Monday, September 24, 2012

An Army Of One

05072005


Seronok bukan main harini balik kerja pukul 6, biasanya pukul 9 malam. Dapatlah aku lama sikit berinternet, idea nak tulis kat blog pun banyak pulak ni nih. Tengah lepak-lepak, aku tengok SiKecil kemas-kemas barang. Nadi tanya aku apa pasal SiKecil macam orang nak pindah aje. Aku katalah mungkin dia nak bawak barang dia ke New York sebab bila Bayou berhenti kerja nanti, SiKecil nak pindah ke bilik Bayou tuh, dia nak duduk sorang-sorang (dia tak tahu plan aku nak berhenti kerja jugak), dia tak nak duduk sama aku kononnya. 

"Nggaklah, kelihatannya persis orang mahu berhenti kerja aja, lihat tuh, semua barangnya diangkutin", kata Nadi. 

Aku buat tak tahu aje, masa tu baru balik kerja kan, janganlah kacau aku yang nak berinternet. Muka SiKecil merah padam jer, semuanya dibawak keluar dari bilik kitaorang, tv, air purifier, rice cooker. Semuanya. Kemudian barang-barang tu dilonggokkan depan rumah. Memang sahlah ada benda yang tak kena nih, kata aku dalam hati. 

Sambil menulis blog entry, aku perhati-perhati jugaklah SiKecil, Nadi berkali-kali kata kat aku yang SiKecil nak berhenti kerja. Aku suruh dia pergi tanya sebab aku tak reti cakap Cina, Nadi boleh cakap sesikit pasal dia Cina Indo. SiKecil diam aje. Dalam hati aku rasa macam happy jer, kalau SiKecil blah, akulah manusia paling happy dalam dunia. Dan aku memang nak dia blah pun. 

Walaupun selama ini aku tahu, dalam ramai-ramai tuh (aku, Nadi, Bayou, SiRakus) memang SiKecil lah yang paling settled hidupnya kat sini, dia siap ada semuanya, tv, alat-alat lain. Memang selama ini kitaorang ingat, hidup mati SiKecil tuh memang kat restoran ini. 

Tiba-tiba SiKecil datang dekat aku, dia ambil pen, dia tulis 100-00 kat kertas. Dia tunjuk kertas tu kat aku sambil tangan dia tunjukkan kat tv, air purifier dan dvd player. "Yat, yi, sam", dia kata, sambil tunjukkan barang tuh dan tunding kertas yang ada tulis 100-00 tu kat aku. Aku tak faham. Nasib baik Bayou ada, aku tanya dia, apa maksud SiKecil. 

Lama tu baru Bayou terperasan yang SiKecil nak jual barang-barang tu kat aku dengan harga 100 dollars. TV (48"), DVD player sama air purifier. Aku katalah kat Bayou yang bukan ker aku nak berhenti, apa ke jadahnya nak beli tv pulak? Aku tengok muka SiKecil sedih jer sebab Bayou tak nak beli sebab dia pun dah nak balik Indo, dan Nadi memang kedekut, memang tak nak beli barang dia tuh. 

Aku kata kat Bayou,"Kasihan pulak dengan SiKecil nih, kita beli ajalah barang dia nih, masa (tak kan) dia mahu bawa semuanya ke New York?". Masa tu lah Nadi tanya SiKecil samada dia berhenti atau cuti panjang. SiKecil kata dia berhenti tapi bila ditanya reason, dia tak jawab, dia geleng-geleng kepala jer. Lama jugaklah aku, Bayou dan Nadi bercakap-cakap, diaorang semuanya tak nak beli barang tuh, tapi aku kata, kesian dengan SiKecil. Lagipun bukannya mahal sangat, takat seratus dollars jer kat celah gigi jer untuk 3 barang tuh. Dan, kitaorang pun tak ada tv, dvd. 

Aku kata kalau semuanya tak nak tolong SiKecil, biar aku beli ajelah barang tuh. Nadi sama Bayou terus suruh aku jangan berhenti kerja sebab SiKecil memang confirmed berhenti kerja secara mendadak. Lepas tu baru aku terfikir, baik jugak kalau aku tak berhenti kerja sebab main reason yang aku nak blah tuh, sebab SiKecil. Macamana pun, aku banyak lagi kena fikir benda-benda lain. 

So aku setujulah beli barang SiKecil tuh, aku kata kat Bayou, "Tapi, kasihan jugak sama SiKecil, udahlah berhenti kerja, barangnya banyak amat, dia mahu jual seratus aja. Kok tv tu 48 inci, DVD lagi. Kasi dia 120 dollars lah, uang saku gitu". Memanglah Bayou sama Nadi tak setuju, diaorang kata, bayar seratus sudahlah, apa pulak nak bayar lebih-lebih. 

Aku keluarkan duit dari pocket jeans aku, aku kasi 120 kat SiKecil. For the very first time, dia senyum kat aku. Dalam hati aku kata, "Eeee....baiknya aku nih". 

"Lor, kok kamu baik amat?". Dia sering sepak-sepak kamu, kok dikasi uang?", kata Nadi sambil ketawa. Bayou pun sengih ajelah. Aku pun termalu dan "ter"tersengih jugaklah. Tapi, orang macam aku, pandailah buat ayat cover nya kan? Aku katalah, "Seratus tu memang untuk bayaran harga tv sama DVD tu, yang 20 lagi itu kerna aku senang (happy) dia berhenti". Gelaklah kitaorang. 

Bila dah confirmed yang SiKecil memang berhenti, kitaorang bertiga terus sembanglah, sampai gelak-gelak, SiKecil tak terasa hati kot walaupun mungkin dia tahu yang kitaorang cerita pasal dia. Dia tengah sibuk kemas-kemas barang, mana nak ambik tahu. 

"Udahlah, kamu temanin aku kerja aja, nanti bulan sepuluh ato sebelum Sepak Bola Piala Dunia bulan Mei tahun depan, kita berenti bareng (serentak)", kata Nadi, macam excited jer. 

"Lihatlah nanti aku mau talipun Richard, lihat gimana", aku jadi serba salah jugak sebenarnya. 

"Usah berenti, kamu kerja sini aja, aku bisa berangkat dari sini aja, nggak perlu ke Phila", Bayou kata gitu. Aku tengok airmuka dia dah semacam jer. 

"Eh nggak nggak nggak....., bukan gitu", aku cari idea nak jawab. 

"Bener, aku nggak mahu kerna aku, kamu berenti kerja, nggak enak sih", kata Bayou. 

"Nggak, gini, aku memang mahu berenti, bukan gara-gara kamu. Nanti aku bilang sama Richard yang aku mahu libur (cuti) seseminggu dua. Kalo dia nggak kasi, aku berhenti. Kalau dia kasi, aku balik lagi kerja di sini", aku kata gitu. 

"Pasti dia kasi", kata Bayou. "Cuma aku nggak mahu nanti dia kira aku yang bikin kamu berenti, lagipun aku bisa sih ke New York sendirian nanti", dia kata lagi. 

Aku pegang tangan Bayou, aku hulur tangan aku, aku bersalam sambil genggam tangan dia. Aku kata, "Aku udah janji lah, aku nggak mungkiri janji aku, aku mahu berhenti bukan kerna kamu, itu keputusan aku sendiri. Tanggal 24 kita berhenti".

"Aku nggak mahu kamu nyusahin diri kamu", kata Bayou lagi. Sedih dan serba salah jugak aku jadinya. 

"Aku orang Malaysia lah", aku selalu kata gitu dengan diaorang kalau diaorang tak percaya cakap aku, atau kalau aku nak sampaikan message yang aku tak macam diaorang. Iyalah, kadang tu diaorang ni lembab sangat otaknya. Aku pandang Nadi, aku buat muka seriuos, memang diaorang percaya cakap aku. 

Deep down aku rasa macam bangga jer bila aku kata "Aku orang Malaysia lah" tu tuh, sebab aku tahu, walaupun aku selalu kutuk all things Malaysians, aku selalu cakap kesat, selalu sindir kalau bab-bab Melayu/Malaysia nih, tapi sebenarnya aku bangga jadi Melayu. Aku bangga aku ni Malaysian (masih Malaysian ker aku yang dah tak ada Kad Pengenalan, surat beranaok, driving licence etc ni nih?) 

Kan ker aku dah kata yang aku ni baik orangnya? Orang jer tak tahu. 

Then again, you don't have to be a Malay untuk jadi baik kan? You have to be a Bangla sebenarnya.