Wednesday, September 26, 2012

Aku Tertunduk Kemaluan

03032006


Semalam, masa aku tengah melayan customer makan, tiba-tiba aku ternampak Angela datang. Teruslah aku tegur dia, berhoney-honey, berdarling-darling gituh. Saja jer nak cover sebab aku perasan yang Nadi sama Hector asyik dok tengok kitaorang jer. 

Diaorang selalu tanya aku sebenarnya, kalau-kalau aku ada call Angela sebelum tuh. Diaorang yang beria-ia suruh aku call sebenarnya. Aku tak call pun. Nak buat apa? Bukannya aku serious, selama ini I was just kidding, I was just joking. Dia pun sama jugak. Agaknya lah. Cuma aku tak faham bab-bab yang dia kasi phone numbers tuh. Itu aje. 

"Why didn't you call me , honey?", dia tanya aku, saja buat-buat manja. 

"I don't have your number, darling", dia berhoney, aku berdarling. Aku lawak jer, what with Hector, Nadi, Subardi semuanya ada di situ. Sajalah aku menyerlahkan kegatalan aku. 

"Wah, hebat tu, cewek yang kasi nomor telpon", aku terdengar Subardi kata kat Nadi.

Terus Angela pergi ke arah Hector yang masa tuh dekat cash register."Why didn't you give him my numbers", aku dengar Angela tanya SiKontol. 

"I did, I did", kata SiKontol. 

"He lost it, he lost the paper", aku kata pada Angela sambil buat pura-pura marah kat Hector. Lepas tuh Hector terus masuk ke dapur, "I don't want to get involved", dia kata kat aku sambil gelak-gelak. Diaorang gelak kat aku yang masa tuh dah gubra pasal nak menutup kemaluan. Kebetulan pulak ada orang datang nak beli drinks dan aku terpaksa layan. Sambil tuh Angela berdarling-darling, berhoney-honey kat aku. Merah padam muka aku. Aku tengok, perempuan yang beli air tuh macam getik sangat tengok Angela, tengok aku. 

Tak tahu lah apa pasal aku rasa malu sangat, mungkin sebab aku nak tutup malu yang Angela tetap tanya apa pasal aku tak talipun dia. "Gimme a piece of paper, and a pen", dia kata. Aku kasi dia pen, aku kasi dia kertas, sambil tuh aku terus melayan ada orang yang baru datang. 

"Call me!", kata Angela, sambil dia kasi kertas tuh pada aku. Aku tengok ada dua nombor talipun, dia tulis, "Don't forget to call me, Honey!". Alamak! Macamana nih? 

Sebab ada orang yang semakin ramai datang, aku teruslah pergi nak layan. Angela, tak tahulah dia faham ker tidak, terus dia ambil kertas tuh, dia terus blah, ke arah Pizza Store. Malaslah aku panggil dia sebab masa tuh dah sibuk dah. Aku jenguk-jenguk jugaklah kalau-kalau dia dah selesai beli makanan kat Pizza Store tuh, sure dia akan lalu di depan kitaorang. Tak nampak pun. 

"She's mad at you, she didn't even look at you just now", kata Hector. Laaa, aku tak perasan pun Angela ada lalu depan restoran kitaorang, sebab masa aku sibuk melayan orang nak makan. 

"Baik kamu telpon dia, kalau dia ke arah jorok, kamu bilang aja kamu nggak mahu", kata Nadi.

"Tapi.....masa dia nggak ngerti yang aku selama ini bercanda aja? Aku bukannya serious sih, dia pun aku kira bercanda aja, kerna itu aku layanin aja", aku kata kat Nadi. "Nggak perlu aku telpon dia, dia pasti maklum yang aku bukan niat mahu pacaran sama dia", aku kata lagi. 

Entahlah, bagi aku, kalau aku talipun dia, takut lidah aku kelu pulak nak cakap benda yang sebenar. Yang aku tak ada niat pun nak rapat dengan dia. Sebagai kawan, ok, not more than that. Ala, dia tuh Manager, aku nih? Aku Bangla jer! Itu yang aku fikir tu tuh. Dia bukannya tahu apa-apa pasal aku, kalau dia tahu, sure dia tak pandang pun aku. In other words, tak nak lah aku macam hindung tak mancung pipi tersorong-sorong. Then again, hidung aku mancung! So, macamana nih? 

Aku ingatkan habis di situ ajelah kisah semalam tuh. Rupanya tidak. Malam tuh, Angela singgah lagi restoran tuh, dia tak cakap dengan aku pun (mungkin sebab aku masa tuh tengah menyapu, aku kat dapur). Aku tengok dan dengar dari tv monitor jer yang Angela sembang sama Hector. 

"I wanna go see movies with my honey", aku dengar Angela kata gitu tuh. 

"What movie you wanna see? He went to see Brokeback Mountains all by himself", kata Hector.

"Shit!", kata aku dalam hati. Terus aku keluar ke depan. 

"Did ya honey? Did ya?", Angela tanya aku. Sambil gelak-gelak. Hector pun sakanlah gelaknya sebab dapat mengenakan aku. Masa tu aku tak boleh cakaplah punya malunya. Serba salah jugak aku, kalau nak buat macam marah kat Hector, takut melarat pulak. Lebih baik aku gelak-gelak aje lah, tak lah nampak sangat kemaluan aku kan?

"You are so mean", kata Hector, bila Angela dah blah. "At least call her!", kata dia lagi.