Monday, September 24, 2012

Wishing I Was Lucky


25072005

Aku rasa lapar sangat, masa nak perkena makanan Malaysialah pulak rasanya. Aku pergi kat deretan tempat restoran Malaysia Proton Saga, tapi aku tengok restoran tu dah tak ada. Instead ada restoran baru, Skyways, restoran Malaysia jugak rupanya.

Aku makan nasi lauk sambal tumis udang. Minum cendol. Ok jugaklah masakannya, ada rasa`masakan Malaysia, ada rasa `santan, rasa`tumisnya. Tengah makan tu aku talipun Nani, beritahu dia pukul berapa aku akan sampai Philadelphia. Biasalah Nani, ada aje yang nak suruh aku beli, dia mintak aku carikan tapis kelapa kat Chinatown. Murah, kata dia. Puaslah aku kata yang aku nak cepat, lagipun tapis tu besar. So aku kata yang aku tak nak belikkan dia.

Tak lama tu dia talipun lagi, kali ini suruh aku beli kuih Cina, macam pau tapi bentuknya lain sikit. Manalah aku tahu kuih apa so aku panggil tokey restoran tuh yang asyik pandang aku aje pasal dia ada dengar aku cakap Melayu/Indo. Aku suruh tokey tu tulis nama-nama kuih yang Nani pesan tuh, tulis in Chinese. Lepas tu aku sembanglah sekejap dengan dia, dia tanya aku macamana cara nak ke a few cities kat North East. Aku ajar dia macamana, naik bas Cina, naik bas Greyhound, cara paling murah, sebab bas Cina hanya pergi ke bandar-bandar besar jer.

Dari satu kedai ke satu kedai, dari kakilima ke kakilima di streets yang lain aku pergi, sambil tunjukkan kertas yang ada tulisan Cina tuh. Semuanya geleng kepala. Bila aku tanya, guna bahasa isyarat, semuanya buat layan tak layan. Mentang-mentanglah aku bukan Cina. Bosan jadinya aku dekat sejam ke sana sini, so aku beli ajelah kuih lain.

Aku tidur aje di sepanjang perjalanan ke Philadelphia. William (suami sementara Nani) belum balik kerja so aku sembang-sembang ajelah sama Nani sambil makan lontong sayur yang tersangatlah sedapnya. Panas dan pedas (taruk sambil jantung pisang), berpeluh-peluh aku makan. Sampai gatal kulit kepala sebab kepedasan, harus cirit aku besok, aku bukan boleh makan pedas sangat. Tapi tak apa, itu masalah besok, nak cirit pun ciritlah.

Sambil tu aku on kan laptop, saja jer lah, aku memang tak boleh online selagi Nani belum tidur sebab aku akan guna dial-up aje, guna AOL. Tiba-tiba aku tengok icon kat toolbar aku berkelip-kelip , laaa, ada wireless signal rupanya. Siapa punya router ni nih, sure neighbour punya kot. Sebab uncrypted, apa lagi, aku masuk ajelah, aku click sana sini sikit.

Memang tak sangka pun, dulu tuh aku tak perasan pun ada signal, memang bodoh aku masa dulu tuh.

Besoknya pagi-pagi lagi aku dah bangun, aku nak keluar, aku ada banyak urusan. Pergi bank kejap, simpan seposen. Then pergi cari tempat yang ada Western Union, nak masukkan seseposen dua kat Trading Account aku kat Brokerage House, sebelum duit aku habis dibelanjakan untuk bebenda lain. Entahlah, malu jugak aku terpaksa guna Western Union, orang lain tuh guna credit cards, wire transfer, benda-benda gitu. Aku tak ada credit cards, debit card even, nak buat wire transfer pun tak boleh sebab diaorang nakkan Social Security Number, manalah orang gelap macam aku nih ada nombor SS. Payah betul jadi penduduk haram di Amerika nih.

Lepas tu aku ke Greyhound Station, aku nak ke Cape May, nak lepak kat pantai ajelah. Badan aku sebenarnya dah rasa lenguh-lenguh, rasa sengal gitu, betul rupanya kata tukang urut semalam tuh. Sampai terkangkang-kangkang aku berjalan, macam orang terberak dalam seluar jer.

First time aku ke Cape May sebenarnya, salah satu tempat percutian popular di sepanjang Jersey Shores. Aku tak buat apa pun, takat lepak tepi pantai jer, sambil baring-baring, nak tidur tak lelap pulak mata sebab panas terik. Dahlah aku hitam, berjemur pulak tuh, bertambah legam aku jadinya. Bila aku rasa muka aku macam dah berkeping sebab panas, barulah aku blah, aku pergi cari tempat makan, tapi tahu ajelah, kalau dah panas, mana lalu makan. Minum ajelah, fries yang aku beli tuh aku taburkan kasi burung makan, ada jugak aktiviti aku rupanya, tengok burung terbang, kasi burung makan.

Aku terus naik bas untuk ke another popular destination, ke Atlantic City. Ramai sikit orang kat sana tuh, jauh lebih sibuk, lebih meriah. Dekat 2 jam jugak perjalanan sebab naik bas yang sangkut-sangkut, yang berhenti kat kampung-kampung kecil di sepanjang pantai. Aku turun kat Trump Hotel & Casino, sebab direimburse harga ticket, aku masuklah ke casino tu untuk ambil duit, $15. So kiranya, free ajelah tambang bas aku harini pasal dapat duit balik. That money was supposed to be gambled, tapi aku simpan aje, aku terus keluar, aku pergi jalan-jalan di Broadwalk. Aku tengok manusia semuanya happy jer, how I wish aku boleh jadi macam diaorang, tapi tak apalah, I'm not lucky today, doesn't mean aku tak akan lucky di masa-masa akan datang kan?


Ralit jugak aku tengok orang yang bermacam ragam kat sepanjang pantai tuh, tak sedar pun dah petang. Aku teruslah pergi ke Tropicana Resort & Casino, lebih dekat, aku naik bas balik ke Philadelphia dari situ ajelah. 

Sampai kat rumah, Nani dah panggil aku suruh tolong temankan dia sediakan bahan-bahan untuk dia buat jualan. Disuruhnya aku kupas (wortel) lobak merah dua guni. Itu untuk isinya pastel (macam karipap). Disuruh aku kupas bawang putih, paling bosannya kerja tuh. Sampai pukul 2 pagi baru siap semuanya, itupun aku kata aku nak tidur, boleh sambung besoknya sebab aku dah ngantuk. 

The next day aku tak ke mana-mana pun, saja nak rileks di rumah, rileks kat bilik. Sedap-sedap masakan nani tuh, cepatlah gemuknya aku kalau macam ini makannya, kata aku dalam hati. Aku notice, kalau aku kat sini, tiap hari aku nak berak, sebab makannya banyak. Tapi kalau kat Maryland, dalam seminggu tu dua tiga kali jer beraknya. Sebab makannya sedikit. Lepas tu aku sambung balik melepak kat bilik, sampai malam. Sampai Nani pun marah dengan aku, 

"Lu ngapain internetan melulu? Aku banting komputer kamu nanti", dia kata. 

"Tenang aja, kok kemaren aku udah seharian keluar, harini aku mahu di kamar aja", aku jawab balik. 

"Iya, kok bantuin aku kek, kok nonton tv kek, ini nggak, ngetip komputer aja kerjanya", kata Nani. 

[Nani nih, emak sedara Andy S, kawan baik aku dulu. Dia nih kasar orangnya, bahasa dia sarkastik gila. Tak ramai orang yang suka dengan dia nih, jenis kekwat, jeis mulut celupar, jenis Cik Woks. Jenis-jenis gitu lah. Surprisingly, dengan aku, dia boleh ngam pulak. Or rather aku boleh ngam dengan dia, walaupun kat belakang-belakang aku dia selalu kutuk aku tapi aku tak ambik hati pasal memang dia macam tuh orangnya. 

Memang selalu aku melepak kat rumah dia, tolong-tolong dia buat kuih. Tolong-tolong dia pergi beli barang. ]