Sejak aku duduk di sini, di rumah Pak Tua nih, belum pernah pun aku pindah bilik. Dari hari pertama aku di sini, setahun lebih yang lalu, sampailah sekarang, aku tetap di spot, di bilik yang sama.
Waktu SiKecil masih ada dulu, memanglah aku rasa tak seronok sangat sebilik dengan dia. Kalau bukan Bayou yang waktu tu beria-ia nasihat aku suruh sabar, memang dah lama aku berhenti kerja dulu tuh. So for about 5 months aku duduk sebilik dengan SiKecil dalam keadaan yang amatlah tak amannya.
Dan bila SiKecil berhenti kerja secara mendadak, Nadi pulak pindah bilik, nak duduk sama aku sebab dia tak suka sebilik dengan SiRakus. Tak ada apa sangat yang nak dikomplen, biasa aje. Takat benda-benda kecik biasalah, orang lelaki tak kisah sangat pasal benda-benda kecik gitu tuh. Aku rasa aman juga duduk sebilik dengan Nadi, tak ada rasa pressure apa pun. Dia buat hal dia, aku buat hal aku.
Dan bila Bayou balik Indo, Nadi pindah ke bilik kecil yang Bayou duduk dulu tuh. Dia kata, lebih baik duduk sorang-sorang di bilik yang walaupun kecil, tapi ada privacy. So for a few days aku duduk sorang-sorang di bilik besar. Sepatutnya aku yang pindah ke bilik kecil tuh pasal aku orang paling lama, tapi sebab Nadi yang mintak dulu, Hector suruh dia pindah ke bilik tuh.
Sebenarnya Nadi pindah sebab dia ingatkan dia selalu kacau aku tidur sebab dia tidur biasanya pukul 2 pagi, dia tengok tv jer kerjanya. Dia ingatkan aku tak dapat tidur. Lagipun dia berdengkurnya kuat, so dia ingatkan aku selalu terganggu. Itu yang buat dia mintak pindah ke bilik kecil tuh.
Pada fikiran aku, kalau ada tukang masak yang baru, sure akan disuruh duduk sebilik dengan tukang masak yang lagi satu, sama-sama satu bilik. Tapi salah pulak perhitungan aku. Sebab tukang masak, lepas aje SiKecil dan SiRakus berhenti, selalu sangat bertukar orang, silih berganti. Tak ada yang lamanya. Berhenti atau diberhentikan.
Sampailah satu masa bila diaorang ambil orang Indo untuk jadi tukang masak. Iwan jadi orang Indo pertama yang jadi tukang masak di sini. Biasanya, kalau tak orang Cina daratan, orang Tibet/Nepal yang diambil jadi tukang masak, sebab diaorang boleh cakap Cina. Tapi sebab Pak Tua tak nak bayar gaji yang bagus, memang tak ada orang Cina yang nak kerja di sini. Takat orang Indo tuh bolehlah.
Dan bila Iwan datang sini, dia disuruh duduk sebilik dengan aku, sebab dia "serumpun", Melayu. Melayu Indo. Biasalah, ada aje lah benda yang aku tak berkenannya. Tapi setakat tak suka gitu-gitu ajelah, tak adalah pressure sangat. Dan nasib baiklah Iwan tak lama kerjanya, dekat 3 minggu aje, then dia berhenti. Lega aku sebab dapat duduk sorang-sorang lagi.
Tapi just for a few days. Then diaorang ambil orang Indo lagi. Tak ada apa salahnya nak ambil orang Indo ker orang apa, cuma masalahnya, orang Indo tuh, Subardi, disuruh duduk sebilik dengan aku. Right from day one dia kat sini, aku dah tak suka dengan cara dia. Dari sehari ke sehari, ada aje benda yang buat aku bengang, yang buat aku menyampah. Dengan dia nih, jadi serabut kepala otak aku dibuatnya. Cakap besar, suka memerintah orang, dia ingat dia yang sorang aje lah yang pandai. Dia ingat dia sorang ajelah yang betul.
Mulanya aku diamkan aje, aku layan-layan gitu aje. Tapi semakin lama semakin teruk pulak jadinya. So aku terus buat diam ajelah, langsung aku tak tegur dia pun, bercakap pun kalau ada benda-benda yang dia tanya.
Yang aku tak daya dengan dia nih, dia suka sangat mengadu. Dia beritahu Richard, dia beritahu Hector, dia kata dia tak boleh tidur malam sebab bising bunyi aku menaip kat laptop. Kadang-kadang awal pagi. Dia tak tahu yang aku online memalam tuh sebab aku terjaga, aku terbangun tidur, sebab dia mengigau, sebab dia menjerit dalam tidur. Bila aku terbangun, sure aku akan online dalam sesepuluh minit. Sedangkan kalau aku bangun nak pergi kencing pun aku sempat online lagih, inikan pulak kalau aku dah tak dapat tidur, kan?
Bosan bila dapat tahu yang dia suka mengadu (aku tahu itu pun Nadi yang beritahu aku, dia kata dia dengar yang Subardi ada mengadu dengan Richard, masa aku off itu hari), aku sekarang nih melepak kat luar ajelah, kat ruangan tempat aku selalu lepak dulu tuh, masa sebilik dengan SiKecil dulu tuh. Aku masuk bilik pun kalau nak tidur aje, dan pagi-pagi aku keluar bilik, terus tak masuk dah. Sebijik macam masa aku duduk sama SiKecil dulu tuh. Dan aku sekarang pun rasa tak sedap jer, rasa pressure jer.
Dan bila dia tengok aku selalu lepak di luar, dia pun selalu jugak datang, ajak nak sembang-sembang, ajak hisap rokok. Dan yang paling aku berbulu sekali, dia menalipun pun kat luar. Dahlah kuat berdentum dentang, cakap Jawa pulak tuh. Not only that, dia selalu menyanyi, menyanyi lagu Jawa. Puas aku jeling-jeling, biar dia perasan yang aku tak suka, tapi dia buat tak tahu jer. Dia terus-terusan menyanyi.
Dulu beria-ia dia kata nak berhenti kerja sebab gaji kecik, gaji dia tak seperti yang dijanjikan masa dia jumpa MakCik Jenny kat NYC dulu tuh. Dulu punyalah berasap kata yang berlambak kerja menunggu dia. Tapi tak ada pun, sekarang nih mulalah nak tutup malu dia. Nampak gayanya dia akan lama di sini. Dulu tuh cakap besar jer.
Macamana pun, bila keadaan begini, buat aku terfikir jugak. Is it me?. Or is it them? Aku ker yang snobbish, aku ker yang suka pandang rendah kat orang. Yang apa orang buat semuanya tak betul, semuanya ada aje yang tak kenanya. Ataupun memang jenis orang Indo, diaorang tuh memang gitu kebanyakannya. Cara diaorang fikir, mentaliti diaorang, semuanya macam tuh. Aku bukannya tak biasa duduk sama orang Indo kan? Semuanya gitu.
Entahlah, sampai bila aku boleh sabar nih aku pun tak tahu lah.