Besoknya aku tak kerja, Sofea terus tak tegur aku, aku buat tak kesah aje. Dia talipun Mr Thuong, aku kata tak fairlah dia buat macam tu and aku kata sebab Yanto tak nak dijemput oleh Sofea, jadi aku pun berhenti jugaklah. Sepakat gitu kononnya, macamlah Yanto kasi aku makan.
Sebenarnya, dulu Mr Thuong janji dengan aku,selepas dua bulan kerja, kalau kerja aku bagus, dia nak naikkan gaji aku jadi $7 sejam dan $10 kalau ada overtime. Dah 3 bulan tak ada apa pun.Aku taklah mintak dan diaorang pun mungkin ingat aku tak perasan. Tapikan, tak perasan apa, aku dah lama berangan gaji $7, aku dah berangan nak kumpul duit banyak sikit, aku dah buat calculation berapa duit yang aku bolah simpan kalau aku kerja di situ. Tapi itulah, tak kesampaian. Kerja aku bagus apa, even Manager tu suruh aku jadi permanent staff. Temp associates yang dah bertahun di situ tak ditawar jadi staff.
Aku talipun warehouse tempat aku kerja tu, aku kata yang aku tak dapat datang, aku kasi reasons nya. Diaorang mulanya suruh aku cari alternatif lain, naik bas ker, tapi aku kata Mr Thuong akan cari orang lain ganti aku, yang lebih baik dari aku. Disebabkan aku dah bayar sewa rumah sampai hujung bulan jadi aku masih punya right untuk tetap tinggal di situ walaupun aku dah tak kerja dengan Mr Thuong lagi. Dia kata aku boleh tinggal di situ selama mana aku suka. Itu nak pancing akulah kononnya supaya aku balik kerja di warehouse tu. Dan aku sebagai real Jantan Melayu :-) tetap dengan keputusan aku. Aku akan tinggal di situ sampai hujung bulan, atau kalau Yanto sudah ada kerja untuk aku. Aku akan pindah.
Hujung minggu tu Mr Thuong datang, bayar gaji. And bawak 2 Indonesians, satu lelaki satu perempuan, untuk kerja gantikan aku dengan Yanto. Aku lupa nama yang lelaki tu (baru beberapa bulan datang dari Indo, anak bini ditinggal), yang perempuan tu namanya Yanti,janda anak 2, selama ini tinggal di New York,dia melarikan diri dari suami dia di Indonesia yang suka memukul dia dan anak-anak. Kata dialah. Kedua-duanya orang pribumi Indonesia. Kedua-duanya Islam tapi Islam Indonesia lah kan. Yang silelaki tu (aku lupa nama dia) cakap pasal ugama bukan main lagi, tapi selama aku di situ (3 hari) tak pernah aku tengok dia sembahyang. Kencing pun tak basuh, setakat goyang-goyang gitu jer :-) Bukan aku intai tapi terserempak, lelaki kadang tuh tak tutup pintu pun kalau nak kencing, kan?
Yanti pulak, lawa orangnya, genit lagi, asyik nyanyi aje kerjanya. Sah lah orang yang banyak problems. Manjanya mintak ampun, anak-anaknya ditinggalkan di NYC pasal dia tak sure lagi kalau kerja di Boston tu sesuai dengan dia. Dia tanya aku kalau aku ada kenal mana-mana orang Amerika, dia nak kawin , nak dapatkan surat-surat, nak jadi warga Amerika.Tua pun tualah, kata dia.
Aku talipun Yanto, dia suruh aku pindah, cari kerja belakang kira sebab di kawasan dia tinggal tu, biasanya tawaran kerja mendadak. Kalau aku masih tinggal di situ susah,pasal tak ada sesiapa yang nak datang jemput aku ke tempat kerja.So besoknya aku pindah, sebab aku kurang tau direction ke tempat Yanto, aku naik teksi aje, dua puluh dollar lebih. Besar rumahnya.
Aku masuk aje, aku tengok banyak kasut-kasut, I mean betul-betul banyak, tersusun di rak. Barang-barang yang aku rasa dipungut di tepi jalan pun banyak, tv, video, almari. Benda-benda yang rosak. Cik Ina yang tuanpunya rumah tu (actually bukan dia yang punya, dia sewa saja and sublet 3 bilik sama orang Indo) tak tahu pun yang Yanto ajak aku pindah ke situ tapi selagi boleh dimuatkan orang, dia terima ajelah. Bila aku masuk aje bilik tu, aku rasa sedih sangat. Berselerakan. Besar jugak biliknya, tapi untuk 6 orang. Tilam disusun 6, barang-barang di taruk di kepala tilam. Semuanya ada, terbaring aje memasing. Aku dalam buat selamba tu pun fikir, kalau aku tahu begini keadaannya, aku sure suruh Yanto carikan tempat lain untuk aku. Sebenarnya I was not mentally prepared nak tinggal di situ waktu tu dengan keadaan yang lebih dahsyat dari "hospital" perang. Tapi aku diamkan ajelah, dah terlanjur, terima ajelah. 14 orang di rumah tu, 4 bilik, 6 orang di bilik aku, selebihnya di 2 bilik yang lain. Cik Ina sama boyfriend dia di bilik yang lagi satu.
Macam-macamlah perangai diaorang ni,menakutkan aku. Yang paling tua tu, Asok, kerjanya tidur aje. Kerja pukul 5 pagi,balik kerja pukul 4 petang, terus tidur. Bangun pukul 1 pagi, ke dapur, makan. Bukan makanan yang dia masak, tapi makanan orang. Dialah manusia paling kedekut, dalam seminggu dia belanjakan dalam sedolar lebih aje, beli telur dengan mi segera. Selebihnya makan masakan orang lain. Tapi sebenarnya dia ni kaya, di Indolah at least. Ada business, ada rumah yang besar, ada tanah. Duit gaji setiap bulan dia kirim, simpan di bank. (aku akan cerita lagi dalam entries yang lain pasal orang-orang Indonesia yang disini. (Too many freaks, not enough circuses)
Diaorang tu walaupun semuanya stressed up tapi nampak tenang aje, ada yang baru datang beberapa bulan,ada yang dah tujuh lapan tahun tinggal secara haram di Amerika, macam Cik Ina. Makin lama aku makin faham dan boleh terima hakikat yang it's alright to live secara haram di Amerika. Jangan bikin crime aje, yang lain-lain tu kena pandailah jaga diri. Diaorang tak tahu pun kisah aku, aku tak cerita pada sesiapa pun selama ini, kisah macamana aku boleh tersesat ke Amerika. Diaorang pelik jugak, memang ada a few Chinese(Malaysians) yang mereka kenal, tapi Melayu belum pernah diaorang jumpa.
Tempoh "stay" aku dah nak habis (tempoh aku dibenarkan tinggal di Amerika, kan aku dulu dikasi 6 bulan) dah nak habis. Aku tanyalah diaorang, masing-masing kata, tenang aje sebab diaorang tu semuanya dah over-stay, semuanya orang gelap. Ada yang tak ada ID,tak ada apa. Gelap gelita gitu. Aku masih kira ok sebab ada bank account.(Tak lama lepas aku buka account dulu, ada regulation baru yang kalau nak buka account, kena ada proper IDs, ada Social Security Number etc) Jadi, aku fikir, since aku masih banyak "unfinished business" di Amerika (kalau tak, tak adalah tajuk blog aku ni Dendam Perantau kan?) :-) aku nak ikut cara diaorang jugaklah. After all, aku tak ada duit nak balik, aku kena start from scratch. Bererti kalau aku balik ke Malaysia aku akan balik sebagai one big loser. Mana boleh!Aku memang jenis tak mahu kalah. Aku rather jadi kuli batak di Amerika daripada balik Malaysia and to start all over again. That's out of the question.
Aku dah di sini, aku teruskan ajelah, mana tahu something big might happen one day kan? Aku kena tangkap immigrasi ker....(no, aku tak nak cakap and fikir benda buruk-buruk sebab benda buruk-buruk yang aku selalu fikir, selalunya menjadi) :-( Biarlah aku bersusah payah di sini, I'm in a foreign land and nobody knows me so what the heck! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Yang pergi seluk pekasam in the first place tu apa ke jadahnya? Pekasam tu nak buat apa? Aku pun tak tahu.
Yanto dapat kerja, dia janji nak masukkan aku ke tempat dia kerja kalau ada peluang. So aku lepak ajelah, keluar jalan-jalan pasal cuaca di luar pun bagus. Lagipun aku selama 3 bulan kerja berat-berat, rihatlah dulu sementara tunggu kerja. Duit saving adalah sesikit. Adalah empat lima hari aku tak kerja, kemudian Yanto kata di kilang tempat dia kerja tu nak tambah orang so dia masukkan nama aku. Yanto kerja double shift so aku tak jumpa dia langsung, cuma waktu aku kerja baru nampak dia. Kerja kilang kertas, kepunyaan orang India. Pekerjanya separuh India dan selebihnya orang Indonesia, adalah 3 vans. Aku kerja shift malam, dari pukul 8 malam sampai 6 pagi. Tak ada apa sangatlah aku disuruh sebab aku tak reti guna mesin, jadi aku disuruh susun cardboard di palet, sort surat-surat ikut poskod, benda-benda leceh aje. Punyalah mengantuk aku, dalam sejam ada 60 minit tapi aku rasa aku tengok jam aku sampai ratusan kali. Bosan nak mampus. Aku kerja berdua, yang sorang lagi tu jenis curi tulang, melepak jer kerjanya, aku buat jugaklah kerja walaupun kekadang tu terlelap. Tapi tak apa, tak ada yang nampak.
Masa dah nak balik tu aku disuruh menyapu, malu betul aku dibuatnya sebab kena menyapu kat celah-celah kaki diaorang yang tengah kerja tu. Orang Indo taulah kan, dapat kerja pegang mesin pun dah rasa macam kilang tu bapak diaorang yang punya. Tapi sebab aku baru dan belum tahu cekadaknya diaorang, aku diam ajelah. Bila aku dah siap menyapu, aku tanyalah Supervisor tu, perempuan India, apa nak buat lagi. Dia kata, aku bagus, rajin, tak macam yang sorang lagi tu. Aku cakap dengan dia, you ain't seen nothing yet, tapi dia tak faham agaknya, dia tak gelak pun.
Waktu nak naik van yang nak hantar kitaorang balik, van orang shift kedua tiba, aku tengok ada satu awek tu pakai tudung, orang Indo, lawa orangnya. Tak pernah aku tengok orang Indo pakai tudung, itu pertama kali. Dalam van tu 16 orang, macam sardin jadinya, kebanyakannya perempuan yang dah berumur, aku tengok aje gelagat memasing. Meluat aku.
Besoknya aku ditalipun ajen kerja tu ,orang Indo, dia kata kilang tu dah tak nak pakai ramai orang sebab kerja di situ bermusim, waktu tu kurang sibuk. Jadi tak kerjalah aku besoknya, semuanya yang satu van dengan aku pun tak kerja. Terlepas peluang aku nak kenal awek yang pakai tudung tu.