Hari ni tadi kerja sampai pukul 6 petang sebab Independence Day. Sibuk jugaklah. Hector adik Richard sama bini Richard ada tolong kitaorang sejak Jumaat lagi pasal weekend ni sibuk sangat, ramai orang datang makan kalau musim-musim cuti.
Di food cout tempat aku kerja nih, dalam sederet tu ada 6 restaurants, Auntie Anne's, restoran tempat aku kerja, The Great Pototo & Steak House, Villa Pizza, Flamers dan Baskin Robbins. Kat restoran-restoran lain memang ramai yang buat kerja part-time, students kebanyakannya. Kat restoran tempat aku kerja aje yang pekerjanya orang Asia, yang kat restoran lain, semuanya Mat dan Minah Salleh.
Except for Baskin Robbins, ada one Asian-looking girl, yang dulunya aku ingatkan orang Filipina. Dia ni kerja part-time, baru masuk kot, adalah empat lima kali aku terserempak dengan dia, aku sure yang dia ni orang Indo, atau mungkin jugak Filipino atau Vietnamese, tapi aku tak berani nak tegur. Pasal aku fikir, tentu dia nih American. Iyalah, dia kerja di Baskin Robbins tu secara legal, tentu dia ada legal papers, budak college agaknya. Macam Mat dan Minah Salleh lain jugaklah kan?
Petang tadi, awek tu datang beli makanan kat restoran kitaorang, aku yang layan. Aku dengar betul-betul dia cakap sebab aku nak agak dia dari negara mana. With her thick American accent yang bukan dibuat-buat, aku tahu yang dia tuh bukan Indon, memang dia American-born Asian, Filipino mungkin. So aku tanyalah dia itu ini, sambil tunggu dia pilih makanan. "Which one is good?", dia tanya aku. Aku dengan Hector jawab, hampir serentak, "Everything's good".
Kemudian aku kata kat Nadi, "Orang Filipina kayaknya, aku kira orang Indo".
Awek tu pandang aku, dia tanya, "Where are you from?".
"I'm from The Philipines", aku jawab sambil senyum sebab aku ingat dia dari Filipina jugak.
"Where are you from, then?", aku tanya awek tu.
"$%$^%-sia", dia jawab.
"Indonesia?", aku terkejut.
"No, MALAYSIA!", awek tu jawab. Rasa nak terpancut kencing aku masa tu tuh. Sebab terkejut.
"Ini orang Malaysia", kata Nadi sambil pegang bahu aku. Aku gelak ajelah tapi dalam hati aku kata, "OH shit!".
Awek tu tak percaya, beberapa kali dia kata, "You guys must be kidding".
"Memang, I'm from Malaysia, saya Melayu", aku kata kat awek tuh. Terkejut beruk dia.
"You Melayu betul ker?", aku tanya dia.
"Ha ah, Melayu betul, you?", dia tanya aku.
"Ha ah, betul-betul Melayu", aku kata. "Give me five!", aku kata kat awek tu yang aku tengok macam tak percaya yang ada Melayu yang kerja a few feet away dari tempat dia kerja. Tangan kiri aku pegang pinggan, tangan kanan aku hulurkan kat dia suruh dia tepuk. Hector, bini Richard, Nadi sama Bayou, semuanya gelak-gelak tengok kitaorang. Termalu aku sekejap.
Terus aje aku bawak pinggan nasi tu ke cash register, tapi sempatlah aku tanya dia sesikit lagi. Dia kata dia punyalah tak percaya yang ada jugak Melayu rupanya di situ selain dia. Dia baru setahun lebih pindahnya. Pindah dari mana aku tak tahu lah. Mungkin jugak student yang kerja masa summer holidays. Itu aku kena usaha nanti tuh.
Lepas tu, aku biarkan ajelah Hector sama bini Richard layan awek tu cakap, aku buat pura-pura buat kerja lain, macam tak kisah sangat gitu. Tapi dalam hati aku bergelora, macam-macam yang aku fikir. Aku kena lari dari sini nih, tak nak lah aku jumpa Melayu.
Entah-entah dia nih ada terbaca blog aku, entah-entah dia nih kenal ramai geng-geng Melayu. Aku fikir jugak, suatu masa nanti sure dia akan terjumpa aku kat internet, suatu hari nanti, kalau tak dia, pasti aku ajak dia keluar makan, jalan-jalan. Dan sure aku akan tercerita kisah aku, dan sure aku akan kasi url blog ini kat dia. Aku tak boleh imagine benda-benda gitu tuh. Aku kena lari dari sini nih, itu fikir aku.
"Aku udah bilang, kalau ada orang Malaysia, jangan bilang aku pun dari Malaysia, kok lu begok amat sih?", aku kata sama Nadi.
"Aku lupa, lagi, cewek tu cakep orangnya. Lu kerja sini aja, mana tahu itu rejeki kamu, kamu bisa kawin", kata Nadi. Amboi, ke situ pulak dia perginya.
"Nggaklah, kamu nggak ngerti, dia pasti punya surat segala, kalau nggak masa dia bisa kerja cara legal, bukan seperti kita yang gelap ini", aku cuba terangkan pada Nadi.
"Jadi, apa masalahnya?", memang dia tak faham.
"Udahlah, kamu nggak bisa ngerti", aku cuba tutup perbualan aku dengan Nadi.
Hector datang kat aku, bini Richard pun sama. "Why didn't you get her number?", dia tanya aku. "Shut your big mouth up!", aku gelak. Diaorang pun gelak. Hector pun katalah yang itu pertama kali dia tengok perempuan melayu Malaysia. Aku kata memang jarang ada Melayu, Cina Malaysia memang ada tapi memang susah nak jumpa Melayu yang kerja di Amerika. Kerja kat food court pulak tuh.
Lepas tu Hector sama bini Richard cakap Cina, sambil tunjuk-tunjuk kat aku. "We are going to ask the girl to work here, we pay better here", kata bini Richard.
"What?", terkejut aku dibuatnya.
"It's good for you", dia kata lagi. Aku tak tahu apa maksud dia tapi aku tengok Hector senyum jer.
So, itu satu hal yang berlaku hari ini.