Wednesday, September 26, 2012

Look Who's Talking?

13012006


"Waduhhhh...kamu main komputer melulu yach, pantasan kamu kelihatannya stress banget sih", kata Subardi. 

Terasa hati aku. 

Memang aku, kalau kat bilik, balik aje dari kerja, itulah yang aku buat. Terus terkam laptop. Tak bercakap-cakap pun, aku break pun pasal nak sembahyang Isyak, atau bila nak mandi sebelum tidur. Kalau ada yang ajak bercakap, yang tanya itu ini, aku either tak layan sangat atau aku akan mengomel.

Hari pertama Subardi kerja, tak ada apa sangatlah, tapi jelas kelihatan yang Pak Tua macam tak puas hati jer. Kejap-kejap dia ke depan tempat serve makanan, geleng-geleng kepala, mengadu sama Richard.

"Mau ditendang (dibuang kerja) kayanya anak baru ni", kata Nadi.

"Orangnya kelihatan nggak ada semangat gitu, nggak aktif", kata aku. 

"Orang soleh, diem aja. Kelihatannya orang desa banget", tambah Nadi.

"Orang soleh? Apa maksud kamu?", aku tak berapa faham.

"Iya, orangnya diem, menurut kata, orang soleh", kata Nadi.

"Oooo gitu. Kalo di Malaysia, orang segitu dibilang lurus bendul. Orang soleh tu orang yang kuat ugama, orang alim", aku balas balik.

Macamana pun, kira oklah Subardi tuh, di tempat kerja atau di rumah. Walaupun kadang tuh aku rasa`bosan dan meluat sangat tengok dia. Dan aku pun ada terfikir yang dia pun surenya bosan dan meluat sesangat tengok aku yang asyik berinternet aje. 

Hari kedua dan ketiga dia kerja, nampak ligat sikit dah. Tapi itulah, yang bab cakap banyak tuh yang buat aku tak tahannya tu. Aku tahulah yang dia dah 5 tahun kerja restoran (3 tahun di Iowa, 2 tahun di New York Upstates), tapi bila nasihat aku itu ini, bosan jugak mendengarnya.

"Kamu jangan pindah-pindah kerjaan, kerja di sini aja. Enak banget kerja di sini sih", kata Subardi. 

Macamlah aku tak fikir benda-benda gitu tuh. 

"Aku udah 5 tahun kerja restoran, dulu kerja di Iowa udah enak, aku berhenti. Udah, nyesal. Dua tahun aku keluar masuk keluar masuk restoran aja kerjanya. Menderita. Udahlah, kamu kerja aja di sini. Aku nggak mahu pindah cari kerjaan lain, mahu di sini aja", panjang lebar dia menasihati aku. 

Macamlah aku tak fikir benda-benda gitu tuh.

"Iya, mungkin di tempat lain gajinya lebih gedek, tapi kamu harus fikir, mungkin juragannya rewel (cerewet), mungkin pegaweinya (pekerjanya) berlagu (berlagak), mungkin apartemennya nggak enak, mungkin jugak kerjanya nggak cocok. Di sini semuanya enak, apa lagi yang kamu cari?", lagi panjang syarahan dia. 

Macamlah aku tak fikir benda-benda gitu tuh.

Satu malam tuh aku bengang jugak kat Subardi. Masa tuh aku tengah mengemop lantai, dia tak ada kerja lain so sambil aku mengemop tuh, dia ikut aku ajelah, sambil menceritakan pengalaman kerja dia selama ini. Macam biasa, aku dengar ajelah. Dia tak tahu pun yang aku tersangatlah meluatnya mendengar cerita-cerita bagus dia tuh. Cerita boss dia sayang dia, kerja dia bagus, kerja dia cepat, benda-benda gitu lah. 

Then masa aku nak bersihkan mop, dia kata, "Itu salah, seharusnya cuci pel (mop) di sini", kata dia sambil tunjukkan sink besar tempat kitaorang bersih/cuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan jugak tempat tukang masak bersihkan daging, ayam dan sayur-sayuran, serta benda-benda makanan lain. 

"Mana bisa cuci di sini sih, itu tempat bersih makanan tuh", aku terus ajelah bersihkan mop kat tempat khas untuk membersihkan penyapu, mop etc. 

"La la la la (sebut tuh ikut rentak jawa), aku udah 5 tahun kerja. Koq kamu!", dia tak puas hati. 

"Yang benernya di sini tempat cuci pel sih", aku kata gitu sambil hentak mop kat tempat cuci mop tuh. "5 tahun kerja ka, 10 tahun ka, orang nggak punya otak aja yang cuci pel di sono", kata aku sambil tunjukkan arah sink. Dapat ko sebijik.

Itu satu. 

Kat rumah, malam tuh, masa flipping channels (sambil satu tangan kat laptop), aku rasa nak tengok History Channel. So aku tengok tv sambil main internet. Kejap tengok tv, kejap ralit mengadap laptop. 

"Ayuh tukar siaran, mahu tengok tinju sih", kata Subardi. Aku buat tak tahu jer. Lama tuh dia bersuara lagi. 

"Gimana sih, nonton tv, main komputer", dia merungut. Aku diam kan aje. So dia melepak ajelah sambil menalipun kawan dia. Dan walaupun dia banyak cakap Jawa tapi aku boleh faham apa yang dia mengadu kat kawan dia. "Anak Malaysia-Internet-Nonton tv-Anak Malaysia-Nonton tv-internet", itu aje yang keluar dari mulut dia. 

"Tenang aja, tv ni aku yang punya", aku kata gituh, tapi aku yakin dia tak dengar.

Lepas tuh dia keluar bilik, aku dengar dia sembang dengan Nadi. Besoknya waktu aku mengadu cerita kat Nadi, dia beritahu yang dia ada cakap dengan Subardi yang tv kat bilik tuh aku yang punya. Rupanya Subardi ingatkan tv tuh Pak Tua yang punya, itu yang dia bising aje sejak beberapa malam yang sebelumnya tuh sebab aku sorang jer yang pegang remote. 

Aku buat gitu tuh (walaupun aku bukannya suka tengok tv sangat, ker aku nih memang busuk hati, pedengki?) sebab aku tak nak dia nanti lawan tokey pulak, maca Iwan dulu tuh, dia buat macam tv tuh dia yang punya.

Itu satu. 

Besoknya tak berapa sibuk sangat di restoran, melepak ajelah kitaorang kerjanya. Dalam melepak-lepak tuh, ada a few panggilan talipun, aku sama Nadi apa lagi, teruslah senyap sambil membesarkan lubang telinga, nak tahu kalau-kalau ada berita pasal orang baru yang nak masuk kerja. 

Hector agaknya tahu yang kitaorang perasan yang diaorang tengah cari tkang masak baru, so dia selamba ajelah bercakap kat talipun kuat-kuat. Most of the callers tuh Indonesians gayanya sebab dia cakap in English, kalau orang Cina yang menalipun surenya dia cakap in Chinese kan? Tapi itulah, tak ada gaya pun akan ada orang baru nak masuk. 

Tengahari tuh Pak Tua pulak yang jawab panggilan talipun, cakap Cina. Then dia sembang sama Richard, sama Hector. Aku dengar ajelah, tapi apa yang buat aku mendengar macam orang faham jer perbualan diaorang tuh, sebab diaorang selalu sebut Malaysia. Sikit-sikit Malaysia, sikit-sikit Malaysia. 

"Kayaknya mereka mahu ambil anak Malaysia sih, orang Cina Malaysia", kata Nadi.

"Kayaknya", aku rasa macam tak sedap hati jer. 

"Enak kamu, bisa punya teman sih", kata Nadi.

"Kamu nggak ngerti sih", aku kata. "Aku, sama orang Cina Indo, aku bisa makan sepiring, tidur sebantal. Tapi dengan orang Cina Malaysia, aku nggak bisa sih", aku jawab gitu.

"Koq kenapa?", memanglah Nadi tak faham.

"Kerna bagi aku, orang Cina Indo, persis Melayu, mereka berbahasa Melayu. Aku nggak tahu tapi selama ini aku nggak anggap orang Cina Indo tuh orang Cina, aku anggap kalian orang Melayu, serumpun", aku jawab.

"Jadi, kenapa nggak bisa sama orang senegara sendiri?", tanya Nadi. 

"Di Malaysia agak berbeda sih. Payah aku mahu ceritain tapi aku pasti anak Cina Malaysia pasti nggak senang sama Melayu. Kalau dia disuruh tinggal sekamar, pasti dia nggak senang", lepas tu aku ceritakanlah sikit kisah-kisah Melayu dan Cina di Malaysia.

"Mungkin mereka mahu ambil anak Malaysia, supaya kamu bisa betah kerja di sini, punya teman senegara", kata Nadi.

Tapi itulah, sampai malam pun masih tak ada jugak cerita pasal orang baru nak datang, Subardi pulak semakin ligat kerjanya, tambah-tambah bila kitaorang kata yang dengan Pak Tua tuh kena hati-hati sikit sebab dia yang paling berkuasa di dapur. Itu yang kitaorang suruh Subardi kipas-kipas sikit Pak Tua tuh. 

Masa nak makan malam, aku bengang jugak kat Subardi sebab dia bergurau yang tak berapa kena gayanya dengan aku. Masa aku tengah menyenduk sayur sawi yang dah macam jadi makanan asasi kitaorang, Subardi kata kat aku, "Awas, ada daging!". Teruslah aku buang sayur tuh, aku buang jugak nasi yang dah ada di mangkuk aku. 

"Aku bercanda (bergurau) aja", kata dia sambil gelak. 

"Bajingan kamu!", aku marah kat dia, lepas aku basuh mangkuk aku, aku senduk balik nasi dan sayur. 

"Ala, koq gitu pun mahu marah, aku bercanda aja, koq kamu!", kata Subardi sambil gelak. 

"Koq kamu, koq kamu! Koq kamu orang Islam, masa mahu bercanda gituan sih. Aku nggak marah kalau orang bukan Islam yang bercanda gituan, tapi kamu kan Islam?", aku masih lagi marah. 

Lepas tuh, bila dia tengok aku marah, teruslah dia kata yang dia pelik apa pasal aku langsung tak boleh bergurau. Aku beritahu yang aku boleh bergurau, tapi kalau bergurau bab-bab sensitif gitu tuh, aku tak boleh. 

"Aku bukan seperti orang Indo sih", aku kata gitu. 

Tapi aku gini lah, marah aku tak lama, kejap aje. Lepas tuh aku mula rasa guilty pulak, rasa tak sedap hati aje. So aku cuba-cubalah berbaik semula dengan Subardi. Kat bilik, macam biasalah Subardi kerjanya menalipun aje dan aku asyik di depan laptop. The first few days Subardi tak sembahyang, tapi lepas tuh dia sembahyang, takat sembahyang Isyak ajelah. Subuh, walaupun laptop aku ada azan (saja jer aku maximizekan volumenya) bila waktu masuk, dia tak bangun jugak. 

Alon-alon lah kot, bukannya senang nak cari orang Indo yang rajin sembahyang. Bukan mengumpat, itu pengalaman aku selama ini. Kalau ada yang sembahyang pun, buat benda lain pun hebat jugak. [Tak payahlah aku cerita banyak-banyak, nanti orang kata aku mengumpat pulak, sedangkan aku tulis nih mengikut apa yang terlintas di kepala aku, apa yang aku fikir. Kalau orang kata aku mengumpat (by jotting this down kat dalam blog ini), terserahlah. Janganlah datang sini baca blog, sebab berdosa bersubahat dengan orang mengumpat kan? Berdosa jugak mendengar orang mengumpat kan?]

Itu yang buat aku suka jugak dengan Subardi nih, sebab dia sembahyang. Tak macam Iwan dulu tuh (oopppsss, ini mengumpat ker nih?), jangankan nak sembahyang, diperli-perlinya kalau aku sembahyang. Disuruh berdoa betul-betul biar cepat kaya. Selalu kasi aku vcd porn, dia kata vcd pasal mengaji. Selamba jer taruk packets of condom kat atas meja tempat aku taruk laptop. Kalau menalipun awek, bila orang beli salam, dia sure jawab, waalaikumsayang. Walaupun tak ada kaitan dengan aku, tak ada kena-mengena dengan aku, tapi sebagai seorang Islam, aku tak suka, aku terasa hati, aku marah. 

Ish, banyak pulak aku termengumpat nih.

Walaupun sembahyang gituh, ada jugaklah kekurangannya dengan Subardi nih. Dan aku pun, biasalahkan? Membuat lapuran penuh .Masa kat bilik, bila-bila aku ada, tak putus-putus berzikir, berdoa. Kuat pulak tuh. Nothing wrong with that kan? Tapi, yang nak buat aku tergelaknya, nak merokok pun baca Bismillah. I mean, aku tak fahamlah. Seriously. Ataupun memang aku yang tak tahu? 

Then, kalau dia menalipun kawan-kawan dia yang bukan Jawa, yang orang Indo lain, budak-budak Jakarta for example, walaupun dia guna bahasa-bahasa kiasan, tapi aku boleh faham. Yang bab memuji diri sendiri dan cakap besar tuh memang aku maklum, tapi yang bab-bab cakap kotor tuh yang aku tak tahan tuh. Dia ingat aku tak faham kot. Dia tak guna perkataan "ngentot", instead dia guna the word "ngewek". Silap tuh, masa Bayou dulu dia guna that word ngewek jugak, so aku faham sangatlah ngewek tuh apa. So, mengerikan jugaklah dengar cerita mengewek dia tuh. 

Ish banyak aku mengumpat ni nih.

Lagi satu pasal Subardi nih, dia selalu mengigau waktu tidur. Not only that, dia menjerit kekadang tuh. Kalau takat mengigau tak apa sangat, igauan dia pun tak kuat sangat, lagipun aku pun tak berapa faham pun apa yang dia cakap. Tapi kalau dia menjerit tuh, menyeramkan. Kali pertama dulu tuh, tersentak aku bangun, terus tak tidur dah sebab dia menjerit kuat, macam orang kena sawan. 

Memang dia mengaku yang dia tahu dia selalu mengingau masa tidur tapi dia tak percaya bila aku kata dia menjerit kuat kadang-kdang tuh. Nak jer aku tanya apa cerita kisah hidup dia sampai terbawak-bawak terjerit-jerit dalam tidur tuh. Kali kedua tuh, a few nights later, kuat jugak jeritan dia, tapi tak adalah menyeramkan sangat. Bila aku beritahu dia keesokan harinya, dia masih tak percaya, dia kata aku buat cerita. Tak tahu lah, tapi tengahari tuh hari dia off, dia ada tengok filem King Kong, mungkin terbawak-bawak jeritan King Kong tu kot. 

Kalaulah SiKecil masih ada, dan sebilik pulak dengan Subardi, harus dah kena sepak terajang dah Subardi tuh, macam yang SiKecil sepak aku dulu tuh.

Dari sehari ke sehari masih tak ada orang baru, mungkin agaknya sebab diaorang tak setuju dengan gaji yang Pak Tua sanggup bayar. Itu ada benarnya sebab kebanyakan yang menalipun semuanya orang Indo, orang Cina tak nak kalau jadi tukang masak atau kitchen helper, tapi dibayar bawah dari USD 2000 sebulan. Kalau ada yang nak, itu sure nya bukan orang Cina. Orang Indo, atau orang Tibet. Atau jugak orang Monggolia. Tapi, aku rasa, Pak Tua tak akan bayar lebih dari dua ribu sebab sekarang ni memang tak sibuk, musim business slow. Memang Pak Tua akan rasa rugi kalau bayar gaji tinggi tapi tak ada kerja sangat yang nak dibuat. 

Jadi, diaorang gayanya tak jadi lah cari pengganti Subardi. Dan Subardi pun sekarang ini semakin ligat lagi kerjanya. Iyalah, nak mengipas bontot Pak Tua lah kononnya. Itu yang kadang-kadang tuh sampai terbongkok-bongkok membersihkan benda-benda, terkejar sana terkejar sini buat kerja. Lama-lama Pak Tua gayanya suka jugak dengan Subardi nih. Dan aku pun, semakin lama semakin faham dah dengan perangai dia nih, aku ikut ajelah cara dia. Kadang tuh aku yang mengapi-apikan dia, kadang tuh aku yang puji dia habis-habis. 

"Rajin kamu yach? Pasti Pak Tua sayang sama kamu kalo kamu rajin begini", selalu aku sama Nadi kata gitu kat Subardi. Apa lagi, macam lipas kudung lah Subardi buat kerja. 

Kat rumah pun aku dah buat tak kisah aje dah, aku ikut rentak dia ajelah. Kadang tuh aku terfikir, apa pasal lah dia nih tak buat blog, kalau dia ada diary, ada journal, mengomel kat situ sudahlah. Sebab bosan sangat aku mendengarnya. Kalau dia ada blog, boleh lah dia tulis apa yang dia tak suka pasal aku, apa dia nak berleter. Buat macam aku nih. 

"Ah, nggak bekalan kaya kalau kamu nggak merokok sih", kata dia. 

"Ayuh, ambil dulu rokok aku, nanti kapan-kapan kamu ganti", kata dia.

"Baru enak, punya temen isap rokok", kata dia. 

Sempatlah 2 minggu azam baru aku dulu tuh bertahannya.