, sambil aku berpaling arah Bayou, aku nak keluar dah dari office tuh.

"Saya pun dari Jakarta......blah blah blah", dia jawab baik jer. Bayou bersalam dengan dia, mintak diri, aku pun salam jugaklah, tapi tak pandang sangat muka dia, aku kan ker nak cepat?

Kat luar office dia tuh, aku gelak sakan. "Sialan punya manusia, aku tanya dikit, koq berlagu banget", aku kata kat Bayou.

"Kalo di Indo, orang segini pasti udah dibakar usahanya, rumahnya. Dibunuh mungkin. Memang dasar Cina, bangsat", kata Bayou.

Kitaorang terus ke Ross, cari beg kecik jer. Dapatlah satu, harga $45, lawa begnya. Lepas tuh kitaorang dah tak tahu nak ke mana sebab Nani keluar, kitaorang terpaksa tunggu dia balik sebab kitaorang tak ada kunci rumah. So aku ajak Bayou naik subway ajelah, dari hujung ke hujung. Memang seronok pun pasal train yang kitaorang naik tuh tak ramai orang, sejuk air-cond lagi. Tuh yang hampir tertidur masing-masing melayan mengelamunnya.

Aku tengok kat seat kosong sebelah aku ada city paper Metro, aku bacalah, ada gambar bas terbalik. Aku baca sekali lalu aje, bas dari Washington ke Philadelphia. Bila aku baca betul-betul, aku rasa darah aku tersirap. Dalam hati aku kata, nasib baik aku ikut cakap Bayou, naik bas pagi Isnin. Kalau aku ke NYC memang aku naik bas malam kan, ada satu jer bas malam dari Hagerstown ke DC. Tak pernah-pernah naik bas pagi, tapi kali itu aku terpaksa ikut permintaan Bayou sebab dia letih kalau balik malam, dia nak berehat dulu. Kalau naik bas malam, macam yang selalu aku naik tuh, sure kitaorang ada kat hospital masa tu tuh, sebab that very same bus rupanya yang terbalik tuh.



Bila sampai di rumah Nani baru aku cerita sama Bayou, sambil tunjukkan paper tuh. Terus dia mengucap, sambil geleng-geleng kepala. "Aku takutlah Joe, aku rasa nggak enak aje", dia kata, aku tengok dia muka sedih jer. "Ayuh kita solat sunat", dia kata lagi.

Lepas tuh Bayou mula kemas-kemas barang, pindahkan barang dari beg dia yang besar tuh, so dia akan bawak 3 beg semuanya. Nani pun menyibuk jugaklah tanya itu tanya ini bila dia tengok banyak barang-barang yang Bayou bawak balik, handycam, digital camera, stereo kereta, benda-benda elektronik.

Bayou kasi aku Quran terjemahan dia yang besar tuh, aku ambil ajelah pasal memang minggu lepas aku memang nak beli satu tapi tak ada yang besar, yang kecik tuh aku susah nak baca, tak clear sangat. Dia kasi Surah Yassin jugak. Dalam hati aku kata, aku nak selalu baca Quran lah, nak selalu baca Surah Yassin, biar dia pun sama dapat pahala.

Aku suruh Bayou lepak-lepak, baring, tidur etc sementara tunggu petang, aku bukak internet sekejap cari news pasal accident tuh, nak taruk kat blog nanti, as a reminder.

Puas aku kata kat Bayou jangan kasi duit sama Nani sebab aku dah bayar dah, Nani, for sure akan ambik aje duit kalau orang kasi. Aku tahu,Bayou memang tak bawak banyak duit pun, ada a few hundreds jer. Bila dia nak kasi aku duit, aku kata tak payahlah sebab sepatutnya aku yang kasi dia, dia yang nak berangkatnya. Bukan aku. Aku tak kasi dia duit pun sebab aku fikir, aku dah bayar semuanya, bayar ticket bas, tambang itu ini, belanja makan etc, so, kira halal ajelah.



Dari rumah Nani, kitaorang naik teksi ke tempat tunggu bas ke JFK Airport, panasnya tak boleh ceritalah menunggu kat luar Win Plaza tuh. Van pelancung yang diorang sewa tuh penuh dengan barang, cukup untuk 11 orang jer yang memang ada dalam list.

Aku dah tak sedap hati dah, aku kata dengan Bayou, "Aku nggak bisa ikut kamu ke bandara (airport) sih, udah kepenuhan kayaknya (gayanya)".

Beberapa kali aku mintak tolong kat tokey agent tuh, dengan driver dia even (orang Indonesia), aku mintak sangat-sangat nak ikut jugak, aku akan bayar diaorang $50 seperti yang dimintak. Tapi, passengersnya semua orang Vietnam, orang Kemboja, masing-masing punyalah lagaknya, macam diaorang jer yang nak ke airport. Tak nak langsung kongsi tempat duduk, so sebelum Bayou naik van tuh, dia bersalam dengan aku, sambil kata, "Udah lah, di sini ajalah kita ketemu. Kamu jaga diri baik-baik".

Aku macam nak tak nak jer bersalam dengan dia, dalam hati aku kata, takkan sampai di sini aje? Takkan takat bersalam aje? Aku ni memang degil, so aku tanyalah tokey agent tuh, sambil buat muka kesian, aku kata, "Please....."

Sebab dah tak ada gaya macam aku akan dapat naik van tuh, aku lepak ajelah sambil berteleku kat handrail plaza tuh, saja jer lah pasal aku rasa airmata aku dah nak keluar sangat, aku tak nak orang nampak. Aku seluk pocket aku, aku keluarkan duit $20, aku genggam duit tuh......