Monday, September 24, 2012

Tears On His Pillow

03072005

Semua orang dah tahu yang Bayou akan balik ke Indo pada 26 July nanti dan dia punya last day hari Ahad 24 July. Tapi tak ada siapa pun yang tahu aku most probably akan keluar sama dengan Bayou, kecuali aku, Bayou dan Nadi. Nanti next week aku akan talipun Richard yang sekarang ini berada di Texas.

Sejak kebelakangan ini, Pak Tua memang buat baik sangat dengan aku, dia macam cuba nak ambik hati aku. Dia cuba nak bergurau dengan aku, dia tak kisah sangat dah benda-benda remeh yang terpaksa kitaorang buat untuk melayan orang yang datang makan.Iyalah, kadang-kadang tu ada yang mintak lebih, ada yang nak itu ini. Kalau dulu, Pak Tua selalu tegur, selalu komplen, tapi sekarang dah tak begitu. Memang serba salah jugak dibuatnya kalau customers mintak benda yang bukan-bukan.

Deep down aku tahu, aku lah orang harapan yang akan gantikan Bayou. Aku boleh agak yang Richard ada talipun Pak Tua suruh dia jangan banyak sangat "kacau" kitaorang, aku sama Nadi, dan Bayou. Sebab kitaorang tahu apa yang nak buat. Cuma Pak Tua yang agak tamak tu jer yang kadang-kadang masuk campur, walaupun dengan aku sama Bayou dia macam tak berani nak tegur, Nadi yang selalu jadi mangsa. Tak apalah sebab Nadi orang baru.

Macamana pun, kitaorang gelakkan aje dengan telatah Pak Tua tuh, memang dia selalu jadi bahan ketawa kitaorang yang tersangatlah bosannya dengan keletah dia.

"Pak Tua mau berbaik sama kamu, Joe", kata Nadi.

"Udah telat (terlambat)", aku jawab.

"Lagipun, mereka nih nggak ikhlas, kerna terpaksa aja", aku jawab lagi.

"Bener sih, kerna mereka butuhkan kita, kerna mereka nggak mahu cari orang baru, kerna itu mereka cuba berbaik sama kita. Sekarang bukannya gampang mahu cari orang yang bisa kerja begini", kata Bayou.

Memang aku akui yang semenjak dua menjak nih, Pak Tua macam cari jalan aje supaya aku happy kerja di restoran tuh. Pernah dia tepuk-tepuk bahu aku, dia peluk-peluk aku, pernah sekali dia usap kepala aku dua kali bila mop lantai yang dia hulurkan kat aku tuh terkena kepala aku. Tapi aku buat diam jer. Tak ada response pun dari aku. Kalau dia buat lawak tuh, aku takat gelak sesaat dua, gelak untuk ambil hati dia aja. Bukanlah sesuatu yang biasa kalau Pak Tua buat lawak dengan kitaorang.

Tapi, aku ni biasalah kan, perangai Melayu aku tuh masih kuat lagi. Mudah kesian dengan orang. Aku kesian sebenarnya dengan Pak Tua yang kalau ditengok sekarang, memanglah teramat baiknya. Kalau dia nak ke WalMart, dia tanya kitaorang kalau ada apa-apa yang kitaorang nak kirim. Kalau makan, dia suruh makan banyak-banyak, kalau kitaorang tak buat kopi, dia yang beria-ia suruh buat kopi. Kadang tu kat rumah, dikasi buah-buahan, jajan.

Bukan aku tak kesian dengan dia yang berusaha sedaya upaya tuh. Macamana pun, dia berlakun aje. So aku pun berlakun jugaklah.

Tapi kan, walaupun sifat keMelayuan aku tu masih kuat, mudah sangat kasihankan orang, tapi aku jugak berdendam sebenarnya. Ha, itu baru betul-betul typical Melayu kan? Berdendam kesumat. Aku ingat apa-apa yang Pak Tua buat aku marah, aku tak lupa apa-apa yang dia buat aku bengang, dia marah aku, dia tak percaya aku, dia kutuk aku. Aku tak akan lupakan semuanya tuh. Dah lama dah aku pendamkan semuanya tuh. Aku diamkan aje.

Jadi, aku macam di persimpanagn sekarang nih, hati aku yang baik kata kasihan dengan Pak Tua, on the other hand, hati aku yang busuk masih berdendam. Walaupun aku sedar, sebagai seorang Boss, dia berhak treat anak buah dia ikut cara dia. Tapi, Richard tak pulak gitu, dia baik dengan kitaorang, he cares about us, he tries to make kehidupan kitaorang tak bosan sangat, dia kasi wireless internet, for example. Tapi, mungkin jugak sebab dia jarang ada di sini, itu pasal.


Bayou sama Nadi pun setuju dengan aku yang diaorang ni nampak benar cuba berbuat baik dengan aku. Bayou setuju sangat aku berhenti sama dia sebab dia nak ajar sikit Pak Tua, biar susah nanti kedua-dua orang kanan dia berhenti kerja serentak. Lagi satu, sebab dia sebelum Ke JFK Airport nanti, dia nak lepak dulu di bilik aku di Phila. Nak jalan-jalan.

Nadi pulak ajak aku teruskan kerja di situ pasal dia tak ada kawan, takut nanti kalau orang baru, tak sekepala pulak. Dia pun memang cepat bosan punya orang, dia kata kalau dapat kerja sesepuluh bulan di sini pun dah kira ok sangat dah. Lagipun, Pak Tua dah baik sangat dah, apa lagi yang buat aku nak berhentinya kan? Tapi itulah aku, sebaik mana pun sekarang, aku akan tetap ingat benda-benda yang tak baiknya yang pernah aku alami dulu, hati busuk aku lebih kuat dari hati baik aku rupanya. Buatlah baik mana sekalipun, aku buat tak tahu aje, aku akan lebih terasa`hati sebenarnya sebab dia ingatkan aku ni bodoh sangat, kena jilat sikit dah kembang.

Minggu lepas, ada sekali tuh, aku rasa Pak Tua marah sangat, tapi dia pendamkan aje. Tak tahulah. Pagi, waktu breakfast, sebab bosan sangat hampir setiap hari makan mee tepung yang dicelur tu tuh (tepung yang diuli kemudian dipotong panjang, dicelur/rebus), bila Pak Tua tak nampak, aku terus buang aje. Sebab waktu tuh, aku makan lambat sikit, ada orang datang nak beli minuman so aku terpaksa layan. Nadi sama Bayou buat tak nampak jer.

Bila aku makan, mee tu rasa dah jadi macam lintah yang kena rebus, macam lekat kat tekak aku. So aku buanglah semangkuk mee tu, aku buang kat discharge outlet yang kat lantai kat tepi tempat aku makan. Memang selalu jugak aku buang aje makanan yang meloyakan aku. Mee tu jadi kembang, tersumbatlah outlet tu tuh.

Siang tu ok jer, tapi bila malam, macam tersumbat jer, air bertakung jer. Aku dah cuba tonyoh-tonyoh, tapi sebab mee tu banyak dan dah membiak, air tak lalu dengan laju. Pak Tua terperasan agaknya, dari monitor tv (cctv) kat dapur masa aku tengah cuci periuk belanga, aku tengok jer dia terbongkok-bongkok mencuci outlet tuh. Dia seluk pakai tangan jer, di jirus, disembur dengan air. Lama jugaklah.

Nak tergelak jugak rasanya, at the same time rasa`panik jugak pasal aku sure Pak Tua boleh suspect aku pasal memang aku punya kerja lah tuh. Pernah jugak dia ternampak aku buang jer makanan yang dia kasi tuh.

Tapi bila aku fikir balik yang Pak Tua tentu fikir yang takkan lah aku sebodoh itu nak buang kat outlet tuh benda sebanyak itu, aku rasa lega sikit. Iyalah kan, Pak Tua tak lah busuk hati sangat, nak syak wasangka memanjang kan?
Nadi yang jadi paniknya, dia kata, kalau Boss di tempat lain tuh, sure dah mengamuk gila.

"Kamu lihat itu Joe, Pak Tua nggak marahin kamu, dia sabar orangnya. Kalau di restoran lain, kamu bisa dipecat, kalo gitu".

"Pak Tua makan hati, gara-gara kamu", kata Bayou.

"Emangnya selama ini aku nggak makan hati?", aku kata gitu, kitaorang gelak aje lah.

"Udahlah tu, Pak Tua nggak bisa tidur malam mikirin kamu. Nanti kalo dia tahu kamu mahu berhenti, pasti dia nangis-nangis pujuk kamu", kata Nadi. Kitaorang gelak jer lah.

Entahlah, aku tak tahu, tengoklah minggu depan, tengoklah apa kata Richard. Aku nak beritahu dia yang aku dah bosan kerja di sini, kalau dia tanya beria-ia, aku nak katalah yang aku tak suka dengan SiKecil. Aku tak akan cakap yang Pak Tua punya hal pun, as one of the reasons aku nak berhenti.

On second thought, aku dah tahu apa pasal aku selalu sangat pening-pening lalat sekarang ni nih. Masuk angin kot. Sebab Pak Tua selalu sangat kipas bontot aku kan?