Semalam Angela datang beli makanan kat restoran tempat aku kerja. Dua hari sebelum tuh dia ada datang jugak, tak beli apa pun, dia mintak aku belanja dia aiskrim. Aku kasi dia sepuluh dollars.
Tadi dia datang lagi. Aku macam biasalah layan dia, tak adalah aku menyundal sangat, takat menggatal sesikit tuh adalah. Biasalah kan? Sebab masa dia datang tadi agak sibuk jugak so aku tak adalah layan beria sangat, aku even suruh Nadi yang layan dia pasal Pak Tua kebetulan ada di bahagian depan masa tu tuh. Kalau aku yang menyendukkan sayur dan lauk, sure Pak Tua akan tengok betul-betul, sure dia akan ingat aku akan kasi makanan banyak. Sebab Pak Tua ingatkan Angela tuh makwe aku.
Bangang diaorang nih, dulu masa aku belum kenal sangat dengan Angela, sajalah aku layan buat manja-manja gitu, dia pun ada lah jugak unsur-unsur menggatalnya. So bukan aku sorang, memang ada response nya dari Angela. Little did they know, yang aku menyundal, aku menggatal tuh, panggil dia Darling, Honey dan perkataan.-perkataan yang sewaktu dengannya tuh, hanyalah untuk melariskan jualan. Biar dia rasa suka datang makan kat tempat kitaorang.
Lagipun, masa aku mula panggil dia gitu tuh, dia pun panggil aku pun gitu jugak. Sweetheart, Darling, semuanyalah. Aku taklah bertepuk sebelah tangan. Pak Tua, Richard, Hector, dan even Nadi memang suka kalau tengok aku melayan, aku bergurau-gurau kata dengan Angela tuh.
Lagipun, aku rasa tak adalah salahnya sangat. Aku ingat lagi, dulu, masa bapak aku buat jualan kat gerai, bapak aku selalu jugak buat-buat menggatal dengan perempuan-perempuan janda yang kat bukit dekat rumah kitaorang dulu tuh. Memanglah Mak aku nampak macam bengang jer kalau bapak aku cakap bersirat-sirat, berlapis-lapis masa melayan orang minum, atau yang beli kuih. Tapi, kalau jualan boleh laris, apa salahnya kan? Aku rasa, itu pasal Mak aku tak pernah nampak macam marah pun, takat jeling-jeling gitu aje. Macamana pun, aku tak faham semuanya tuh sebab masa tuh aku masih kecik lagi. Zaman-zaman tengah main laga kemuncup.
Tapi, lama kelamaan, dan sejak kebelakangan ini, aku dah rasa lain sikit dah. Aku dah macam takut nak lebih-lebih pulak pasal aku tengok Angela dah lain macam jer. Isnin lepas dia datang sebab aku janji nak bayar makan dia. Selasa dia datang suruh aku belanja dia aiskrim. Sambil-sambil tuh tanya bila aku nak ajak dia keluar tengok wayang etc. Bab etc tuh yang aku tak dayanya tuh.
So sekarang nih aku layan dia macam biasa jer lah, kalau dia lebih-lebih sangat, aku gelak ajelah. "See....he's blushing", kata dia kat Hector, sambil tunjuk arah aku. Hector apa lagi lah kan? Pandailah dia mencucuknya.
Tadi, lepas dia bayar semuanya, masa tuh aku tengah sembang dengan Nadi, aku nampak dia tulis something kat kertas, then kertas tuh dia kasi kat Hector. Masa dia nak blah, aku terpandang dia. Sebenarnya aku pandang tuh sebab aku nak tengok samada dia dah blah ke belum, dan dia pandang aku jugak. Dia kasi isyarat tangan yang kata, "Call me".
Hector terus ajelah kasi kertas tuh dekat aku, aku tengok ada dua nombor talipun, satu nombor cellphone, satu nombor talipun rumah. Aku buat-buat bodoh ajelah. Hector yang beria-ia sangat suruh aku simpan kertas tuh.
"I don't want it", aku kata kat SiKontol. "I didn't ask for her numbers. Besides, why didn't she give it to me herself? You keep it", aku kata gituh.
Puaslah Hector gelakkan kat aku, macam-macamlah nasihat dia kasi. Dia kata aku kena talipun Angela, aku kena at least tunjukkan yang I care. Wakakaka. Nak gelak pulak aku. Aku bukannya nak mengorat Angela, aku bukannya serious, aku bukannya ada hati kat dia. Selama ini I was just kidding. And I thought she was too.
"Don't be rude. Call her", kata Hector. Puaslah dia bersyarah kat aku lepas tuh, macamana nak baca hati perempuan, apa hints yang dia kasi selama ini, apa salahnya aku ambil Angela tuh buat gilfriend. Mungkin, kalau ada rezeki, aku boleh jadi American citizen satu hari nanti. Blah...blah...blah...
I dare not ask Nadi punya pendapat. "Kamu ambil dia jadi pacar kamu udah. Nanti, udah dientotin, tinggalin aja. Kabur", itu jawapan dia. "Kamu simpan aja nomor telpon dia, mungkin ada firasatnya", dia kata lagi. Betul jugak tuh. So aku taruk kertas tuh kat bawah mangkuk nasi aku, kat dalam almari.
Apa-apa pun, aku rasa`tak sedap jer nih. Takkan aku perasan kot? Hector mati-mati kata yang aku should go out with her. Atau kalau aku tak nak kat dia, beritahu dia secara jujur. "Koq kenapa dia kasi sama SiKontol, nomor telpon dia? Kenapa nggak dikasi lansung sama aku?, aku buat-buat bodoh tanya Nadi.
"Kerna dia tahu, kamu nggak bekalan berani minta nomor telpon dia", dah aku kena se-das.
Aku pun tak tahu nak buat macamana sekarang nih, kalau aku tak call, kesian pulak. Kalau aku call, nanti melarat-larat pulak jadinya. Tapi, apa pasal aku kena call dia, kalau nak jumpa, kalau nak sembang, bukannya dia tak tahu nak cari aku kat mana kan? Kalau communicate guna phone, sure ada agenda lain kan? Ker aku nya yang lembab nih? Apa pasal dia? Apa pasal bukan orang lain? Yang putih. Yang bukan hitam.
Takkan dia tak tahu yang aku nih kerja kat food counter jer. Kerja dengan Cina pulak tuh. Itu dia belum tahu yang aku nih Bangla. Yang aku nih duduk kat Amerika cara haram. Yang aku nih tak ada apanya, tak ada Social Security Number, tak ada legal papers. Yang aku nih, anytime jer boleh dideport.
Takkan dia tak tahu yang aku nih, orang tak pandang pun, orang maki-maki, orang sindir-sindir jer. Takkan dia tak terperasan yang dia tuh Manager, bukannya Manager restoran (yang budak umur 17 tahun pun boleh dilantik jadi Manager, kalau dah dua tiga bulan kerja). Dia Manager kat fashion shop. Branded punya pulak tuh, bukan koman-koman. Takkan dia tak tahu yang kalau dia tahu keadaan aku, dia akan buat tak nampak jer, macam orang lain tuh yang walaupun tak tahu, diaorang buat tak nampak jer. Apatah lagi kalau diaorang tahu, sure aku nih macam tak ujud aje.
Takkan dia tak terfikir semuanya tuh?
Ataupun aku yang fikir lebih-lebih kot? Angela kasi nombor talipun pun aku dah menggelabah. Kalau kasi benda lain, harus pengsan aku nanti kot? Entahlah, tapi......ah, sudahlah, malaslah aku fikir lebih-lebih.
Namun ku tak berani
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan
[Segalanya Mungkin - Headwind]