Wednesday, September 26, 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

03012006


Memang sejak aku duduk sorang-sorang kat bilik (sejak Iwan berhenti, dia berhenti tiba-tiba)), aku tak keluar pun, takat pergi kencing, mandi, atau kalau nak ambik aiskrim dari peti ais. Itu aje. 

Selebihnya aku memerap kat bilik aje. Dan aku tak pasang tv sangat pun, aku lebih banyak dengar music dari laptop, lagu-lagu yang aku download from the internet. Tidur pun aku biarkan aje music terpasang. Itu yang aku selalu terbangun tuh, memekak jer music nih, kata aku dalam hati. Tapi aku tak tutup jugak, aku biarkan aje. 

So dalam satu malam, adalah empat lima kali aku terbangun. Sempatlah jugak aku online dalam sesepuluh minit. Entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, aku mengecheck email mostly, macamlah orang penting kononnya. Mungkin sebab itu jugak, aku jadi kurang tidur. Tak pernah ada deep sleepnya. Tidur dua tiga jam, bangun. Tidur lagih. Bangun. Tidur lagih. Itu ajelah kerja aku, sampai waktunya pergi kerja. Cuma yang bagusnya, aku sekarang nih selalu Sembahyang Subuh masa subuh tengah bugar. Bukan Subuh gajah macam dulu tuh. 

Kat tempat kerja, for the last few days, aku mengantuk sangat, aku rasa`letih jer. Mata aku rasa pedih, rasa merah jer, walaupun Nadi kata tak ada pun nampak merah. Menguap, jangan ceritalah. Mengalahkan badak yang tengah berendam lagih. Kejap-kejap mencongak, menguap. Kejap-kejap menguap. For a few days aku rasa gituh, aku senyap kan aje, aku tak beritahu sesiapa pun. Hari ketiga, semalam, baru aku tanya Nadi, aku tanya Richard. Aku beritahu diaorang kemungkinan-kemungkinannya, aku beritahu yang aku berhenti merokok sekejap. "I haven't smoked for the last 3 days", aku kata kat Richard. 

Nadi kata, sebab itulah aku rasa lemah, aku rasa mengantuk sesangat tuh. Sebab aku tak merokok. Aku tak setuju sebenarnya, aku rasa macam tak betul jer fakta dia tuh. Sebab, takkan seteruk itu kan? Dulu aku pernah berhenti merokok, for like a few months kan? Aku selamba jer masa tu tuh, tak ada rasa apa pun. Lagipun, aku bukannya perokok tegar, aku merokok pun tak sampai 4 batang sehari. Takkan teruk begitu sekali akibatnya bila aku cuba-cuba berhenti merokok buat sementara kan? 

Richard pulak kata yang aku letih kot, sebab dah lama tak cuti. Last aku cuti masa Krismas ituhari. Masa festive holidays ituhari memang sibuk gila kitaorang, waktu jam kerja pun dipanjangkan jugak dulu tu tuh. Aku ada jugak buat perkiraan yang for the last few weeks, Pak Tua memang untung besar, boleh cover the entire year. Kalau akan datang nih, for the next few months, tak sibuk pun, sepatutnya diaorang tak boleh komplen, sebab diaorang memang buat duit betul sejak November lepas, sebelum Thanksgiving Day. 

Mungkin ada betulnya jugak Richard kata aku letih, (ditambah pulak aku tak merokok kot) sebab asyik kerja jer memanjang. Dia kata diaorang pun letih bila habis festive season, memang gitu every year. Itu yang memasing dah ada plan untuk ke sana sini, untuk mereleasekan tension kerja. 

So for the last few days, aku tak ada mood langsung nak berinternet, let alone nak mengupdate blog. Sampai rumah aje, lepas mandi semuanya, aku terus tidur. Pukul sembilan lebih sikit aje aku dah tidur, sebab aku ingatkan aku kurang tidur. Besoknya pun sama jugak, masih rasa mengantuk, rasa letih yang teramat. Sebab lainnya yang buat aku tak ada mood nak online, ada kaitannya jugak dengan azam tahun baru aku tuh. Aku hampir bergaduh dengan Hector.

Memanglah sejak kebelakangan ini aku selalu berfikir yang aku kena kurangkan sikit bergurau dengan Hector. Sebab aku tahu, dia boss aku. Lagipun, aku percaya sangat yang suatu masa nanti, pasti akan ada tersalah cakap, akan ada misunderstanding. Dan dengan aku, biasanya, orang yang rapat dengan aku, orang yang selalu buat aku gelak, orang yang "baik" dengan aku lah yang biasanya will hurt me the most. 

Dengan lain perkataan, di ayat yang lain, aku takut samada aku atau Hector akan, suatu masa nanti, terasa hati disebabkan tersalah cakap, tersalah gurau. Dengan perkataan yang lain lagih, di ayat yang lain jugak, aku rasa samada aku atau Hector akan lebih terasa hati kalau one of us tersalah cakap, tersalah buat lawak. Kalau orang lain yang tersalah cakap, tersalah buat lawak, aku tak akan pelik sangat. Tapi kalau Hector yang tersalah cakap, tersalah buat lawak, aku akan makan hati. Dan kalau aku yang tersalah cakap, tersalah buat lawak sampai Hector makan hati, aku pun akan turut makan hati.

See....walaupun aku hanya sebutir Bangla, tapi nak cakap dengan aku, nak buat lawak dengan aku, kena tahu butirnya jugak. Bukan butir sebarang butir. Ini butirnya sebutir Bangla. 

Kaedahnya, adalah satu hari tuh, first day of New Year rasanya, aku macam gaduh dengan Hector. Salah faham gitu. Tak adalah apa sangat tapi mungkin sebab aku pun letih. Lagipun hari tuh sepatutnya masuk kerja lambat sikit tapi sebab diaorang tuh tamak, restoran tuh dibuka awal sejam sedangkan dah ada notice dari General Manager mall tuh yang kata opening hour hari tu tuh dilewatkan sejam. Memang dari pagi aku sama Nadi asyik dok mengutuk diaorang ajelah, tamak tak bertempat. Tak bersyukur yang selama dua bulan lepas, berlipatkali ganda untungnya. 

Hari tuh hujan lebat, kebetulan pulak first day of January, hari Ahad pulak tuh. Taklah sesibuk macam weekends yang lain. Sibuk memang sibuk tapi tak sibuk seperti biasa. Adalah satu keluarga India nih datang makan. Aku yang melayannya. Yang lain tuh tengok jer. India, tahu ajelah kan? Sure banyak auta nya. Mintak itu mintak ini. Semuanya nak banyak. Tak cukup dengan dua tiga senduk, nak suruh aku tambah. Satu orang jer yang belinya, makanan tuh dikongsi ramai-ramai. Kitaorang tengok jer. Tak lama lepas tuh, dia datang lagi, mintak tambah mee. Aku kasiklah lagi dua senduk, aku charge sedollar, macam biasa. 

Then Hector datang kat aku, dia kata I should have told Keling tuh yang lain kali kalau nak tambah makanan, beli sepiring. Jangan jenis hulur piring mintak ditambah makanan aje (walaupun bayar). Sebab harganya berbeza, kalau piring lain, harganya lebih mahal, compared to sedollar yang aku charge sebab aku hanya sendukkan 2 senduk mee aje.

Entah apa pasal berasaplah aku jadinya. 

Aku beritahu Hector yang lain kali aku tak nak senduk-sendukkan makanan dah, kalau orang nak tambah makanan, kena beli yang baru, jangan buat hulur pinggan mintak tambah sesedollar dua makanan. At the same time aku cakap kat Nadi yang aku bengang dengan Hector sebab nampak sangat tamaknya. Dan aku tak layan pun dah apa yang Hector cakap lepas tu tuh, dia berdiri belakang aku, bila aku pause lepas cakap dengan Nadi, dia sambung balik cakap, dan aku sambung semula cakap dengan Nadi, sambil gelak-gelak lagih. Aku terus tak layan Hector. Aku kata dengan Nadi yang Hector sure bengang dengan aku, dan Hector tahu aku bengang dengan dia. Aku gelak ajelah sambil cakap dengan Nadi, aku beritahu dia supaya jangan gelak, jangan cakap apa-apa pun, biar aku sorang yang cakap. Sebab aku tak nak Hector marah dia, kalau Hector nak marah aku, biar marah aku sorang. Tak ada kaitannya dengan Nadi. 

Macam bapok aje aku kan? Kasik Hector marah and at the same time mengadu kat Nadi.

Lama lepas tuh aku diam ajelah. Tak cakap apa-apa pun. Aku tengok Hector macam nak tegur aku, aku buat tak layan jer, buat pura-pura sibuk. So dia sembang dengan Richard ajelah. Tak lama lepas tuh Richard datang dekat aku, dia usap-usap bahu aku, dia ajak aku sembang. Lupa lak apa dia tanya aku tapi aku jawab serious jer, aku terus sembang dengan Nadi. 

"SiKontol ceritain sama SiTogak pasal kamu udah nggak mahu bercanda. Itu yang SiTogak dekatin kamu", kata Nadi. 

"Aku tahu. Aku tahu", aku kata kat Nadi.

"Dia kira kamu marah sih", kata Nadi lagi. 

"Nggaklah, aku nggak marah, kenapa aku harus marah sih?, aku jawab gitu.

So the rest of the day tuh aku diam ajelah, aku buat hal aku aje, kalau aku nak sembang pun aku hanya sembang dengan Nadi. So malam tuh aku rasa lagilah tak ada moodnya nak online. 

Besoknya Hector tak ada, kereta dia tak ada. Dia ke New York gayanya. Sama Pak Tua. 

"Nadi, kalau gini gayanya, aku bisa berenti kerja sih", aku kata kat Nadi. 

"Koq kenapa sih?", Nadi tanya aku. 

"Iya, mana mungkin aku mahu kerja kalau nggak bertegur sapa sama SiKontol. Pastinya aku berhenti aja. Nggak mahu aku kalau berterusan begini", aku jawab.

"Tenang aja, dia lagi kira kamu masih marah", kata Nadi.

"Lihat ajalah, kalau masih begini, aku minta keluar ajalah", aku kata gitu.

Seharian hari tuh aku asyik memikir apa yang aku harus buat. Macamana nih, macamana aku nak berhenti kerja? Nadi masih belum bayar hutang aku. Paling cepat dia boleh bayar pun, akhir bulan January. Bererti aku kena tunggu sampai akhir bulan baru berhenti kerja. Sure nya by that time, either aku dah baik semula dengan Hector atau aku blah gitu aje. Aku tak sanggup berdepan dengan "musuh", sure aku tak sanggup tunggu sampai akhir bulan. 

Dan aku terfikir, itulah, azam tahun baru aku untuk kurangkan bergurau tuh, ada baik dan ada buruknya. Salah timing pun satu. Tapi kalau difikir balik, memang pun, kalau selama ini bukan mainnya lagih bergurau senda, buat lawak kan? Dan tiba-tiba aku buat diam aje. Sure ada yang rasa something is not right somewhere kan? 

Dan tak kurang jugak aku menyumpah diri sendiri sebab dah elok-elok baik sama Hector, aku macam buat hal pulak. Aku terfikir jugak, senangnya aku memutuskan persahabatan. Hanya sebab benda kecil gitu tuh, aku nak berenti kerja kan? Tapi, takkan aku sanggup kerja di situ kalau aku macam tak bertegur sapa dengan Boss kan? Aku akan rasa tak seronoknya nanti. 

"Lihatlah gimana nanti", aku kata sama Nadi.

"SiKontol kira kamu masih marah sih, kamu harus tegur dia dulu, dia kelihatannya takut mahu negurin kamu", kata Nadi.

Dan semalam Nadi off, hanya aku sama Richard yang kerja di bahagian depan. Bini Richard ada datang sekejap tapi sebab tak sibuk, dia pergi shopping. Then dah petang, Hector ada datang, baru balik dari New York gayanya. Aku jadi serba salah, nak tegur ker tidak. Kalau aku tak tegur, sah lah akan berterusan begitu and at the end aku yang akan buat keputusan berhenti kerja. Dan aku terfikir jugak, sekarang nih, mungkin sebab dah lama sangat aku kerja di sini, mungkin sebab dah bosan sangat kerja begini, aku rasa nak blah aje. Nak berhenti kerja jer. Aku dah tak fikir sangat dah susah payahnya, kat tempat lain buatlah cara lain kan? Bukan di sini saja tempat cari makan. Mungkin di tempat lain jauh lebih baik keadaannya. 

Lagipun, kalau dulu, Bayou lah yang selalu tahan aku dari berhenti kerja, sekarang nih tak ada siapa dah. Nadi? Dia tak macam Bayou, aku dengan Nadi setakat kawan gitu-gitu aje. 

So itulah, dua tiga kali Hector lalu lalang, aku masih buat tak tahu aje. Last-last bila ada cutomer datang, awek, cepat-cepat aku suruh Hector masuk ke dapur, "Get in the kitchen, get in the kitchen!", aku kata gituh. Memang gitu, kalau ada orang datang, especially awek, aku akan suruh Hector ke dapur, aku kutuk dia lah kononnya dia bawak suwey, orang yang nak makan tak jadi nak makan kat situ kalau Hector ada, kalau tengok muka hector. 

"Ooooo shut up!", kata Hector, sambil gelak-gelak. 

Kitaorang pun start balik kutuk mengutuk lepas tuh.