Wednesday, September 26, 2012

Anak Baru Udah Nyampei


10012006

Lama dah aku tak cerita pasal tukang masak di restoran Pak Tua ini yang keluar masuk silih berganti. Tak ada yang bertahan lama, pasti ada aje halnya. Yang last aku cerita dulu tuh, pasal tukang masak orang Indo, Iwan, yang duduk sebilik dengan aku tuh. 

Dia pun dah berhenti kerja sebenarnya, dah dekat sebulan dah rasanya. Dia yang mintak berhenti, walaupun Pak Tua memang dah bercadang nak berhentikan dia. Jadi, dia mintak berhenti sebelum Pak Tua, SiTogak dan SiKontol suruh dia berhenti.

Itupun atas pandangan dan nasihat aku sama Nadi. Kitaorang yang kasi cadangan dia berhenti, daripada dibuang kerja (disuruh berhenti), at least taklah tercemar sangat harga diri. Aku pun tak pasti sangat apa yang buat Pak Tua tak suka dengan Iwan. The first 2 weeks Iwan di sini, ok aje kerjanya, Iwan pun memang ada experience. 

Cuma masalahnya, susah nak communicate sebab Pak Tua tak reti English dan Iwan tak reti bahasa Cina. Kadang nak tergelak jugak bila tengok Pak Tua suruh Iwan masak nasi, suruh taruk sukatan air. Iyalah kan, Pak Tua reti membilang dalam bahasa Inggeris pun sampai 6 jer, wan-to-tri-for-fai-sis jer. Bila sampai nombor tujuh, dia siap tunjuk jari jer.

So aku balik duduk sorang-sorang kat bilik aku. Seronok jugak, total privacy gitu. Memang patut pun aku duduk sorang-sorang kan? Aku kan ker yang paling lama kerja di situ? 

Malam tuh, as expected, adalah orang baru yang masuk, datangnya dari New York City. Orang Cina daratan. Disuruh duduk sebilik dengan tukang masak Cina yang sorang lagi tuh. Dah berumur jugak Cina tukang masak yang baru tuh, mukanya menakutkan, muka samseng mafia gituh. Nasib baiklah aku orang lama dan dia orang baru, kalaulah aku orang baru dan dia orang lama, harus takut aku dibuatnya kalau tengok muka dia. Harus aku berhenti kerja, sebab, walaupun baru, lagaknya berlebihan sangat. Tak respect langsung aku yang dah lama kerja nih. 

Macamana pun aku buat tak kisah sangat pun dengan tukang masak baru tuh, sebab dia tak reti English. Ok jugak aku tengok dua-dua tukang masak Cina tuh, yang lama dengan yang baru. Baik diaorang berdua tuh, sembang bagai nak rak. 

Aku pun suka jugak sebab aku bebas, buat hal sendiri kat bilik aku, Nadi buat hal dia kat bilik kecik dia tuh. Memang aman dah hidup aku, tak ada siapa nak kacau. Nak bangun malam-malam sebab nak berinternet pun tak ada siapa yang kisah.

Tapi itulah, tak semena-mena tukang masak baru tuh berhenti kerja. Aku tak tahu cerita sebenar, mungkin dia berhenti dengan sendiri atau mungkin disuruh berhenti. Memang aku pun terkejut jugak sebab setahu aku tak ada apa-apa issue pun situkang masak baru tuh. Cuma apa yang aku sama Nadi dapat agak, Pak Tua tak suka dengan tukang masak tuh. Sebab tukang masak tuh tak berapa pandai masak guna kuali besar. Kalau dia masak, dia guna kuali kecik jer, itu yang jadi susah sikit tuh. Tambah-tambah waktu tuh sibuk. Mungkin jugak sebab itu. 

Hari Isnin, tersangatlah sibuknya. Diaorang tersalah pengiraan agaknya sebab Richard aje yang ada di restoran waktu tuh, Pak Tua sama Hector, diaorang entah ke mana perginya, ada hal lain agaknya. Hari tuh sibuk gila, bertali arus orang datang makan. Aku sama Nadi dua orang jer yang kerja di bahagian depan sebab Richard terpaksa kerja di bahagian dapur sebab tukang masak orang lama tuh cuti, yang ada hanyalah orang baru tuh. 

Patutnya kalau dah ada experience kerja yang bertahun-tahun, tak ada masalah tapi tukang masak baru tuh macam tak biasa buat kerja pulak. Masak pun sikit-sikit, slow pulak kerjanya. Nasi tak cukup, lauk tak dimasak banyak, itu tak ada, ini tak siap. Richard punyalah marahnya walaupun dia cuba maintain kemarahan dia. 

Sekali tuh, nasi habis, teruslah aku hantar rice cooker yang besar tuh ke dapur. Then Richard macam marah-marah kat aku sebab dia kata aku sepatutnya beritahu dia berdua yang nasi dah habis. Pelik jugak aku sebab sebelum ini, tak ada pun kitaorang kena beritahu diaorang kalau nasi dah habis, itu bukan kerja kitaorang. Lagipun kitaorang sibuk sesangat. 

So bila Richard macam marah kat aku tuh, aku pun apa lagi kan? Aku nak tahu apa pasal dia menyalahkan aku. Aku rasa macam tak puas hati gituh. Biasalah aku kan, aku akan tanya, aku akan selidik. Kalau memang salah aku, akan aku tegakkan benang yang basah. Kalau bukan salah aku, aku nak diaorang tahu yang itu bukan salah aku. Richard rasa macam bersalah jer pasal aku nampak sangat tak puas hati, aku tanya dia itu ini, aku kata apa pasal salahkan aku sedangkan benda tu tak ada kena-mengena pun kerja aku. Last-last dia katalah yang semuanya tuh salah tukang masak tuh, dia kerjanya lambat, banyak benda lain yang dia tak dapat siapkan. Jadi aku rasa, sebab itulah tukang masak tuh dibuang kerja. 

Besoknya, banyaklah panggilan talipun yang diaorang terima, dari agent kerja di New York. Aku sama Nadi dengar aje lah, tertanya-tanya jugak kitaorang, orang bangsa apa yang diaorang akan ambil nanti? Aku lebih suka kalau diaorang ambil orang bangsa Cina jadi tukang masak baru sebab pastinya orang baru akan disuruh duduk sebilik dengan tukang masak Cina tuh. Kalau orang Indo, sure disuruh duduk sebilik dengan aku.

"Kayanya (gayanya) anak baru (orang/pekerja baru) nanti orang Indo", kata Nadi. 

"Masa? (Takkan gitu)", pelik jugak aku sebab aku ingatkan sure pak Tua dah tak nak ambil orang Indo jadi tukang masak. 

"Bener, tadi aku dengar mereka nelepon, kayanya orang Indo sih, anak Malang", kata Nadi. 

"Sialan, pastinya sekamar dengan aku sih", geram jugak aku. 

Memang betul pun, malam tuh ada tukang masak baru, orang Indo. The moment aku tengok dia, aku rasa macam kesian jer. Dalam hati aku kata, "Tak lama gayanya mamat sorang ni kerja sini nih"