Wednesday, September 26, 2012

Sorry Seems To Be The Hardest Word

Hari Isnin minggu lepas aku bersemangat jer pergi kerja. Aku tak tahu apa pasal tapi aku rasa macam energetic gituh. Kerja pun aku happy-happy aje. Dan aku tegur, sembang-sembang dengan Hector pun macam biasa aje. Lebih banyak pulak aku melawak, lebih berani pulak aku bergurau lebih-lebih. Aku dah berani tumbuk-tumbuk dia, buat cekik-cekik leher dia. Dia pun bukan main lagi lah mengutuk aku. 


Nak kata aku berlakun, tak pulak. Memang pagi tuh aku dah tak marah langsung dah kat Hector. Aku nih baik orangnya, kalau aku marah, memang tak lama. Cuma masalahnya, kalau dah marah tuh aku akan buat keputusan yang mungkin akan menyusahkan aku. Like semalamnya tuh, bila aku marah, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. 

Funny enough, walaupun aku semakin baik dengan Hector, tapi aku akan tetap dengan keputusan aku untuk berhenti kerja di akhir bulan. Dan sebab aku dah buat keputusan gitu, itu yang buatkan aku nak nampak macam berbaik dengan Hector. Aku akan beritahu dia yang aku nak berhenti. Aku tak nak lah buat macam orang marah (sebab aku memang tak marah dah pun) sebab nanti sure Hector, bila tahu aku nak berhenti, pasti dia ingatkan aku berhenti sebab aku marah dengan dia. Aku tak nak lah dia rasa guilty gituh sampai aku buat keputusan untuk berhenti kerja. 

Aku nak confusekan diaorang aje sebenarnya. Biar diaorang tertanya-tanya sendiri. Nadi tetap suruh aku lupakan aje hasrat aku nak berhenti kerja tuh, aku rasa dia pun macam tak percaya jer yang aku nak berhenti sebab aku semakin galak nampaknya bergurau-gurau dengan Hector. 

Macamana pun, aku tetap tanya dia, bila masanya yang sesuai nak beritahu Hector. Dia kata lebih baik aku beritahu SiKontol waktu dah malam, waktu dah nak tutup restoran tuh sebab esoknya aku off so tak adalah kekok sangat nanti. Biasanya kalau sebelah petang, weekdays gituh, Pak Tua akan balik ke rumah, rihat-rihat. Tapi hari Isnin minggu lepas tuh, dia tak balik pun. Dia lepak-lepak aje lepas makan, sembang-sembang dengan Hector. Puas aku menunggunya tapi bila aku tengok dia macam tak ada gaya nak balik, aku beritahu Nadi yang aku nak cakap kat Hector yang aku nak berhenti kerja. 

Sambil aku taruk tangan kanan aku kat bahu Hector aku kata, "Ok Hector, now, let's be serious.This is no joke but I'm leaving at the end of the month". Aku rasa lega dapat keluarkan ayat tuh. Dia senyap. Aku pun senyap. 

"But why?", dia tanya aku sambil gelak-gelak. "Tell me how many days you want to settle your business, I'm ok with that", dia picit-picit leher (tengkuk ?) aku. 

"No, I'm leaving. Seriously. End of the month", tersekat-sekat aku kata, sambil tunjuk arah calendar di dinding. 

"Go for holidays for a few days, take a break, that's alright", dia buat selamba kata gitu. Payah. Then bila aku kata aku tak nak cuti, instead aku nak berhenti, barulah dia tanya aku apa pasal. Dia tanya, samada dia yang buat aku nak berhenti kerja ker apa. Aku kata yang bukan dia, bukan Subardi, bukan Nadi, bukan sesiapa yang buat aku ambik keputusan nak berhenti tuh. Aku nak berhenti, itu aja. 

Dia tak cakap yes ker apa-apa tapi bila aku kata "I'm going for good", dia suruh aku tunggu sampai Easter, sebab masa tuh sibuk. "Nope, end of this month", aku kata. 

"Give me time, I need to discuss with Richard", dia kata gitu. Lepas tuh aku diam aje lah. Then Pak Tua datang, aku tahu dia tanya SiKontol sebab aku dengar dia kata 怎么回事? Masa Hector ceritakan pada Pak Tua, aku sembang dengan Nadi aje lah. Lepas tuh, lama lah senyap semuanya. Pak Tua ke dapur, menalipun Richard, tak lama tuh Hector pulak yang bercakap dengan Richard. 

"Pasti kamu dipujuk nanti supaya jangan berhenti", kata Nadi. 

"Pujuk gimana pun aku udah bilang aku mahu berhenti, aku tetap mahu berhenti", aku jawab gitu. 

Hari Selasa aku off;

Hari Rabu pulak Nadi sama Subardi disuruh off. Subardi patutnya kerja sebab dia kena gantikan cuti yang dia ambil masa ke New York City ituhari tapi sebab dia kata dia ada hal, Pak Tua kasi dia cuti. Pak Tua sekarang bukan main berguraunya lagi dengan Subardi. Gurau gitu-gitu ajelah pasal Pak Tua tak reti English. Dia panggil Subardi "Young Boy", walaupun Subardi tuh umur dia dah 40 tahun. 

So aku dengan Hector aje lah yang kerja di bahagian depan hari Rabu tuh. Pak Tua sama SiTalu di bahagian dapur. Masa hector pergi kencing, Pak Tua datang dekat aku. Dia urut-urut aku, aku tahulah memang dia nak pujuk akulah kononnya tuh. Nak pujuk apa ke jadahnya, aku bukannya merajuk ker apa ker. 

"Pilepia? (Philadelphia?)", dia tanya aku. Aku angguk, aku gelak-gelak, dia urut-urut belakang aku. 

"Honey?", dia tanya aku. Maksud dia, aku ada bini/awek ker kat Philadelphia, itu pasal aku nak ke sana. 

"No. No honey. No money", aku kata sambil pegang poket belakang jeans aku, tandanya aku tak ada duit. Kesian aku menengok Pak Tua sebab dia tak reti English, dia nak cuba cakap kat aku suruh cuti then datang balik kerja, tapi dia tak tahu. Lama dia terdiam, cuba nak ingatkan words yang dia tahu, dia guna sign language jer. Aku faham maksud dia, tapi aku senyum aje lah. 

Diaorang tak tahu aku masa tuh dah fikir apa yang aku nak buat bila aku dah berhenti kerja nanti.