Monday, September 24, 2012

No Matter What



Aku turun kat Canal Street, jauh jugak berjalannya ke tempat tunggu bas di Chinatown tuh, aku dah lah lapar, tapi tak ada selera nak makan, lagipun aku takut ketinggalan bas, dah dekat pukul 10 malam. Nasib baik ada bas terakhir, dah nak penuh pun dah, kena duduk belakang sekali, kat tandas. Punyalah hancingnya bau tandas bas Cina tuh.

Aku saja jerlah bukak laptop, cadang nak dengar lagu, nak tenangkan fikiran. Tengok-tengok ada wi-fi signal, so bolehlah aku online sebelum bas bertolak. "Itu tandanya ko menghargai persahabatan ko", kata pengikut-pengikut aku. Lega teramat aku bila dengar tuh, at least aku tahu yang aku ni sensible punya orang. Then line terputus sebab bas dah mula bergerak. 

Sepanjang perjalanan ke Philadelphia, aku tak tidur pun, aku dengar satu lagu Raya tu jer, lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf tu jer. Aku ulang sampai puluhan kali, if not ratusan. Aku teringat Bayou kata, dia balik Indo sebab dia dah tak tahan dah 5 tahun dia tak beraya sama anak bini. Aku biarkan aje airmata aku keluar di sepanjang perjalanan tu tuh. Bukannya ada orang nampak, sebab gelap. 


"Ngapain kamu seperti orang gila ngantarin temen kamu sampei New York? Dia nggak bekalan ingatin kamu sih. Dia ada kasi kamu uang? Berlagu orangnya temen kamu tu. Celana dalamnya yang masih baru-baru, dibuangnya aja" kata Nani. 

[Translation, kalau ikut gaya aku tulis: Pasal ko macam orang gila jer sampai hantar member ko ke New York? Dia tak akan ingat ko nyer lah. Dia ada kasi ko duit ker? Member ko tuh berlagak orangnya. Spender dia yang baru-baru, dia buang gitu jer"] *Ini sure Nani selongkar trash bin nih*

Aku tak sempat bukak kasut pun, dia dah cakap gitu tuh. Aku baru jer kering airmata. Aku senyapkan ajelah. Sebelum ambil teksi tadinya tuh aku ada singgah kat WaWa (macam 7-Eleven) beli tuna sandwich, tapi sebab Nani nak cuba, aku tukar ajelah dengan dia. Aku makan nasi lauk yang dia masak, sambal tumis sotong. 

"Kamu ni tolol. Urusan kamu di sini belum selesei, kamu mati-matian bantuin temen kamu. Percuma aja, dia udah nyampei Indo udah nggak peduli sama kamu lagik. Dia bukan saudara kamu. Tolol!", Nani gelak-gelak. 

"Udah, itu urusan aku, kamu jangan masuk campur. Dia temen aku", aku jawab gitu. 

"Dasar tolol! Orang Malaysia tolol!", dia gelak lagi. Terbakar sangatlah aku kan? Aku terus berhenti makan, aku basuh tangan, aku bawak laptop aku naik masuk ke bilik. Di tangga, aku kata, "Kerna itu ramei orang nggak senang sama kamu sih, kamu nyebelin [from the word sebal, buat kasi orang sebal/geram/marah]", aku sindir dia. Aku tak online pun, lepas mandi semuanya, aku terus tidur aje. 

Besoknya pagi-pagi lagi aku dah keluar, malaslah aku duduk di rumah, sure Nani suruh aku buat itu ini, sure dia mengutuk aku lagi, sindir-sindir aku. Aku ke SprintPCS office sebab nak tamatkan service cellphone Mus yang aku masih bayar bill bulanannya. Tak boleh, kata kerani tuh, unless aku talipun customer service dan pretend yang aku tuh Mus. Nasib baik aku tahu password untuk Mus punya account, so aku menyamar jadi dialah. Aku kata aku nak balik ke Indonesia for a few months, up to a year, so aku nak tamatkan service talipun tuh. Sebab Mus punya contract pun dah lebih dari 2 tahun, diaorang waive kan ajelah fees yang sepatutnya kena bayar kalau nak tamatkan service talipun, $150. 

Lepas tu aku terus ke main library kat Ben Franklin Parkway, aku cadang nak lepak kat library ajelah, panas sangat kat luar. Lepas internet guna pc library, aku bukak laptop, tak ada pulak wi-fi signal, so aku tak boleh nak online, aku cadang nak mula taip entry blog aku. Tapi satu ayat pun tak keluar, satu ayat pun aku tak boleh susun. Akhirnya aku tenung ajelah laptop tuh, fikiran aku tah ke mana melayangnya. Sampai habis bateri laptop akhirnya. Satu apa pun tak menjadi. 

Aku keluar akhirnya, aku pergi makan kat satu kedai fast-food yang aku tengok pekerjanya semuanya orang Pakistan. Macam layan tak layan jer diorang tuh, kalau aku yang kerja di situ, aku tak buat gitu pun, aku layan orang cepat-cepat. 

Then aku ke Kinko's, buat pura-pura nak buat kerja, tapi sebenarnya aku nak charge battery laptop aku. Nak online tak boleh pulak pasal tak ada signal, nak guna pc kat situ, mahal nak mampus, $0.40/minit. Tak ada apa pun nak buat online. Lepas tu aku lepak-lepak ajelah kat situ, masuk Marriott Hotel, masuk Starbucks, tengok-tengok orang. 

Bosan yang teramat, aku keluar jalan pergi park, aku tidur kat atas bangku, tidur betul-betul tidur. Beg laptop aku jadikan bantal. Ramai yang tidur kat park tu tuh so aku tak kisah sangatlah. 

Dah lapar aku terus ke Chinatown, pergi Penang Restaurant, makan mee kari. Then ke internet cafe, upload gambar-gambar yang kat laptop. Rasa macam bodoh jer sebab kat cafe tuh aku bayar, tapi aku surf guna laptop sebab ada wi-fi signal. Nak guna pc kat situ tulisan Cina semuanya, payah aku nak mengagaknya walaupun aku dah tukar ke English punya, masih banyak tulisan Cina. 

Dah petang baru aku balik ke rumah Nani, aku tengok dia macam senyap jer, aku pun senyap jugaklah. Buat kerja pun hempas itu hempas ini, cuci pinggan mangkuk pun kuat aje bunyinya . Macam Mak Mertua marahkan menantu jer rasanya. 

Aku lepak sampai malam, then baru aku cuba talipun tuan rumah tempat apartment aku, nak mintak kunci sebab nak pindahkan barang aku. Dia dah tidur, yang jawab talipun tuh macam marah dengan aku sebab hari-hari kacau dia, talipun memalam. Bengang jugak jadinya pasal sewa apartment tu aku bayar, tapi tak tidur di situ, instead tidur kat rumah Nani. 

Then aku cuba lah nak tulis apa-apa kat blog, tak jadi apa pun. Puas aku cuba-cuba tulis, tak jadi apa pun, fikiran aku masih berkecamuk rupanya.

William dah balik kerja agaknya, aku dengar riuh rendah bunyi Nani mengomel, biasanya taklah sekuat itu. Aku buat selamba ajelah, lama jugak dengar suara dia yang lantang tuh walaupun aku tak dapat agak apa yang dia bisingkan, iyalah, aku tengah dengar lagu, bunyi air-cond lagi, pintu pun aku kunci. Tak lama tu pintu bilik aku diketuk kuat, "Joe, buka pintu Joe", aku dengar suara Nani. Lama baru aku bukak, aku buat pura-pura aku baru bangun tidur. 

"Joe tolong aku Joe, apalah nasib aku gini, tolong teleponin 911 dong", Nani menangis-nangis sambil tangan dia ditaruk kat bahu aku, kepala dia, dia sandarkan ke badan aku. Aku serba salah jadinya, aku aku tolak dia, suruh dia duduk di katil. 

"Koq kenapa sih?", aku tanya dia. 

"Si William bajingan tuh, dibantingnya telepon....blah blah blah", aku tak faham sangat pun apa puncanya sebab Nani cakap sambil menangis terisak-isak. Mulanya aku nak buat tak faham jer, pasal aku ingat itu macam lakunan dia jer sebab nak ambik hati aku balik, kononnya. Tapi bila aku dengar cerita dia, baru aku tahu yang dia serious. 

"Ngapain mahu telepon 911, nanti kita jugak susah, kita nggak punya surat segala", aku kata. 

"Biarin, biarin aku didepor(t), pastinya sibajingan tu ditarik asilum (asylum) nya, biar dia rasa", kata Nani.

Serba salah aku dibuatnya, aku jengok jugak bilik tidur diaorang, aku nampak William tengah duduk di birai katil sambil menongkat dagu. Macam-macamlah Nani cerita dengan aku, dalam isak tangis dia, aku masa tu tengah online, tengah chat kat tagboard. Sekali-sekala aku mencelah jugaklah, aku suruh dia tidur di bilik aku tu aje, aku boleh tidur kat kerusi di bawah aje. 

So aku tenangkan Nani, aku bukak pintu, aku cakap kuat-kuat supaya William boleh dengar. Aku suruh Nani tidur, aku suruh dia bawak bertenang. Bila Nani masih jugak berdegil, aku terus turun ke tingkat bawah, sambil kata, "Itulah kamu, langsung nggak fikirin orang, kasihanlah aku, nanti kalo William marah, pasti aku pun dimarahin".

Dia ikut aku turun, dia suruh aku betulkan talipun yang terburai sebab kena hempas dek William. Lepas tuh dia mulalah menalipun keluarga dia, adik dia, di Indo. Aku dengar ajelah cerita dia, sebenarnya William marah sebab Nani perli dia. Bini William (di Indo) ada talipun, itu yang Nani bengang tuh, bila dia sindir William, naik anginlah jadinya dia tuh, habis dihempasnya talipun, ditendangnya tv. 

[Kisah orang-orang Indo yang di sini nih mengerikan, yang dah ada laki bini tu biasanya nak ada laki bini jugak kat sini, macam-macamlah cerita-cerita yang kadang tu buat aku takut, macam tak percaya mendengarnya. Iyalah, kalau dibandingkan dengan kita orang Malaysia yang biaa-biasa nih, kita nih ibarat drama swasta yang boring yang kat RTM tuh. Diaorang, cara hidup diaorang, mengalahkan cerita-cerita seram The Amytyville, Nightmare On Elm Street lagi.]

Bosan melayannya, mendengar cerita Nani, aku kata aku nak tidur ajelah, aku masuk bilik semula, aku tutup, kunci bilik, bila Nani ketuk bilik, aku buat tak tahu jer, sure dia ingat aku dah tidur.