Monday, hari terakhir aku kerja. Rasa tak sedap hati aje pagi tuh sebab aku tahu Richard ada balik dari Texas. Ituhari masa dia talipun, dia kata dia akan balik dalam beberapa minggu lagi. Aku memang lemah sikit kalau dengan Richard nih pasal dia nih baik sangat, tengok muka dia pun aku dah kesian. Dia yang mula-mula jemput aku masa aku sampai kat Greyhound Station kat Hagerstown nih dulu.
Macamana pun aku selamba aje lah pergi kerja, aku sama Hector aje yang handle di bahagian depan (Nadi off). Pak Tua sama SiTalu kerja di bahagian belakang, di dapur (Subardi ke New York jemput "adik" dia). Walaupun aku banyak bersembang aje, walaupun aku banyak bergurau aje dengan Hector, tapi kadang tuh rasa sayu jer bila mengenangkan yang aku akan blah dari situ in a few hours.
Tak aku sangka pulak dalam seseminggu dua nih banyak betul aku bercakap pasal life, pasal my outlook on life, pasal benda-benda gitu tuh. Ini semua Hector punya pasal lah, selalu sangat sembang dengan aku pasal life. Tapi kan, the more aku sembang dengan dia, the more aku rasa yang I've just let them down. All of them. Dan aku mula memblame diri aku sendiri. For being me. For being too complicated for them to understand. Kadang-kadang aku berfikir jugak, what's so complicated? I want to leave, I have my own reasons to leave, apa yang complicated sangat nya tuh?
Tapi itulah, dalam sembang-sembang tuh, dalam gurau-gurau tuh, kadang-kadang kitaorang tersenyap. Aku tak tahu apa yang Hector fikir dan dia pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku sebenarnya tak adalah fikir apa-apa sangat, aku nak ikutkan kata hati aku nanti. Malaslah nak fikir apa aku nak buat, fikir benda-benda gitu tuh. Aku nak berhenti dalam beberapa jam, that's all I know.
Dan dalam sesehari dua tuh macam ada orang tahu jer yang aku nak blah. A few repeat customers, orang yang biasa datang makan once or twice a month, ramai pulak yang datang. "You're always here, man. Always here to serve me", kata this lorry driver yang selalu singgah makan kalau dia kebetulan ada dekat-dekat area tuh.
"Fret no more Sir, today's my last day", aku kata gitu.
Semalamnya tuh ada Malay couple yang aku tegur beberapa bulan lepas tuh, datang makan. Terkejut aku dibuatnya sebab the day before aku ada teringat nak call diaorang, saja nak tanya khabar. Tengok-tengok, diaorang datang. So aku beritahu perempuan tuh (suami dia tak datang pun tegur aku) yang aku nak berhenti, tak tahu apa pasal aku rasa macam nak confide in her jer. Baya-baya aku jer rasanya diaorang tuh. Sempatlah aku kasi nombor talipun aku.
Kat mall tempat aku kerja tuh aku adalah kenal a few workers yang jadi cleaners, aku sempat beritahu satu orang tukang sapu yang baik dengan aku tuh yang aku nak berhenti. Perempuan Colombia. Dia nih lama dah mengidam nak kan cincin berangkai 3 yang aku pakai tuh. Selama ini memang ramai jugak orang tanya aku kat mana aku beli cincin tuh. I remember this one girl yang waktu aku tengah sibuk layan orang makan, dia tanya aku, "Sir, can I ask you a question? Where did you get that ring on your finger? My boyfriend broke his and I can't figure it out where to get one", kata dia. "In New York City", aku kata gitu. "Dang! They have everything there", kata that girl.
Sebab aku fikir yang in a few days aku akan ke NYC, aku kasi ajelah cincin aku kat perempuan tukang sapu tuh. Memang dia pun selalu sembang-sembang, gurau-gurau dengan aku, dah jadi macam kawan gitu. Cincin tuh sebenarnya aku beli kat Chinatown, next time aku ke sana aku akan beli a few, senang nak kasi orang kalau ada orang tanya nanti sebab cincin tuh walaupun murah, tapi nampak unik. Sesuai dipakai oleh orang yang unik macam aku.
Punyalah payah nak menanggalkan cincin di jari aku tuh, iyalah, dah bertahun aku pakai cincin tuh. Perempuan tukang cuci tuh siap kasi aku sabun pencuci lagih, suruh aku sapu kat jari. Mulanya aku nak suruh dia aje sapukan cairan sabun tuh, lepas tuh kulum dan lurutkan cincin di jari aku tapi takut pulak diketawakan orang pasal buat "indecent act" kat public.
Sorang lagi tukang sapu nih, local white, baru jugak kerja di situ. Dulu Nadi selalu kata kat aku, "Dia tuh naksir kamu kelihatannya, sering senyum sama kamu, sering mahu bercanda sama kamu". Aku layan-layan gitu ajelah, malas aku layan lebih-lebih. Bukannya senang nak melayan orang bermentaliti gitu. "What's that on your face?", aku tanya perempuan tuh bila dia berhenti menyapu, senyum kat aku. "Glitter", dia jawab gitu. "Why, you don't like it?", dia kata lagi. Terserba salah aku nak jawab. "That has a very deep meaning", Hector berbisik kat aku. Lama tuh baru aku kata aku dah nak berhenti kerja. "Why, you don't like me?", dia tanya aku. Mati kutu aku nak cari idea nak jawab so aku gelak ajelah.
Dalam ramai-ramai tuh, Angela aje yang masih tak percaya yang aku betul-betul dah nak berhenti kerja. Dia tetap ingat aku main-main. Dia tanya Hector, bila Hector jawab, dia tak percaya. Tiap hari dia datang dia tanya Nadi tapi ituhari Nadi kata aku punya last day Jumaat lepas, itu yang dia macam tak percaya tuh. Aku pun tak lah gaya macam serious sangat pulak sebab aku dah cakap sekali dua dan dia tak percaya. So aku pergi ke dapur aje lah masa Angela sembang dengan Hector, aku tengok melalui cctv jer.
Dah tengahari baru aku nampak Richard datang, masa tuh aku tengah rancak sembang dengan Hector. Dari jauh lagi dia dah kasi signal dengan aku, pura-pura marah. Tapi dia gelak. Bila masuk restoran, biasalah, terus dia buat aksi kuda konkek dia tuh, peluk aku dari belakang. Aku gelak-gelak aje lah, aku tengok Hector sama Pak Tua terus ke tepi, diam aje. Yang gelak kuatnya, perempuan tukang sapu orang Colombia tuh. Aku tak rasa malu pun sebab ramai orang di sekeliling, lagipun masa tuh aku tengah fikir apa jawapan yang aku nak kasi kat Richard kalau dia pujuk aku suruh tetap kerja di situ.
Tak payah aku tulislah apa yang dia cakap, tapi macam-macamlah dia cakap, dia pujuk aku. Aku diam aje, aku senyum. "I'm sorry but I'm leaving", aku kata gitu jer. "Go for a break and come back when you are ready. Next week, next month, 2 months from now, anytime. Give us a call. I'll take you to Florida. Or Texas", dia kata gitu. Sebelum dia blah ke New York sama Pak Tua, sempatlah aku mintak maaf dan cakap terima kasih kat dia. "I'll see you in 2 weeks or I'll send a search party", dia kata gitu sambil tumbuk bahu kanan aku.
So bila diaorang dah blah, tinggal aku sama Hector berdua balik. Sembang lagi lah kerjanya, kebetulan orang yang datang makan pun tak ramai sebab tornado boleh tahan kuatnya. Bila Hector tetap suruh aku terus kerja (sedangkan orang baru dah on the way) dan dia kata aku buat susah dia aje, then aku beritahulah dia sesikit sebab-sebab aku nak berhenti. Pasal Subardi. Pasal aku bosan. Terkejut dia mendengarnya, dia tak percaya mulanya sebab dia kata kitaorang nampak macam tak ada masalah pun, biasa aje, selalu buat lawak, gelak-gelak, sembang-sembang. "I'm a good actor", aku kata gitu.
Memanglah aku tak gaduh dengan Subardi tapi aku tak suka dia, aku rasa tak aman sejak dia datang ke situ tuh. Aku ambil jalan keluar, berhenti. That way, aku tak payah fikir pasal dia dah, aku pun banyak nak fikir benda lain lagih. Hector gelak kat aku, dia kata dia boleh arrange supaya aku tak sebilik dengan Subardi. Aku gelakkan ajelah cadangan dia tuh sebab that won't solve the problem. Gitu pulak dia fikir. Aku beritahu dia yang dengan aku nih, kalau aku tak suka seseorang tuh, aku akan blah. Aku akan blah gitu aje. Yang aku kasi diaorang 2 minggu notice tuh pasal aku kesian dengan diaorang,lagipun Nadi ada hutang duit dengan aku.
"But you are not solving the problems, you are running away from reality. That's life", dia kata gitu. "That's ok, I'll keep on running", bosan akhirnya aku nak berfalsafah-falsafah pasal hidup. So aku ceritalah kat dia sesikit pasal Subardi, macamana pun aku beritahu dia tuh bukanlah sebab aku ada dendam dengan Subardi. Bukan jugak sebab aku dah nak blah, so aku cuba nak laga-laga kan orang, tapi itu untuk kebaikan diaorang jugak. "Because you are my friend", aku kata gitu.
Terus dia pegang bahu aku, then dia letak tangan dia kat bahu aku, sambil tepuk-tepuk bahu, dia kata,"Thank You for being my friend".