Memang nasib kitaorang baik agaknya, tokey tuh suruh yang kat dalam van tuh duduk himpit-himpit sikit pasal one of the passengers tuh, budak kecik jer. So, sebelum aku naik van tuh, aku masukkan duit $20 tuh dalam pocket agent tuh. Dia tak nak ambik, kalau tak salah aku, duit tu dia kasi kat Bayou sebab masa tu aku terus naik van tuh, duduk kat belakang sekali.
Masa berhenti kat Rest Area di New Jersey barulah aku bayar $50 kat driver tuh. Terfikir jugak aku, naik bas Cina ke New York tambangnya $12 jer, ini aku keluarkan $70 pulak. Tak apalah, sekali ini aje, sebab kawan.
Pukul 6 lebih sampai kat Terminal 4, terus aku suruh Bayou check-in luggage dia, punyalah panjang beratur, aku berdiri ajelah kat tepi. Serba-salah aku dibuatnya, nak terus balik, flight Bayou tuh masih lama lagi, nak tunggu kat situ, macamana aku nak balik nanti pasal aku tak tahu caranya, setahu aku, tak ada subway yang dekat-dekat situ. Kena naik bas.
Masa berdiri tunggu Bayou tu lah aku tengok jer orang yang beratur nak check-in, aku tengok semua orang yang sibuk bawak barang ke sana-sini. Aku jadi sedih jer, aku compare kan diri aku dengan diaorang. Diaorang masing-masing happy jer nampak gayanya. Aku, sedih jer. Diaorang boleh terbang ke sana sini. Aku? Aku, passport pun dah mati, tak ada duit, tak boleh ke mana-mana, duduk kat US pun cara haram.
Sedih gila aku dibuatnya. Sampai bila aku akan jadi macam ini?, aku tanya diri aku. I have to do something, cuma aku tak tahu nak buat macamana. Berbagailah benda yang aku fikir, tapi semuanya lead to sad ending yang sama, aku boleh bayangkan yang aku akan terus-terusan begini, aku akan menghabiskan masa-masa aku tua terkontang-kanting sendirian di tempat orang. Ngeri jugak bila aku fikirkan semua itu. Dapat ker aku balik ke Malaysia suatu hari nanti, boleh ker aku ke Indonesia bila aku ada duit nanti, atau akan terus ker aku membanglakan diri aku di Amerika nih?
Bila aku rasa sedih sangat, aku kata kat Bayou yang aku terpaksa blah dari situ. Bayou tenung jer aku, dia pegang tangan aku, dia peluk aku. Aku genggam tangan dia rapat-rapat, aku peluk dia tiga kali sambil tepuk-tepuk bahu dia. "Jaga diri kamu Joe, aku sedih banget ni sih. Kamu lah oreng paling baik pernah aku ketemui", kata dia sambil lepaskan badan aku. "Kamu punya uang?", dia tanya aku.
"Punya sih", aku jawab ringkas.
Terus aku berpaling, aku dah tak toleh dia dah, airmata aku nak keluar sangat dah. Dah termeme-meme dah aku masa tu tuh. Hebatnya satu persahabatan kan? Aku pakai sunglasses aku, aku biarkan airmata aku berderai sepanjang aku jalan sekeliling terminal tu mencari cara nak pergi balik ke Manhattan. Aku turun ke tingkat bawah, aku tak tahu apa pasal aku jadi sedih sangat sepanjang aku kat escalator tuh.
Mungkin sebab selama ini aku diamkan aje, aku pendamkan aje kesedihan aku, masalah aku, apa yang bersarang dalam hati aku. Bila keadaan begini, aku dah tak boleh bendung dah.
Aku fikir jugak, dulu masa Mus balik ke Indo, aku tak berapa sedih sangat, mungkin pasal aku tak hantar dia ke airport pun (aku kerja). Atau mungkin jugak sebab aku dengan Mus, hanya baik-baik gitu aje, dengan Bayou, walaupun hanya 7 bulan, tapi kitaorang duduk sama-sama,kerja sama-sama. Lagipun, Bayou ni banyak persamaan dengan aku, aku ngam sangat dengan dia. Kitaorang pernah makan sepinggan, pernah susah senang bersama-sama.
Sebab kat terowong tu macam sunyi tak ada orang pun, makin laju pulak airmata aku keluarnya, aku biarkan aje. "It's ok for a man to cry", kata aku dalam hati. Lagipun dah lama aku tak menangis nih, biar aku sedar sikit yang aku nih sebenarnya di dalam serba kekurangan.
Jumpa jugak akhirnya tempat tunggu bas untuk ke Manhattan, masalahnya pulak, aku tak ada coins, they only accept coins. Terpaksa aku patah balik masuk semula ke terminal. Aku tengok Bayou masih belum selesai, masih tengah beratur, so aku buat keputusan tunggu dia ajelah. Lantaklah kalau aku terpaksa bermalam di New York, aku boleh jalan-jalan bawak diri kat Times Square sampai pagi. Alang-alang sedih, baik aku betul-betul menyedihkan diri aku kan?
Bila selesai uruskan pasal barang dia, aku ajak Bayou makan sebab aku lapar sangat, pagi tdinya makan muffin aje. Aku beli roti ajelah pasal Bayou kata dia makan kat dalam flight aje nanti. Ya Rabbi mahalnya harga, 2 bijik roti, 2 botol mineral water, sampai $17. Kitaorang lepak-lepak, tak sembang sangat pun, masing-masing melayan kepala masing-masing.
"Joe, kamu bisa ajan (azan) nggak?", Bayou tanya aku.
"Bisa sih, kenapa?", aku tanya dia.
"Kamu tolong ajan nanti bila aku udah mahu berangkat, aku takut sih". Terus aku teringat pasal bus accident tu tuh.
"Ok, ok", aku jawab ringkas jer. "Udahlah, kamu pergi masuk sekarang ajalah, jangan lupa hubungin aku", aku kata.
Sebelum Bayou masuk dia lambai aku, aku anggukkan kepala aje, so aku pun azan. Taklah kuat, takat aku dengar sendiri jer. Tangan pun aku tak taruk kat telinga pun, aku azan tegak jer, macam masa Perdana Menteri nyanyi lagu Negara Ku, waktu perbarisan Kemerdekaan jer gayanya, dengar tak dengar. Malu kat orang-orang sebelah pun satu hal.
Dari luar tu aku boleh tengok Bayou disuruh bukak kasut, stokin, tali pinggang, jam, semuanya lah, keluarkan apa-apa yang ada dalam pockets dia, etc. Lama jugak baru aku nampak dia pakai balik benda-benda tuh, dia tak perasan pun yang aku masih tengok dia.
Bila dia dah hilang dari pandangan aku, baru aku blah, aku turun balik semula ke basement, airmata aku tak boleh nak cakaplah. Aku menangis mengalahkan mak nyah yang tak menang Drag Queen lagi. Sambil turun tangga tuh aku kata, "Oh shit! Oh shit! Oh Shit! kuat-kuat (pernah aku tengok kat filem apa tah dulu tuh, sebijik macam tu lah). Lama tu baru aku teringat, apalah aku nih, baru dua tiga minit lepas, aku dok azan, sekarang dok mencarut pulak. So very real lah aku nih. Sahlah aku nih tak siuman punya orang. Aku terfikir jugak, apa yang buat aku sedih sangat tuh? Semuanyalah, semuanya buat aku sedih. Tak ada benda yang buat aku happy pun masa tu tuh.
Itu yang bila aku nak menyeberang jalan ke tempat tunggu bas tuh aku tak boleh tahan sangat dah, sambil aku kata, "Dah lah Tuhan, aku tak tahan dah nih" Aku tak tahu apa pasal aku cakap gitu tapi apa yang aku tahu, Tuhan faham apa maksud aku.
Kat dalam bas tu aku duduk belakang sekali, seat dia yang tinggi tuh, ada orang naik bas, aku buat muka masam, aku buat muka sombong jer, biar orang tak nak duduk seat dekat aku. Saja jer lah, aku nak duduk sorang-sorang, aku nak layan perasaan aku aje.
Entah kat stesyen mana aku berhenti, aku tengok ramai orang turun, aku pun turun jugak, nasib baik senang jer mencari subway station kat Brooklyn tuh. Kat train subway tu pun aku duduk kat gerabak yang paling last, tak ramai orang. Adalah dua tiga orang yang lain, puas aku cari idea macamana nak kasi airmata aku supaya jangan terus keluar.
Entahlah aku nih, kata aku dalam hati. Menangisnya mengalahkan bapok lagi. Mudah sangat keluar airmata. Walaupun aku ni degil orangnya, walaupun aku nih orang yang berhati batu, tapi sebenarnya aku nih lemah sangat. Orang lain tuh, orang Indo for example, diaorang selamba jer. Tapi betul jugak, aku kan ke Melayu, orang Malaysia, tak biasa dengan benda-benda gini nih. Macam Melayu-Melayu lain jugak, aku ni manja orangnya. Bila ada masalah, tu yang keluar airmata tu agaknya.
Aku seluk pocket beg aku, ada buku kecik 99 Names Of Allah (The AlMighty). Aku baca. Aku ulang.