Dah setahun lebih aku kerja di restoran Pak Tua, dah berpuluh orang baru keluar masuk dan aku tetap utuh sebagai orang paling lama kerja. Satu pencapaian yang memang boleh aku banggakan. Setakat itu ajelah. Kalau bab-bab simpan duit sepatutnya boleh jugak aku banggakan, iyalah, selama setahun sepatutnya aku dah banyak dapat kumpul, walaupun gaji taklah besar tapi sebab everything's included, makan free, rumah free, sepatutnya aku dapat simpan most of my duit gaji.
Tak apalah, nanti lain kali aku cerita.
Dan sebagai orang lama, aku jadi bahan reference setiap pekerja baru yang keluar masuk kerja di sini. Nasib baik Nadi pun dah agak lama jugak kerja di sini, dah dekat 7 bulan kalau, tak salah aku. Situkang masak Cina tuh (kitaorang panggil SiTalu, orang Cina Talu, itu bahasa Indo) selalu sangat tanya aku pasal gaji. Walaupun aku tak reti bahasa Cina dan dia tak reti English, tapi dengan bahasa isyarat, dia selalu tanya aku. Iyalah, dah setahun lebih, berapa kali naik gaji, bila gaji akan naik, things like that.
Minggu lepas masa Richard sama Hector ke Toronto, Pak Tua sorang jer yang ada di restoran, dan sebab minggu lepas sunyi sepi, tak ada orang sangat, so tinggal kitaorang berempat ajelah yang kerja, sebab Pak Tua pun pandai jugak orangnya. Dia balik ke rumah, tidur. Kitaorang berempat yang handle semuanya, aku, Nadi, Subardi dan SiTalu. SiTalu tanyalah aku sama Nadi (Nadi boleh cakap Cina sesikit, dia Cina Indo) so rancak jugaklah apa yang kitaorang discusskan masa tuh.
SiTalu tanya aku, tak ada cuti ker sebab biasanya kalau kerja di restoran, kalau dah setahun kerja akan dikasi cuti seminggu atau kalau tak nak ambil cuti tuh, boss akan bayar gaji seminggu. Hampir semua restoran Cina buat gitu. Aku kata, tak ada pun. Tak dengar cerita apa-apa pun, tak pernah pun diaorang mention yang kitaorang akan dikasi cuti seminggu kalau dah setahun kerja di situ. Nadi kata yang dia dulu pernah tanya Bayou benda yang sama, memang tak ada cuti pun yang dikasi. Aku kata aku tak kisah langsung, memang aku tak tahu menahu pun, lagipun, aku kerja taklah harapkan apa-apa sangat selain gaji. Aku tahu aku kerja di restoran Cina, aku bukan Cina, aku orang gelap, semuanya illegal. So apalah yang nak diharapkan sangat kan?
Subardi dengan SiTalu kata aku bodoh sebab tak tanya Pak Tua, ikut telunjuk Pak Tua aje. And fot the very first time aku dengar SiTalu cakap Inggeris. "You stupid!", kata dia sambil tunjuk arah kepala dia. Aku senyum ajelah.
Then diaorang tanya aku, tahun lepas berapa ang pau yang aku dapat. Seingat aku, sebab masa tuh aku baru sesebulan masuk kerja, aku dapat USD 20. Aku masih ingat yang Willy kawan aku dulu tuh, dia pun dapat dua puluh dollars jugak. Cuma aku tak tanya Bayou berapa yang dia dapat. Nadi kata dulu dia ada tanya Bayou, Bayou kata dia dapat USD 50, sebab dia dah lama kerja.
Aku beritahu Nadi yang aku tak berapa percaya sangat cakap Bayou, kalau bab-bab duit ni nih [Kebanyakan diaorang ni, dapat sikit tapi kata dapat banyak. Macam Subardi tuh, gaji USD 1800 tapi bila talipun kawan dia, dia kata gaji USD 2100. Macamlah aku nih bodoh sangat
Macam Nadi, kerja di sini baru 7 bulan, tapi selalu sangat boast kata yang dia dah hantar more than USD 10,000 ke Indonesia. Macamlah aku nih bodoh sangat. Macamlah aku tak buat pengiraan, macamlah aku tak pernah congak-congak, berapa duit yang dia dapat]
So diaorang expect aku akan dapat ang pau yang agak lebih, diaorang nak tengok berapa yang aku dapat nanti. SiTalu kata, kalau aku dapat sikit (I don't know how sikit is sikit, berapa yang dia anggap sikit), dia akan berhenti kerja.
Aku senyum ajelah.
Aku takut-takutkan diaorang, aku kata aku sure akan dapat USD 20 jer. "Ayuh kita protes sih", kata Subardi. Teruslah dia cerita kisah lama-lama dia, cakap besar lah kononnya, kisah dia marah boss dia. Benda-benda gitu lah.
Bosan aku mendengarnya so aku lepak sengsorang sambil buat-buat kerja lain, aku biarkan ajelah diaorang bertiga. Diaorang kata aku sepatutnya dapat ang pau yang agak besar sebab dah setahun lebih kerja di sini. Bila aku rasa tak sedap hati sebab Subardi dengan SiTalu tuh macam rasa aku bodoh sebab diam aje, tak langsung tanya itu ini dengan Pak Tua (pasal duit,cuti), teruslah aku cakap yang aku tak langsung fikir pasal benda tuh. Aku dapat bertahan lama kerja di situ pun dah ok dah. Aku bukan macam diaorang, so hard up for money.
Dan aku terfikir jugak, sebenarnya Pak Tua, Richard dan Hector tuh pandai orangnya. Diaorang tahu yang aku nih jenis tak kisah punya orang, jadi diaorang pun buat tak kisah sangat. Yang kisahnya pun, SiTalu sama Subardi itu ajelah. Even Nadi pun kata dia tak nak fikir lebih-lebih sangat pasal ang pau, pasal cuti seminggu tuh sebab itu keluarga Pak Tua punya prerogative. "Kalo nggak senang, berenti aja", kata dia.
Jadi itulah, masing-masing tunggu Tahun Baru Cina, masing-masing semuanya nak tahu berapa ang pau yang aku akan dapat nanti. Sebagai orang paling lama kerja di sini, sepatutnya aku dapat kurang-kurang USD 50 nanti. Tapi, at the back of my mind, aku rasa, dan aku tak harap sangat, yang aku akan dapat USD 20 aje. Pak Tua sekeluarga tahu yang aku nih macam tak kisah sangat benda-benda gitu tuh. Memang aku tak kisah, tapi orang lain kisah sangat.
Itu yang aku rasa nak beritahu keluarga Pak Tua aje yang diaorang tuh nak berhenti kalau nanti dapat tahu aku dapat sikit jer ang pau nya. Tapi, kalau aku beritahu, nanti keluarga Pak Tua ingat aku yang pandai-pandai buat cerita, biar dapat ang pau banyak. Diaorang tuh bukannya boleh percaya sangat, walaupun niat aku baik.
Macamana pun aku nak senyapkan ajelah dulu bantahan diaorang tuh, mana tahu aku terberitahu Richard atau Hector nanti. Aku pun bukannya boleh dipercaya sangat. Mulut tempayan lagih.
"Kita perlu punya target sih, kalau nggak, pasti nggak bisa menabung. Sampe kapan mahu kerja ginian, hidup perlu dinikmati", kata Nadi. Memang dia selalu kata gitu tuh, then dia akan teruslah ceritakan sebanyak mana dah duit yang dia dah hantar balik ke Indonesia, selama mana dia akan berada di Amerika, selama mana dia nak kerja sebagai Counter Boy sebelum dia balik semula kerja sebagai Waiter.
"Ini tahun terakhir aku kerja di sini, aku udah nggak mahu lagi", aku cakap gitu kat diaorang.
------------------------------
17012006
Pagi-pagi lagi aku dah bangun harini nih pasal semalam aku tidur awal sikit. First sebab internet connection asyik putus-putus aje, bosan aku dibuatnya. Then sembang dengan Subardi sekejap. Aku nak tengok reaksi dia sebenarnya sebab semalam dapat gaji.
Ituhari dia ada kata kalau gaji dia 1800 sebulan (USD 900 every 2 weeks pasal gaji dibayar dua kali sebulan) dia akan berhenti kerja. Sebab masa dia apply kerja dengan MakCik Jenny dulu tuh, MakCik Jenny ada kata yang gaji dia akan naik sampai USD 2100 sebulan. Little did he know yang USD 2100 tuh gaji mati, nak dapat sebanyak itu, kena tunggu dua tiga tahun. Kena kipas bontot Pak Tua betul-betul. Kena pasang air-cond kat bontot Pak Tua tuh. Yang berhorse-power tinggi. Pak Tua tuh bukannya bodoh, Pak Tua tuh memang kedekut orangnya.
Sedangkan SiTalu yang dah banyak experience, orang Cina pulak tuh, dibayar USD 2000 jer sebulan, dan akan hanya naik gaji setelah 6 bulan kerja. Inikan pulak Subardi yang kerjanya hanyalah sebagai Pembantu Dapur/Pembantu Tukang Masak. Dia kata dia nak balik semula ke Iowa kalau tak dapat gaji sebanyak yang dia mintak tuh, USD 2100 sebulan.
Dia lupa agaknya yang dia ada beritahu aku yang dia last kerja di Iowa, 2 tahun yang lalu. Bila dia berhenti kerja dan pindah to eastern part of America, dia keluar-masuk keluar-masuk restoran jer kerjanya.
"Juragan lama aku cari aku melulu, dia bilang kapan-kapan aja aku pengen balik kerja di Iowa, pasti diterima. Dia senang banget sama aku sih", kata Subardi.
Aku dengar aje lah.
"Koq agak awal gajian kali ini sih, biasanya kalo dengan Pak Tua, tanggal 18 baru gajian. Ini tanggal 16 udah dikasi gaji sama SiKontol", aku cuba tukar topik.
"Aku udah bilang, aku kerja di sini membawa seribu keuntungan buat kalian", kata Subardi.
Pantek lah!