Monday, September 24, 2012

Antara Dua Darjat

13072005


Sejak duduk berdua dengan Nadi, aku selalu pulak lepak kat bilik jer. Dulu aku lepak kat luar aje, then bila SiKecil keluar, dan Nadi duduk sebilik dengan aku, aku pun masih duduk kat luar jugak sebab ada meja dan kerusi. Tapi aku kesian kat Nadi pasal dia yang terasa, dia lepak kat katil tengok tv jer kerjanya. 

Iyalah, dia belum kenal aku sangat, dia ingat aku macam tak suka pulak dia sebilik dengan aku. Aku duduk kat luar, dia pulak yang tengok tv aku. So aku selalulah lepak kat bilik lepas tu, surf sambil toleh-toleh tengok tv. Pak Tua, SiRakus macam pelik jer sebab aku melepak bilik aje, biasanya selama ini aku masuk bilik untuk tidur aje. Aku rasa aman sebenarnya sejak SiKecil tak ada nih. 

Pak Tua dah tahu aku nak cuti seminggu, Hector pun sama, cuma dia cuba nak kecek aku supaya aku cuti seminggu lebih awal dari Bayou, jangan cuti masa Bayou blah nanti. Tak boleh, aku kata. Dah lama plan, mana boleh tukar-tukar ikut suka dia. Lagipun he doesn't really know, Hector, he's not that close to us, dengan dia aku takat sembang-sembang gitu aje. Apa-apa hal, aku lebih suka deal dengan Richard jer. 

Bini Richard kasik aku hadiah itu hari, bukan hadiah apa, dia kasi cookies. Beli masa dia ke New York minggu lepas. Entah apa pasal aku pun tak tahu, tiba-tiba aje. Bayou kata, itu sure Richard yang talipun suruh bini dia belikan aku something tuh.Salah satu aktiviti pengipasan bontot aku lah tuh. Rasa tak sedap hati jer aku  sebab Bayou sama Nadi tak dikasi apa pun, so aku bukaklah kotak tuh, ada tanda harga sekali, $45-00 for a box of cookies, mahal amat. Aku belek-belek, aku tengok, Made in Israel. Ish, ada masa jugak nak buat cookies diaorang ni nih rupanya, ingatkan asyik dok perang jer. So aku makan sama diaoranglah cookies tu tuh. 

Tengahari tuh, waktu Pak Tua tak ada, aku cadang nak keluar buat pura-pura ambil angin sambil hisap rokok. Aku tak nampak pun bini Richard panggil aku, so aku terus jalan ajelah. Kat dapur, dia pegang tangan aku, dia pegang bahu aku. Buang tebiat ker dia ni nih, kata aku dalam hati. 

Dia ajak aku pergi Baskin Robbins sebenarnya sebab dia nak belanja aiskrim. So aku pergi temankan dia lah. "Where's that Malaysian girl?", dia tanya aku. Laaaaa, ada udang di sebalik batu rupanya. Kebetulan awek tu tak kerja itu hari, she works weekends jer kot.

Kedekut jugak bini siRichard tu tuh, dia nak belikan aiskrim untuk kitaorang yang kerja bahagian depan jer, dia tak nak belikan untuk orang yang kerja di dapur. So aku kasilah duit sebab dia bawak pun cukup-cukup jer. 

Lepas tu Bayou dengan Nadi asyik dok kenen aku dengan bini SiRichard jer jadinya sebab macam obvious sangat yang dia nak buat baik dengan kitaorang, dengan aku especially. Bukanlah aku perasan, cuma aku terperasan. Aku biasa jer, dia ajak sembang, aku sembang. 

"Joe, coba kamu nanti kalo bini SiTogak lihat kamu, kamu pegang kontol kamu, kamu gosok-gosok kontol kamu. Kamu lihat, ada respon nggak?", kata Bayou. 

"Biar aku sama Bayou ke dapur, biar kamu berdua aja, kita lihatin", Nadi pulak menambah. 

"Dia kelihatannya seperti orang kehausan aja, udah lama di tinggalin SiTogak sih", kata Bayou. Memang, dah lama jugak Richard di texas, tak balik-balik lagi nih, not until August aku rasa. Aku sengih ajelah pasal diaorang berdua tuh, memang cakap kotor jer kerjanya. Orang yang dah kawin, yang berjauhan dengan bini pulak tuh, memang gitu. 

Si Hector pulak lain caranya, dia nampak macam nak ajak aku sembang-sembang tapi sebab dia ni jenis yang kalau kita tak mulakan dulu, dia akan senyap ajelah. Tak pernah pun aku mulakan dulu, so basically kitaorang diam ajelah memasing. Kalau dia buat lawak ker apa, aku takat gelak-gelak gitu, kalau dia tanya itu ini aku akan hanya jawab sikit-sikit jer. Memang aku tak cuba nak buat baik sangat dengan dia. 

Dia masa nak mengecek aku suruh tukar cuti, punyalah susah nak mengeluarkan kata-kata. Dia ingatkan aku ni mata duitan sangat, dia kata rugi aje aku cuti sebab tak dibayar gaji. Might as well kerja. Aku tak kisah kalau tak kerja seseminggu dua, memang niat aku nak ambil a few weeks break, itu yang buat aku nak berhenti dulu tuh. 

Tak sangka pulak diaorang boleh bertolak ansur kasi aku kelepasan. Kuat jugak bargaining power aku nih. Iyalah, orang harapan, orang yang disayangi segenap lapisan masyarakat macam aku ni nih kan. 

"Sayang banget mereka sama kamu Joe", kata Bayou. "Selama 3 tahun aku kerja, belum pernah ada yang disayang seperti kamu, amat ketara sekali sih". kata dia lagi. 

"Pasti dong, nanti kamu udah mahu pulang, bukan gampang bisa cari orang yang bisa kerja lama di sini. Lagipun mereka lihat kita akrab amat", kata Nadi. 

"Nggaklah, biasa aja", aku tak tahu apa nak jawab sebenarnya. But deep down aku tak suka diaorang lebih-lebih sangat, buat selamba aje lah patutunya. Aku tahulah nak bawak diri, tak payahlah nak buat baik yang terover sangat. 

Tapi dalam tiga-tiga tuh (Pak Tua, Hector, bini Richard), aku rasa Pak Tua masih memendam rasa. Walaupun dia macam lepas tangan dah pasal kerja-kerja di bahagian depan, tapi ada a few times I caught him jeling-jeling nak tengok makanan yang aku serve (banyak sangat kot), ada beberapa kali Bayou sama Nadi terserempak tengok Pak Tua yang monitor cctv masa aku jaga cash register. Biasalah tuh. 

-----------------------

Itu hari aku ada terserempak dengan awek Malaysia yang kerja kat Baskin Robbins tuh. Dia lalu depan tempat kitaorang, aku tak perasan pun, Nadi dengan Bayou yang tersiul-siul. Malu budak tu jadinya, aku sengih ajelah. Bayou cuba-cuba cakap guna Bahasa Melayu, tapi tak jadi, lawak sangat bunyinya, alah, macam orang Indo di Malaysia yang nak cuba cakap Melayu tu lah. Terlebih idgham, sampai aku jadi bengang sebab merosakkan bahasa. 

Macamana pun, berdegup jugaklah jantung aku bila budak tu senyum kat kitaorang. Bayou kuis-kuis kaki aku suruh aku tegur, suruh aku mengorat budak tuh. Malaslah, bukan apa, budak lagi kot. 

Malam tu, sebelum mall tutup, aku ternampak dia dengan keluarga dia (agak aku lah). Nampak dari jauh aje. Mungkin emak dia Melayu, bapak (tiri) dia Mat Salleh kot, tak berapa jelas sebab dari jauh. Lagipun, bukan aku sorang jer yang jeling-jeling gitu tuh, Hector pun sama. Aku taknak lah Hector pun terperasan aku menengok budak tu tuh, so aku takat jeling-jeling gitu aje. Jadi, aku buat andaian yang emak budak tu kawin dengan American, sebab budak tu tak ada pun gaya macam Pan-Asian, memang muka Melayu. Jauhlah mancungnya hidung aku dari hidung dia. 

Aku ada terfikir jugak, budak tu sure tak cerita pun dengan emak dia yang there's a Malay yang kerja di mall tuh, aku. Sebab, bagi aku, biasanya , kalau keadaan-keadaan macam ini, pasti Melayu akan tertanya-tanya, pasti mahu tahu, pasti ke tempat aku. Tanya-tanya gitu tuh. Tapi emak budak tuh tak ada pun datang nak merisik khabar ker apa ker. Sah lah dia tak tahu, mungkin budak tu tak cerita pun kot. Aku jer yang dok cerita sampai ke pelusuk dunia yang aku ada jumpa Melayu, diaorang macam tak kisah apa pun. Tak tahulah, entah-entah emak budak tu pun jenis yang tak nak jumpa Melayu jugak kot. 

Memang ramai budak-budak colleges yang kerja di mall ni, yang bukan students pun sama ramai jugak. Dalam ramai-ramai tu ada jugaklah yang selalu tegur kitaorang, yang lainnya takat senyum-senyum gitu ajelah. Ada one girl ni, Tracey nama dia, memang aku menyampah sangat menengoknya. Bukan apa, aku tak suka sebab dia nampak macam murah sangat. Dengan semua orang dia nak tegur, dia nak peluk. Macam manja-manja gitu kononnya. Tapi dia macam buat-buat jer aku rasa. 

Apa yang buat aku tak suka, dia kalau jalan tu muka dia dongak, lepas tu sengih memanjang, tegur sana tegur sini. Terkedek sana terkedek sini. Tanya pun benda-benda bodoh, sembang benda-benda remeh macam budak-budak. Aku meluat sangat kalau orang sembang benda-benda yang tak menggugat minda. Bosan teramat aku menengoknya, itu pasal aku buat macam kenal tak kenal jer, aku tak buat macam nak berbaik pun. 

Dengan Bayou aje dia selalu sembang, Bayou layan gitu-gitu aje sebab dia tak berapa faham sangat. Tracey ni syok kat Hector sebenarnya, selalu sangat tanya pasal Hector, kalau Hector ada, selalulah dia datang menampakkan muka dia. Cuma Hector ni pun tak suka kat dia, macam layan tak layan gitu aje. Tegur pun takat nak ambik hati jer. Bukan setaraf dia kot, sure dia nak cari Cina jugak untuk dibuat bini. Americans, diaorang tak kisah sangat benda-benda gitu tuh. tu yang Tracey cuba nak mengorat Hector tu tuh. 

Tapi itulah, Tracey yang terkedek-kedek itu ajelah yang nampak macam selalu tegur kitaorang, yang lain tak ada sangat pun. Bukan tak ada yang lawa, kat The Coffee House tu for example, awek-awek yang kerja situ semuanya lawa-lawa, pakaian masing-masing bukan main lagi lah. Tambah-tambah sekarang ni summer, masing-masing pakai sikit-sikit jer, sunglasses taruk kat kepala (masa kerja), bergaya habis. 

Aku selalu cakap kat Bayou, diaorang tu kalau ke Hollywood, sure ada harapan jadi terkenal. Satu orang tu ada mirip Britney Spears betul. Itu yang aku pelik, apa yang diaorang buat kat small town nih, tak ada prospek. Kalau aku jadi diaorang, dah lama aku naik bas Greyhound membawak diri ke Hollywood. Cuba nasib. Or at least cuba nasib kat New York City, bukannya jauh dari sini. 

Petang tuh, waktu tak ada orang, masa Pak Tua pun tak ada, aku buat pura-pura keluar nak buang sampah. Dapat jugak aku hisap rokok, dapat tengok luar sikit. Tracey ada kat belakang mall tuh, tengah hisap rokok, sama Olivia, minah yang kerja bahagian maintenance kat mall tuh. Tukang sapu, tukang bersih mall. Diaorang tengah sembang apa aku tak tahulah tapi sebab aku selalu jugak tegur Olivia, rasa tak baguslah kalau aku terus blah jer. So aku lepak dengan diaorang sekejap. 

Tak sempat aku nak bertenggek duduk kat atas tembok tuh, Tracey kata kat Olivia sambil tunjuk aku, "He's my man when he becomes legal". "What?", aku tanya dia, buat-buat tak faham. Olivia gelak aje. Dia ulang lagi kata ayat tuh, sambil gelak-gelak. Aku buat diam ajelah, aku tak tahu apa nak jawab sebenarnya, dan aku tak nak lah nampak sangat macam terkejut yang diaorang tahu aku nih illegal. 

Tak lama lepas tu aku blah, aku cerita kat Bayou. "Kok mereka bisa tahu kita orang gelap?", Bayou tanya aku. "Nggak tahu, mungkin mereka tahu, mereka bisa agak sih kerna kita aja orang asing yang kerja di sini", aku jawab. 

Memanglah ramai sebenarnya orang asing, orang luar yang datang ke mall tuh. Diaorang tourists. Tapi yang kerja kat mall tu tak ramai orang asingnya, kalau ada pun, legal resident. Kitaorang aje yang lainnya, segala-salanya lain, so memanglah aku boleh agak yang ramai staff kat mall tu yang tahu kitaorang nih tak legal. 

Tak apalah, kalau setakat tahu gitu aje tak apalah. Pasal itulah jugak agaknya diaorang pandang kitaorang macam nak tak nak jer selama ini. Patutlah diaorang pandang kitaorang ni semacam jer.