About this time last year, aku ingat lagi, Bayou dah sibuk-sibuk buat plan untuk balik ke Indonesia. Dia balik Indo akhir bulan Julai. Nampak gayanya aku kena buat plan yang sama, tapi bukan untuk balik, tapi untuk keluar dari sini. Sekarang aku asyik memikir bila masa yang sesuainya aku harus blah dari sini, mengapa aku harus keluar dari my comfort zone nih (comfort sangat ker?), apa yang harus aku buat nanti.
Minggu lepas Hector ke New York, yang ada cuma Richard. Aku dengan Richard nih memang tak suka bergurau, tak macam kalau aku dengan Hector yang asyik kutuk mengutuk jer kerjanya. So aku ambil kesempatan itu untuk diam aje, iyalah, kalau ada Hector aku tak dapat duduk diam. Kalau aku diam ker apa ker, sure ada aje yang dia kutuk, dan aku pun kena cari idea jugak nak mengutuk dia.
So gitulah, setiap hari aku buat diam aje lah, aku banyak melayan kepala aku aje, sekejap fikir pasal itu, sekejap fikir pasal ini, sekejap fikir pasal itu ini. Bila aku diam gitu tuh, Richard mulalah ingatkan aku ada masalah.
"I'm starting to get worried now", kata Richard. "What are you thinking?", dia kata gitu.
"Nothing, just thinking.........", aku kata gitu.
Dan dia pun cuba-cuba lah buat lawak, nak bagi aku gelak lah kononnya. Makin bosan aku jadinya sebab aku kalau tengah-tengah seronok melayan apa kat kepala aku, lepas tuh ada orang buat lawak bodoh, semakinlah aku bosan.
"Makin lama semakin aku jengkel sama SiTogak sih", aku cakap kat Nadi.
"Dia lihat kamu diem aja, dia mahu ajak kamu bercanda sih kerna dia kira kamu lagi mikirin, koq kamu ada masalah", kata Nadi.
Bila aku bosan sangat dengan Richard yang buat lawak bodoh, teruslah aku kata aku tengah fikir pasal plan aku, plan untuk masa depan. Richard sensitif sangat kalau aku cakap pasal "plan" tuh sebab dia macam tahu jer yang aku ada niat nak keluar dari restoran tuh. Mulalah dia kasi nasihat suruh tetap kerja di sini for a few more years, then balik Malaysia.
Siap dia bagi suggestion lagih, dia suruh aku beli apartment kat Malaysia, dan sewakan kat orang. Aku jawab gitu-gitu ajelah, aku kata aku nak simpan duit dari sini, balik Malaysia nanti baru aku beli apa-apa. Dia gelak kat aku sebab dia kata dia tahu yang muka aku nih, jangan haraplah nak kumpul duit. Then dia tanya aku, berapa harga satu unit apartment yang kat Malaysia. Aku kata about USD 50,000.
"That means you have a few more years then", dia kata kat aku.Maksudnya aku kena kerja di situ for a few more years.
"No, that means I can go home any moment now", aku tipu dia. Saja jer lah nak kasi dia bengang. Manalah aku ada duit sebanyak itu kan? Memang dua tiga tahun lah aku baru boleh simpan sebanyak itu kot.
Masa tulis entry ni pun gitu jugak, tengah sedap-sedap tulis, terus aku rasa nak melayan kepala aku ni nih. Tengoklah nanti, kalau rajin, kalau ada masa, kalau tak sibuk, aku tulis semuanya ituh, semua yang aku dok fikirkan ini nih.
Kadang-kadang my little mind gets lonely in my big head.
--------------------------------------
Tahun Baru Cina tahun ini tak macam tahun lepas. Kalau tahun lepas, keluarga Pak Tua berkumpul semuanya, buat makan-makan lagi, kitaorang para pekerja di kasi makan segala macam udang, lobster, ketam, makanan-makanan laut yang lain.
Tahun nih tak ada apa pun, cuma sehari sebelum Tahun Baru itu aje, kitaorang dijamu makan ketam, itupun makan kat restoran. Buah limau memang banyaklah dikasi, sampai benda yang diberakkan pun jadi lawa, macam limau jer berkilatnya.
Keluarga Pak Tua pun tak ada di sini, itu yang peliknya sebab Richard sama isteri dia, dan jugak bini Pak Tua, diaorang di New York City. Pak Tua sama Hector aje yang ada. Tak tahulah kalau diaorang krisis lagi.
Itu tak penting sebenarnya, yang pentingnya, berapa jumlah ang pau yang kitaorang dapat. Sebab SiTalu memang nak tahu sangat berapa jumlah yang Pak Tua kasi. Tahun lepas, sebab aku baru beberapa minggu (tak sampai sebulan pun) masuk kerja, aku dapat dua puluh dollars aje. Bayou yang dah 3 tahun lebih kerja di sini hanya dikasi 50 dollars.
Jadi, memang kitaorang nak tahu sangat berapa jumlah yang akan dikasi. Sebab SiTalu pun ada kata yang sebagai orang lama, aku sepatutnya dapat banyak (cuma aku tak tahu berapa yang dicategorizekan sebagai banyak) ang pau. Kalau aku dapat setakat dua tiga puluh dollars, dia akan berhenti kerja. Sudahlah dia tak puas hati sebab walaupun aku dah setahun kerja, tak ada pun dikasi cuti seminggu macam yang kebanyakan restoran Cina lain buat. Either cuti bergaji selama seminggu atau dapat duit, instead of ambil cuti. Dah lah dia kata naik gaji pun setelah 6 bulan kerja. Memang kali ini jadi penentuan sebenarnya. Subardi pun fikir gitu jugak, dia nak tengok sebanyak mana yang aku dapat.
Aku dengan Nadi jer yang tak fikir pun pasal ang pau, memang kitaorang tahu yang kitaorang akan dikasi ang pau, tapi tak boleh agak berapa yang akan dikasi. "Aku rasa aku dikasi dua tiga puluh dollars, kerna aku bukan Cina. Aku nggak iri kalo kamu dikasi lebih kerna aku ngerti yang kamu Cina", aku kata kat Nadi.
"Nggaklah, pasti kita dikasi sama", kata Nadi.
So tengahari tuh masa dapat ang pau, aku buat selamba ajelah, terus aku masukkan dalam pocket jeans. SiTalu tuh terus datang dekat aku, tanya aku. Depan-depan Pak Tua sama SiKontol pulak tuh. Termalu akuh. Aku sama Nadi gelak aje lah.
SiTalu dapat seratus dollars. Subardi dapat 30 dollars. SiTalu dah dekat 3 bulan kerja di sini, Subardi dah nak masuk sebulan. Aku? Nadi? Kitaorang dapat seratus dollars seorang. Aku tak expect dapat seratus, paling banyak aku agak pun hanyalah 50 dollars.
Jadi kitaorang tak tahulah samada SiTalu akan terus bekerja di sini, nampak gayanya dia puas hati dapat seratus dollars. Memang pun, baru 3 bulan kerja dah dapat ang pau sebanyak itu. Aku dengan Nadi terfikir yang Pak Tua memang pandai, memang nak ambik hati SiTalu. Sebabnya, dua tiga minggu lepas, SiTalu ada confront Pak Tua, dia tanya bila dia akan naik gaji, dia tanya apa pasal aku (yang dah setahun lebih di sini) tak dikasi seminggu off. Banyak yang dia tanya, memang dia bertekak jugak dengan Pak Tua masa tu tuh.
Dan Pak Tua pandai membelit-belitkan cakap. Dia kata sebab aku sama Nadi, kitaorang dapat tips setiap minggu, gaji kitaorang pun bagus (Pak Tua tipu, gaji aku sama dengan gaji tukang masak SiTalu tuh), itu pasal tak dikasi cuti.
Jadi memanglah Pak Tua macam nak ambil hati SiTalu tuh pasal dia boleh agak yang orang-orang Cina, diaorang particular sangat pasal jumlah ang pau yang dapat. Rupanya Pak Tua pun pandai jugak orangnya.
Cuma Subardi aje yang belum pastinya lagi nih, dia memang tak puas hati sebab dapat 30 dollars aje, dan dia pun memang bercadang untuk tengok gaji akhir bulan ini. Kalau gaji dia tak seperti yang dia mintak, dia akan kerja selama seminggu aje lagi, dan lepas tu dia akan berhenti kerja.
Mintak-mintak dia jadilah berhenti. Oooppsss........