Wednesday, September 26, 2012

I'm Still Standing

02012006

Hari ini genaplah setahun aku kerja dengan keluarga Pak Tua nih rupanya. Hari ini, setahun yang lalu, aku mula kerja di Hagerstown, Maryland. Siapa yang baca blog aku dari dulu, boleh imbas semula perjalanan aku dari California, menuju New York City. It snowed all the way kan? 

Tak sangka aku boleh bertahan sampai setahun bekerja di restoran milik keluarga Pak Tua ini. Bekerja sama keluarga Pak Tua. Rekod aku yang paling lama bekerja di restoran, selama 5 bulan setengah, masa aku kerja di Florida dulu tuh, di restoran kepunyaan Kelvin, kerja sebagai waiter kat buffet restaurant, dah lama aku pecahkan.

Banyak pahit manisnya kerja restoran nih. Pahit yang lebih banyak. Manisnya sikit jer. Memanglah aku tak sangka, semua orang pun tak sangka yang aku boleh bertahan sampai setahun. Masih belum labuh kah telor aku sebab terpaksa berdiri selama hampir 12 jam, 6 hari seminggu? 

Memang cepat waktu berlalu, sekejap jer dah masuk tahun baru, sekejap jer dah setahun aku bekerja sebagai counter boy. Di restoran Cina. Pekerja haram pulak tuh. Pekerja haram di restoran Cina. Itu memang sinonim tuh. Bukannya oxymoron. 

Ada a few things yang buat aku boleh bertahan sampai selama ini sebenarnya. Biar aku kupas. Satu persatu. Macam aku mengupas bawang putih, bawang merah tuh. Dah bertahun aku di Amerika nih, sudah sampai masanya aku berusaha untuk kumpul duit setakat yang aku mampu, then berusaha ke arah untuk mencari jalan keluar. Either jalan senang atau jalan susah. Dah letih aku di sini nih, aku nak balik Malaysia. Lebih tepatnya, aku nak keluar dari Amerika nih. Kalau aku dapat keluar dari Amerika, besar kemungkinan aku dapat balik Malaysia. Tapi kalau aku tak dapat keluar dari Amerika nih, aku kena fikir jugak, aku kena buat persediaan jugak. Dah habis aku fikir semua tuh, dah tak ada ifs and buts nya dah. 

Either way, aku kena buat persediaan. Persediaannya memang benda itulah. Duit. Aku kena buat simpanan, aku kena ada duit. Ada duit semua boleh jadi. Ada duit baru boleh cakap. Cakap sekarang pun tak guna jugak kalau tak ada duit. Buat apa aku cakap berdegar-degar kalau tak ada duit kan? Kalau ada duit nanti, barulah the sky's the limit kan? Keadaan Bangla macam aku sekarang nih, the limit's the sky. 

And because of the sky lah, maka berjanjilah aku pada bulan, pada bintang, pada bulan bintang yang aku akan terus bekerja di sini untuk mengumpul duit setakat terdaya. For a few more years mungkin, sehingga nanti aku akan kata, "This is it... I'm coming home". 

Masa tuh nanti, mungkin aku akan redah aje Malaysian Embassy. Mungkin aku tak kisah yang I have to merayu on my bended knees. Susah-susah pun nanti, aku buat pura-pura tanya, "There was this lady yang kerja kat sini dulu tuh, dulu dia selalu jugak baca blog saya, dia dah balik Malaysia kan? 

Dan masa itulah nanti (kalau blog nih masih ada), aku akan berehat dari memblog buat sementara sampai semuanya selesai, sebab aku takut tertulis benda-benda yang akan menyepoilkan plan aku. Iyalah, orang yang bermulut tempayan macam aku ni bukannya boleh percaya sangat. Macam penakut jer kan? Tengoklah macamana nanti. Entah-entah aku berjaya, entah-entah aku kantoi. Tak nak aku fikir sekarang. Just wait and see. Aku pun nak tunggu dan lihat jugaklah, walaupun aku tak tahu apa pasal aku tertulis dalam bentuk Bangla Future Tense ni nih. Mungkin aku dah bosan sangat dah nih, dah letih sangat dah. Sedangkan aku ada a few things to be accomplished. 

Keduanya, macam yang orang ada terperasan, besar kemungkinan, InsyaAllah, sometimes next year akan ada at least seorang pembaca blog nih yang dah jadi macam aku, clone aku, yang akan turut sama menjadi pengikut Bangla Melayu. Dia berusaha dari sana, aku berusaha dari sini, InsyaAllah kali ini berjaya plan kitaorang. Atas sebab itu lah, aku cuba pertahankan jugak, aku cuba kuatkan semangat untuk terus kerja di sini bersama keluarga Pak Tua. Iyalah, kalau aku masih kerja yang tak tetap, masih seperti dulu ke sana sini, susah jugak nanti sebab kalau boleh aku tak nak lah kawan aku kawan kita sebenarnya, if you're paying attention to what I have written in this blog so far tuh jadi macam aku. Orang yang gelap gelita. 

Kalau boleh aku nak buat biar kawan aku tuh masih boleh ke sana sini, boleh keluar masuk Amerika. Aku nak buat biar dia tidak terlalu Bangla, tak macam aku. Kalau aku berjaya "mendidik" kawan aku tuh, itu aku akan anggap sebagai satu achievement. Sebab dengan diri aku nih, dengan keadaan aku nih, dah memang tak boleh buat apa dah. Semakin gelap. Semakin gelita. 

Tak nak aku cakap banyaklah pasal ini tapi with that in mind, dengan niat untuk membuktikan pada kawan aku, juga pada pembaca blog nih yang tak faham apa pasal aku membiarkan diri aku terjerumus di alam kebanglaan ini yang it's not all that bad. It's not all that hina sangat. Asal pandai bawak diri, InsyaAllah, selamatnya lah. 

Sebab lainnya yang aku rasa tak kurang pentingnya jugak, pasal aku ada blog. Funny it may sound tapi itulah hakikatnya. Banyak benda yang aku tulis kat blog nih, semua pasal diri aku. Aku tulis yang aku janji untuk kerja lama di sini, untuk kumpul duit, aku ada plan, aku ada rencana untuk balik Malaysia. Itu semua sebagai perangsang bagi aku untuk lebih berusaha sebenarnya. 

Ada a few times aku rasa macam nak berhenti kerja aje tapi at the end aku teringat yang aku ada tulis kat blog, aku macam ada berjanji kat blog. Aku tak nak nanti orang kata, "Eleh Joe, ko nih hangat-hangat taik ayam. Dulu kata nak kerja lama kat restoran tuh, nak kumpul duit. Mana perginya janji-janji ko tuh?". Aku malu dengan readers blog ni nih sebenarnya kalau aku berhenti kerja. tambah-tambah kalau aku berhenti kerja tuh disebabkan benda-benda kecik, disebabkan benda-benda remeh. Tahulah kan kerja tak legal nih, kerja kat restoran Cina pulak tuh. Aku selalu teringat term hamba sahaya aje.Jadi itulah, blog ini dah jadi sebagai penyelamat aku, sebagai tempat aku buat panduan, pedoman. 

Sebab-sebab lain, aku rasa hidup aku di sini dah aman, dah tenang, kat rumah ada internet, diaorang pun ok dengan aku. Diaorang pun respek aku. Kerja pun tak adalah teruk sangat. Tak pernah pun kalau setiap kali nak pergi kerja, aku rasa berdebar-debar, aku rasa macam nak pergi berperang aje, macam perasaan yang aku selalu alami waktu kerja di tempat-tempat lain dulu tuh. 

Cuma bosan aje lah. Itulah musuh utama aku. Aku nih, kalau senang pun aku bosan, kalau susah apa tah lagi kan? Jadi, itulah, aku akan cuba teruskan misi aku di sini, tak tahulah sampai bila. 

Macamana pun, aku dah puas hati sebab aku dah setahun di sini. Janganlah pulak nanti aku berhenti sebab aku rasa cukuplah setahun aku bekerja di sini, aku dah pecahkan rekod aku. Iyalah, aku nih, bukan boleh percaya sangat, selalu cari penyakit. 

So persoalannya, dah setahun aku kerja di sini, apa yang aku dapat? Dengan kemaluan yang membesar aku nak jawab nih. Habuk pun tarak! Tak ada apa pun! Setahun aku kerja, entah ke mana perginya duit aku. Oklah, tak nak lah aku cakap macam orang tak sedar diri, tapi adalah sesikit yang aku simpan. Tak simpan actually, semua duit yang aku dapat tuh, aku invest. Kat sana sikit, kat sini sikit. Ada yang aku peram jer. 

I started off strong jugak dulu kan? Sebulan kerja terus aku sembat laptop berharga dekat USD 2000 ni kan?. Berapa kali aku turun New York City, Phialdelphia, Washington DC kan? Aku ada jugaklah beli itu ini. Memanglah aku tak puas hati dengan jumlah duit yang aku boleh simpan, yang aku tak terbelanja. Tapi, I could have done better kalau aku betul-betul nak. Cuma aku ni itulah, macam orang Malaysia yang lain jugak, manja memang tak boleh simpan duit punyalah. Aku selalu fikir, sebab aku kerja teruk-teruk, apa salahnya aku pamper diri aku sesikit. Masalahnya aku selalu terpamper diri aku. Itu masalahnya. 

Tak apalah, tahun baru dah nak datang nih, aku kena buat resolusi baru. Kena kerja keras sikit kumpul duit, kena rajin sikit belajar mengembangkan ibu duit aku. Aku nak buat macam Nadi ajelah, selamba jer, sejak kerja di sini, tak pernahnya keluar ke mana-mana, dia punya souce of entertainment hanyalah tengok wayang sekali sekala, selebihnya dengar lagu. Dan kebetulan kitaorang di West Virginia nih, Nadi asyik dok dengar lagu John Denver jer kerjanya. Sampai aku pun terikut-ikut, sampaikan aku terdownload a few of his songs. 

You fill up my senses
Like a night in the forest
Like the mountains in springtime
Like a walk in the rain
Like a storm in the desert
Like a sleepy blue ocean
You fill up my senses
Come fill me again

Come let me love you
Let me give my life to you
Let me drown in your laughter
Let me die in your arms
Let me lay down beside you
Let me always be with you
Come let me love you
Come love me again

Let me give my life to you
Come let me love you
Come love me again

[ Annie's Song -John Denver ]