Wednesday, September 26, 2012

Periuk Belanga Terbang Melayan-Layang


31032006

Aku talipun Regina, perempuan Indo yang aku tumpang tidur di rumah dia masa aku turun Phialdelphia dulu tuh. Tak dapat, line talipun dah diputuskan. Entah-entah dia dah balik Indo. Resah jugak memikirkan yang aku tak ada tempat untuk dituju, what with barang-barang aku yang banyak. She was my safe bet sebenarnya tapi nampak gayanya aku kena ikhtiarkan yang lain lah. 

Aku talipun Yanti. Tinggalkan mesej, tak ada yang jawab panggilan. Takkan aku nak menalipun Nani Pastel, aku dah janji tak nak berurusan dengan dia dah. Esoknya aku cuba-cuba talipun cellphone Yanti, nasib baik dia jawab. Bila dia tahu yang aku nak berhenti dan nak balik ke Phialdelphia, terus dia ajak duduk di rumah dia. Dia masih ada berhutang dengan aku kan, remember?Dia ada spare room. "Cuma nggak ada ranjang sih, kamu perlu beli", kata dia. She's doing good now (kalau dengar cerita dialah), kerja 4 hari seminggu dan selebihnya pergi kelas kecantikan sebab dia dapat grant dari government sebanyak USD 10,000 untuk biayai study dia tuh. Aku rasa dia nih akan tercapai cita-cita untuk buka salon suatu masa nanti. 

Aku setuju ajelah nak tinggal di rumah dia untuk sementara waktu, aku dah tak nak fikir masalah lain dulu lah. Nanti kalau banyak sangat fikir, tak jadi apa. So, masalah tempat tinggal aku dah dapat selesaikan. 

Malamnya aku talipun Bayou di Indo. Dia memanglah tak percaya yang aku nak berhenti. Bila Nadii yang beritahu dia yang memang betul aku nak berhenti, yang aku dah pun kasi tahu semua orang, dia masih tak percaya. Dia tetap ingat yang aku akan bercuti selama beberapa minggu, then datang balik kerja di restoran Pak Tua tuh. Dia ingat aku suka sangat kerja di situ, dia ingat Pak Tua sekeluarga suka sangat dengan aku. Aku beritahu dia yang aku dah tak suka kerja di situ. "I do kiss his ass once in a while", aku kata gitu bila Bayou tanya macamana aku boleh baik sangat dengan Hector.

Hari Selasa aku off. Tak pergi mana-mana pun sebab aku nak kemas barang. Tak ada lah banyak barang aku yang nak dikemaskan sampai one whole day tak keluar, tapi kalau dah bangun pun pukul 11, ada pulak signal untuk aku online, tak jadi kerja lain lah aku. Aku keluar pun cuma untuk pergi makan kat Italian Restaurant di luar sana tuh. Makan Maryland Crab Soup lagi. Makan kat situ satu, tapau satu. 

Tak sangka pulak banyak jugak barang aku, dari sekecil-kecil benda, semuanya aku masukkan ke dalam beg aku. Kalau biasanya aku akan buang atau tinggalkan aje, tapi kali ini aku cuba sumbatkan ke dalam 3 beg aku. Satu beg penuh dengan alat-alat laptop aku, printer, kabel itu ini, kamera, webcam, adapter segala macam, semuanya benda-benda yang bersangkutan dengan laptop aku. Beg besar tuh aku keluarkan isinya, aku buang semua tshirts Fruits Of The Looms aku. Jeans yang dah rabak di lutut dan bontot pun aku buang. Aku masukkan baju-baju baru aku. 

Tak sangka pulak yang waktu aku shopping sakan masa cuti Thanksgiving dulu tuh, punyalah banyaknya. Aku bilang ada 23 helai semuanya. Yang aku dah pakai selama ini pun hanyalah 3 helai. Yang lain tuh masih dalam plastic bags lagi. Tak tahulah bila aku boleh pakai semuanya baju-baju tuh. Terkilan jugak aku sebab jacket Nike yang mahal tuh (yang aku terbeli saiz besar dulu tuh) terpaksa aku tinggalkan sebab tak muat beg. Aku nak kasi kat Nadi jacket tuh, itu ajelah peninggalan aku kat dia. 

Kat Subardi nanti aku tinggalkan ajelah tv aku, dan sejadah. Aku lupakan niat aku nak rosakkan tv tuh. Sebab Subardi tahu nombor talipun aku, nanti sure dia akan talipun aku, maki-maki aku, kalau aku rosakkan tv tuh. Ituhari Nadi ada beritahu aku yang Subardi ada beritahu dia yang dia kata Nadi tak payah bayarlah hutang aku, instead Subardi akan pinjamkan dia the whole amount yang Nadi pinjam dari aku. Untuk dibayar kat aku sebelum aku blah. That way, aku akan rasa terhutang budi sesangat dengan Subardi pasal pinjamkan Nadi duit. Dan untuk balas jasa baik dia tuh, aku akan tinggalkan tv aku. Dia takut aku kasi tv tuh kat orang lain, kat SiKontol for example. Walaupun sekiranya tv tuh aku kasi kat Hector, tv tuh akan tetap di bilik itu, cuma mungkin Subardi plan yang kalau bila-bila dia berhenti nanti, tv tuh akan dibawak sekali. Orang Indo kalau diaorang pindah, segala harta diaorang akan dibawak sama. 

Infact Subardi ada beritahu aku yang dia suruh aku cakap kat Hector yang aku jualkan dia tv tuh. Tak ker kurang asam namanya tuh? Aku iya kan ajelah tapi dalam hati aku dah plan nak sound aje kat Hector yang Subardi suruh cakap gitu. Dan aku nak kasi tv tuh kat Hector. Busuknya hati aku nih.

Aku ada terfikir yang kalau aku jadi Nadi, aku akan berusaha untuk dapatkan duit so that boleh bayar hutang. Tapi aku tengok Nadi selamba jer, aku yang berikhtiar sendiri (mintak Subardi pinjamkan Nadi). Kalau aku jadi Nadi, mungkin aku akan mintak gaji advance dari Hector, atau pinjam dari Subardi, atau lain-lain cara. Nadi cuma kata yang dia akan bayar hutang aku, walaupun di mana aku berada nanti. Dia akan kirim duit, Money Order ker, Western Union ker. Bukanlah aku tak percaya dia tapi aku dulu kan ker pernah duit gaji di bawak lari dek orang Indo yang satu kerja? Masa kat Elizabeth, New Jersey dulu tuh. 

Dan aku pun takut jugak Nadi terasa hati takut aku salahkan dia walaupun aku ada rasa kecik hati sebab dia tak berusaha pun. Itu pasal aku beritahu dia janganlah rasa apa-apa pulak sebab semuanya ini memang tak dijangka. So, cari jalan penyelesaian aje lah supaya aku dapat duit sebelum aku blah. So the lah very baik nya aku kan, dalam keadaan begitu pun masih fikir pasal jaga hati orang. Kan? 

Selama aku kerja di sini tak pernah aku tengok Hector tensen yang teramat. Not until last Wesdnesday. Hari tuh aku sama Hector aje yang kerja di bahagian depan sebab Nadi off. Di bahagian dapur, Subardi sama SiTalu, sebab Pak Tua di New York City since Sunday lepas. 

Biasanya kalau aku dengan Hector aje yang kerja, kitaorang banyak sembang benda-benda serious, jarang sangat bergurau-gurau, buat lawak etc. So pagi tuh kitaorang sembang ajelah, mostly pasal aku nak berhenti kerja tuh. Walaupun dia tak ada pujuk aku ker apa ker tapi dia cakap yang anytime aku nak balik kerja, dia akan terima. After a month, dua tiga bulan, bila-bila aje lah aku rasa nak balik semula ke tempat diaorang, dia akan ambik aku balik.

Walaupun aku rasa macam kesian jer mendengarnya tapi aku diam kan ajelah, aku tak tunjukkan reaksi apa-apa, aku tak even cakap terima kasih pun. Aku tak kata apa pun. Sebab dah tersemat di hati aku yang come what may 2 haribulan April nanti last day aku. Cuma aku rasa macam bersalah jer bila Hector pegang-pegang bahu aku, dia kata "You are leaving me at a very bad time". "Think about it", dia kata lagi. Tak faham aku. Apa susahnya, cari orang baru, habis cerita. 

Tengah seronok-seronok kitaorang sembang, aku dengar SiTalu cakap kuat aje, dalam Bahasa Cina (itu ajelah bahasa yang dia tahu). Menengking gituh. Then aku dengar Subardi kata, "Sorry". Hector terus ke dapur, lama tuh dia ke depan balik tapi dia asyik dok jeling-jeling ke bahagian dapur aje. So kitaorang sembang balik semula. 

Then datang 2 orang Spanish-looking, very well-dressed mamats, gayanya diaorang nak order makanan. Tapi sebelum order, diaorang nak cuba rasa dulu almost semua jenis masakan. Memang biasalah di restoran Cina, orang yang datang makan akan mintak rasa sample dulu. Memang kitaorang pun disuruh kasi sample makanan pada orang, macam kasi umpan gituh. Cuma masalahnya, diaorang nih, kalau dah kasi satu sample, diaorang nak menyample yang lain-lain jugak. Semuanya. Itu yang buat payahnya. 

So these 2 guys mintak dua samples kat aku. Aku kasi. Mintak yang lain, aku buat pura-pura tak dengar, aku terus sendukkan nasi, dan lauk yang dia nak. Then sorang tuh mintak nak cuba masakan lain. Hector terus kata, "Sorry, no more samples". Bertaki lah diaorang, diaorang kata diaorang nak beli, so diaorang nak cuba dulu. Hector tetap tak kasi, masa tuh dia memang tengah baran pun. 

Kalau aku sama Nadi, sure kitaorang ikut aje permintaan customers, sebab memang diaorang nak makan di situ, cuma nak pilih second lauk aje. 

"Fuck you man!", kata one mamat tuh. 

"You fuck yourself, and you can fuck him too", kata SiKontol. 

Terus pinggan yang di tangan dia tuh dibalingnya ke dalam tong sampah. Pinggan yang di tangan aku, aku pegang aje lah dulu, terus dirampasnya. Lepas tuh dia campak kat meja. "Just go away, I don't want to sell this to you", dia kata gitu. Aku terus lah buat pura-pura membersihkan lantai, aku cuci pinggan yang kotor, lap sana lap sini, malas lah aku nak join sekali diaorang yang tengah bengang tuh. Lama jugaklah diaorang bertekak, at last Hector terus ke dapur dan mamat dua orang tuh terus blah ke restoran lain. 

Bila aku nak sembang balik dengan Hector, a few minutes later, kitaorang terdengar bunyi benda jatuh. Kat dapur. Periuk besar tuh gaya bunyinya. Lepas tuh dengar suara SiTalu. Kuat aje. Terus Hector berlari ke dapur. Nak sangat aku tahu apa halnya tapi aku kena buat muka selama aje lah pasal aku tengok ramai orang yang kat meja, semuanya pandang arah restoran tuh. Macamana pun aku sempat jenguk jugak, aku nampak SiTalu tengah macam nak pukul Subardi jer gayanya. 

Suara SiTalu bukan main kuat lagi lah. Tak henti-henti dia menjerit. Tak tahu pulak aku, dia cakap dengan sapa, takkan dengan Hector. Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang dia mengomel kat Subardi. Dalam Bahasa Cina. Sabar jer lah, mana lah Subardi faham. Masa bising-bising gitu tuh, masa tu lah ramai pulak orang datang nak makan. Aku sorang ajelah yang layan, menyendukkan lauk pauk, sediakan minuman, jaga cash register lagi. 

"Are they fighting?", tanya Minah Filipina yang selalu datang makan kat situ tuh. 

"They fight all the time", memang aku pandai buat-buat cerita. 

"Why don't you close the door? It's embarassing isn't it?, dia tanya lagi. Aku buat selamba aje lah walaupun suara SiTalu semakin kuat. Aku pasang music lagi. Sekala-sekala ada jugak terdengar suara Hector mencelah. Dah lama tuh diam semuanya, then Hector ke depan sebab masa truh agak sibuk jugak. Tak dapat aku nak handle semuanya. 

Memang nasib dia tak baik agaknya, the moment dia ke depan, mamat Spanish yang 2 orang tadi tuh kebetulan lalu (diaorang baru lepas makan kat restoran lain gayanya) di depan restoran. Diaorang gelak-gelak, entah apa-apalah diaorang kutuk SiKontol. SiKontol pun apa lagi, mencarut-carut dia kat mamat 2 orang tuh. Dia tak peduli pun orang lain yang berbaris datang nak makan kat restoran tuh. Dah lama tuh baru dia mintak maaf kat customers. 

So lepas tuh aku tak ada lah bergurau dan sembang sangat dengan dia, saja nak kasi dia cool down sikit. Dia merungut jer kerjanya, dia kata selama dia buat business, hari itulah hari paling malang, paling dia kesal. Dia bengang sebab dia rasa buat business tuh kadangnya macam buat business kindergarten. Orang ini tak suka dengan orang itu, orang itu tak ngam dengan orang ini. Aku dengar ajelah rungutan dia. 

Then dia menalipun Pak Tua yang masa tu di New York City. Dia talipun Richard jugak yang masih lagi di Houston, Texas. Then dia pass kan talipun kat aku. 

Richard wants to talk to you", dia kata sambil hulurkan cellphone dia kat aku.