Wednesday, September 26, 2012

Can't Fight This Feeling


Hari Khamis tuh macam biasa, semuanya kerja, tak ada yang off. Nadi cerita kat aku yang hari aku off ituhari, pagi-pagi lagi SiKontol tanya dia. Tanya kenapa aku nak berhenti kerja. Samada aku gaduh dengan sesiapa ker. Dia katalah aku bosan. 

"He's boring (bored), He can't fight his feeling", dia kata gitu. 

"Itu lagu REO Speedwagon itu", aku kata, sambil gelak-gelak. Nadi kata yang Hector suruh aku ambil cuti dua tiga minggu, lepas tu kerja balik semula. Nadi cakaplah yang dengan aku nih, lepas cuti nanti, kerja seseminggu dua, aku akan bosan balik semula. Itu yang buat aku nak terus berhenti aje, senang cerita.

Aku suspen jugak tengok gayanya Hector yang buat macam tak kisah aje nak cari pengganti aku. Dia buat selamba aje. Nak kata dia tunggu aku beritahu dia yang aku tak jadi berhenti, tak tahu lah. Silap lah tuh kalau masih mengharap aku nak batalkan niat aku tuh. 

Dan aku terfikir, mungkin jugak sebab dia tak cari orang, buatnya nanti orang baru tuh nak datang kerja dalam minggu itu jugak, macamana dengan aku? Sedangkan aku dah janji akan kerja sampai 2 April? Mungkin dia fikir gitu kot, takkan dia nak bayar gaji lebih pulak, gaji aku dan gaji orang baru. 

Mungkin dia akan cari orang baru, tiga empat hari sebelum aku blah. Biasanya gitu lah. Sebab aku rasa macam tak sedap hati jer memikirkan yang diaorang terpaksa tangguhkan cari orang baru sebab aku masih di sini, aku pun kasilah idea kat dia. Aku pun dah rasa tak sedap jer nak tunggu lama-lama, biasalah kan, bila dah nak blah gitu tuh tentu rasa macam terpinggir jer. Walaupun bukan niat diaorang nak meminggirkan aku tapi aku macam terasa sendiri jer. Pak Tua pernah tak tawarkan aku makanan, instead dia kasi Nadi sorang jer. Aku adalah sikit terasa. Kalau kat rumah, Hector sama Subardi gelak kuat-kuat, aku pun dah terasa. Nadi, dia tumpang taruk receiver system dia kat bilik Hector, dia suruh Hector guna. Itu pun aku terasa. Internet langsung dah tak ada connection pun Hector buat tak tahu jer. Itupun macam sign yang diaorang dah tak kisah dengan keperluan aku. Tak apa, aku setiap pagi guna dial up aje, masa diaorang tengah tidur. Dulu aku janji tak nak guna dial up, tapi tak tahan aku. Lantaklah bill akan naik, bukan aku yang bayar, lagipun by the time bill sampai, aku dah tak ada sini dah. 

So aku tanyalah dia apa pasal dia tak ada gaya macam nak cari pengganti aje? Dia katalah yang dia dah call MakCik Jenny di New York City, even taruk iklan kat a few agents yang lain tapi tak ada pun orang yang berminat. Aku beritahu dia yang sekiranya dia dapat orang baru, tak payah lah tunggu sampai 2 April nanti baru nak suruh dia datang. Suruh datang secepat mungkin. Sebab aku boleh blah secepat mungkin jugak. Aku tak nak lah macam jadi penghalang. 

"Now I feel bad", dia kata. Laaa, rupanya dia ingatkan aku nak cepat berambus dari situ (sebab itu aku suruh dia cari pengganti aku secepat mungkin) sedangkan niat aku nak tolong dia. 

Hari Jumaat tuh ada orang Indo talipun, perempuan. Cina Indo, bahasa Cina nya bagus sebab aku boleh dengar masa dia cakap kat talipun dengan Pak Tua. Mulanya diaorang macam nak ambil awek tuh kerja ganti aku tapi bila diaorang tak tahu nak suruh awek tuh duduk di bilik mana, diaorang buat keputusan tak nak ambil dia. SiKontol sama Pak Tua harapkan Nadi nak pindah duduk sebilik dengan Subardi, dan awek tuh duduk di bilik yang akan Nadi kosongkan. Tapi Nadi tak nak. Dia tak nak duduk sebilik dengan Subardi. 

Hari Sabtu ada lagi orang talipun tapi Spanish. Diaorang tak nak terima Spanish. Then Subardi kata dia boleh tolong carikan orang, SiKontol memang ada beberapa kali tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang nak kerja ganti aku. Dia kata dia nak kan Malaysian macam aku, dia tak percaya bila aku kata aku mana ada kawan Melayu di sini. Melayu Indo ada lah, tapi aku tak nak bersusah payah mengrekomen sesiapa. So Hector suruhlah Subardi cari orang.

Sunday tuh, masa tak sibuk, Hector beritahu aku yang offer dia masih open, offer yang dia kata bila-bila aje aku nak balik kerja di situ semula, dia akan terima. Atau kalau aku nak ambil cuti untuk seseminggu dua, by all means. Yang aku peliknya, dia tak ada pun tanya apa pasal aku nak berhenti sedangkan aku ada beritahu dia yang aku sebenarnya tak ada plan pun apa nak buat lepas aku berhenti nanti. Apa yang aku boleh fikirkan, aku nak rihat seseminggu dua, aku tak nak pun cari kerja dalam masa tuh, aku nak merayap sana sini dulu. Lepas tuh barulah aku fikir nak cari kerja, apa-apa kerja aje lah walaupun cadang aku nak rihat dulu dari kerja restoran. Lagi bagus kalau dapat kerja di tengah-tengah kota New York. 

Subardi dapat satu orang, melalui kawan dia yang di Boston. Yang nak kerja tuh perempuan. Dia tahu yang Nadi tak nak sebilik dengan dia dan kalau ada perempuan yang masuk kerja, terpaksalah tidur sebilik dengan dia. Tapi dia nih pandai. Aku akui pujuk rayu dia, kata nasihat dia, kata-kata yang buat perempuan lemah, mudah percaya. Dia kata Hector amanahkan dia cari orang sebab dia memang dipercayai sangat oleh Boss, dan dia nanti sebagai pelindung awek tuh. Jadinya diaorang nanti akan duduk sebilik. 

Dan sebab dia tahu yang Hector sure tak nak terima kalau perempuan tu bukannya ahli keluarga dia, so dia mengaku kata perempuan tuh adik dia. Hector percaya aje. Pak Tua pun sama. Semakin baik, semakin bergurau diaorang semuanya. 

"Kalau cewek tu cakep orangnya, akan aku godain, akan aku pujukin, rayuin, akan aku entotin", kata Nadi. Aku tak pelik langsung dengan orang Indo nih, diaorang kalau benda-benda gitu biasa jer. Perempuan duduk sebilik dengan lelaki yang tak dikenali. Yang buat peliknya tuh, ada diantara diaorang nih, ada yang sembahyang. Kalau yang jenis tak pernah sembahyang bang tuh, aku tak lah heran kan sangat. Ini yang jenis kalau cakap pasal ugama, mengalahkan ustaz-ustaz lagih. 

Sibuk sangatlah Subardi asyik dok menalipun aje kerjanya. Mulanya awek tu nak, kemudian kata tak jadi. Ditalipun lagi, setuju pulak nak datang. Last-last kata tak nak. Tak setuju pasal gaji. Walaupun Subardi kata dia sanggup gaji dia dipotong $200 setiap bulan untuk dikasi kat awek tuh. "Daripada aku bayar uang cari lonteh, mending aku potong gaji aku kasi dia", Subardi kata kat Nadi. Sah dia ada agenda tersendiri. 

Isnin baru nih tuh kawan dia talipun, kata dia ada kawan di Philadelphia, perempuan jugak, yang nak kerja. Walaupun aku tak reti Jawa tapi aku boleh tangkap apa yang diaorang sembangkan. Gak popo gak popo, wedok, gak gelem, deway, nong kono, adem, umornyo piro, seng de'ey, wes turu and a few other words yang aku faham. Memang tak aku nafikan yang Subardi nih bahasa dia memang hebat, perempuan sure cair nya lah kalau dengar cerita kebaikan dia, kealiman dia, kepandaian dia. Sebab perempuan tuh di Philadelphia, aku tanyalah dia kalau-kalau dia kenal aku, atau pernah dengan nama aku. Memanglah, dulu waktu aku di sana, sebab akulah satu-satunya Melayu, ramai jugak orang kenal aku. Dia kata dia pernah jumpa aku tapi dia lupa rupa aku, dia kata kalau itu lah Melayu yang aku cakapkan itu, memang sah dia pernah tengok. Masa aku turun ke Phialdelphia bulan Julai tahun lepas. Masa hantar Bayou dulu tuh. 

Eva tuh pun Subardi kata adik dia. Cuma dia tak berapa suka sebab Eva tuh janda, umur pun 37 tahun. Dia siap mintak dikirimkan gambar melalui cellphone lagih, dia kata Boss nak tengok. Daripada setuju jadi tak setuju. Akhirnya Eva tak setuju. Dia ada kawan nama Tuti, janda umur 36 tahun. Dengar ceritanya Tuti tuh setuju duduk sebilik dengan Subardi so as of writing this, sah lah Tuti yang akan menggantikan aku nanti.